Master pieces

Oct 11, 2011

Jom jadi orang asing!

Assalamualaikum.

Alhamdulillah akhirnya Jumaat lepas dapat jugak
gagahkan diri balik ke kampung. Hehehe nyaris-nyaris
je tak balik. Last-last siap buat extra cuti lagi.
Sekali sekala, takpe lah. =)

Sampai depan taman rumah kakak ipar dalam pukul 1 lebih.
Turun bas je ada warung. Tengok macam ramai je orang lelaki
duk makan dengan senang hati time tu. Bergerak melepasi warung,
ada kedai runcit pulak. Selamba je orang lelaki keluar masuk kedai
beli barang. Ada jugak yang meneruskan kerja-kerja penghantaran
barang. Cek jam kat pergelangan tangan. 1.30.
Dah habis solat Jumaat ke? Ya kot, sebab Zuhur kan masuk awal
sekarang. Jalan ke depan lagi. Intai-intai kot nampak kelibat kakak ipar.
Sekali terdengar azan pulak dari masjid berhampiran.
Ceh, depa ni tak pergi solat Jumaat rupanya.
*driver bas tu wallahualam la*

Persoalannya, adakah luar biasa melihat lelaki berkeliaran di luar
ketika waktu solat Jumaat?
Jawapannya tentulah tak!

Yang luar biasa adalah melihat lelaki terkocoh-kocoh ke masjid
ketika jam belum pun menunjukkan pukul 1.00 petang.
Yang luar biasanya adalah melihat lelaki begitu khusyuk mendengar
khutbah dari mula hingga akhir.
Yang luar biasanya adalah melihat lelaki yang sanggup berhenti kerja
semata-mata majikan tidak membenarkannya keluar untuk solat Jumaat.
Apa nak jadi? Dunia semakin moden tapi agama Islam semakin kuno.
*Islam moden dalam term duniawi mereka-mereka sahaja*

"Islam datang dalam keadaan asing dan akan pergi dalam keadaan asing.
Maka beruntunglah mereka yang tergolong dalam yang asing itu."


Come on boys! You are the leader!
Tunjuklah contoh baik sikit.
Kajian menyatakan keruntuhan rumah tangga yang berlaku
pada masa kini adalah disebabkan oleh pemimpinnya
yang tidak menjaga solat. Solat kan tiang agama.
Kalau tiang agama senget, janganlah nak harap
tiang rumahtangganya tu boleh berdiri tegak dan kukuh.
Betul tak?


Nak cari yang asing tu lah susah. Bukan pendatang asing ae.
Bukan jugak makhluk asing. Jom sama-sama kita masuk ke
golongan yang asing tu. Biarlah orang nak pandang sinis pada kita
asalkan kita dipandang mulia oleh Allah.

credit to kimchi kimbab
Ada seorang teman berkongsi satu cerita.
Seorang hamba Allah ni tidak mahu menyertai aktiviti ko-k
universitinya kerana tidak mahu berpakaian yang tidak lengkap
penutupan auratnya. Beliau sanggup berjumpa dengan pihak
atasan untuk menegakkan pendiriannya disertakan dengan dalil-dalil
sahih untuk menguatkan lagi pendiriannya. Jika pihak universiti berkeras
juga mahu dia menyertai aktiviti ko-k, maka pihak universiti harus
membenarkan dia memakai jubah ketika menghadiri aktiviti tersebut.
Pihak universiti melarang sekeras-kerasnya.
Pihak universiti memberikan kata dua. Kalau nak grad
wajib menyertai aktiviti ko-k. Kalau tak beliau takkan
grad sampai bila-bila.

Nah. Kalau kita macam mana? Sanggup ke taknak grad sampai bila-bila?

Beliau tetap nekad untuk mempertahankan pendiriannya.
Maka, dengan selambanya beliau skip aktiviti ko-k beliau.
Bila tiba waktunya, beliau tetap grad seperti pelajar lain dan
Alhamdulillah sekarang sudah berada di peringkat master pula.

See. Bila kita nak menegakkan sesuatu kebaikan memanglah
sangat-sangat susah sebab dugaan yang datang tu bukanlah
dugaan yang biasa-biasa. Tapi, andai kita benar-benar ikhlas
dan benar-benar istiqamah untuk melakukan/menegakkannya,
at the end Allah akan tolong kita. Rezeki ni Allah yang bagi.
Bukan manusia. Bukan pihak universiti. Bukan juga majikan kita.

Sandarkan lah kasih sayang kita pada yang hak, maka kita takkan kecewa.
Sandarkanlah kebergantungan diri kita pada Yang Maha Berkuasa,
maka kita pun takkan kecewa.

Hidup di dunia ni hanya sementara,
begitu juga dengan nikmat-nikmat yang Allah berikan.
Selama mana lah nikmat-nikmat tersebut akan kekal di sisi kita.

Tidak perlulah menjadi sealim para ulama' untuk kita saling mengingati.
Tapi kadang-kadang sedih jugak sebab hanya mampu menjadi tunggul
kayu je sebab takde kekuatan untuk menegur atau mengingati. T_T

Manusia tiada yang sempurna, tapi kita perlulah senantiasa
memperbaiki diri agar kita tak tergolong dalam golongan
orang-orang yang ingkar pada perintah Allah.
Mengaku takutkan neraka Allah tetapi
apa usaha kita untuk menjauhkan diri kita daripadanya?
Tazkirah untuk diri sendiri. Apa usaha saya?

Renungkanlah bersama.
May Allah bless.
Wassalam.

p/s: orang arab selamba je main bowling pakai jubah+niqob.
bersukan/beriadah tidak salah asalkan kita menjaga batas-batasnya.

1 comment:

Solihin Zubir said...

huhu.. benda yg spatutnya jd luar biasa, dh jd perkara biasa skrg ni..
yg tak pelik, jadi pelik..
dunia mmg dh terbalik...
buat jahat biasa.. buat baik, org pndg pelik..