Master pieces

Jan 26, 2011

(2)

BALQIS MELETAKKAN DRAWINGS DI ATAS MEJANYA. ‘Malasnya nak take off! Sikit-sikit V.O. Dia duk sedaplah mengarah. Kita yang nak kena kira ni pening!’ Balqis sudah membebel sendiri di dalam hatinya.

“Ya Encik Azman... Saya tengah tunggu approval dari pihak client... Mungkin dua tiga hari lagi kut.... Ya, saya tahu ni dah lewat tiga hari.... Saya faham Encik Azman... Ya, saya akan usahakan... Encik Azman sabar dulu ya.... Ya, Wa’alaikumussalam.” Talian diputuskan. Lisa mengeluh. Dia memandang Balqis yang sedang membebel sendiri.

“Penuh meja Qis? Balik lambatlah kau hari ni ya.” Lisa tersengih.

Sudah menjadi kebiasaan mereka pulang lewat. Dalam seminggu tu hanya satu atau dua hari sahaja mereka dapat pulang ikut office hour. Nasib badan lah. Dulu kerja kat syarikat yang relax sikit berhenti. Konon tak mencabar. Hah, sekarang rasakan penangannya nak mancabar sangat! Lisa tersengih lagi.

“Kau ni dah kenapa Lisa? Baru kena marah dengan kontraktor pun boleh tersengih-sengih lagi.” Balqis melipat drawings yang dibawanya tadi.

“Ala, kena marah tu kan perkara biasa Qis. Bukan salah kita pun tetap kita jugak yang kena marah. Aku dah lali lah. Bukan apa, aku teringat dulu masa aku kerja kat Pro Costing. Kan relax je memanjang. Tak stress macam kat sini. Tapi pindah sebab nakkan cabaran. Hah, sekarang terlebih-lebih pulak kerjanya sampai tak ada masa nak relax.” Lisa sudah tergelak. Balqis lah yang recommend dia kerja di sini. Kebetulan ada QS yang baru berhenti terus cepat-cepat dia hantar resume.

“ Tu lah kau. Dulu nak sangat cabaran kan. Aku dah kata dah kerja kat sini teruk. Kau nak jugak masuk. Sekarang kau jangan nak menyesal pulak.” Balqis masih dengan kerjanya. Melipat drawings!

Encik Azlan ni bukan nak ambil budak praktikal. Kalau tak mesti dia boleh suruh lipatkan drawings ni. Nak suruh Kak Ramlah lipat seganlah pulak. Baik dia sendiri saja yang lipat.

“ Aku tak pernah menyesal lah Qis. Aku rasa best je kerja kat sini tau. Lebih-lebih lagi ada kau. Bertambah-tambah best aku rasa.” Lisa menarik nafas dalam. Bukan ada udara segar pun Cik Lisa oi!

“Yalah tu. Nak bodek aku ke? Sorrylah, tengah pokai lah nak belanja kau lunch nanti.” Balqis menepuk-nepuk poket seluarnya.

“Ish, kau ni! Mana ada aku nak bodek. Eh, malam ni join aku dengan Waseem pergi funfair jom. Aku dah janji dengan Waseem dari minggu lepas lah.” Lisa mengajak.

“Malam ni?” Balqis berfikir sejenak tentang jadualnya hari ini. “Ok tapi macam biasalah. Kau kena jemput aku. Tahu je lah bonda aku tu. Susah betul aku nak keluar malam.” Balqis mengingatkan.

“No hal. Aku sedia maklum bonda dan ayahanda kau tu macam mana. Tak suruh pun memang aku datang jemput. ” Lisa memang maklum dengan undang-undang yang telah ditetapkan oleh Auntie Zara dan Uncle Rizal untuk satu-satu nya anak mereka ini. No outings after 8.00p.m! Kalau kena O.T. pun Uncle Rizal akan datang jemput bila Balqis nak balik. Macam bosan tapi Balqis nampak tak kisah je. Entahlah.

“ YA, SEBELUM PUKUL 11 SAYA AKAN HANTAR BALQIS BALIK AUNTIE.” Lisa berjanji dengan Auntie Zara, bonda Balqis.

Geli juga hatinya masa mula-mula dengar Balqis memanggil ibu dan ayahnya dengan panggilan bonda dan ayahanda. Macam dalam istana pulak. Tapi Balqis kata keluarganya memang sudah terbiasa dengan panggilan begitu. Malahan keluarga bonda dan ayahandanya juga berbahasa seperti itu. Lisa senyum saja walaupun dia nak tergelak besar ketika itu. Hampir sedekad hubungan persahabatannya dengan Balqis, dia sudah biasa mendengar panggilan itu.

“ Auntie Qis, nanti teman Waseem naik Top Gun boleh tak? Waseem ajak mama tadi tapi mama tak nak. Dia kata nanti pening.” Waseem bersuara sebaik sahaja Balqis masuk ke dalam kereta.

“ Boleh sayang. Mama awak ni bukan takut pening tapi dia pengecut sebenarnya.” Balqis sudah tergelak besar. Anak kecil itu turut tergelak.

“Amboi kau Qis. Sedap mengata aku depan anak aku ya. Waseem jangan dengar cakap Auntie Qis. Sedap je nak mengata mama.” Lisa geram. Kut ya pun nak mengata janganlah depan anaknya itu. Buat malu saja!

“Betul apa aku kata. Ajak naik Merry Go Round pun kau takut apatah lagi naik Top Gun tu.” Balqis membela dirinya setelah habis sisa tawanya.

“ Kut ya pun cover la sikit depan anak aku ni. Kau ni, buat malu aku je la. Cerita tujuh tahun lepas nak ungkit lagi” Lisa sudah menjeling rakannya itu.

“Oh, sorry. Relaks la. Anak kau tak kisah pun. Kan Waseem?” Balqis menoleh ke belakang memandang Waseem. Anak kecil itu hanya mengangguk.

“ Tak apalah mama. Kalau mama takut Waseem kan ada. Waseem kan kuat, boleh jaga mama.” Waseem sudah tersengih-sengih sambil menepuk-nepuk dadanya.

“Pandailah awak ni Waseem. Eh, Lisa. Kau ingat lagi tak Adam? Life partner kau dulu kat UiTM. Apa cerita dia sekarang? Lepas habis diploma dulu terus hilang. Kau pun dah putus dengan dia masa kita praktikal dulu kan. Dah dapat Marlia senang-senang je dia tinggalkan kau kan. Aku nak suruh Wan belasah dia dulu kau tak bagi.” Balqis mengungkit cerita lama.

Adam dulu rajin membawa mereka ke funfair setiap kali mereka cuti semester tu yang tiba-tiba sahaja dia teringat pasal Adam. Buah hati pengarang jantung Lisa suatu ketika dulu. Bukan main macam belangkas lagi. Berkepit sana sini. Tup-tup naik part 6 putus sebab si Adam tu dah berpaling arah pada Marlia, budak yang paling control ayu dalam batch mereka. Menyampah betul tengok bila mereka bersama. Lisa pulak Nampak macam relaks je. Pelik juga. Lisa bertegur sapa dengan mereka pun macam elok je lebih-lebih lagi dengan si yang konon-konon ayu tu. Tak faham betul lah dengan perangai Lisa masa tu.

“Dah lah Qis. Tak payah la nak ungkit-ungkit pasal Adam. Aku tak pernah pun ambil hati dengan apa yang dia buat tu. Dia bukan sengaja.” Lisa cuba membela Adam.

Kalaulah Balqis tahu cerita yang sebenarnya pasti dia tidak akan menuduh Adam dan Marlia begitu. Tapi hatinya belum cukup kuat untuk bercerita perkara yang sebenar dengan sahabat baiknya itu. ‘Maafkan aku Qis, Adam, Marlia.’ Hatinya merintih kesal dengan sikapnya sendiri.

“ADAM SAYANG ARDA.” Perlahan tapi cukup untuk sampai ke pendengaran Lisa.

Dia hanya menunduk. Tidak tahu mahu diberi jawapan apa kepada Adam yang duduk bertentangan dengannya.

Sejak mula berkenalan setahun lalu, Adam memang suka memanggilnya dengan nama itu. Lain daripada orang lain katanya. Malas nak buang air liur, dia hanya membiarkan sahaja Adam memanggilnya begitu walaupun dia tak berapa suka dengan panggilan itu.

“Kalau Arda tak suka dengan Adam tak apa lah. Adam hanya meluahkan isi hati Adam. Adam harap Arda masih sudi berkawan dengan Adam walaupun Arda tak sudi nak menerima kasih Adam.” Adam bersuara lagi.

Sudah penat dia memujuk hatinya supaya bertahan. Tapi dia tidak mampu. Selagi isi hatinya tidak diluahkan selagi itu lah hatinya tidak tenang. Hanya Arda yang ada dalam ingatannya ketika ini. Arda, Arda , dan Arda. Segala ilmu Measurement, Constech, Building, semua hilang!

Lisa masih tunduk. Gila apa Adam ni! Aku yang sengal jugak ni lah yang dia nak. Dia tu kan best student, student kesayangan lecturer pulak. Secret admirers pun ramai. Naya aku kalau secret admirers dia tahu. Ish, serba salah la pulak. Aku suka je kat dia tapi tak ada lah nak ke sampai tahap ni. Aduh, serabutnya! Dia mengeluh akhirnya.

“ Arda senyap je dari tadi. Tak apa lah. Adam tak harapkan apa-apa pun. Lagipun Adam tahu dari mula-mula kita masuk Arda dah admire kat someone.” Adam senyum. Terpaksa.

“Macam Adam cakap tadi, Adam hanya nak meluahkan isi hati Adam. Adam minta maaf kalau dah membebankan fikiran Arda dengan luahan hati Adam ni.” Adam menyambung ayatnya dengan nada yang perlahan. Terselit nada kecewa di hujung bicaranya itu.

“Adam minta maaf sekali lagi. Adam faham kalau lepas ni Lisa dah tak nak berkawan dengan Adam lagi. Adam takkan ganggu Lisa dah lepas ni. ” Adam sudah bangun dari duduknya. Bukunya di atas meja diambil lalu dia bergerak meninggalkan Lisa yang masih lagi tunduk.

Oh, hati! Bersabarlah. Orang dah tak sudi nak buat macam mana? Kena cari Clorox kat koop lepas ni la nampaknya. Nak melunturkan nama Ardaninur Alisa dari hati ini. Huwaaa!

“Erk, Adam!” Sayup-sayup kedengaran suara Lisa menjerit. Senyuman mula terbit dari bibir Adam. Bunga di dalam hatinya yang tadi layu kini sudah menampakkan tanda mahu segar semula!

Jan 24, 2011

(1)

ARDANINUR ALISA MELANGKAH LAJU BAGAI TAK CUKUP TANAH. Hari ini dia sudah terlambat. ‘Mintak-mintak lah bos belum sampai lagi.’ Dalam hati dia berdoa.

“Lewat hari ni Lisa?” Kak Shima, kerani akaun merangkap PA bos menegur sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam pejabat.

Lisa hanya tersengih sebelum dia bersuara. “ Dari kampung kak. Biasalah. Rancang je nak gerak awal. Bila tiba masanya ada aje la halnya. Tu yang lewat sikit hari ni.” Lisa menerangkan.

“ Oh, tak apa lah. Nasib baik bos tak sampai lagi. Kalau tak mahu berasap telinga dengar dia berleter.” Kak Shima mengusik.

Lisa hanya tergelak sebelum meminta diri dari Kak Shima untuk masuk ke biliknya. Dia menguak daun pintu biliknya. Balqis sedang khusyuk menatap skrin komputernya. ‘Awal pulak minah ni datang hari ni.’ Getus hatinya.

“Hah, apa cerita kali ni?” Tiba-tiba Balqis bersuara.

Hampir saja Lisa mencampak begnya dek kerana terkejut mendengar suara Balqis tiba-tiba. “ Kus semangat kau Balqis. Nasib baik aku tak ada heart attack la. Kalau tak selamat dah aku ni. Kut ya pun ko nak tanya janganlah main sergah je cik kak oi.” Lisa mengurut-urut dadanya sebelum dia meletakkan beg-begnya.

Balqis tergelak besar. Tak sangka pulak Lisa akan terkejut dengan pertanyaannya tadi. “Sorry... Kau ni tengah berangan agaknya. Kalau tak takkan boleh terkejut pulak bila aku tanya.”

Lisa menjeling rakannya itu. “Mana tak nya aku terkejut. Aku masuk tadi bukan main khusyuk kau menghadap komputer tu. Ingatkan kau busy, so aku tak expect la kau akan bersuara tiba-tiba. Kau kan kalau dah menghadap kerja mana pandang kanan kiri.” Lisa sempat memerli rakannya itu.

Balqis tersengih. Dia bukan buat kerja pun tadi sebenarnya. “ Aku edit gambar lah. Bukan buat kerja. Rajin pulak kan aku ni.”

“Itu lah pasal. Aku pelik jugak tadi tengok kau dah sampai awal. Lepas tu berteleku depan komputer. Ingatkan kau dah berhijrah.” Lisa menghidupkan komputernya.

“Hah, apa cerita kau balik kali ni?” Balqis mengulangi semula soalannya tadi.

Lisa mengeluh. “Penat lah aku Qis. Kali ni mak aku offer anak Pak Leman. Kau ingat tak yang aku cerita orang kampung aku anak dia dapat kerja kat Dubai tu?” Lisa memandang Balqis. Balqis hanya mengangguk tanda dia mengingati.

“Hah, kali ni dengan dia pulak mak aku nak jodohkan. Hish, orang tu dah lah ada tiga tahun lagi kontrak kat sana. Tak pasal-pasal aku kena ikut pindah pulak nanti. Lagi pun aku memang tak berkenan dengan anak Pak Leman tu.” Lisa bercerita panjang.

“Kenapa? Dia tak handsome ke weh?” Balqis bertanya.

“Bukan pasal tu lah. Kau ni sikit-sikit handsome. Kau ingat aku ni memilih rupa ke?” Soalan dibalas dengan soalan.

“ Dah tu sebab apa? Kaya memang dah confirm. Apa lagi yang kau nak?” Balqis menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

“ Entahlah. Dah hati aku hantar message kata tak berkenan, aku nak kata apa lagi kan. Aku tak rasa pun la nak kahwin ni. Rimas nanti dengan macam-macam commitment.” Lisa sudah memulakan kerjanya.

Balqis mencebik. Kawannya yang seorang ni payah betul kalau disuruh kahwin. Itu tak berkenan ini tak berkenan. Dia mengeluh. “ Waseem tu perlukan kasih sayang seorang ayah Lisa. Kau jangan nak pentingkan diri kau sendiri je.” Lisa sengaja menggunakan Waseem. Bukan tak pernah dia mengumpan rakannya itu dengan Waseem tapi setiap kali mesti gagal.

“ Dalam lima tahun ni dia ok je. Kau tu yang lebih-lebih lah nak suruh aku kahwin Qis. Dah lah. Aku nak siapkan payment ni. Karang bising pulak kontraktor dapat payment lambat.” Lisa memberikan hint bahawa dia sudah tidak mahu diganggu lagi dengan soalan-soalan Balqis yang menyesakkan fikirannya itu.

“Yalah. Aku tak kacau lah.” Balqis menjawab rendah. Dia tahu Lisa sengaja mengelak. Bukan dia tidak tahu semenjak kebelakangan ini Waseem Ahmad sering bertanya perihal ayahnya kepada Lisa. ‘Waseem Ahmad itu sudah besar lah Lisa! Sampai bila kau nak bohong dia!’ Balqis menjerit di dalam hati. Geram dengan sikap rakannya yang seorang itu.

“MAMA, KENAPA WASEEM TAK ADA AYAH?” Lisa yang sedang khusyuk menonton siaran di televisyen terkedu. Semenjak kebelakangan ini anaknya yang seorang itu kerap betul bertanya perihal ayahnya. Sudah penat juga dia mengelak untuk menjawab soalan tersebut tetapi anaknya itu tidak pernah jemu untuk bertanya. Dia mengeluh perlahan.

“Kenapa anak mama ni asyik tanya soalan tu je sekarang? Sebelum ni Waseem tak pernah tanya pun.” Lisa menyoal semula anaknya.

Waseem yang sudah menyiapkan kerja sekolahnya menghampiri mamanya. “ Waseem jealous lah mama tengok kawan-kawan Waseem. Diorang selalu cerita ayah diorang bawak pergi jalan-jalanlah, campinglah, main basikal lah. Waseem nak jugak macam tu ma.” Anak kecil itu bercerita manja.

Lisa mengusap-usap kepala anaknya itu. “ Setiap kali balik kampung kan Uncle Zharif bawak Waseem pergi main basikal kat taman. Bawak pergi jogging kat Tasik Y. Acu Lin pun selalu bawak Waseem pergi jalan-jalan kan. Tak cukup ke?” Lisa menyebut dua nama sepupunya yang suka memanjakan anaknya itu.

Ibu telah berpindah rumah bersebelahan dengan abangnya selepas kematian ayah. Tanpa pengetahuan ibu rupanya ayah telah membeli rumah bersebelahan dengan rumah Pak Long. Kami dapat tahu pun melalui peguam yang telah dilantik oleh ayah. Arwah ayahnya memang seorang yang perahsia tetapi penuh dengan kejutan. Itulah yang membahagiakan hati ibunya hingga ke hari ini walaupun mereka telah terpisah jauh.

“Mama....” Waseem memanggil mamanya manja.

“Ya, sayang.” Lisa memandang anaknya.

“Mama marah ke Waseem tanya macam tu tadi? Sorry, mama. Waseem nak tahu je. Kalau mama tak suka, Waseem janji tak akan tanya pada mama lagi soalan ni.” Waseem sudah mengangkat tangannya tanda berjanji.

Hati Lisa tersentuh. Anaknya itu memang amat memahami walaupun umur masih setahun jagung. Dia bersyukur kerana dikurniakan anak sebaik Waseem. Kalaulah Adam ada lagi, pasti dia bangga kerana punya anak seperti Waseem Ahmad ini.

“ Mama tak marahlah sayang. Kasihan anak mama ni. Hari-hari tanya pasal ayah tapi mama tak pernah jawab kan? Ayah Waseem dah tak ada lagi. Allah lebih sayangkan dia. Nanti hujung minggu mama bawak Waseem melawat ayah Waseem ya.” Lisa memberitahu lembut.

“Waseem sayang ayah jugak. Kenapa Allah tak bagi Waseem jumpa ayah Waseem?” Nampaknya anak kecil itu belum cukup mengerti.

“Sayang, semua yang hidup ni akan kembali kepada-Nya tau. Mama, nenek, Waseem, semua akan tinggalkan dunia ni juga bila tiba saatnya nanti. Sebab tu lah Waseem kena rajin solat, mengaji, puasa untuk dijadikan bekalan. Anak mama ni belum cukup faham lah. Nanti mama cerita lagi ya. Sekarang Waseem pergi tidur dulu. Dah lewat ni. Esok nak sekolah kan.” Lisa sudah menutup televisyen.

Waseem juga sudah mengangkat buku-bukunya untuk dibawa masuk ke dalam biliknya. Lisa menghantar anaknya itu masuk ke bilik dan menunggu sehingga anaknya itu tidur.