Assalamualaikum.
Reminder: Tajuk mungkin tak berkaitan dengan isi!
Selamat bercuti buat semua yang membaca blog ni.
*budget ada ramai readers kan*
Perasan tak? kebelakangan ni kat facebook famous dengan
gambar husband and wife cubit-cubit pipi, gambar perempuan
yang cantik berniqab, gambar lelaki yang nampak soleh, dan
pendek kata gambar-gambar yang berunsurkan islamik lah.
Malam tadi saya tergerak nak klik pada link yang ditinggalkan
di gambar tersebut. Link tersebut membawa saya ke pautan
facebook pelukis tersebut yang kemudiannya membawa saya
ke pautan blognya pula. Blog dia tersangatlah cute sebab ada
gambar-gambar yang cantik. Pemiliknya bukanlah budak art
mahupun kartunis tetapi dia sangat berbakat. Memang tak
dinafikan lagi bakatnya. Itulah dia Bro Rusydee.
Di dalam satu entrinya ada dititipkan kata-kata dari
Rabiatul Adawiyah. Sangat terkesan di hati saya yang
sedang kosong ketika itu tatkala membaca titipan tersebut.
"Telah menipu sesorang yang mendakwa cinta kepadaKu (Allah),
tetapi apabila malam, mereka tidur dan meninggalkanKu;
Bukankah setiap kekasih rindu untuk bersendirian dengan kekasihnya?"
Dalam masa 24 jam yang Allah beri pada kita,
berapa jam yang kita gunakan untuk bersama denganNya?
Dalam banyak-banyak malam yang telah kita lewati,
berapa malam yang telah kita habiskan untuk bersendirian denganNya?
Puan YPJ : Apa matlamat hidup awak?
Saya : Erk! (Pesal tetibe tanya pasal matlamat pulak ni?)
Nak balas jasa mak ayah and bahagiakan mereka.
Itu matlamat jangka pendek saya sebagai seorang anak.
Matlamat jangka panjang saya? Kawan-kawan?
Selepas saya mendengar ceramah dari Imam Muda Asyraf
minggu lalu, baru saya tahu apa matlamat jangka panjang saya
yang saya kira tersangatlah jitu dan merangkumi beberapa matlamat
jangka panjang saya yang sedia ada.
Okey, saya pun pening dengan ayat saya ni.
Allah itu dekat dan Allah sentiasa ada untuk hamba-hambaNya.
Terkadang lidah saya terkelu dan fikiran saya terencat seketika
bila mana ada di kalangan rakan-rakan saya yang seakan ragu
dengan Allah. Ikutkan panas hati memang mahu memarahinya
tapi itu bukan yang terbaik. Sedih rasanya bila ada rakan kita
yang seakan berputus asa dengan rahmat Allah.
Jangan pernah berputus asa dengan rahmat dan bantuan Allah.
Teruskan berdoa. Semakin banyak kita diuji semakin beruntunglah kita.
Hidup bukan hanya untuk mendapat keseronokan dunia semata
tapi ada yang perlu kita kejar dan capai untuk mendapatkan yang abadi.
Saya ada terbaca lebih kurang macam quote jugaklah kat wall
ILoveAllah.com dan quote tersebut buat saya tersedar akan satu hal.
Nak menyesal pun untuk apa kan. Cukuplah dijadikan pengajaran
buat diri ni supaya tidak tergesa-gesa dalam melakukan sesuatu perkara.
"Allah is already written the name of your spouses for you.
What you need to work on is your relationship with Allah.
He will send him/her to you when you're ready. It is only a matter of time."
~ Sheikh Mamdouh~
Lepas baca quote ni terjumpa pulak dengan blog Dr.Sarah and kisah
dia tersangatlah berkait dengan quote tersebut.
Jadi, sebelum berpacaran tu cuba fikir sekejap.
Dah cukup lama ke kita berpacaran dengan Allah?
Sebelum pi dating tu cuba renung balik,
dating kita dengan Allah tu dah cukup ke?
Samalah dengan kita nak belajar alat muzik.
Memetik kembali kata-kata dari Ustaz Don,
kalau anda nak belajar alat muzik, cuba fikir balik.
Dah cukup ke ilmu-ilmu Fardhu Ain yang anda belajar selama ni.
Kalau belum cukup pi belajar habiskan dulu ilmu Fardhu Ain tu.
May us be blessed by Allah. Always.
Wassalam.
(^_^)
p/s: terkejut pulak bila tiba-tiba anak sedara hantar msg kat inbox fb.
budak sekarang belum sekolah pun dah ada fb.
6 comments:
saya suka entri ini. sekian. ;)
(^_^)
*senyum je lah walaupun xtau sebab apa awk suka dgn entri ni*
sy sgt suka kartun cubit2 pipi tu.. mmg sweet sgt.. haha..
tp hari ni baru dpt menjenguk ke blog plukis tersebut.. makaseh coz memperkenalkan blog dia.. :D
SZ suka sbb xsbr nk kawen ae..hehe gurau je..sama-sama =)
saya pun suka entri ni,sekian. yg pasal husband n wife cubit2 pipi pon sy suka,hehe
i'm smiling again (^_^) and again, ada yg xsbar nak kawen ae..hehe
Post a Comment