Master pieces

Oct 13, 2012

Passion

Bismillahirrahmanirrahim

Setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah s.w.t yang telah mengurniakan petunjuk dan hidayah kepada hamba-hambaNya. Sesungguhnya hidayah itu adalah milik Allah. Kita sebagai hamba yang lemah perlulah sentiasa meminta dan berusaha untuk mendapatkan hidayah tersebut walaupun hanya setitis. Setitis hidayah itu insya Allah memberikan impak yang besar kepada kita yang lemah ni.

Alhamdulillah, tiada niat apa. Sekadar mahu berkongsi tentang seorang sahabat sekelas yang telah menerima hidayah Allah. Perubahan yang mengejut dan sedikit sebanyak memberikan kejutan kepada rakan-rakan sekelas yang lain dan tak kurang juga ada yang bergenang air mata melihat perubahan tersebut. Tiada alasan yang lebih relevan tentang penghijrahan beliau melainkan kerana Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Kalau tidak kerana kasih dan sayangNya mana mungkin hidayah itu sampai kepada beliau juga kepada sesiapa sahaja yang telah menerimanya kan? Ayat sahabat saya tu masa saya bertanya, 'orang lain dah lama terima, aku je yang lambat.' Better late than never kan? Alhamdulillah beliau bukanlah tergolong dalam golongan yang 'never' tu.

Sebenarnya, kadang-kadang hidayah Allah tu dah banyak kali datang menyapa. Kadang kala bukan setakat sapaan, tapi siap berlaga bahu hingga kita terasa sakitnya. Tapi, kita sangka itu hanyalah angin sepoi-sepoi yang tak reti bahasa sahaja. Dan kemudian, tiada lagi laga bahu mahupun sapaan dari macik hidayah tersebut. Maka, kerugianlah kita di situ kerana kita tidak segera memeluk macik tersebut seketat-ketatnya tatkala dia datang menyapa.

Rabu baru ni ada satu talk mengenai preparing a good tender document. Talk tersebut telah disampaikan oleh seseorang yang sangat tinggi penguasaan ilmunya dalam bidang ukur bahan ni. Sudah bergelar surveyor juga dato'. Memiliki dua buah Ferrari seperti memiliki Perodua Kancil. Membeli tanah di Pulau Langkawi seolah-olah membeli sebeg simen. Membeli enam biji van seakan membeli replikanya. Membeli kedai di Glen Marie seakan membeli kedai di Ulu Yam. Eh, saya bukan mahu mencanangkan tentang kekayaan beliau dan beliau juga bukanlah seorang yang suka bermegah-megah dengan kekayaan dan kejayaannya.

Betapa hebat ilmu di dadanya yang telah Allah kurniakan hinggakan dengan hanya menyentuh dinding dewan kuliah sahaja dia sudah tahu ketebalannya, materialnya, methodnya, kosnya, dan lain-lain lagi yang terlibat dengan pembinaan dewan kuliah tersebut.  Ya, mungkin kerana pengalaman, beliau dapat menimba ilmu dengan begitu banyak. Bila tiba Q&A session, ada sorang student tanya. "Bagaimana saya mahu menjadi seperti dato'?" Passion. Itu jawapan dia. Tanamkan dalam diri rasa ghairah untuk menuntut ilmu, rasa ghairah untuk sentiasa menjadi nombor 1, dan rasa ghairah untuk menjadi yang terbaik. Dalam hati saya tergelak sebab QS bukanlah keghairahan saya. Jadi, mana mungkin saya boleh jadi seperti beliau kan?

Kalau ditanya, "taknak berubah ke arah yang lebih baik ke?" Jawapannya pasti mahu. Daripada 100 orang yang ditanya, saya pasti 90 orang pasti jawab mahu tapi tak punya kekuatan untuk melaksanakannya. Berkenaan kekuatan ni, saya pun tak ada jawapan bagaimana mahu mendapatkannya melainkan kita minta kepada Allah. Tapi, saya rasa kalau kita ada keghairahan untuk masuk ke dalam syurgaNya, pasti kekuatan akan hadir dengan izinNya. Kita pasti akan berusaha bersungguh-sungguh mencintai Allah, bersungguh-sungguh mencari redhanya, bersungguh-sungguh untuk menjadi hamba yang khusyuk dan tawaduk dalam menyemai keimanan dalam hati. Dan akhirnya dengan izin Allah dapatlah kita menjadi muslim/muslimah yang sentiasa mendapat rahmat dariNya.

Islam itu satu nikmat, hidayah itu double nikmat dan iman itu triple nikmat. Nikmat yang tersangat manis tapi tak perlu risau mengenai kencing manis sekiranya terlebih dos dalam menikmati nikmat tersebut. Tapi kalau kurang perlu risau sebab ia boleh melemahkan seluruh badan. Rohani dan jasmani. Jadi, pastikan diri kita tak kekurangan nikmat-nikmat tersebut ya!

Tertarik dengan status Inche Gabbana. "Ya Allah, sekiranya cinta itu hanya ada 1, maka aku memilih Kau. Jika 2, aku memilih Kau dan Rasulullah. Jika 3, aku memilih Kau, Rasulullah, dan dakwah & tarbiyah. Dan jika ada yang ke-4, baharulah aku mahu mencintai manusia. Bisakan?" Jom mula bercinta bagai nak rak dengan Allah!

Wassalam.
May Allah bless.
(^_^)

No comments: