Assalamualaikum.
Hari Selasa malam baru ni saya tengok 30 minit Ustaz Don. Beliau berkongsi perihal aurat ketika solat. Bila sentuh aurat ketika solat bermakna aurat di luar solat juga perlulah sama kan? Kalau dulu ada sesape yang rajin baca hasil penulisan saya kat sini, ada ingat tak saya bercerita tentang aurat di bawah dagu? Secara tak sengaja ada seorang pemanggil yang berjaya menembusi talian rancangan tersebut bertanyakan soalan pada Ustaz Don mengenai perkara ini. Kalau siapa yang tengok rancangan tersebut, mesti dah tahukan apa jawapannya.
Menurut jawapan beliau, bahagian di bawah dagu itu adalah aurat. Para ulama' telah bersepakat bahawa yang dikatakan muka itu adalah tidak termasuk bahagian bawah dagu tersebut. Maka, apabila para wanita memakai tudung, mereka perlu menarik sedikit tudung mereka hingga menutupi bahagian bawah dagu tersebut.
Aurat adalah hak Allah dan kita sebagai hambaNya tidak berhak untuk menafikannya. Belajar paksakan diri untuk lebih mamahami dan menyintai juga memberikan apa yang dikatakan adalah hak Allah. Memang susah, geram, tak boleh nak terima sebab terpaksa tapi sebenarnya keterpaksaan tu lah titik permulaan sesuatu kejayaan.
Insya Allah semoga kita, wanita yang dilahirkan, dibesarkan, dan dididik dengan Islam dapat menjadi seorang yang mukminah. Wanita mukminah harus berani untuk berubah kerana Allah!
Wassalam.
May all be blessed by Allah.
p/s: jangan duk nak jaga aurat bawah dagu tapi yang lain terdedah udah lerr
No comments:
Post a Comment