Master pieces

Oct 19, 2012

Solat...susahkah?

Bismillahirrahmanirrahim.

Entri ni tak berniat sama sekali untuk mengaibkan sesiapa. Sekadar untuk berkongsi tentang persoalan hati sahaja.  Dulu, masa umur saya masih terlalu kecil untuk diajar solat tetapi sudah boleh bermain berkejaran di halaman rumah, saya selalu dengar mak ayah suruh kakak-kakak saya solat. Ada sekali tu, kami bertiga (arwah kakak, k.sarah dan saya) tengah main-main dalam rumah. Mak saya menyeru nama mereka berdua untuk bersolat. Mereka pun pergi bilik air, ambil wudhuk, dan masuk bilik. Saya ikut je diorang masuk bilik. Sampai bilik, diorang duduk, lap wudhuk, duduk lama sikit pastu keluar. Saya terkejut. Eh, tipu. Tak sembahyang pun! Diorang awal-awal dah warning saya sebelum keluar bilik supaya jangan beritahu mak. Our mak saaangat garang dulu. Dengan saya je slow. Anak manja kan.. Hihi. Saya tertanya-tanya, kenapa susah sangat nak solat sampai kena tipu macam tu?

Ada jugak sekali satu petang. Kami baru je tidur. Tak silap masa tu masuk Asar je kakak saya terus tidur. Bila ayah balik, dia tengok kakak saya tengah bersenang lenang tidur terus tarik tali pinggang. Our ayah pun agak garang jugak. Dulu la. Tapi, sama macam mak. Dengan saya langsung-langsung tak garang. Tu yang dulu adik beradik saya pandang saya kecik besar kecik besar je. Bila saya dah masuk sekolah rendah, saya dah mula solat. Tapi Maghrib je. Saya rasa kebanyakan orang pun kalau lubang-lubang solat, Maghrib memang tak tinggal. Dah macam solat Maghrib je yang wajib. Then, saya tahu. Solat bukan susah tapi sebenarnya kita yang malas sebab hati kita lebih cintakan perkara dunia. Sayang nak tinggal drama Eastern Hero kat tv tu. Sayang nak keluar dari kumpulan yang tengah syok main pukul berapa datuk harimau. Sayang nak tinggal makanan yang masih banyak belum habis dalam bekas bekalan tu dan macam-macam sayang lagi.

Kadang-kadang saya memerah otak memikirkan balik bagaimana cara mak ayah didik kami dulu sehingga kami tidak tega untuk meninggalkan solat (bila dah besar la). Saya sangat risau bila memikirkan akan datang. Di kala saya mempunyai anak kelak (insya Allah), bagaimana saya nak mendidik mereka. Kadang-kadang dah sehabis baik didik pun tak menjadi. Nak hantar sekolah agama, fikir panjang jugak sebab biasanya kalau masuk sebab dipaksa boleh jadi lain.

Jadi sekarang ni yang mampu dilakukan hanyalah berdoa dan berusaha sehabis baik dalam membina peribadi diri. Orang kata, kalau nak tengok siapa anak kita di masa depan, tengoklah diri kita pada masa kini. Ya, memang iman tak dapat diwarisi tapi didikan yang diberikan oleh pendidik yang beriman boleh membentuk peribadi diri yang baik kan. Dan tentulah ibu bapa adalah pendidik yang terbaik buat anak-anaknya.

Saya bukan dah berangan nak kahwin pun, tapi di zaman yang penuh pancaroba ni saya sangat takut dengan gejala sosial yang bermacam-macam. Even duduk di negara yang majoriti Islam pun saya rasa tak selamat untuk anak-anak saya kelak. Tapi nak buat macam mana. Duduk kat mana-mana pun ada je ujian. Takde ujian tak namanya hidup lah kan. Bukan orang Islam sahaja yang diuji, bahkan yang bukan Islam juga Allah uji. Yang memebezakan orang Islam dengan orang bukan Islam adalah bagaimana kita hadapi ujian-ujian yang diberi tu.  Bagi yang Islam, kita ada Allah. Doa senjata umat Islam. Tapi bagi yang tidak solat umpama senjata tumpul sahaja kot. Kalau tidak masakan solat itu dikatakan tiang agama kan?

Further thinking. Nak jadi baik jangan jadi baik sorang-sorang sebab takut-takut kita akan dipertanggungjawabkan terhadap dosa orang lain hanya kerana kita tak menegur dan mengajak. Sue me my dear friends because i can only talk about this. Still cannot practice it yet. Things are easier said than done.  Feel of guilt and regret are in the air.  Allah kept me facing with this kind of problem to teach me to be strong and brave right? But i'm still a coward and a weak person. Really hope it won't be long.



رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلاةِ وَمِنْ ذُرِّيَّتِي رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ

Rabbij'alnii muqiimas-solati wa min zurriyatii, rabbanaa wa taqabbal du`aa'" 

"Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan solat, ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku."

"O my Lord! Maintain me as one who establishes prayers, and some of my descendants; O our Lord! and accept my prayer."[Ibrahim 14 : 40]




Solat...susahkah? Islam tidak pernah menyusahkan dan Allah sekali-kali tidak akan menyusahkan hamba-hambaNya. Jadi, apa yang susahnya solat? Sebenarnya kitalah yang menjadikannya ia sesuatu yang susah.  Allah made it simple, only idiot complicate it. 

Wassalam. 
May Allah bless.
(^_^)

No comments: