Master pieces

Sep 25, 2011

Berakhir sudah.

Assalamualaikum.

Macam yang saya khabarkan dalam dua entry saya yang lalu,
hari ni saya akan menghadiri satu temuduga di Putrajaya.
Ya, hari ni! dan ia telah pun berakhir pada pukul 10 pagi tadi.
Tu turn saya la. Masih ramai lagi yang duduk
di ruang menunggu masa saya balik tu.

Seawal 6 pagi saya dah bangun untuk bersiap-siap
menghadiri interview tersebut. Dalam surat kata bas
akan bergerak pukul 7 pagi. Tu yang bangun agak awal dari biasa.
Dah siap tu, tunggu la kat pagar nak keluar kolej tu.
Tunggu kawan yang sudi menemani saya untuk ke putrajaya tu la.
Hujan. Tengok gaya pun macam bas takde je. So, kami pun jalan lah kaki.
Sampai kat Dewan Tuanku Naib Canselor, tiba-tiba nampak bas UiTM.
Apa lagi, kami pun tahan dan naik lah. Rupa-rupanya bas tu lah yang
akan menghantar calon-calon temuduga ke Putrajaya.
Jadi, kami pun duduk je lah dalam bas tu sampai ke Putrajaya.

Sampai agak awal, sebelum pukul 8 lagi.
Check nama kat list yang diorang dah tampal and then daftar nama.
Saya dapat turn nombor 3. Ok la tu. Takde lah kawan saya tunggu lama.

Oh, ya. Saya belum beritahu kan interview apa yang saya hadiri ni.
Saya hadiri interview untuk biasiswa Skim Latihan Tenaga Pengajar.
Kalau layak mendapat biasiswa ni, insya Allah lepas habis belajar
akan dipanggil untuk menjadi lecturer di mana-mana
Politeknik ataupun Kolej Komuniti. Jadi, semasa interview,
calon dikehendaki mengajar mana-mana subjek
yang disukai di hadapan interviewers. Untunglah saya sebab dapat ajar
subjek yang memang saya dah prepare and yang saya suka. Alhamdulillah.
Macam 1st candidate tu, interviewers yang request ajar topik mana.
Tak macam terkulat-kulat pulak kan. Prepare subjek lain kena ajar tajuk
lain. Huhu.

Encik interviewer belek-belek borang permohonan saya,
then rupa-rupanya kami ni sekampung je.
Tak pasal je dia tanya pasal sejarah Parit Sulong.
Mestilah saya tak tahu walaupun dah 22 tahun duduk kat situ.
Dia tanya jugak siapa ADUN Parit Sulong and kat mana rumahnya.
Nasib baiklah kenal jugak walaupun tak tahu full name dia.

Encik interviewer : Hari ni surat khabar cerita pasal apa?
Saya : *tersengih-sengih* entahlah encik.
           Saya tak baca surat khabar hari ni.
Encik interviewer : Awak baca surat khabar apa? Metro?
Saya : Berita Harian dengan Metro.
Encik interviewer : Tak baca english paper ke?
Saya : Tak. *sekali dengan geleng kepala*
Encik interviewer : Hari ni surat khabar cerita pasal apa? *ulang soalan*
Saya : *ulang jawapan yang sama*
Encik interviewer : Cerita pasal hudud. Awak ada dengar kat
                            mana-mana?
Saya : Ada terbaca kat facebook. Kalau tolak hukum hudud maknanya
          menolak hukum Allah.
Encik interviewer : Jadi awak macam mana? terima tak hudud ni?
Saya : Terima tapi dah pemerintah taknak jalankan
           nak buat macam mana.
Encik interviewer : kenapa pemerintah taknak jalankan hukum
                            tersebut sedangkan pemerintah tu seorang muslim?
Saya : Sebab dia takut MCA keluar dari UMNO.
         *muka innocent+blur*

Encik dan Puan interviewer tergelak kecil mendengar jawapan saya.

Ok, saya dah tersasul dalam memberikan jawapan.
Sepatutnya saya mana boleh keluarkan isu politik
masa interview dengan pihak kerajaan memandangkan
saya ni masih seorang mahasiswi. Adeh,
nasib baik Puan interviewer tolong cover. Tapi, dapat jugaklah
sedikit pesanan penaja dari Encik interviewer. Hihihi.

Lepas habis interview, saya dengan kawan saya pun fikir cara
untuk pergi ke KL Sentral.Kalau nak tunggu bas UiTM
sangatlah lambat lagi nak sampai. Bas Nadi Putra tu pulak
sekali tak sekala je nak naik kat PICC tu. Tiba-tiba teringat ada sorang
classmate saya orang Putrajaya. Terus cepat call dia and Alhamdulillah
dia dapat tolong hantar ke Putrajaya Sentral.
Big thanks to him.

Pasal interview ni, saya tak nak mengharap lebih-lebih sangat.
Nanti kecewa. Hati ni sebenarnya berat je kalau dapat macam
akan dihantar ke luar semenanjung. Kalau sebelum interview
rasa berat ke Kelantan, lepas interview rasa berat ke Sabah.
Poli hanya dua negeri ni sahaja yang ada QS.
Kolej Komuniti tak tahu lah pulak. Macam takde je.
Berat-berat tu semua kalau dapatlah. Kalau tak dapat,
Johor is enough for me untuk cari rezeki as a QS.
Insya Allah. =)

Big thanks to her yang sudi teman hingga ke PICC.
Lain kali boleh temankan lagi. hehehe

May Allah bless.
Wassalam.
(^_^)

p/s: next week turn ypj pulak. bersusah-susah dahulu
       bersenang-senang kemudian. oh, interview!

3 comments:

Shahir said...

Perghh...orang hebat ni. Temuduga Skim Latihan Tenaga Pengajar. Ouh, kat Kelate pun ada eh? Tak tahu pula saya.

Btw, agak kelakar sesi temuduga itu. Haha. Kalau saya jadi awak, sah-sah la tersasul jawab dengan panjang lebar pasal hudud dan politik. Topik tu boleh buat saya naik hangin! :P

belog|amiyo said...

gud luck. btw tahniah utk jawapan 'tolak hudud maka tolak hukum Allah'

hikari said...

shahir: kalau dah dpt baru blh kata hebat..hehe..kelantan kn negeri terpilih sbb tu la ada..=)

interviewers tu tak bagi saya panjangkan bicara lagi la..kalau tak saya nak sambung jugak..huhu

miyo: thanks..=) jwpn copy paste je tu..hehe