Assalamualaikum.
Diam tak diam dah masuk minggu akhir kuliah. Minggu ni pun dah nak habis. Oh, asyiknya! Tapi nanti dah masuk minggu exam tak asyik lagi dah. 7 papers to be completed in 6 days. Of course lah kena work hard sebab coursework mark macam ntah hape-hape je. Work smart dah tak berkesan untuk masa yang singkat ni.
Minggu lepas Alhamdulillah dapat memboloskan diri untuk pulang ke kampung. Minggu wajib balik sebab perlu memenuhi undangan rewang oleh makcik saya di sebelah rumah. Rewanglah sangat kan kalau setakat tolong kopek bawang je. Sepupu saya yang sebelah rumah ni kahwin tapi majlis sambut menantu je lah sebab pihak lelaki kan.Sebenarnya macam dah tak nak balik sebab taknak rushing buat shooting untuk video kelas bahasa ketiga tapi sebab kakak saya dah keluarkan ayat "sehari pun tak boleh balik ke?" maka, saya perlulah pulang juga. Habiskan shooting hari Jumaat petang dalam pukul satu lebih lepas tu terus lari pergi Seksyen 17 beli tiket. Balik petang tu jugak. Sampai Batu Pahat dah malam. Lapar. Ingat nak pekena roti nan dulu sepinggan dua tapi fikir Merlin sedang menunggu tak jadilah. Terus balik je.
Nak dijadikan cerita, hari Ahad tu saya kenalah balik Shah Alam semula kan sebab hari Isnin ada test. (Kalau tak ponteng dah kelas pagi tu). Disebabkan saya dah tertidur pagi tu lepas melantak nasi lemak sebungkus maka saya pergi kenduri kahwin tu dah agak lewat. Kira lunch terus lah. Lepas makan takkan nak terus balik kan? Mestilah kena duduk-duduk dulu. Balik je rumah terus kemas sikit-sikit and Zuhur. Encik Abang pulak lambat siap. Yelah orang dah beranak pinak ni kemas barang tak cukup setengah jam kan. Last-last pukul dua baru nak gerak. Tiket pukul 2.30. Bila nak keluar dari halaman rumah, ada pulaklah satu kereta ni boleh parking dekat tengah-tengah jambatan nak masuk kawasan rumah. Haih, bengang ok! Kot ye pun nak parking agak-agaklah. Abang saya pun pergi rumah sebelah bagi nombor plate kereta tu kat deejay kenduri kahwin tu. Tunggu-tunggu takde pun tuan punya kereta datang alihkan kereta. Abang-abang ipar saya siap dah pakat nak tolak kereta tu masuk parit je. Diorang gurau-gurau je. Nasib baik tak lama tu tuan punya kereta datang. Terus abang saya jalan. Kejar masa kan. Part yang buat saya tension, baru gerak tak sampai lima minit, belum pun sampai tengah kampung tiba-tiba jalan kampung jammed. Ada kenduri kahwin jugak and kereta bertembung. Tak boleh nak lalu. Padahal jalan kampung saya dah kira besar boleh muat dua kereta tapi sebab diorang park kereta tepi jalan, jalan dah jadi satu line je. Bengang-bengang. Jam dah 2.15.
Abang saya pun pusing balik lalu jalan kampung sebelah. Jauh. Sepanjang perjalanan tu saya dah pegang beg kuat-kuat sebab takut. Ada dua sebab takut, satu sebab takut terlepas bas satu lagi sebab abang saya drive macam orang tak hingat. Dah lah hujan time tu. Tak berapa nak nampak kereta kat depan. Hati mana tak cuak oi. Dah separuh perjalanan tu abang saya suruh saya call infoline syarikat bas tu. Saya takde nombor kaunter. Kat tiket just ada nombor infoline je.So, call la mintak nombor kaunter. Telefon kaunter, orang tu cakap bas dah jalan. What! Mintak nombor driver dia takde pulak. Dia bagilah nombor plate bas. Masa kat traffic light simpang nak ke bus stand tu nampak bas tu lalu. Apa lagi, abang saya terus pusing balik and kejar bas tu. Traffic light first hijau. Traffic light second merah tapi jauh lagi, bila dah nak dekat dia boleh tukar hijau pulak. Tapi, bas kan gerak slow. Bila bas tu betul-betul sampai traffic light lampu jadi merah semula. It's show time bebeh. Abang saya berhenti betul-betul sebelah bas kat traffic light tu dan saya pun cepat-cepat keluar pergi ketuk pintu bas. Nasib baik pakcik driver tu bukak. Biasalah kalau penumpang lambat ni kena bebel. Saya terus jalan duduk kat seat belakang. Padahal seat saya kat depan nun. Tak perasaan sebenarnya seat kat depan. Seat no 10 mestilah ingat kat belakang kan. Apa pun, Alhamdulillah sebab Allah dah permudahkan proses mengejar bas tu. Big thanks to my abang.
Dulu masa saya form 4 pun pernah jugak. Tiket saya ke JB pukul 2.00. Nak balik asrama masa tu. Keluar rumah nak tunggu bas depan kampung pukul 1.00. Tunggu punya tunggu, pukul 2.00 bas tak sampai lagi. Saya terus telefon abang(arwah) saya tapi masa tu dia tak boleh nak tolong hantar sebab sakit. Saya dah menangis macam hape la time tu. Abang saya suruh anak dia ambil saya. Lepas tu sepupu saya yang nak balik JB petang tu datang ambil kat rumah abang saya. Dia tanya nak hantar pergi bus stand ke nak balik dengan dia je. Saya pilih balik dengan dia je la sebab yakin bas mesti dah jalan. Bila saya sampai asrama, jumpa kawan saya yang sepatutnya naik bas sekali tu, dia beritahu yang dia suruh pakcik driver tu tunggu sampai 2.30. Adeh. Mana nak tahu kan.
Dari rumah saya nak ke bus stand tu 15minit-20minit je kalau naik kenderaan sendiri. Tapi kalau naik bas memang lambat. Kalau jammed, lagilah lambat. Tapi sekarang dah jarang naik bas pergi bus stand tu. Dah ada lesen kan. Maka, naik kereta sajalah. Motor? Oh, no! Saya failed in balancing it bila bawak dalam keadaan yang slow plus saya takde lesen motor. Sedang berfikir untuk mengambilnya memandangkan semester hadapan macam ada potensi untuk tak dapat kolej. Suka kolej cantik tapi tak suka bila ianya perlu ditutup untuk direnovate. Bak kata pengetua kolej saya, 'nakkan sesuatu yang baru kenalah ada pengorbanan.' -.-'
Till then friends.
May all be blessed by Allah.
Wassalam.
(^_^)
geram tau tak dapat ikut gi jalan-jalan kat melaka hari ni dengan esok. Kenapa tak buat next week je!
2 comments:
aku ni. =)
tak cukup nafas ha nak membaca cerita ko ni. -.-
uit, laju mcm bullet train ke cte ni?ha3, kne steady je la bce..bru ckup nafas tu..
Post a Comment