Salam Maal Hijrah.
Isu saudara kita yang masih belum berakhir. Mereka diserang lagi, dan lagi, dan lagi. Isu yang kita tidak tahu kesudahannya bila. Kita, umat yang istimewa. Punya senjata yang ampuh iaitu doa.
".....dan benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah tidak akan dapat menyahut atau memberikan sesuatupun kepada mereka, hanyalah seperti orang yang menadahkan kedua tapak tangannya kepada air supaya sampai ke mulutnya, padahal air itu sudah tentu tidak akan sampai kepadanya dan tiadalah ibadat dan doa permohonan orang-orang kafir itu melainkan dalam kesesatan." [13:14]
Tadahan tangan kita bukan tadahan yang sia-sia. Teruskan berdoa biarpun kelak keadaan mereka tidak sehangat sekarang. Teruskan berdoa dan jangan pernah berhenti menitipkan doa buat saudara-saudara kita di seluruh dunia. Bukan Malaysia sahaja yang perlu satu, agama juga perlu satu biarpun berlainan warna kulit mahupun bahasa. Yang penting pegangan kita sama! 1Agama, Islam!
Pain is in the air, pain is everywhere. Allah sedang menguji umat Islam, Allah sedang menguji juga hati ini. Satu panggilan telefon yang membuatkan diri ini rasa teramat menyesal sebab tak pulang ke kampung tapi kesal kerana rasa diri ini masih mampu bergembira di sini. Merasa bersalah kerana terasa seperti diri ini telah mengkhianati saudara-saudaranya, tetapi masih mampu bersenang lenang dan bergelak ketawa di sini.
One big question from me to her (didn't express but it is implied through the feeling), kenapa tak beritahu awal-awal? and an express answer from her, taknak nanti sibuk-sibuk nak balik sebab baru je balik kan. What the??? Tapi saya tak salahkan beliau. Cuma sedikit terkilan. Mungkin Allah sudah rindu mahu mendengar rintihan diri ini yang semakin jauh.
Kalau dengan bersedih boleh memadamkan kesakitan, maka bersedihlah. Tetapi jika dengan bersedih kesakitan menjadi semakin sakit, maka bergembiralah. Dengan bergembira kita akan mampu bersyukur, bukan akan terus menyalahkan dan mencari alasan untuk tidak bersyukur. Alhamdulillah ala kullihal. Saya memilih untuk bergembira. =)
Wassalam.
May Allah bless.
(^_^)
Teruskan berdoa dan teruskan berusaha agar doa kita tidak terhijab.