Master pieces

Dec 16, 2012

Keluarga vs T&D

Bismillahirrahmanirrahim.

InsyaAllah, cerita pendek ini tiada kaitan dengan sesiapa baik yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia.

"Jadi Wardah macam mana? Boleh tak join daurah minggu ni?" Ifti, murobbiahnya bertanya.

"Maaf ukhti, minggu ni ana perlu menolong keluarga ana yang mahu datang ke sini." Wardah menjawab perlahan.

"Erm, macam mana ana nak cakap ya.Takpe, kita rujuk surah ke 9 ayat yang ke 43. InsyaAllah apa yang ana nak sampaikan ada dalam ayat ni. Ana minta Wardah bacakan ya."

Semoga Allah memaafkanmu. Mengapa kamu memberi izin kepada mereka (untuk tidak pergi berperang), sebelum jelas bagimu orang yang benar (dalam keuzurannya)  dan sebelum kamu ketahui orang yang berdusta?

"Ayat ni Allah turunkan sebagai teguran kepada Nabi SAW yang membenarkan segelintir umatnya yang tidak mahu pergi berperang." Sedikit sebanyak Ifti menjelaskan berkenaan ayat tersebut.

"Mungkin ayat ke 24 surah ke 9 ni boleh buat Wardah lebih faham. InsyaAllah. Kali ni ana minta Umairah pula bacakan ya."

Katakanlah: "Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri kamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatirkan kerugiannya dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai adalah kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan daripada berjihad di jalanNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang yang fasik.

Setelah dijelaskan dengan panjang lebar oleh Ifti berkenaan dengan ayat tersebut, Wardah bersuara.

"Ana minta maaf. Ana tahu salah satu ciri orang beriman itu adalah berlapang dada. Tapi, untuk ini ana belum dapat berlapang dada. Bukan niat ana untuk membelakangkan Allah. Sama sekali tidak. Tapi bila ia berkaitan keluarga, ana belum dapat berkorban. Ana faham tuntutan dakwah ini memerlukan pengorbanan yang bukan sedikit cuma sekarang ana belum boleh. InsyaAllah, ana akan cuba sedikit demi sedikit." Wardah menjelaskan perlahan.

"InsyaAllah. Ana doakan." Ifti lantas memeluk Wardah.

Anda, anda dan anda yang sudah pun menaiki gerabak tarbiah & dakwah ini dan terus istiqamah di jalan ini, sungguh saya kagum! Doakan juga agar saya dapat bersama-sama anda di dalam gerabak tersebut.

Rehat yang betul-betul osem dan hoyeah adalah rehat di dalam syurga yang kekal abadi, bukan di dunia yang sementara ini. Jadi, berhentilah mengeluh bila diri dilanda kesibukan lebih-lebih lagi bila kesibukan itu adalah kesibukan kerana menolong agama Allah. Ya Syafiqah? Jangan duk nak mengeluh je tahunya!

Wassalam.
May Allah bless.
(^_^)

Dec 12, 2012

Friendship

Bismillahirrahmanirrahim.

Seorang kawan baik tanya saya tadi. Nak ikutkan dah banyak kali tanya, dah banyak kali mintak pendapat, dah banyak kali tolong bagi ayat, dah banyak kali sindir dan dah banyak kali jugak bebel kat dia pasal ni. Tapi semuanya tak dimanfaatkan. Saya pun sebenarnya berat je nak menaip membebel kat dia sebab saya rasa macam tak layak. Apa yang saya bebel kat dia kebanyakannya saya pun belum dapat ikut. Tapi, saya tak boleh membiarkan dia terkontang kanting begitu. Mengikut katanya, hatinya sudah tidak tenang sangat sekarang. It's a good sign for her actually. Hati tak tenang sebab rasa diri sedang melakukan sesuatu yang tidak patut. Baguslah kan?

Dia, seorang kawan yang sangat sangat sangat saya hargai. Walaupun kadang-kadang geram dengan dia tapi geram tu sekejap je. Walaupun kadang-kadang marah dengan dia tapi marah tu sekejap je. The reason is only one right? Sebab tu bila dia dah duk berulang-ulang mintak pendapat yang sama saya tetap akan bagi jugak pendapat walaupun hati macam 'eh budak ni kan! Dah cakap banyak kali kot!' Pengalaman saya yang sedikit tu saya kongsikan jugak dengan dia walaupun dah berulangkali kongsi sebenarnya.

Semoga Allah permudahkan usaha dia kali ini. Semoga Allah permudahkan juga saya dalam usaha nak membantu dia bukan untuk kali ini sahaja. Semoga Allah membantu kami dan permudahkan urusan kami. Allahumma amin.

credit to google image


Saya bukan seorang sahabat yang baik, tiptop mahupun menyenangkan, tapi saya berdoa semoga persahabatan ini akan terus kekal dan terus kekal keranaNya. Juga saya berdoa agar setiap persahabatan yang terjalin di antara saya dan sahabat-sahabat saya yang lain diiringi dengan niat keranaNya. Nak ucap saya sayang awak sahabat kerana Allah sangat berat bila memikirkan tentang tanggungjawabnya tapi beribu batu lari cuba untuk mengelak pun tanggungjawab tu kita tetap kena tunaikan.

Love, friendship and everything only can be everything to our life when it comes with Lillahi Ta'ala. Right?

Wassalam.
May Allah bless.
(^_^)

  

Dec 9, 2012

Housemate dan nasi

Bismillahirrahmanirrahim.

This week is the busiest week. Tiba-tiba ada baaaaanyak assignments to be submitted. Sebenarnya jadi the busiest tu sebab tersalah percaturan ketika weekend yang lepas. Dah tahu weekdays cuma ada waktu malam je untuk siapkan assignment, gatal sangat berjoli katak time weekend kan. Dah padan muka. Tidur pun kena curi-curi. Kalau dah gila sangat gadaikanlah satu assignment. Tapi Alhamdulillah, belum rasa nak gila macam tu lagi. Jadinya weekend yang dah nak berakhir untuk minggu ni kena betul-betul dimanfaatkan supaya minggu depan dapat tidur dengan secukupnya. Tidur, buat diri ini amatlah penting!

Hari ni, Sabtu, qada' balik segala hutang tidur sampaikan housemate ditimpa musibah pun tak sedar. Tidur dalam bilik dah macam tidur dalam gua sebab tak boleh nak dengar apa yang sedang berlaku di luar. Apa punya housemate lah saya ni. T_T. 

Housemate saya kena sawan tarik tadi. First time dengar sebenarnya. Selalu dengar sawan Cik B atau sawan je. Melalui penceritaan housemate Y yang berada di tempat kejadian, yang mana dia merupakan roomate kepada housemate tadi (housemate X), keadaannya agak teruk. Housemate X ada paper hari ni. Baru nak keluar pintu rumah tiba-tiba dia jatuh dan darah terus keluar. Itu menunjukkan bahawa sebenarnya dia telah lama menahan sakit tersebut. Menurut Housemate Y dari pukul 4.30 pagi lagi housemate X dah menunjukkan tanda-tanda. Dalam pukul 5 lebih pagi, family housemate X datang ke rumah untuk menemani housemate X. Alhamdulillah housemate X dah pun dibenarkan keluar dari hospital, tapi keadaan masih lemah. Tak tahu lah next paper dia boleh ambil atau tak. Dan saya, kena teman housemate Y tidur malam ni sebab dia masih sedikit takut setelah melalui pengalaman housemate X terkena sawan tarik. Semoga cik housemate X segera sembuh. Syafahallah.
----------------------------------------------------------------------
Dulu, kadang-kadang tiba-tiba tangan saya akan menggigil, utut menggeletar, badan lemah. Kat rumah jarang sangat berlaku tapi kalau kat asrama/kolej agak rajin berlaku. Bila saya fikir-fikir baru saya perasan yang kejadian tersebut akan berlaku bila saya tak makan nasi tapi makanlah benda lain macam mee. Saya tak tahu sejak bila badan ni amat-amat memerlukan tenaga daripada nasi. Kalau makan kat luar pun memang akan order nasi sebab rasa makanan lain tu macam tak berbaloi. Bayar RM4 untuk nasi, saya dapat tenaga satu hari tapi bayar RM4 untuk mee, saya dapat tenaga untuk setengah hari je. Memang tak berbaloilah untuk saya. Memang tak boleh nak diet nasi langsung lah. 

Hari ni, disebabkan kat rumah dah kehabisan beras dan disebabkan dah nak keluar dari rumah maka tak ada siapalah yang beli beras. Barang-barang pun dah dikemas sikit-sikit. So, kalau beli beras then tak habis dah siapa pulak nak bawak balik kan. Disebabkan malas nak keluar, saya pun makan apa yang ada je lah. Adalah mihun sikit. Celup dalam kuah tomyam, jadilah mihun tomyam. Makan. Kenyang. Lepas Isyak, tak tahan dah. Buatlah jemput-jemput kentang. Sambil tunggu goreng tiba-tiba tangan dah mula menggigil. Nasib ada coklat cloud 9 dalam peti ais. Duduk depan peti makan 2 bar. Bolehlah recharge tenaga sikit-sikit. Sebab tu kadang-kadang dalam beg simpan coklat kalau keluar jalan jauh. Roti pun bolehlah. Sementara nak tunggu dapat makan nasi. Saya pun selalu bebel kat kawan-kawan saya yang ada gastrik, tolonglah bawak something dalam beg tu yang boleh dimakan bila keluar in case kat kawasan yang kita keluar tu susah nak dapat makanan. Tapi, well bila kena bebel biasanya kita malas nak ikutkan. 

Kat rumah, sangat jarang berlaku sebab kat rumah sentiasa cukup makan. Bila duduk sendiri makan pun suka hati je lebih-lebih lagi bila cuti sebab tak keluar rumah. Ah, sangat-sangat rindukan rumah, ayah, mak, anak sedara yang buchuk-buchuk, kakak-kakak (abang tak!) dan banyak lagi. Nak balik lah! Tapi kena tunggu dua minggu lagi T_T walaupun ketika ini hati dah meraung-raung macam hape nak balik rumah. 

Ada sorang adik yang rajin sangat melepak kat stall waffle yang saya jaga tu kata saya ada ciri-ciri macam seorang kakak dan saya ni nampak muda. Nasib baik kau adik, kalau tak dah lama akak ngurat tau. :p

Wassalam
May Allah bless
(^_^)

 Housemate dan nasi; very unrelated story.  

Dec 4, 2012

Random stuff

Bismillahirrahmanirrahim.

Study, bila stress atau dah mula bohsan, berhenti sekejap. Online, niat nak sekejap tapi akhirnya tak boleh berhenti. Dari 1 page ke 1 page perginya. Kalau study habis satu bab dah.

Baru-baru ni kakak saya hantar satu message. 'Kalau lepas habis ni tak cari kerja dulu nak ke?' Macam tu lah lebih kurang. Masa tu saya tengah duk kalut cari barang kat Giant. Tergelak dapat message tu.

Minggu lepas hati dah berkira-kira nak apply satu jawatan kosong kat Bintulu Port. Sarawak has something yang dah menarik hati saya untuk kerja di sana. Method of construction dia yang kebanyakannya berbeza dengan semenanjung ni buat hati saya nak explore lebih kat sana. Fikir, banyak hari saya fikir. End up dengan tak apply sebab asyik duk teringat kata-kata kawan saya.

Berbalik pada message kakak saya tu, i know the reason why she asked that question. Masa balik kampung baru ni pun dia cadangkan saya buat pertanian komersial. Nama je anak petani, tapi bab masuk kebun saya tak minat. Tapi, tak boleh reject terus the idea sebab saya masih tak tahu apa yang terbaik sekarang ni. Maknanya saya kenalah batalkan hasrat untuk bekerja di Sarawak. Next time mungkin.

Some of my friends ada yang dah apply untuk sambung master, some of them dah mula hantar resume and some of them ada yang dah berkira-kira untuk offshore under Petronas once they pass the interview on this weekend with Petronas. Tapi Petronas taknak ambil ramai QS. Dia nak engineer saja ramai. Saya, baru dengar proses untuk interview je dah ketar lutut apatah lagi nak bagi nama kan. Lupakan lupakan.

This week macam packed dengan pelbagai submission. I hate stress. Tapi saya tak stress pun, orang lain yang stress tapi tapi kenapa i've got the initial stage of migrain. One of my friends too. Serius tak sabar nak habiskan study kat Shah Alam ni. Nak menimba ilmu tempat lain pulak. Dahlah akan jadi homeless student for this coming January! Haih.

Random bebelan. Makin nak habis makin gelisah banyak. Semoga Allah permudahkan saya dan kawan-kawan untuk graduate on time. Bolehlah bergaya dengan jubah konvo this coming May! Oh, hopefully jugak tarikh konvo tak sama dengan tarikh flight. Kalau tak for the second time, cannot attend my convo ceremony.

Eh, esok dapat gaji lah! ^_^

Wassalam
May Allah bless.
(^_^)

Nov 17, 2012

Pain is in the air

Bismillahirrahmanirrahim.

Salam Maal Hijrah.

Isu saudara kita yang masih belum berakhir. Mereka diserang lagi, dan lagi, dan lagi. Isu yang kita tidak tahu kesudahannya bila. Kita, umat yang istimewa. Punya senjata yang ampuh iaitu doa.

".....dan benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah tidak akan dapat menyahut atau memberikan  sesuatupun kepada mereka, hanyalah seperti orang yang menadahkan kedua tapak tangannya kepada air supaya sampai ke mulutnya, padahal air itu sudah tentu tidak akan sampai kepadanya dan tiadalah ibadat dan doa permohonan orang-orang kafir itu melainkan dalam kesesatan." [13:14]

Tadahan tangan kita bukan tadahan yang sia-sia. Teruskan berdoa biarpun kelak keadaan mereka tidak sehangat sekarang. Teruskan berdoa dan jangan pernah berhenti menitipkan doa buat saudara-saudara kita di seluruh dunia. Bukan Malaysia sahaja yang perlu satu, agama juga perlu satu biarpun berlainan warna kulit mahupun bahasa. Yang penting pegangan kita sama! 1Agama, Islam!


Pain is in the air, pain is everywhere. Allah sedang menguji umat Islam, Allah sedang menguji juga hati ini. Satu panggilan telefon yang membuatkan diri ini rasa teramat menyesal sebab tak pulang ke kampung tapi kesal kerana rasa diri ini masih mampu bergembira di sini. Merasa bersalah kerana terasa seperti diri ini telah mengkhianati saudara-saudaranya, tetapi masih mampu bersenang lenang dan bergelak ketawa di sini.

One big question from me to her (didn't express but it is implied through the feeling), kenapa tak beritahu awal-awal? and an express answer from her, taknak nanti sibuk-sibuk nak balik sebab baru je balik kan. What the??? Tapi saya tak salahkan beliau. Cuma sedikit terkilan. Mungkin Allah sudah rindu mahu mendengar rintihan diri ini yang semakin jauh. 

Kalau dengan bersedih boleh memadamkan kesakitan, maka bersedihlah. Tetapi jika dengan bersedih kesakitan menjadi semakin sakit, maka bergembiralah. Dengan bergembira kita akan mampu bersyukur, bukan akan terus menyalahkan dan mencari alasan untuk tidak bersyukur. Alhamdulillah ala kullihal. Saya memilih untuk bergembira. =)

Wassalam.
May Allah bless.
(^_^)

Teruskan berdoa dan teruskan berusaha agar doa kita tidak terhijab. 

Nov 13, 2012

Kisah dissertasi

Bismillahirrahmanirrahim


Alhamdulillah, akhirnya dapat juga siapkan dissertation ni. Macam tak percaya sebab masa mula-mula saya rasa macam 'boleh ke aku buat tebal macam ni?' sambil pegang senior punya dissertation. Dissertation ni dah start dari part 4 dulu lagi. Part 4 propose tajuk. Last paper part 4 dapat supervisor. Naik part 5 hantar interim. Dari chapter 1 sampai chapter RM sama ada 3 atau 4. Depends on Literature Review ada berapa chapter.

Masa cuti nak naik part 6 sepatutnya dah mula buat questionnaire, interview, etc. Tapi, seorang yang pemalas macam saya, memang tak buat langsung! Idea memang tak boleh nak keluar langsung. Bila dah naik part 6 pun still terkontang kanting. Dengan skop kajian yang masih di atas awan dan LR macam hampeh, terus lari jumpa supervisor. Skop dah makin kecil tapi still atas awan. Tengah time kalut tapi luaran nampak cool dan tenang, tiba-tiba dapat phone call masa weekend. Officemate masa praktikal dulu ajak keluar. Mulanya memang taknak tapi dia main kuasa veto pulak kan. Keluar jugaklah. Mungkin Allah tolong melalui dia, rupanya sekarang dia kerja kat bahagian fasiliti di UPM. Saya cuma tahu dia kerja kat bahagian pembangunan di UPM tu je. Tak tahu pulak sama je dengan fasiliti. Wah, apa lagi. Terus buat appointment untuk interview. Then, the rest is history.

Sepanjang proses penyiapan, banyak-banyak berterima kasih pada pelbagai pihak yang banyak sangat membantu. Dah macam acknowledgement pulak kan. Semoga Allah permudahkan urusan penghantaran esok. Nak bind hard cover lama lagi la. Dah habis exam belum tentu dapat bind lagi. Ah, malasnya nak pergi Shah Alam lagi bila dah balik BP for good (insya Allah).


Tiga salinan; supervisor as a first reader, lecturer dari Perak as a second reader and if ada percanggahan atau masalah akan adalah third reader. Sebab tu kena prepare 3 salinan. Nasib baik hard cover kena buat 1 je nanti. Malam ni bisa tidur lena.

p/s: Siap dissert tak bererti sudah tamat part 6. Assignments lain tengah beratur untuk disiapkan. Haila

Wassalam.
May Allah bless.
(^_^)

Oct 19, 2012

Solat...susahkah?

Bismillahirrahmanirrahim.

Entri ni tak berniat sama sekali untuk mengaibkan sesiapa. Sekadar untuk berkongsi tentang persoalan hati sahaja.  Dulu, masa umur saya masih terlalu kecil untuk diajar solat tetapi sudah boleh bermain berkejaran di halaman rumah, saya selalu dengar mak ayah suruh kakak-kakak saya solat. Ada sekali tu, kami bertiga (arwah kakak, k.sarah dan saya) tengah main-main dalam rumah. Mak saya menyeru nama mereka berdua untuk bersolat. Mereka pun pergi bilik air, ambil wudhuk, dan masuk bilik. Saya ikut je diorang masuk bilik. Sampai bilik, diorang duduk, lap wudhuk, duduk lama sikit pastu keluar. Saya terkejut. Eh, tipu. Tak sembahyang pun! Diorang awal-awal dah warning saya sebelum keluar bilik supaya jangan beritahu mak. Our mak saaangat garang dulu. Dengan saya je slow. Anak manja kan.. Hihi. Saya tertanya-tanya, kenapa susah sangat nak solat sampai kena tipu macam tu?

Ada jugak sekali satu petang. Kami baru je tidur. Tak silap masa tu masuk Asar je kakak saya terus tidur. Bila ayah balik, dia tengok kakak saya tengah bersenang lenang tidur terus tarik tali pinggang. Our ayah pun agak garang jugak. Dulu la. Tapi, sama macam mak. Dengan saya langsung-langsung tak garang. Tu yang dulu adik beradik saya pandang saya kecik besar kecik besar je. Bila saya dah masuk sekolah rendah, saya dah mula solat. Tapi Maghrib je. Saya rasa kebanyakan orang pun kalau lubang-lubang solat, Maghrib memang tak tinggal. Dah macam solat Maghrib je yang wajib. Then, saya tahu. Solat bukan susah tapi sebenarnya kita yang malas sebab hati kita lebih cintakan perkara dunia. Sayang nak tinggal drama Eastern Hero kat tv tu. Sayang nak keluar dari kumpulan yang tengah syok main pukul berapa datuk harimau. Sayang nak tinggal makanan yang masih banyak belum habis dalam bekas bekalan tu dan macam-macam sayang lagi.

Kadang-kadang saya memerah otak memikirkan balik bagaimana cara mak ayah didik kami dulu sehingga kami tidak tega untuk meninggalkan solat (bila dah besar la). Saya sangat risau bila memikirkan akan datang. Di kala saya mempunyai anak kelak (insya Allah), bagaimana saya nak mendidik mereka. Kadang-kadang dah sehabis baik didik pun tak menjadi. Nak hantar sekolah agama, fikir panjang jugak sebab biasanya kalau masuk sebab dipaksa boleh jadi lain.

Jadi sekarang ni yang mampu dilakukan hanyalah berdoa dan berusaha sehabis baik dalam membina peribadi diri. Orang kata, kalau nak tengok siapa anak kita di masa depan, tengoklah diri kita pada masa kini. Ya, memang iman tak dapat diwarisi tapi didikan yang diberikan oleh pendidik yang beriman boleh membentuk peribadi diri yang baik kan. Dan tentulah ibu bapa adalah pendidik yang terbaik buat anak-anaknya.

Saya bukan dah berangan nak kahwin pun, tapi di zaman yang penuh pancaroba ni saya sangat takut dengan gejala sosial yang bermacam-macam. Even duduk di negara yang majoriti Islam pun saya rasa tak selamat untuk anak-anak saya kelak. Tapi nak buat macam mana. Duduk kat mana-mana pun ada je ujian. Takde ujian tak namanya hidup lah kan. Bukan orang Islam sahaja yang diuji, bahkan yang bukan Islam juga Allah uji. Yang memebezakan orang Islam dengan orang bukan Islam adalah bagaimana kita hadapi ujian-ujian yang diberi tu.  Bagi yang Islam, kita ada Allah. Doa senjata umat Islam. Tapi bagi yang tidak solat umpama senjata tumpul sahaja kot. Kalau tidak masakan solat itu dikatakan tiang agama kan?

Further thinking. Nak jadi baik jangan jadi baik sorang-sorang sebab takut-takut kita akan dipertanggungjawabkan terhadap dosa orang lain hanya kerana kita tak menegur dan mengajak. Sue me my dear friends because i can only talk about this. Still cannot practice it yet. Things are easier said than done.  Feel of guilt and regret are in the air.  Allah kept me facing with this kind of problem to teach me to be strong and brave right? But i'm still a coward and a weak person. Really hope it won't be long.



رَبِّ اجْعَÙ„ْÙ†ِÙŠ Ù…ُÙ‚ِيمَ الصَّلاةِ ÙˆَÙ…ِÙ†ْ Ø°ُرِّÙŠَّتِÙŠ رَبَّÙ†َا ÙˆَتَÙ‚َبَّÙ„ْ دُعَاءِ

Rabbij'alnii muqiimas-solati wa min zurriyatii, rabbanaa wa taqabbal du`aa'" 

"Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan solat, ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku."

"O my Lord! Maintain me as one who establishes prayers, and some of my descendants; O our Lord! and accept my prayer."[Ibrahim 14 : 40]




Solat...susahkah? Islam tidak pernah menyusahkan dan Allah sekali-kali tidak akan menyusahkan hamba-hambaNya. Jadi, apa yang susahnya solat? Sebenarnya kitalah yang menjadikannya ia sesuatu yang susah.  Allah made it simple, only idiot complicate it. 

Wassalam. 
May Allah bless.
(^_^)

Oct 13, 2012

Passion

Bismillahirrahmanirrahim

Setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah s.w.t yang telah mengurniakan petunjuk dan hidayah kepada hamba-hambaNya. Sesungguhnya hidayah itu adalah milik Allah. Kita sebagai hamba yang lemah perlulah sentiasa meminta dan berusaha untuk mendapatkan hidayah tersebut walaupun hanya setitis. Setitis hidayah itu insya Allah memberikan impak yang besar kepada kita yang lemah ni.

Alhamdulillah, tiada niat apa. Sekadar mahu berkongsi tentang seorang sahabat sekelas yang telah menerima hidayah Allah. Perubahan yang mengejut dan sedikit sebanyak memberikan kejutan kepada rakan-rakan sekelas yang lain dan tak kurang juga ada yang bergenang air mata melihat perubahan tersebut. Tiada alasan yang lebih relevan tentang penghijrahan beliau melainkan kerana Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Kalau tidak kerana kasih dan sayangNya mana mungkin hidayah itu sampai kepada beliau juga kepada sesiapa sahaja yang telah menerimanya kan? Ayat sahabat saya tu masa saya bertanya, 'orang lain dah lama terima, aku je yang lambat.' Better late than never kan? Alhamdulillah beliau bukanlah tergolong dalam golongan yang 'never' tu.

Sebenarnya, kadang-kadang hidayah Allah tu dah banyak kali datang menyapa. Kadang kala bukan setakat sapaan, tapi siap berlaga bahu hingga kita terasa sakitnya. Tapi, kita sangka itu hanyalah angin sepoi-sepoi yang tak reti bahasa sahaja. Dan kemudian, tiada lagi laga bahu mahupun sapaan dari macik hidayah tersebut. Maka, kerugianlah kita di situ kerana kita tidak segera memeluk macik tersebut seketat-ketatnya tatkala dia datang menyapa.

Rabu baru ni ada satu talk mengenai preparing a good tender document. Talk tersebut telah disampaikan oleh seseorang yang sangat tinggi penguasaan ilmunya dalam bidang ukur bahan ni. Sudah bergelar surveyor juga dato'. Memiliki dua buah Ferrari seperti memiliki Perodua Kancil. Membeli tanah di Pulau Langkawi seolah-olah membeli sebeg simen. Membeli enam biji van seakan membeli replikanya. Membeli kedai di Glen Marie seakan membeli kedai di Ulu Yam. Eh, saya bukan mahu mencanangkan tentang kekayaan beliau dan beliau juga bukanlah seorang yang suka bermegah-megah dengan kekayaan dan kejayaannya.

Betapa hebat ilmu di dadanya yang telah Allah kurniakan hinggakan dengan hanya menyentuh dinding dewan kuliah sahaja dia sudah tahu ketebalannya, materialnya, methodnya, kosnya, dan lain-lain lagi yang terlibat dengan pembinaan dewan kuliah tersebut.  Ya, mungkin kerana pengalaman, beliau dapat menimba ilmu dengan begitu banyak. Bila tiba Q&A session, ada sorang student tanya. "Bagaimana saya mahu menjadi seperti dato'?" Passion. Itu jawapan dia. Tanamkan dalam diri rasa ghairah untuk menuntut ilmu, rasa ghairah untuk sentiasa menjadi nombor 1, dan rasa ghairah untuk menjadi yang terbaik. Dalam hati saya tergelak sebab QS bukanlah keghairahan saya. Jadi, mana mungkin saya boleh jadi seperti beliau kan?

Kalau ditanya, "taknak berubah ke arah yang lebih baik ke?" Jawapannya pasti mahu. Daripada 100 orang yang ditanya, saya pasti 90 orang pasti jawab mahu tapi tak punya kekuatan untuk melaksanakannya. Berkenaan kekuatan ni, saya pun tak ada jawapan bagaimana mahu mendapatkannya melainkan kita minta kepada Allah. Tapi, saya rasa kalau kita ada keghairahan untuk masuk ke dalam syurgaNya, pasti kekuatan akan hadir dengan izinNya. Kita pasti akan berusaha bersungguh-sungguh mencintai Allah, bersungguh-sungguh mencari redhanya, bersungguh-sungguh untuk menjadi hamba yang khusyuk dan tawaduk dalam menyemai keimanan dalam hati. Dan akhirnya dengan izin Allah dapatlah kita menjadi muslim/muslimah yang sentiasa mendapat rahmat dariNya.

Islam itu satu nikmat, hidayah itu double nikmat dan iman itu triple nikmat. Nikmat yang tersangat manis tapi tak perlu risau mengenai kencing manis sekiranya terlebih dos dalam menikmati nikmat tersebut. Tapi kalau kurang perlu risau sebab ia boleh melemahkan seluruh badan. Rohani dan jasmani. Jadi, pastikan diri kita tak kekurangan nikmat-nikmat tersebut ya!

Tertarik dengan status Inche Gabbana. "Ya Allah, sekiranya cinta itu hanya ada 1, maka aku memilih Kau. Jika 2, aku memilih Kau dan Rasulullah. Jika 3, aku memilih Kau, Rasulullah, dan dakwah & tarbiyah. Dan jika ada yang ke-4, baharulah aku mahu mencintai manusia. Bisakan?" Jom mula bercinta bagai nak rak dengan Allah!

Wassalam.
May Allah bless.
(^_^)

Aug 29, 2012

Syawal 1433H

Salam 11 Syawal 1433H.

Ramadhan berlalu meninggalkan kita. Syawal menjelma menggantikannya, salah silap maaf dipinta, dari saya Syafiqah sekeluarga. SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN. Taqaballahu minna wa minkum.

Alhamdulillah. Syawal kali ni rasa macam special sikit sebab semua ahli keluarga dapat berkumpul di bawah bumbung yang sama. Tak seperti tahun-tahun lalu yang mana tidak kesemua ahli keluarga ada menyambut 1 Syawal di rumah ini. Maklumlah, dah ada mertua kenalah bergilir-gilir kan. Tahun ni, kakak saya yang sepatutnya beraya di Kedah tidak pulang ke Kedah kerana sedang menunggu hari untuk melahirkan. Sudahnya, sampai habis cuti seminggu tak bersalin juga. Nampaknya si kecil tidak mahu menjadi orang Batu Pahat.

Sebenarnya tak adalah semua ada masa 1 Syawal tu. My little niece, Husna admitted kat hospital sebab demam. She struggled a lot sejak lahir. Husna lahir 1 Ramadhan dengan keadaan tak cukup berat. Hanya 1.++ kemudian doktor sahkan dia dijangkiti kuman dalam darah. Tapi Alhamdulillah, akhirnya dia bebas dari kuman tersebut dan boleh keluar dari hospital. First time saya tengok dia, masha Allah, dia sangat kecil. Sangat-sangat. Selama ni saya tengok anak-anak sedara saya semua gebu-gebu dan anjal-anjal pipi mereka. Tapi Husna tak. Sehari sebelum Syawal, dia demam. Bawak pergi hospital doktor terus tahan sebab dia pernah ada kes. So, masa pagi 1 Syawal, she and her mom tak ada. Petang 1 Syawal abang saya bergegas ke hospital untuk mengambil isterinya sebab Husna kena masuk ICU. Bila dah masuk ICU tak ada siapa yang boleh jaga. Yang boleh melawat pun hanyalah ibu bapa sahaja. Alhamdulillah, 4 Syawal Husna dah boleh pergi beraya.

Awal pagi tadi, dapat message. Kakak saya dah selamat melahirkan seorang bayi lelaki. Penutup untuk cucu Abdul Rahman tahun 2012 ni. Tahun ni dapat 3 nieces; Erina, Arisa, Husna and one hero; Firas. Firas ni memang nak jadi orang Kota la. Orang Batu Pahat tunggu dia taknak keluar. Anak sedara yang ni Alhamdulillah sihat. Berat lebih dua kali ganda berat Husna. Lebih bulat dari abang dia. Muka meh dua-dua. Saya baru tengok gambar je. Insya Allah Jumaat baru dapat bertemu empat mata dengan Firas.

Cuti semester pun dah nak melabuhkan tirainya. Salah satu perkara yang tak berapa digemari sepanjang proses pengajian saya di IPTA ni. Bila tengok jadual final sem rasa sikit hoyeaah sebab Jumaat free. Hari-hari lain pun kelas paling banyak dua je. Awesome! Oh, raya kali ni memang blast. Thanks to my good friend yang mendoakan 'have a blast raya!' =))

Wassalam.
May Allah bless.
(^_^)

Jul 29, 2012

Ramadhan 1433H

Salam Ramadhan al mubarak.

Bersempena bulan yang mulia ni, saya nak kongsikan sedikit ilmu. Mungkin ada yang dah sedia maklum, mungkin ada yang belum. 3 perkara yang dikategorikan sebagai perkara yang bukan sia-sia.

  1. Perkara-perkara yang dilakukan dengan tujuan akhirat seperti solat, mengaji, dll perkara yang mendekatkan diri kita dengan Allah.
  2. Perkara-perkara yang dilakukan dengan tujuan untuk memperbaiki kehidupan seperti bekerja, menuntut ilmu, dll. Tapi ingat, yang wajib jangan sampai terabai.
  3. Hiburan yang tidak berlebihan dan tidak melalaikan.
Bulan mulia dan penuh barakah ni, kita kena manfaatkan masa dengan sebaiknya. Jangan biarkan Ramadhan berlalu seperti bulan-bulan biasa. Jadikan bulan ini bulan yang akan dirindui setelah ia berlalu kelak.

Ada satu pepatah cina yang menarik hati saya. Menarik la sebab macam terkena batang hidung sendiri. 

"Don't be afraid of growing slowly, be afraid only of standing still."

Jangan jemu untuk membuat perubahan(good one of course) walaupun perubahan itu kecil. Dari yang kecil tu lah akhirnya kita boleh buat yang besar. 

Ramadhan kareem.
Wassalam.
May Allah bless.
(^_^)

Jul 11, 2012

Sayang

Assalamualaikum.

I love you dad!
I love you abangs!
I love you Encik Suami!
I love you sons!

Memang fitrah manusia memiliki perasaan cinta, kasih dan sayang terhadap makhluk ciptaan Allah yang lain. Bukan setakat makhluk malah benda pun kadang-kadang kita sayang macam dah takde yang lain kan? Sedar tak kita tanpa perasaan ini kita tak akan mampu untuk bergerak keluar dari persembunyian kita? Terpandang orang je dah berlari ketakutan, terpandang bukit juga ketakutan, even semut pun kita akan menggigil berlari untuk bersembunyi. Tapi Alhamdulillah, satu nikmat yang Allah beri ni mampu membuatkan kita berani menghadapi ketakutan tersebut. Ya, sebab rasa kasih sayang tu lah. Jadi jangan sesuka hati tuduh orang tak reti berkasih sayang tau. Kalau dia tak reti mesti dia dah ambil keputusan untuk tidur selamanya sebab dia takut nak pandang segala macam yang ada di muka bumi ni.

Ok girls! Are you really love your dad? Abangs? Encik Suami mahupun anaks lelaki anda? Saayaaaaaang.... Betul ke sayang? Betul lah. Berani-berani je tuduh kata kita tak sayang. Cepuk karang baru tau! Emak, akaks, atok nenek pun kita sayang tau. Yeah, saya pun sayang mereka jugak. No doubt okeh!

Tapi kan, kalau betul sayang, sanggup ke kita tarik mereka ke lembah yang hina yang penuh dengan azab yang menyeksakan tu? Erk. Mana ada kita tarik mereka. Kan dosa masing-masing.

Yeah, dosa memang masing-masing tapi jangan kita lupa ada 4 golongan lelaki yang akan ditarik oleh wanita masuk ke neraka sekiranya mereka tidak menjalankan tanggungjawab mereka. Tanggungjawab like menasihati tentang aurat, solat, pengetahuan agama, etc. Sempitkan sikit, kita fokus pada bab aurat lah.

Seriously, kadang-kadang kita tak sedar pun yang selama ni kita duk ke hulu ke hilir dengan pakaian yang tidak berlandaskan syariat tu telah membebankan beliau-beliau yang kita sayang. Kadang-kadang ada beliau-beliau mereka menegur tapi dibuat endah tak endah je. Ada jugak yang tak tegur sebab rasa itu memang fesyen semasa. Lebih teruk, beliau-beliau merasakan pakaian yang dipakai oleh kita tu memang dah tutup aurat. Tutup ke balut? Kalau yang dah tak bernyawa tu pulak, macam mana depa nak tegur? Macam mana arwah beliau-beliau nak beritahu pada anak/isteri/adik/emak mereka supaya segera menutup aurat seperti yang dikehendaki syarak? Macam mana? Arwah beliau-beliau sedang sangat kesakitan disebabkan oleh perbuatan kita! Sedar tak?! Yang masih hidup juga jangan disangka mereka tidak terseksa okeh.

Ada orang tu dapat mimpi. Dia baru kematian ayah. Tak lama lepas tu dia asyik dapat mimpi ngeri. Ada sorang lelaki, berbaju kotor, selekeh, muka hitam menangis-nangis mintak tolong. Dia nak tolong tapi dia tak boleh. Ada halangan yang menyebabkan dia tak dapat nak menghulurkan bantuan. Dia kesian pada lelaki tu. Mimpi yang kerap mengganggu tidurnya tu dikongsikan dengan temannya. Telahan temannya mungkin bukanlah tepat tapi ia logik. Seakan petunjuk dari Allah, seakan pesanan dari arwah ayahnya yang sedang menderita di 'sana' kerana dia seorang yang tidak menutup aurat. Seorang yang solat asal rajin, asal sempat. Seorang yang balut aurat bukan menutup aurat ya. Noted!

Kita yang tak dapat mimpi macam tu, nak tunggu dapat mimpi tu ke baru nak improve diri? Kalau tak dapat? Takkan selamanya nak membiarkan beliau-beliau terseksa dengan perbuatan kita? Oh, diri kita sendiri sudah tentu, nyata, dan jelaslah sangat terseksa di 'sana' kelak selagi kita taknak berubah.

Sayang is not about we say to them 'I love you', 'saranghyeo', 'uhibbu abadan' atau 'saya cintakan awak.' It's not about we kiss and hug them everyday ataupun kita call bertanya khabar everyday. Tapi ia lebih daripada itu. Kita sayang mereka, maka kita prevent diri mereka daripada ditarik ke neraka dengan usaha sehabis daya. Kalau mereka sendiri yang endah tak endah, kita bantulah mereka. Sayang kita pada mereka bukan sayang yang palsu yang bersifat keduniaan sahaja, tapi kita sayang mereka kerana Allah, sayang kita benar, sayang kita mahu sampai ke syurga! Tapi kalau masih begini? Masih selesa ke hulu ke hilir dengan membalut aurat sahaja, layakkah untuk sampai ke syurga? Tak malukah kita ucap sayang pada mereka tapi dalam masa yang sama menyeksa mereka. Kalau betul sayang takkan kita tega mencampakkan mereka ke dalam neraka? Campak ke laut saje lah sayang palsu kita tu!

".......Dan kami sekali-kali tidak akan mendapat petunjuk sekiranya Allah tidak memberi petunjuk..." [7:43]

Petunjuk dan hidayah perlu diminta, perlu dicari sebab mereka takde kaki untuk berjalan ke arah kita juga mereka tidak punya kudrat untuk bergolek ke arah kita melainkan dengan izin Nya.

Jadi, buktikanlah bahawa kita mencintai mereka dengan sebenar-benar cinta. Cinta kita bukan cinta palsu. Cinta kita cinta hingga ke syurga insya Allah. Kemudian, barulah dengan penuh rasa yakin dan bangga kita boleh cakap pada mereka bahawa kita sayang mereka. Sungguh-sungguh dan selamanya.

Show your love bukan dengan cornetto tapi show your love dengan berusaha sekeras-kerasnya memperbaiki diri. Berusaha sekeras-kerasnya untuk menghalang beliau-beliau yang kita sayangi daripada terhumban ke neraka disebabkan oleh kedegilan dan keegoan kita untuk memperbaiki diri.

My friend dulu pernah cakap. "Pakai macam ni ada hati nak masuk syurga? Mimpilah!" Dulu, lama dulu.

Women, you're too scary to men you know!

Wassalam.
May Allah bless.
(^_^)

Manusia mudah lupa. Ubatnya adalah saling mengingati.

Jun 28, 2012

Kek Coklat yummy yummy

Assalamualaikum.


Alahai anak sedaraku. Takkan dengan makcik awak yang kiut lagi miut dan sweet (?) ni awak nak jeles. Hihi apa pun, yang penting acik dapat makan kek awak pun dapat makan kek jugak. Acik adik, awak anak tapi tetap sayang dua-dua. Jangan jeles-jeles ok.. =)

Wassalam. 
May Allah bless.
(^_^)

p/s: mari berpesta buku Selangor kat SACC jom esok! Banyak ni nak beli buku!

Jun 17, 2012

Hati dan dunia

Assalamualaikum.

Salam Israk Mikraj. Alhamdulillah, saya diberi kesempatan oleh Allah untuk menghadiri forum bersempena sambutan Israk Mikraj di Masjid UiTM bersama-sama dengan teman serumah tadi. Salah seorang panel tadi ada memberikan analogi mengenai hati kita. Simple tapi terkesan. Share sikit.






Jadi, jagalah hati kita. Banyakkan selawat dan tingkatkan rasa cinta kita pada Allah dan Rasulullah. Ubah nafsu kita. Dari ammarah ke lawwamah kemudian ke mulhamah dan insya Allah sekurang-kurangnya ke mutmainnah. Perlu bermujahadah dalam melawan nafsu. Jom!

Wassalam.
May Allah bless.
(^_^)

Jun 16, 2012

Tak cuba tak tahu

Assalamualaikum.

Beberapa hari lepas, masa nak tunggu match Germany pukul 2.45a.m, saya layan satu cerita ni. Blogger Boy tajuk dia. Dulu tayang kat 8tv. Tak silap 2-3 tahun lepas. Ok, cerita tu takde la Islamik pun sampai saya nak suggest kat orang untuk tengok. Tapi, bila tengok cerita tu, hati saya tertarik nak buat blog berbentuk komik macam hero dalam cerita tu buat. Dia convert cerita dia into a comic. Tapi, saya ni buta seni. Mungkin dari segi drawing/sketching skill saya boleh asah tapi imagination saya tak cukup tinggi sehingga membolehkan saya untuk melukis. 

Tadi, tiba-tiba rasa semangat untuk try bakat. Berbekalkan buku Fadhli Hamdan (penulis blog conteng-conteng) yang saya beli masa PBAKL dulu, saya sketch berdasarkan kartun dalam buku tu. Ada certain saya search kat google. Al-hasil, taraaaaa!




Okey, kualiti gambar memang tak ok. Ingat nak scan tadi tapi macam...takpe lah. Seriusly rasa seronok je buat tiga pages ni walaupun tak cantik. At least I know I can sketch walaupun kena tiru sketches lain. Oh, and one more thing, mungkin ini boleh menjana penggunaan otak kanan saya juga. Hihi.

Wassalam.
May Allah bless.
(^_^)

Suruh sketch untuk BS and Constech kau lari ae!

Jun 15, 2012

oh hati!

Assalamualaikum.

Dear my heart,
tolong jangan jadi senipis tisu,
lebih-lebih lagi dengan masalah yang entah apa-apa.
Bukan masa tu dah ok ke?
Dah kukuh sekukuh reinforced concrete grade 40.
Kenapa tiba-tiba jadi plywood?
Please, please, please be strong!

Dear problems yang entah apa-apa,
please go away! Saya tak nak buang masa dengan awak lah!

Tapi, ujian yang saya anggap masalah tu lah yang selama ni mematangkan saya, menjadikan saya lebih sabar dan tabah. And yes, menjadikan saya seorang yang sedar diri tentang tujuan hidup ni sebenarnya. Cuma, kadang-kadang, bila hati lemah, segala ujian ni membuatkan saya jatuh, menangis, dan hilang semangat. Rasa macam nak lari masuk gua lepas tu tak nak keluar dah. Masa ni lah baru nak guna segala kelebihan yang ada sebagai seorang Islam. Alhamdulillah Islam and Alhamdulillah hati lemah. Kalau tak melagha saja! Be mukminah yang cemerlang please!

Wassalam.
May Allah bless.
(^_^)

Jun 1, 2012

Memory(s)

Assalamualaikum.

Hasil dari pembacaan [Tunas] karya Hlovate, dapat satu perkataan baru. Heh, actually bukan satu perkatan tapi dua. Panjangnya, situation report. Pendek sit-rep. Ala-ala jargon Navy. Ke memang jargon diorang betul? Entahlah.
--------------------------------------------------------------------

Masa Isnin lepas, kan saya hantar anak sedara saya masuk matrik. Masa on the way tu, saya cakap dengan dia. "Tak sangka kakak dah besar kan." Kitorang memang panggil dia kakak sebab dia cucu sulung. Lepas tu dia pun balas. "Ala, Cik Sasa pun sama. Dah nak habis belajar. Lepas tu nak kahwin." Saya senyum je. Dia sambung lagi. "Dulu kecik-kecik ingat lagi Aiman suka tarik anting-anting Cik Sasa. Lepas tu Cik Sasa nangis. Aiman dulu memang suka kacau Cik Sasa kan sampai kakak pikir yang Cik Sasa ni gembeng betul. Sikit-sikit nangis." -_-'

Aiman tu anak sedara nombor tiga. Sekarang tingkatan empat. Dia dulu memang sangat sangat sangat nakal. Hanger dah berapa banyak patah. Batang pengaut sampah pun ada sekali terikut patah. Tak dapat kacau saya dia kacau adik dia. Tapi Alhamdulillah sekarang dah sangat sangat sangat baik. Berkat doa mak dia mungkin. Dia jugak sangat besar. Kalau jalan dengan dia nak cakap dia ni boyfriend pun boleh. Nak cakap abang pun boleh. Orang takkan syak yang kami ni makcik dengan anak sedara. Kot kalau pakcik dengan anak sedara boleh lah.  

Saya cakap lagi. "Acik dah nak habis belajar kakak baru nak mula." "Memang lah. Dulu pun kakak darjah satu Cik Sasa dah darjah enam." Budak ni ada je kan benda nak dijawabnya. "A'ah, lepas tu datang kelas Acik buat muka kesian mintak makan time rehat." Dia gelak. "Dah lah Cik Sasa. Malu." "Lepas tu bekas kosong pun nak pulangkan balik. Buat malu je tau." Dia gelak lagi. "Yeke? Kakak dah tak ingat lah." 

Kejadian ni masa saya darjah enam. Tengah saya sibuk-sibuk buat latihan dalam kelas tiba-tiba ada sorang budak ketuk pintu kelas. Ceh, anak sedara aku rupanya. Dengan muka nak nangis mengadu kat saya lapar. Mak dia tak bagi duit and tak bawakkan bekal. Alamak, kesian la pulak. Nasib baik hari tu mak bawakkan bekal and ayah bagi duit belanja. So, saya pun bagi bekal saya kat dia. Siasat punya siasat rupanya mak dia memang sengaja tak bawakkan bekal and tak bagi duit sebab dia tak solat Subuh pagi tu. Ceh, kalau tahu saya pun tak nak tolong. Nasib baik tak tahu. Kalau tak kebulur lah budak tu sampai balik sekolah.

Malam tadi, pillow talk dengan housemate. Kami sama-sama bongsu and kami sama-sama rindukan suasana di mana kakak-kakak dan abang-abang belum lagi berkahwin. Tapi, hanya mampu merindu je la. Mana boleh nak back to the past kan. Time macam ni lah baru nak rasa seronok ada adik. Tapi mana nak dapat! Anak sedara tu je la tempat menumpang kasih. Ceh!

Hari Isnin hantar, Rabu saya SMS si kakak mintak sit-rep. "Kakak rasa macam nak balik rumah. Hari-hari rasa macam buat latihan stamina hoki. Dah tu tak sempat makan. Tiga hari kat sini baru sempat makan sekali je. Tu pun makan roti." Serius?? Anak sedara saya tu dah lah kuat makan tiba-tiba dalam tiga hari tu dia sempat makan sekali tu pun roti je? Kesian memang kesian. Ingat before balik Shah Alam semalam nak melawat dia dulu tapi orentasi dia tak habis lagi. So, batalkan je la hasrat nak melawat sebab mesti dia tengah busy. 

Anak sedara saya sangat aktif main hoki masa sekolah dulu. Masa SPM mak dia suruh gantung kayu hoki tu tapi dia senyap-senyap pi main jugak. Tahu-tahu je balik dah bawak medal. Geram je mak dia kan. Lepas tu bila keluar result masing-masing menangis sendiri dalam bilik. Haih.

Allah tak beri saya adik tapi Dia beri saya begitu ramai anak sedara (22 orang). Sebab Dia tahu apa yang saya nak and apa yang saya perlu. Dan Dia tak beri apa yang saya nak tapi Dia beri apa yang saya perlu. Allah tarik nikmat A tapi Dia datang kan nikmat B dan C. So, berpeluangkah saya untuk mendustkan mana-mana nikmat yang telah diberikanNya? Tahun ni saja anak sedara tambah lagi empat. Satu dah keluar tunggu lagi tiga. Duit raya nanti acik bagi sorang seringgit je la ya anak-anak. *kedekut*

Wassalam.
May Allah bless.
(^_^)

Stress bila malu! Makan pun dengan perasaan geram je. Lain kali jangan nak gelabah sangat!

May 21, 2012

Senyum Sampai Langit

Assalamualaikum.

"Hakuna Matata; it means no worries for the rest of your days" ~ The Lion King.

Ayat atas, copy dari novel yang baru saya baca. 'Senyum Sampai Langit'. Novel tu saya rembat dari booth JS masa last day PBAKL masa tu. Cerita tu takde la best sangat. Suam-suam ok je. Pergh, kecik hati penulis novel tu kan kalau tahu saya cakap novel dia tak best sangat. Tapi sekalung tahniah buat si penulis sebab berjaya menghasilkan satu karya.

Tengah duk ralit baca sampai tak hengat nak siapkan assignment, ada satu ayat tu 3-4 kali saya ulang baca. Sebab? Sebab, saya rasa ayat tu sweet. "Tapi, suara merdu dia tu aku aje yang boleh dengar." Ni ayat Aqil, suami Aufa guna untuk menolak pelawaan office mates dia yang beria suruh mereka berdua menyanyi masa family day company sebab diorang berdua ni pengantin baru. Kenapa saya rasa ayat tu sweet? Sebabnya, kalau nak diikutkan realiti kehidupan sekarang, berapa kerat je lelaki yang betul-betul nak tolong jaga aurat isteri dia? Suara perempuan aurat kan? Tapi takde lah sampai tak boleh cakap dengan lelaki langsung. Yang ada tu siap bangga lagi suara isteri dia sedap sangat sampai bersukarela mengizinkan si isteri menghiburkan orang ramai dengan suara merdu tersebut. Eh, saya tak mengumpat sesiapa ya..

One big question. Pergi menyanyi kat karaoke tu haram tak walaupun sesama perempuan je? *muka konfius*
Saya rasa kalau karaoke jamban tu macam elok tak payah pergi la sebab suara kita boleh terlepas keluar. Eh, entahlah. Kalau nak selamat, baik tak payah pergi lah.

Berbalik kepada novel tadi. Saya sangat tertarik dengan tajuk novel tu walaupun isi dia macam cukup-cukup fit for its purpose, tak berapa nak ada added value tapi tajuk dia best. Sampai saya terfikir macam mana nak senyum sampai langit eh? Dan tak lama lepas tu, Allah beri peluang kat saya untuk saya senyum. Biarpun senyum tu tak sampai langit tapi kegembiraan tu dah sampai bintang. Alhamdulillah. Terima kasih kawan dan juga si Civic putih! (Biar pun mereka tak sedar yang tindakan atau kehadiran mereka tu telah menggembirakan hati saya ni)

Masa hari Jumaat lepas, saya sempat 'sekolahkan' diri saya sikit. Perjalanan dari Shah Alam-Puncak Alam dan Puncak Alam-Shah Alam sedikit sebanyak menyedarkan saya akan satu hal. Ya, memang bukan senang nak dapat cas positif dan bukan susah nak dapat cas negatif. Tapi sedar tak sedar bila kita ada cas positif yang banyak, segala apa yang kita tak suka boleh jadi suka, segala apa yang kita tak ikhlas boleh jadi ikhlas, segala apa yang kita rasa macam meluat selama ni boleh jadi sayang. Pendek kata, kalau kita sentiasa berfikiran positif, hati kita tenang. Bila hati tenang, kita takkan fikir negatif pasal orang dan secara tak langsung senyuman akan terukir di bibir dan hati menjadi gembira sampai rasa nak terbang ke atas langit. Tapi sedihnya perasaan tu tak boleh nak melekat dengan saya 24/7. Haih. Kena try pakai gam kasut pulak lepas ni biar lekat perasaan tu kat saya lama-lama dan kalau boleh selamanya lah. Tapi sebenarnya, kunci nak dapat perasaan tu adalah berkasih sayang keranaNya, menjalinkan ukhuwah keranaNya, maka segala ketidakpuasan hati atau kekurangan takkan timbul. Ya tak?

Pergi makan tadi tetiba sedih pulak ingat rumah. Dekat sebulan ni ha tak balik. Sejak duduk Shah Alam first time tak balik lama macam ni. Lepas tu naik bilik dengar pulak lagu Rafli Kande - Kasih Ibu (OST Hafalan Shalat Delisa). Lepas tu Number One For Me pulak. Wah, memang bergelora hati! Nak kena redah Perak and Penang dulu baru boleh balik BP minggu ni. Tak pe lah. Hakuna Matata. Allah ada. =)

Wassalam.
May Allah bless.
(^_^)

May 9, 2012

Hafalan Shalat Delisa

Assalamualaikum.

Setelah berbakul-bakul air mata dibazirkan, setelah penat mata ini dirabakkan, akhirnya! Akhirnya saya dapat tengok cerita hafalan shalat Delisa! Hiperbola betul lah ayat! Tau lah excited.

Cerita ni saya sangat-sangat tertarik untuk menontonnya setelah membaca reviewnya sem lepas. Memandangkan saya ni tersangatlah 'bijak' dalam download mendownload movie ni, maka saya tak dapat tengok cerita tu sebaik sahaja cerita tu ditayangkan di youtube. Nak tengok kat Astro First pun tak sempat dan akhirnya setelah berbulan lamanya barulah saya dapat tengok. Terima kasih pada Encik Kawan sebab tolong download kan. Tu pun dah berminggu-minggu baru bagi.

Saya rasa ramai dah orang buat review pasal cerita tu. Cerita tu sedih. Saya yang cengeng lagi cembeng lagi gembeng ni sudah tentulah menitiskan air mata. Lagi lah mudah sebab hari saya tengok tu adalah hari di mana berlaku sejarah hitam dalam hidup saya sebagai seorang student. Sekali lagi hiperbola kan. Cis! Eh, tak. Memang betul lah hari tu hari yang sedih cuma takdelah sampai jadi sejarah hitam tu. Jadi pengajaran yang berguna je. Bila sekali ia dah curang, jangan sekali-kali percaya padanya lagi!*merepek*

Ada satu adegan tu, Delisa cakap kat mak dia. "Delisa sayang ummi kerana Allah." Mak dia terus nangis. Sebenarnya Delisa cakap macam tu sebab ustaz dia kata siapa yang cakap macam tu kat mak dia kemudian mak dia menangis, ustaz akan bagi hadiah. Masa tu fikiran saya terus teringat kat mak. Selama ni saya sayang mak sebab apa ya? Sebab dia wanita yang telah mengandungkan, melahirkan, dan membesarkan saya atau sebab mak adalah mak saya yang selama ini memanjakan saya macam anak mak tu saya sorang je atau saya sayang mak kerana Allah? Saya fikir lagi. Saya sayang ayah, keluarga dan kawan-kawan saya tu semua kerana apa ya? Saya sayang tak dengan saudara mara seislam saya selama ni kerana Allah?

"Orang yang saling berkasih sayang kerana Aku berhak mendapat kasih sayang-Ku." Saya yang macam ni sudah tentulah terasa hati dengan ayat Allah ni. Saya bukan tak teringin nak jadi yang macam tu tapi entahlah. I''ve tried tapi mungkin belum lagi masanya. Sabar tu kan indah. Tapi nak tunggu yang indah tu lah selalunya kita tak sabar. Akhirnya, kita terjebak dengan keindahan yang sementara sahaja sebab tak sabar.

Part tu bukan part yang buat saya menangis. Cuma tertarik nak menarik keluar part yang tu sebab teringat pasal kasih sayang ni lah. Keindahan sesuatu hubungan tu terletak pada niat kasih sayangnya. Latih hati, latih diri untuk sayang semua orang kerana Allah. Bukan sebab dia kaya, dia cantik, dia baik, atau dia apa-apa lagi lah. Dan jangan sesekali benci orang sekalipun dia ingkar pada Allah. Benci pada perbuatannya je sudah la. Hanya Allah sahaja yang berhak menjatuhkan hukuman. Bukan kita yang tentu-tentunya asal sama dengan dia. Noted! Jangan biar cas negatif bermaharajalela dalam diri. Jangan biar dunia yang mengawal hati kita. Jangan biar nafsu yang mengemudi hala tuju kita. Sudahlah berasal dari air yang hina. Takkan kita nak biarkan diri kita ni pun pergi dalam keadaan yang hina juga? Na'uzubillah.

"Apakah setiap orang daripada orang kafir itu ingin masuk syurga yang penuh kenikmatan? Tidak mungkin! Sesungguhnya Kami menciptakan mereka dari apa yang mereka *ketahui." [70:38-39]
*Manusia diciptakan daripada air mani yang hina. Maka selayaknyalah mereka masuk neraka jika tidak menurut pimpinan para Nabi dan Rasul untuk meningkatkan diri ke tahap makhluk yang mulia. Wallahu'alam.

Wassalam.
May Allah bless.
(^_^)

May 2, 2012

Release tension?

Assalamualaikum.

Siapa baik hati, rajin, and suka tolong orang? Meh la tolong buatkan saya punya chapter 2. Saya bagi upah seposen. Kalau tak cukup saya tambah seposen lagi. Haih, serius malas sesangat nak setel kan chapter 2 ni. Chapter 1 and chapter 3 mengikut kaca mata saya Alhamdulillah siap dah. Kalau kaca mata supervisor saya.... Tak tahu lah sebab dia tak pakai kaca mata. Huh, tak lawak okeh. Tiga malam duk bertinggung depan laptop pun tak dapat nak siap kan. Yela, mana taknya. Duk main aci kejar je dengan konsentrasi. Dapat tangkap 5 saat lepas dah. Lepas tu nak dapat tangkap balik mahu 3-4 jam. Macam tu duk 5 malam pun tak siap-siap lah. Eh, jangan! Esok kot nak submit ni. Kau masih boleh bersenang lenang nak update blog kan. Kira ok what dari tidur? Tidur gerenti esok pagi baru celik mata ni.

Masa cuti seminggu yang lepas, memang sungguh-sungguh la cuti. Dah nama pun cuti kan. Takkan nak buat kerja pulak kan. Sekarang, rasakan penangannya!

Baru tahu pesta buku sampai 6 Mei. Ingat habis dah Ahad lepas. Ada chance ni nak pergi melawat. Biarpun poket kempis dengan duit yang berwarna-warni melainkan gemuk dengan kaler biru, saya nak pergi jugak. Jeles okeh tengok orang duk bergambar dengan Kak Su, Kak Anys, and akak-akak lain lah. Saya bukan kemaruk nak bergambar pun tapi rasa macam best je kalau dapat jumpa diorang. Tahun lepas dapat jumpa and dapat signature Kak Syud. Dapat penanda buku eksklusif dari Hlovate. Tahun ni takkan nak biar tangan kosong kan. At least dapat pengalaman pergi sana pun kira ok la.

Untung-untung kalau dapat jumpa Saudara Imaen pun ok gak. Saya nak tanya bila sambungan Blues untuk Retro nak publish. Tak suka la buat cerita tergantung macam tu. Dapat jumpa Kak Su, nak cakap yang novel dia best-best belaka. Walaupun bahasa dia skema tapi indah. Langsir Biji Remia sangat inspiring and Jaja dan Din too! Kalau Hlovate ada laaaaaaagi lah nak cakap yang novel-novel dia sangat sangat sangat awesome and inspiring and touching and reflecting and buat saya sedar diri balik and macam-macam lagi la and. Kak Anys pulak, RADHA is the best! First novel yang touched my heart. Bukan touch pasal cintan cintun tu naa. Touch pasal lain okeh. And tak lupa, kalau jumpa Faziela nak tanya kenapa buat cerita tahap obesiti punya. Haila. Sepanjang baca duk terbayang si Is dalam cite bff tu je la. Dah kata pun sama kerja kan. Terbayang jugak la Encik Jiran sebelah rumah sebab dia pun aviator tapi bakal la cuma bukan tang drive kapal terbang tu.

Semua-semua tu berangan je sebab kalau jumpa pun confirm saya akan diri diam-diam belakang diorang. Kalau tak beli novel tak dapat la signature sebab novel-novel lama semua kat rumah. Takkan nak mintak sign kat buku conteng pulak kan? Hanya buku Contengan Jalanan je boleh untuk di sign sebab tu confirm tak letak sepah. Apapun, kena make sure all the kerja dah siap baru boleh pergi. Kalau tak nanti jadi lupa diri. *sigh* Sesiapa yang ada berdekatan saya, sila pok saya sikit biar sentiasa sedar diri.Huhu.

Okeh, nak kena sambung siapkan chapter 2 sebab mata macam dah mintak untuk ditutup. Sabar mata, sabar. Esok lepas kelas Arab kau nak tutup berapa lama pun tutuplah. Hadiah untuk kau sebab dah bagi kerjasama untuk siapkan all the kerja for submission esok.

Share sikit sesuatu yang bermanfaat since ayat-ayat kat atas tu semua macam...ehem..macam tak bermanfaat kan. Benda baru jugak buat diri ini. Peringatan sepanjang hayat buat saya, kamu, mereka, dan semua.

"Sesungguhnya badan anak Adam adalah diibaratkan seperti jala untuk mengusahakan amal-amal yang baik. Apabila ia berjaya dalam tugasnya ini kemudian mati, maka sudahlah mencukupi; tidak memerlukan kepada jala itu lagi, iaitu badan yang telah dipisahkan oleh mati." (Imam Ghazali)  

Jangan kita cuai/malas untuk mengambil bekalan dari jala tersebut selagi mana jala itu masih milik kita. Jangan dah terhantuk baru nak terngadah. Jala tu pun tak sudi dah nak kat kita balik bila dia dah bukan milik kita sebab dia dah mutlak dimiliki oleh Yang Maha Penyayang. "Wahai, jauhlah! Segala-galanya telah berlalu." Kata jala kepada bekas pemiliknya yang selama ini mensia-sia kan dirinya. Sobs!

p/s: paham tak??

Wassalam.
May Allah bless.
(^_^)

Apr 20, 2012

Jom cuti!

Assalamualaikum.

Mood cuti dah mula menonjolkan dirinya. Hoyeah, balik kampung!

Tiga hari yang super serabut gara-gara applied study yang sangat dicintai. Bermula dari Selasa. Skip kelas petang, kononnya supaya dapat setel kan awal report yang bakal dihantar pada keesokan harinya sebelum 4 petang. Tapi, sedih sebab kami tak dapat nak buat banyak. Kena tunggu jugak malam untuk setelkan semua. Lepas Isyak gigih pergi fac pinjam moto housemate. Nak naik keta takut lambat sampai sebab group mate dah call bebel-bebel. Punya kelam kabut sangat baru sedar yang saya dah naik moto tanpa helmet. Sedar pun masa masuk pagar uitm. Tu pun sebab perasan macam ramai orang pandang pelik. Lalu depan pak guard pun dia pandang. Pegang kepala, "Ya Allah, tak pakai helmet!!" Pak guard tak dapat nak tahan sebab masa tu tengah tahap pecut. And the rest is history.

First time as a student, bermalam di fac. Tersangkut tak dapat nak balik sebab kerja tak siap.Last-last sampai rumah almost 8.30 pagi. Kepala dah pening. Masuk bilik, tarik bantal, and tido. Langgar semua kelas untuk hari tu. Teruk betul. Rabu, setelah tido tak ingat nak bangun tapi kena bangun jugak, perlu bersiap-siap ke fac lagi untuk setel kan slide presentation pulak. Ingatkan prepare slide tu sekejap. Tapi, kena tahan jugak dari 6 petang sampai 12 lebih. Sudahnya balik kena ikut pagar depan. Otak kena run laju sikit sebab tiba-tiba tak ingat jalan dari Seksyen 2 ke Seksyen 7. Jalan simple pun boleh lupa ke? Haih

Khamis, presentation. Saya present sikit je pun. Banyak jugak kena hentam group kami. Tapi sebab first group, panel tak berapa nak panas lagi. Masuk second group, panel dah mula panas. Keluarlah bermacam-macam soalan yang tak tercapai dek akal kami. Masuk third group, saya pun dah hilang fokus sebab dah lapar. Tapi sebenarnya masa second group lagi saya dah lari keluar beli keropok roda sebab dah lapar sangat. Habis presentation, keluar makan ramai-ramai dengan classmates. Makan sampai kenyang!

Harapan saya, nekad saya, untuk 2nd task nak buat awal-awal. So, takdelah kena bermalam kat fac lagi and tak perlulah langgar mana-mana kelas lagi. Serik okeh.

Wah, tak sabar nak duk rumah lama-lama. Boleh tak cuti ni tak nak fikir apa-apa? Nak makan, tidur, tengok tv je selama seminggu. Bertuahlah ayah dapat anak yang 'rajin' macam saya ni kan. Hihi. Ok, lecturer tanya tadi kenapa tak datang kelas dia masa hari Rabu. Alasan apa lagi yang saya ada kalau tak tertidur kan? -_-'

Wassalam.
May Allah bless.
(^_^)

Apr 16, 2012

Fantastic experience?

Assalamualaikum.

Weekend yang full. Full bukan sebab buat assignment, tapi full dengan part time 'amah'. Part time la sangat kan. Actually masa hari Rabu yang lepas, housemate saya ada buat announcement. Siapa nak tolong jaga baby Muhammad. Emak dia bagi upah nanti. Saya tiba-tiba rasa berminat pulak nak jaga budak. Bukan sebab upah tu tapi mungkin sebab time tu mood saya nak bermain dengan budak-budak tengah membuak-buak. Maklumlah, kan baru beberapa hari lepas bermain-main dengan Fawwaz kat kampung.

Bila dah mula menjaga, saya sedar. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu saya belajar untuk menjadi pengasuh yang baik. Maklumlah, kalau jaga anak sedara sendiri boleh mengelat sikit bila penat. Tapi yang ni...Haila, macam mana la dulu boleh berangan nak bukak nursery kan. Tapi Muhammad ok. Nakal budak-budak biasalah. Dah lah tersasul panggil Muhammad dengan nama Fawwaz masa tengah main-main dengan dia.Kecik ati mak dia kalau dengar. Huhu

Lepas ni kena fikir dua tiga kali la sebelum bersukarela nak jadi baby sitter. Bukan tak tahan dengan kerenah budak-budak, tapi Miss Bones saya yang tak tahan. Sampai je rumah, terus makan 3 bijik kalsium nak counter balik. Insya Allah berhasil lah.

Apapun, Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Biarpun segala yang berlaku adalah ketetapan Allah tapi jauh di sudut hati, saya rasa bersalah. Saya berkemungkinan telah menyebarkan kuman batuk kat Muhammad.Kesian sama itu budak. Semoga Allah segera menyembuhkan batuk dan selsema Muhammad.

Oh ya, by the way, nama Muhammad adalah Muhammad Naufal. Tapi saya asyik terpanggil Ahmad Naufal sebab rasa macam lidah lebih selesa dengan nama tu. Umur dia setahun 7 bulan. Budak comel yang mendapat tempat di setiap hati akhwat yang menyertai program daurah di Sentul. Alarm qiam untuk penghuni bilik di penghujung malam program. Semoga Allah sentiasa memelihara si cilik itu hingga ke akhirnya dan menjadi pemimpin ummah suatu masa kelak. Insya Allah. Tak lupa jugak titipan doa ini buat hero-hero saya yang super ramai di Johor sana. =)

May Allah bless.
Wassalam.
(^_^)

Tipikal perangai budak kecik ni memang suka tarik cermin mata yang dipakai kan? -_-'

Apr 10, 2012

Left or right brain?

Assalamualaikum.

Alhamdulillah hari ni dapat menikmati hari yang indah. Jarang sekali diri ini dapat berpoya-poya di hari Selasa yang setiap minggu boleh dikatakan 'sangat awesome'. Saya just nak share satu benda yang baru saya belajar malam tadi masa kelas value management. Macam mana kita nak tentukan kecenderungan otak kita. Mungkin ada some readers yang dah tahu.

Senang je. Mula-mula tepuk tangan macam biasa dua tiga kali. Then, tautkan tangan kita.


tautkan tangan macam ni

Sila tengok kedudukan ibu jari kita. Kalau macam dalam gambar ni, ibu jari kanan atas ibu jari kiri which is mean, si pemilik tangan ini cenderung menggunakan otak kanan. Make sure masa position tangan macam ni, tangan kita tu rasa selesa. Bukan sengaja buat-buat tau. My lecturer said, siapa yang kanan tu boleh masuk kelas drama lepas ni. Mine was left, so tak layak nak pi daftar kelas drama.Hihihi

Have fun. 
Wassalam.
May Allah bless.
(^_^)

This coming Thursday night is my graduation day in Amway but i have class in UiTM. Hopefully i still can be there although it's quite late. Sobs!

Apr 1, 2012

Sebarkan cinta Mu - Fatimah Syarha

Assalamualaikum.

Minggu ni tanak buat entri pasal BBS sebab ada insiden yang memalukan masa saya tengah bagi sharing atas stage. Waa... Stress bila fikir tau!

Pernah baca buku bertajuk 'Sebarkan cinta Mu'? Ditulis oleh Fatimah Syarha. Buku itu sangat menarik! Tapi saya baca langkah-langkah sebab nak jimat masa. Tebal pun boleh tahan. Nak teruskan baca rasa serba salah pulak dengan jurnal-jurnal yang dah saya download tu. Maka, dengan berat hati terpaksa lah pulangkan semula buku tersebut ke tuan empunya nya.Tapi kadang-kadang curi-curi baca jugak. Haha

Buku tu cerita pasal poligami. Pendekatan yang digunakan untuk menyampaikan cerita tu berbeza dengan buku-buku lain. Sebab tu walaupun tebal dan berunsurkan ilmiah, tak rasa boring bila baca. Bila baca buku tu baru tahu lebih lanjut mengenai poligami. Lelaki kan suka guna alasan sunnah Nabi bila bercakap pasal poligami ni. Sampai boleh menjatuhkan hukum sesuka hati pulak pada wanita yang menolak poligami. Tapi bila bab suruh berlaku adil, tanak pulak ikut sunnah kan.

Seseorang yang hadir dalam mimpi kita tak semestinya adalah jawapan bagi istikharah kita. Lebih-lebih lagi kalau berniat untuk jadikan orang itu sebagai isteri kedua, ketiga atau keempat. Sebelum pasang niat tu, tengok balik isteri anda. Kurang kat mananya dia tu sampai perlunya kita mencari yang lain. Kalau pun ada kurangnya kenapa tak cuba berbincang dan perbaiki dulu kan. Setia tu kan sunnah.

Disebabkan saya tak baca full maka tak boleh lah nak cerita lebih-lebih pasal kandungan buku ni. Takut ada tertambah isi pulak. Tapi bagi sesiapa yang sedang mencari-cari buku untuk dibeli, saya memang syorkan anda belilah buku ini. Insya Allah tak menyesal.Saya akan pergi memburu buku tersebut bila dah cuti semester nanti. Kalau buru sekarang takut tak tahan godaan nak menyelak dan membacanya nanti. Kalau ada orang nak bagi free buku tu kat saya lagi best. Hihi

Wassalam.
May Allah bless.
(^_^)

Saya tak menentang poligami tapi saya takut saya tak boleh menghadapinya sekiranya diuji. Maka lepas ni bolehlah berbincang dengan wali untuk letakkan syarat  ta'liq kalau ada yang masuk meminang. Ok berangan. Study pun belum habis lagi. Hihi tapi tak salah kan beritahu awal-awal kat wali saya. =)

Mar 28, 2012

Menjemput Bidadari

Assalamualaikum.

Tak tahu kenapa lately ni banyak sangat baca entri pasal bidadari. Sesungguhnya saya bukan terpengaruh dengan isu semasa semasa menaip entri ini ya.

Pernah dengar lagu Menjemput Bidadari dari Epicentrum tak? Saya pun kenal lagu ni lepas baca novel Versus karya Hlovate. Lagunya ada maksud mendalam jugak lah. Share sikit lirik dia.


Bila yakin tlah tiba
Teguh di dalam jiwa
Kesabaran menjadi bunga



Sementara waktu berlalu
Penantian tak berarti sia-sia
Saat perjalanan adalah pencarian diri



Laksana Zulaikha jalani hari
Sabar menanti Yusuf sang tambatan hati
Di penantian mencari diri
Memohonkan ampunan dipertemukan



Segerakan ku jemput engkau bidadari
Bila tiba waktu ketemukan aku
Ya Ilahi Robbi kerasku mencari diri sepenuh hati
Teguhkanlah ku di langkah ini
Dipencarian hakikat diri
Dan izinkan kujemput bidadari
Tuk bersama menuju Mu mengisi hari



Kini yakin tlah tiba
Teguh di dalam jiwa
Kesabaran adalah permata



Dan waktu terus berlalu
Penantian tak berarti sia-sia
Saat perjalanan adalah pencarian diri



Laksana Adam dan Hawa
Turun ke bumi terpisah jarak waktu
Di penantian mencari diri
Memohonkan ampunan dipertemukan



Bidadari kan menyentuh hati
Teguhkan nurani
Bidadari kan menyapa jiwa
Memberikan makna



Segerakan ku jemput engkau bidadari
Bila tiba waktu ketemukan aku
Ya Ilahi Robbi kerasku mencari diri sepenuh hati
Teguhkanlah ku di langkah ini
Dipencarian hakikat diri
Dan izinkan kujemput bidadari
Tuk bersama menuju Mu, mengisi hari


Sesiapa yang dah pernah dengar lagu ni, anda rasa best tak? Pada saya, lagu ni best. =) By the way, kenapa saya tak tahu langsung pasal Konvensyen Bidadari Dunia minggu lepas? Tahu-tahu je Kak Anys (penulis RADHA) shared gambar kat FB. Huhu. (Budget macam nak pergi je kan kalau tahu pun)


Jom jadi bidadari syurga pulak!
Wassalam.
May Allah bless.
(^_^)

Menjemput bidadara boleh tak? Haha. Mana ada term bidadara kan?

Mar 25, 2012

Sihat dengan Amway

Assalamualaikum.

Masa sekolah agama dulu, tak ingat la sama ada darjah 6 ke darjah khas sebab cikgunya sama je. Ada sorang cikgu ni dia beritahu. Bila kita amik wudhu’ dalam hati kita ni berdoa sekali. Contoh, bila kita cuci muka, dalam hati kita doa, ‘ya Allah, Kau berikanlah cahaya di wajahku ketika di akhirat kelak.’ Saya pun mula dari hari tu memang praktik je lah apa yang cikgu saya tu cakap. Sampailah awal bulan ni saya ada beli satu buku hadith palsu yang popular. Baca punya baca (sampai sekarang tak habis lagi walhal takde lah setebal novel pun), ada satu hadith palsu tu cerita pasal doa masa wudhu’ macam yang cikgu saya cerita lah. Then baru saya tahu rupanya yang saya buat selama ni hanyalah satu perkara yang diada-adakan sahaja. Kira bida’ah lah kan tu.-_-'
**********************************************
Ok, back to the topic. Selama kita hidup ni, pernah tak kita fikir untuk buat kebajikan pada anggota badan kita? Maksudnya, kita mempermudahkan urusan anggota badan kita. Bila makan, kita kunyah betul-betul supaya mudah untuk dihadam. Bila minum, kita mesti pastikan yang kita duduk untuk elakkan ada anggota tubuh kita yang akan cedera disebabkan hentakan air tu bila kita minum berdiri. Dan macam-macam lagi lah.

Masa saya pergi seminar Amway kat Melaka masa cuti semester lepas, ada sorang doktor pakar pemakanan ni, Dr. Haresh dia cerita pasal makanan dan kesihatan badan kita.  Dia kata gap antara kita makan malam dengan waktu kita nak tidur tu mesti at least 4 jam. Kalau tak masa kita tidur, perut kita masih lagi bekerja untuk memproses makanan yang kita makan tu. Kesian kan kat perut kita. Kita sedap-sedap tidur, dia kena kerja lagi. Kalau 2 jam sebelum tu dah lapar sangat, makanlah oat ke minum coklat(kalau tak minum milo) cecah biskut ke atau apa-apa yang ringan lah tapi jangan pulak makan makanan yang tinggi kolestrol. Tapi kadang-kadang saya terlanjur jugak sebab balik kelas dah lewat lepas tu sebelum pergi kelas tu tak makan nasi atau something yang berat, memang balik tu cari nasi lah even dah pukul 12 pun. Huhuhu kena belajar lagi lah ni cara nak mengawal makan.

Manusia ni ada tiga jenis. Pertama, jenis yang memang sentiasa mengambil berat pasal kesihatan. Biasa kita nampak golongan yang pertama ni cina. Kedua, bila dah sakit baru ambil berat pasal kesihatan. Ni ramai. Melayu ramai, cina ramai, india tak kurang juga. Dan yang ketiga, dia dah sakit tapi still taknak jaga kesihatan. Yang ni, anda observe lah sendiri siapa yang ramai dalam golongan ni.

Sebelum saya pergi seminar ni, saya memang dah amik satu supplement dari Nutrilite. Nutrilite ni Amway lah ya. Supplement ni kira macam satu untuk semua. Melengkapkan nutrien dalam badan kita. Jadi setiap hari mata saya dapat makan, hati saya dapat makan, jantung saya dapat makan, dan begitu juga dengan anggota saya yang lain. Kenapa saya amik? Sebab saya tahu badan saya ni memang kurang nutrien. Cepat rasa letih. Kalau satu hari tak makan nasi (tapi makanan lain amik ya), esok mesti dah menggigil. Sekarang saya perasan dah tak macam tu. Tapi jangan sangka yang kita tak perlu makan nasi pulak bila dah makan supplement ni. Makan still makan, tapi kuantiti boleh dikurangkan.

Menurut Dr. Haresh lagi, kita kena kurangkan pengambilan white rice. Kita boleh ganti white rice dengan brown rice ataupun beras perang. Tapi dia kata ramai yang tak suka makan beras perang ni. Saya tak pernah lah pulak rasa beras perang ni. Dari kecik memang dah disuap dengan white rice je. Kalau tak boleh terima beras perang ni, boleh campur sikit dengan white rice. Mungkin bulan ni 9 portion white rice, 1 portion beras perang. Next month, 8 portion white rice, 2 portion beras perang. Dan seterusnya lah. Lama-lama kita dah boleh biasakan diri makan beras perang. Kalau tak boleh jugak nak terima beras perang, silalah campurkan white rice anda dengan barli. Rasanya? Saya pun tak tahu sebab saya tak pernah try. Sangat baik untuk dipraktikkan oleh mereka-mereka yang ada kencing manis ataupun yang mahu berdiet. Saya, insya Allah one fine day akan cuba jugak.

Sekarang ni saya amik jugak supplement Kalsium Magnesium dari Nutrilite. Kenapa saya makan kalsium sedangkan masih belum berkahwin/punya anak? Ok, siapa kata orang mengandung/orang yang dah ada anak je yang perlu makan kalsium? Rata-rata bila saya offer makan kalsium mesti diorang akan kata ‘ala, belum beranak buat pe nak makan kalsium.’ Tak semua orang faham keperluan badan masing-masing. Even kita dah share banyak pun still tak nampak kepentingannya. Saya makan kalsium sebab tulang belakang saya ni suka sangat nak sengal-sengal. Bila baring nak tidur tu masya Allah. Kalau duduk lama-lama pun dah mula berasa. Kalau time demam, usah dikata. Sampai rasa nak menangis sebab tak boleh nak tidur baring. Tidur duduk tengkuk pulak sakit. Kebetulan masa kat dewan seminar tu, tiba-tiba saya rasa sakit. Saya cakap dengan kakak saya yang ada kat sebelah. Kakak saya picit-picit sikit. Lepas tu dia syor kan makan kalsium. Takut sakit tu disebabkan masalah tulang belakang. Balik BP lepas tu saya terus beli kalsium kat Amway. So far, Alhamdulillah macam dah kurang sikit. sakit sikit-sikit tu adalah jugak tapi dah sangat jarang.

Kalsium ni jugak selain tu boleh meneutralkan asid dalam badan. Sebelum buka puasa tu makan dulu kalsium dengan protein, lepas tu baru makan nasi. Perut kosong kan boleh menghasilkan asid. Maka, kenalah neutralkan dulu sebelum kita makan apa-apa sebab kalau tak mesti akan lagi sakit perut tu nanti. Kenapa kalsium tu ada sekali dengan magnesium? Sebab kalau kita makan kalsium sahaja, kalsium tu takkan gerak ke mana. Magnesium diperlukan sama ketika kita mengambil kalsium sebab magnesium tu bertindak sebagai penggerak kepada kalsium. Kalau kat farmasi dia jual kalsium dan magnesium ni berasingan. Tapi kat Amway dia dah combine sekali. 2 in 1 la. 

Menurut Dr. Haresh lagi, statistik sekarang menunjukkan ramai orang especially wanita sudah mengalami osteoporosis ketika umur awal 40-an.  Jadi jangan sangka kita hanya perlukan kalsium bila dah berumur nanti. Dari muda nilah nak kena jaga. Pengambilan kalsium perlu disertakan juga dengan senaman ya. Sebab tu kalau tengok iklan Anlene mesti dia minum susu berserta senaman sekali. Sebab itu memang syarat untuk menguatkan tulang. So girls, do take calcium from now on and magnesium too. Boys too. Bukan girls je nak kena jaga tulang.  Tak kisahlah kalau nak amik kalsium bukan dari Nutrilite pun asalkan amik magnesium sekali and please ensure yang supplement korang amik tu no chemicals or drugs!

Sebenarnya banyak jugak nak share tapi macam dah panjang. Anggota kita ni hanyalah pinjaman, jadi kita kena jaga sehabis baik supaya bila kita kembali nanti anggota kita masih berada dalam keadaan yang baik-baik sahaja. Kesihatan pun satu nikmat. Nak kekalkan nikmat kenalah berusaha. Bukan ‘nak sakit, sakitlah. Dah memang takdir macam tu.’ At least kita kena berusaha nak menjaganya. Tak salah kalau kita simpan suku daripada duit belanja kita untuk amik supplement. Jangan nak berkira sangat kalau untuk badan kita ni. Kalau tak mampu. please jaga pemakanan kita sehari-harian tu. Orang dulu makan makanan yang sihat, sebab tu mereka tak perlu amik supplement pun. Zaman kita sekarang ni? Makanan yang tak sihat tu lah jadi pilihan. Lepas tu taknak bertanggungjawab pulaknya kat diri sendiri.Ish, ish, ish. 

Bila jaga kesihatan fizikal jangan lupa jaga kesihatan rohani kita juga ya!

Wassalam.
May Allah bless. 
(^_^)   

Mar 22, 2012

First semester as a Amway student

Assalamualaikum.

Entri kali ni saya rasa macam nak wrap up kan je aktiviti-aktiviti saya setelah naik semester baru ni. Eeeuuww macam hot sangat la kan. Sebenarnya macam-macam benda nak share tapi semua tersimpan dalam hati je. Sebabnya bila tiba time nak taip entri semua cerita-cerita tu macam menghilang. Ok, kalau ada sesapa yang peminat tegar baca hasil penulisan saya ni kan, mesti ada perasan yang entri saya sebelum ni macam orang frust menonggeng dengan semester baru ni. Actually mula-mula naik sem memang itu pun yang saya rasa sebab masa tu tengah homesick melampau. Adeh la. Tapi sekarang tidak lagi. Saya sudah bisa bahagia dan hari-hari dapat senyum sampai ke telinga biar pun kelas dari 8.30 pagi sampai 7.30 malam. Eceh, padahal baru satu hari je pun kelas full macam tu sebab ada kelas ganti.

Semester 5 ni saya kena duduk rumah sewa akibat saya tidak alert dengan tarikh permohonan kolej masa semester lepas. Sudahnya, dah buat rayuan dua kali pun still tak dapat. Benci tau! (Mula-mula je). Disebabkan masa nak naik sem tu memang dah tahu tak dapat kolej, maka saya dengan muka kesian pun cakap la kat ayah nak bawak Encik Kancil pergi Shah Alam sebab nanti susah nak pergi kelas. Rumah sewa tu tak jauh tapi berpeluh jugak la kalau nak jalan. Lagi-lagi kalau matahari tengah naik kan. Maka, sem ni dengan penuh bergayanya saya pergi ke kelas dengan memandu kereta. Kadang-kadang tumpang kawan naik motor kalau ada kelas yang sama especially untuk kelas pukul 2.10 petang sebab jalan super jammed!

Amway student?
Oleh kerana saya telah diberi kemudahan pengangkutan oleh ayah, maka saya dengan riang gembiranya pun menyambung pengajian PHD saya di Petaling Jaya. Masa sebelum naik sem ni, saya buat PHD kat Batu Pahat je dengan kakak saya. Sekarang sorang je la ulang alik pergi PJ seminggu sekali. Macam hebat pulak kan belum habis degree dah buat PHD. Tak buat master pulaknya. Hihihi. PHD yang saya buat ni adalah PHD dalam Amway. PHD tu stands for rahsia and what is Amway actually? Panjang ceritanya. Sepatutnya saya nak buat entri brief sikit pasal Amway tapi takut terlanggar syarat pulak nanti. Mungkin testimoni boleh kot buat nanti.

Sebenarnya mula-mula saya risau jugak tak dapat nak bahagikan masa betul-betul bila dah mula register untuk buat PHD ni. Tapi, saya pegang pada satu prinsip. Kalau saya masih ada masa untuk tidur, untuk termenung dalam toilet, untuk berpoya-poya dengan internet, maka maknanya saya tak boleh lah nak kompelin masa 24 jam tu tak cukup untuk saya. Saya tak boleh lah senang-senang nak bagi alasan tak sempat atau sibuk sebab terbukti saya masih punya masa untuk berpoya-poya.Untuk sepanjang 5 minggu ni bermula minggu lepas saya ada joint advance learning for Amway called BBS yang diadakan setiap hari Khamis malam. Seriously saya lupa apa nama panjang BBS ni. After 5 minggu ni, saya pergi kelas Jumaat malam macam biasa semula la. Untuk 5 minggu ni je saya skip kelas Jumaat sebab tak larat aih nak berulang 2 malam. Bukan tak larat penat, tapi tak larat minyak, parking, and tol.

Minggu lepas kami dibahagikan kepada kumpulan. Semua yang joint ada lebih kurang 60++. Dan sebelum balik kitorang dapat homework. Masa dengar homework tu rasa macam 'aaa kenapa ada homework jugak ni?' Banyak pulaknya!

Task 1
Baca buku The Business  of The 21st Century dari chapter 1-chapter 8. Sekarang saya baru chapter 6. Esok nak kena present dah summary. Sepatutnya ada kena dengar CD and buat summary jugak tapi sebab tak cukup, jadi saya tak dapat la CD tu.

setiap satu chapter tu pendek je

Task 2
Buat list name prospects kita.

tulis nama ikut relationship kita dgn org tu
Task 3
Find manila card and write your dreams. Together with pictures.

lemah betul bila cite bab impian ni. Dunia je semua ni. kihkihkih
So, tugas saya dah hampir selesai untuk kelas esok. Tapi untuk dua minggu ni leader saya takde. Amway hantar dia pergi Umrah. Soon, saya nak pergi jugak. Insya Allah.

Saya rasa untuk sem ni terlalu banyak sangat nikmat yang Allah beri pada saya. Ditambah pulak dengan kehadiran ahli baru dalam family. Anak sedara yang ke-22 dah selamat dilahirkan Isnin lepas. Lagi 3 menanti dalam tahun ni jugak insya Allah. Syukur Alhamdulillah.

Apa-apa yang saya buat, saya ambil yang positif je la. Amway ajar saya untuk menjadi orang yang positif dan bila saya dah bersikap positif, insya Allah saya boleh menjadi hamba yang lebih produktif. Apa-apa pun kena back to basic la. Nak buat Amway sebab apa. Itu yang kakak saya selalu ingatkan.

My life now is different when i'm with Amway. Ceh. but it was serious! Tak percaya, cubalah!

Wassalam.
May Allah bless.

Saya ada tanya kakak saya. "Bukan ke kita orang Islam kena berjual beli dgn sesama Islam selagi ada barangnya?" For your information, Amway is from America. Amway is stands for American way. Kakak saya jawab, "Kita nak pilih jual beli sesama Islam tapi prinsipnya bukan Islam atau kita nak berjual beli dengan bukan Islam tapi dia amalkan perniagaan secara Islam? Mana satu?" Jawapan anda? Setiap orang ada pendapat masing-masing. And also for your information, Tabung Haji adalah salah satu pelabur terbesar dlm Amway ni. Siapa yang involved dalam direct selling business, dia tahu di mana terletaknya kedudukan Amway. Minta maaf kalau penulisan saya ada yang tidak betulnya..Tapi pada saya tak semua Amerika tu tak baik. =)