Assalamualaikum.
Alhamdulillah, semalam (5 Januari 2012) telah berlangsung peperiksaan akhir semester. Yeah, 2 papers. Measurement of Construction Work IV. Pagi paper I, petang paper II. Hah, tak tahu nak cakap macam mana! Kalau nak tengok apa yang saya usahakan memang wajarlah jadi begitu. Huwarghhhh nak menangis menyesal pun tak guna. Jadi, biar je lah. Oh, ya. Jangan lupa doa. Moga Allah lembutkan hati lecturers yang menanda kertas jawapan saya nanti.
Apa itu Measurement of Construction Works? Well, for QS students like me, measurement is one of the core subject. Kenapa core? Sebab kalau failed this subject, automatically we need to extend for another semester! Why? Because we can't carry two measurements in one semester. Every semester we need to take this subject okeh. So, bila kami tak pass satu sem punya of course la kami kena carry that failed measurement to the next sem kan? Yang current punya measurement pulak kena amik next sem. Maximum failed boleh tiga kali je. Kalau lebih silalah paham-paham sendiri untuk angkat kaki dari UiTM.
Eh, apa sebenarnya subjek ni tak cerita lagi kan. Measurement ni kami belajar untuk mengira kuantiti yang diperlukan untuk membina sesuatu bangunan tu. Dah kata pun juruukur bahan kan. Measure every element, measure every item. Properly! Jangan sampai ada yang double measure or jangan ada yang tak termeasure! Naya kena torture dengan client and contractor karang. Bila dah kerja nanti lah.
Exam semalam paper I keluar steelwork. Memang dah syak la keluar tajuk ni sebab lecturer dah bagi hint masa last class. "Kalau steel tak keluar, awak yang yang keluar dari dewan tu. Dia ada dua je." Tapi tu pun masih ada yang tak paham dengan hint tu termasuklah yang tengah menaip entry ni. Tapi study memang fokus gila-gila kat steel ni. Tapi sedih! Masa belajar steel ni saya sedang cuti honeymoon lepas tu malas nak pergi mengemis notes kat kawan-kawan. Masa bagi assignment pulak lecturer bagi task untuk measure girder(beam) only. Tetiba keluar exam, girder and stanchion(column). Pengsan! Nak measure tahu tapi nak allocate dia under mana tak tahu. Disebabkan malas nak layan blur tu maka saya dengan senang hati menyudahkan dahulu mengukur kuantiti untuk girder dengan harapan siap girder nanti baru nak fikir pasal stanchion. Sekali, hambik kau! Siap girder, masa tinggal tak sampai 30 minit lagi nak tamat. Sudahnya dapat measure dua item je untuk stanchion. Tahniah! Keluar dewan dengar dah bising-bising orang mengeluh. Ok, tak diakui memang tension bila rata-rata yang saya tanya semua dapat measure sampai stanchion. Tapi, barang yang lepas usah dikenang kan? Jadi, tension, stress, please go away. I have another paper this evening.
Masuk petang, 2.15 mula exam. Untuk paper II ni lecturer dah pesan, sem ni keluar banyak sikit. Kalau sem-sem lepas kena measure dua elements, sem ni lebih sikit. Means ada tiga elements lah. Ok, since assignments yang lecturer pulangkan tu dia just tanda basement excavation and retaining wall maka, saya dengan yakin dan confidentnya fokus kat dua elements tu. Memang fokus kaw-kaw lah. Lepas tu, untuk one more element saya tak tahulah mana yang nak keluar, sama ada basement slab ataupun interlocking steel sheet pile. Jadi dua-dua elements tu study sama banyak la. At least kalau apa-apa pun, dua elements first tadi boleh cover kan.
Okey, masuk bilik exam. Bukak question paper. What! Retaining wall takde! Yeah, kami kena measure interlocking sheet pile, basement excavation, and basement slab. Memang niceeeeee. Buat taking off cun punya. Bila start take off. Oh my oh my...What is this. What is that. Meja dah macam tongkang pecah. Oh ya, untuk paper measurement ni kami dibekalkan dengan dua meja. Kalau satu meja confirm pengawas peperiksaan tak boleh nak duduk sebab kerja nak kutip kertas-kertas yang akan jatuh bertaburan di lantai. Seriously! Dua meja tu pun sebenarnya macam tak cukup. It should be three tables and we seat in the middle. Baru syiok. And that paper was end dengan banyak item yang tak sempat nak measure tapi description perfectly siap. Ada markah tu. Satu dua markah pun sangat berharga tau.
Hah, keluar dewan. Diorang start soksek soksek. "Eh, sheet pile tadi semua temporary ke?" Tanya Aminah. "Eh, taklah. temporary sikit je yang kat tepi tu. Yang lain permanent." Senah menjawab dengan yakinnya tanpa menyedari ada insan yang frust dengan keyakinan jawapannya itu. Ok, boleh hantuk kepala kat dinding sebab saya buat semua temporary. Kes terpengaruh dengan ayat becomes to contractor's property la ni tanpa mengambil berat dengan ayat withdrawn. Hambik kau! Tak tahulah apa jadi. Yang lagi dua elements tu, hah tutup mata je la. Study kaw-kaw thickening, keluar toe wall. Agak terpinga-pinga sedikit tatkala memeasure toe itu ye. Moral : Jangan suka spot question. Akibatnya beginilah!
Walau apapun, saya tak tension. Alhamdulillah. Saya tahu kemampuan saya setakat mana jadi memang tak harap banyak. Sebenarnya apa yang saya dapat buat tu pun dah melebihi apa yang saya usahakan. Jadi mungkin kerana itulah saya takde nak kecewa sangat macam dah takde hari esok. Sampai ada orang tegur, "Happy je, mesti buat ok kan." Saya senyum je. "Akak nampak Sya buat banyak. Mesti ok tu." "Ameen" dan senyum. Bila two papers tak berlangsung dengan baik, saya sepatutnya dah start struggle untuk next paper yang akan datang berderet dua hari berturut. Ahad dan Isnin. Tapi...pergi update blog pulak! Sungguhlah tak reti nak mengambil pelajaran kan?
Lepas habis exam seriously macam ada rasa happy sikit dalam hati. Keriangan itu dapat dirasai. Seolah-olah telah menamatkan ketujuh-tujuh papers pulaks. Huh, berangan! Dah tu siap dah kemas buku-buku masukkan dalam kotak lagi. Sangat over walhal ada lima papers lagi. Apa nak jadi?
Kalau ada yang baca entry ni sampai habis and tak berapa nak paham sangat dengan jargon-jargon indah students QS ni mintak mahap ye. =)
Perlu diingat, study bukan untuk exam. Study kerana Allah. Tapi.....jawab sendiri la awak study untuk apa.. T_T
Wassalam.
May all be blessed by Allah.
All the best to all exam candidates.
Bittaufiq wannajah.
(^_^)
Tak setuju bila orang kata tugas seorang pelajar adalah belajar semata-mata. Mungkin perlu difikir kembali, mengapa Allah ciptakan manusia menjadi khalifah di muka bumi ini.
No comments:
Post a Comment