Master pieces

Nov 16, 2011

Wanita

Assalamualaikum.

Nak tahu satu cerita tak? Nak dengar tak boleh sebab ni bukan vlog.
Maka, cerita ni kenalah dibaca. Sila rajinkan diri untuk baca sampai
habis ya sebab mesej yang nak disampaikan penting. Insya Allah.
Cerita ni saya baru dengar semalam dari seorang ustaz.
Ada dua cerita tapi saya cerita satu dulu la.

Ini kisah seorang pramugari yang pergi menunaikan haji.
Mungkin ada yang dah tahu cerita ni. Diceritakan, sebaik
sahaja si pramugari tersebut menjejakkan kaki di bumi Madinah,
ditakdirkan Allah dia jatuh pengsan dan akhirnya koma
sehinggalah tempoh ibadah haji selesai. Apabila dia tersedar,
dia bercerita pada seorang ustaz.

"Ustaz, Allah beri petunjuk kepada saya."
"Petunjuk bagaimana tu?"
"Ketika koma, saya bermimpi rambut saya ditarik dengan kuat 
hingga tercabut isi kepala, kemudian dicampakkan ke dalam
lautan api neraka. Saya masuk ke dalam lautan tersebut dan
mengambil semula rambut dan isi kepala yang terputus tadi
kemudian dilekatkankan kembali di kepala.
Keadaan itu senantiasa berulang-ulang ustaz."

"Selepas kejadian itu, saya merasa dahaga lalu Allah beri saya
minum minuman air nanah yang menggelegak.
Setelah meminumnya, air nanah tersebut keluar melalui kemaluan
dan saya meminumnya lagi sehingga  hilang rasa dahaga.
Setelah itu, saya merasa lapar pula. Allah beri saya sebiji buah 
yang berduri. Saya terus menelan buah tersebut dan kemudian
buah berduri tersebut berhenti di bahagian perut dan menghancurkan
segala isi perut saya sebelum akhirnya buah tersebut keluar melalui
bahagian bawah. Kejadian tersebut juga berulang-ulang hingga saya
merasa kenyang."

"Ustaz, semasa saya menjadi pramugari, saya selalu memakai baju
yang ketat hingga menampakkan segala bentuk dan lekuk tubuh saya
lebih-lebih lagi di bahagian dada. Ketika koma, saya bermimpi
Allah mencangkuk (mintak maaf terpaksa direct) puting saya 
dengan cangkuk dari neraka dan kemudian menariknya hingga 
terkeluar isinya. Setelah itu, ia tercantum kembali dan kemudian ia
ditarik kembali. Pada ketika itu saya berkata, Ya Allah,
andai inilah balasan yang akan aku terima akibat perbuatanku
selama ini, aku mohon ya Allah Kau kembalikanlah aku ke bumi
agar aku dapat bertaubat dan berubah menjadi hambaMu
yang solehah."

Dengan takdir Allah, wanita tersebut sedar.
Dia segera bertaubat dengan taubat nasuha dan
mengqadakkan kembali semua solat
yang telah ditinggalkan. Wanita itu berkata lagi,

"Ustaz, kalau ustaz jumpa wanita yang tidak menjaga auratnya,
ustaz ceritakanlah kisah saya ni pada mereka untuk
diambil pengajaran."

Dan akhirnya cerita ini sampai ke pendengaran saya,
dan saya yang telah mendengar perlulah berkongsi
dengan rakan-rakan pula. Ada soh seh soh seh kata.
"Sentap weh dengar cerita ustaz ni."
Maknanya dalam hati masih ada iman yang berbaki bila
kita masih lagi merasa takut dengan balasan Allah.

Ok, saya rasa baaaaanyak sangat dah orang bercerita
pasal balasan Allah kepada wanita yang tidak menjaga aurat ni.
Tapi, bila dilihat seakan cerita sebegini tidak pernah
dikongsikan bukan? Para wanita seakan malu untuk memakai
pakaian yang longgar dan labuh tetapi memakai yang
menampakkan susuk tubuh dan sebahagian anggota
berbangga pula. Dalam menjalankan perkara wajib yang Allah
perintahkan pada kita, kita tak perlu nak tunggu dah bersedia,
tak perlu nak tunggu ikhlas, atau pun tak perlu nak tunggu hati
terbuka untuk melaksanakannya. Paksa diri kita untuk buat.
Ikhlas itu antara kita dengan Allah. Dari paksaan itulah
yang lama-lama akan menjadikan kita terbiasa untuk melakukannya.

Ayuh wanita! Mari kita bersama-sama melakukan transformasi.
Memperbaiki diri bukan untuk menjadi yang sempurna tapi
memperbaiki diri untuk mencari keredhaan Allah juga untuk
mengejar syurga Allah. Indah dunia hanya sementara sahaja.

Mungkin sesekali kita akan terlihat wanita yang menutup aurat
dengan sempurna tetapi masih melakukan kesalahan.
Tudung labuh mahupun baju longgar yang menutupi anggota
bukan jaminan untuk seseorang itu tidak melakukan kesalahan.
Manusia tidak sempurna. Tetapi sekurang-kurangnya wanita
tersebut telah menunaikan tanggungjawabnya dalam
menutup aurat walaupun yang lain belum diperelokkan.
Wallahualam.

*********************************************

Ada satu kejadian yang buat saya terfikir, ramai-ramai lelaki
kat luar ni ada tak yang sudi/sanggup melindungi wanita yang
ditampar tiupan angin dengan agak kuat hingga menerbangkan
tudung dan baju yang dipakainya yang mungkin akan menyebabkan
auratnya yang telah *ditutup sempurna boleh terlihat(susuk tubuh)?
Tak perlu nak peluk atau menghimpit wanita tersebut pun
untuk melakukan itu.Boleh bayangkan tak bagaimana caranya?
Macam tak pernah nampak kan tapi saya baru je nampak
beberapa hari lepas. Mereka tiada pertalian darah mahupun ikatan
yang menjadikan mereka pasangan yang sah tetapi lelaki tersebut
telah melakukannya tanpa menghadapkan langsung mukanya
ke arah wanita tersebut apatah lagi menyentuhnya.
Walaupun tak berjaya menghalang semua angin tapi sedikit
sebanyak membantu jugak. Mungkin ramai lagi kat luar sana
tapi saya baru nampak satu.

*ditutup sempurna tu bermaksud pakaian yang dipakainya
 membolehkan dirinya bersolat tanpa memerlukan telekung

Sorry ya kalau penyampaian mesej tidak sampai. =)


May all be blessed by Allah.
Wassalam.
(^_^)

No comments: