Seorang kawan baik tanya saya tadi. Nak ikutkan dah banyak kali tanya, dah banyak kali mintak pendapat, dah banyak kali tolong bagi ayat, dah banyak kali sindir dan dah banyak kali jugak bebel kat dia pasal ni. Tapi semuanya tak dimanfaatkan. Saya pun sebenarnya berat je nak menaip membebel kat dia sebab saya rasa macam tak layak. Apa yang saya bebel kat dia kebanyakannya saya pun belum dapat ikut. Tapi, saya tak boleh membiarkan dia terkontang kanting begitu. Mengikut katanya, hatinya sudah tidak tenang sangat sekarang. It's a good sign for her actually. Hati tak tenang sebab rasa diri sedang melakukan sesuatu yang tidak patut. Baguslah kan?
Dia, seorang kawan yang sangat sangat sangat saya hargai. Walaupun kadang-kadang geram dengan dia tapi geram tu sekejap je. Walaupun kadang-kadang marah dengan dia tapi marah tu sekejap je. The reason is only one right? Sebab tu bila dia dah duk berulang-ulang mintak pendapat yang sama saya tetap akan bagi jugak pendapat walaupun hati macam 'eh budak ni kan! Dah cakap banyak kali kot!' Pengalaman saya yang sedikit tu saya kongsikan jugak dengan dia walaupun dah berulangkali kongsi sebenarnya.
Semoga Allah permudahkan usaha dia kali ini. Semoga Allah permudahkan juga saya dalam usaha nak membantu dia bukan untuk kali ini sahaja. Semoga Allah membantu kami dan permudahkan urusan kami. Allahumma amin.
credit to google image |
Love, friendship and everything only can be everything to our life when it comes with Lillahi Ta'ala. Right?
Wassalam.
May Allah bless.
(^_^)
No comments:
Post a Comment