Master pieces

Dec 31, 2011

Few hours to go..Bye 2011 and welcome 2012!

Assalamualaikum.

Bila dah hujung-hujung tahun ni semua buat entry penutup ae. Mengimbau balik kenangan sepanjang tahun. Lepas tu buat azam baru. Terasa macam nak buat jugak tapi sure entry akan jadi panjang berjela-jela. Buat summary je la untuk sepanjang perjalanan 2011 ni.

So far, 2011 memang tahun yang banyak memberikan perubahan pada diri saya. Berpeluang untuk mengenali ramai orang. Sangat ramai sampai kadang-kadang terasa macam diri ni terlebih peramah walaupun sebenarnya tak. Berpeluang jugak mengenali diri sendiri. Dapat tahu sejauh mana kesabaran diri. Konon kata dah cukup sabar, cukup baik tapi bila Allah uji sikit je dah jatuh. Dah terguling-guling, menangis sampai dah takde air mata nak keluar and baru rasa yang sebenarnya diri ini terlalu banyak sangat kelemahan yang perlu dibaiki.

Selain tu, dapat pengalaman kerja masa cuti 4 bulan. Bekerja dengan orang berlainan bangsa especially cina memang lain cara kerjanya. Every minute sangat diambilkira. Tak kurang jugak bila berkomunikasi dengan orang yang berbangsa tersebut, mereka seboleh mungkin taknak cakap melayu. Orang Melayu-Jawa macam saya mana nak pandainya cakap Mandarin, Kantonese, Hokkien, etc. Jawa pun failed. Lepas tu dapat pulak pengalaman kerja jaga gerai susu kambing. Kambing tak makan, susu kambing tak minun tapi ais krim kambing layan sampai menjilat sudu. Best!

Tahun ni jugak saya sedar betapa saya sangat-sangat sayang family saya. Oh ya, rasa jugak macam ramai anak sedara semakin suka dengan saya. Saya adalah macik yang paling garang and tak suka sama budak-budak dulu. Mereka pun takut-takut je nak tegur. Tapi sekarang saya kena buli pulak. Haih, dah sayangkan. Kena buli pun takpe la. Bukan orang lain pun.

Ramai orang kata tutup buku lama bukak buku baru bila nak masuk tahun baru ni tapi pada saya buku lama tak patut ditutup sebab bila tutup tak tahu bila kita nak bukak. Kenapa kita tak sambung je cerita baru kita dalam buku lama bia kita boleh nampak dan ingat segala pengajaran dan peringatan dalam buku lama tu. Jadi, kita takkan ulang lagi benda-benda yang tak sepatutnya dalam cerita baru kita kan. Tapi, setiap orang ada pandangan masing-masing. Tak kisahlah.

Baca blog Abg Joe tadi cerita pasal impian. Dulu impian simpan dalam otak je lepas tu hilang entah ke mana. Sama la macam saya. Karang-karang dalam otak lepas tu hujung tahun tak ingat pun. Tak tahu pun dah tercapai ke belum semua impian tu. Hah, tahun 2012 ni memang niat nak tulis tapi tak tahu lah. Kena tunggu dan lihat je.

Penutup tahun 2011 ni, macam takde yang menarik sangat. Tapi untuk pertama kali dalam keluarga ada yang masuk sekolah tahfiz. Dua anak sedara saya dah selamat dihantar ke sekolah tersebut. Sorang sukarela sorang dipaksa. Dekat je sekolahnya dengan rumah tapi tak boleh datang melawat dalam tempoh 3bulan terawal ni. Sorang nak masuk tingkatan 1 sorang lagi nak masuk darjah 4. Yang nak masuk darjah 4 ni ramai yang risau sebab dipaksa oleh ayahnya. Apa-apa pun semoga mereka baik-baik aje di sana dan dapat memberikan sepenuh tumpuan dalam pembelajarannya.

Hopefully 2012 can be nice with me. Supaya saya dapat sabar menunggu kehadiran 2013. Ada apa dengan 2013??It's my Graduation Year lah! =)

Selamat menyambut tahun baru masihi dari saya.
May all be blessed by Allah.
Wassalam.
(^_^)

Rasa esok macam dah nak masuk 24 pulak. hehehe saya suka perasan dah tua.
Tak paham, kenapa awal tahun masihi lebih dirai berbanding awal tahun hijrah. termasuk diri ni la.

Dec 24, 2011

Penakut atau tak berani?

Assalamualaikum.
Hai alls. Selamat malam. Selamat berstudy sampai muntah, selamat berholiday and tak lupa, selamat berexam. Since semalam dah laid down over 12hours due to the health problem(Alhamdulillah sebab Allah masih lagi memberikan peringatan kepada saya yang ajal tu boleh datang bila-bila masa) makanya hari ni kena la hyperactive sikit. Heh, takdelah hyper sangat. Sikit-sikit sudah lah kan.

Penakut. Siapa antara yang baca entry ni dia seorang yang berani? Bukan berani menghadapi cabaran dengan kehidupan tapi berani berhadapan dengan bayangan hantu yang sangat suka nak memunculkan dirinya bila kita sorang-sorang. Hah, saya mengaku. Saya memang seorang yang penakut. Dulu, sekarang but hope tidak lagi in future. Hihihihi.

Budak kecik kalau takut tu normal lah kan. Macam saya lah dulu kecik-kecik memang sangat amat tersangat penakut. Nak pergi toilet yang sekangkang kera dari bilik mak ayah pun masya Allah takut macam hape. Tu tak masuk lagi kalau bangun tidur tiba-tiba takde orang dalam rumah. Terus menangis macam anak kena dera sampai mak kat sebelah rumah dengar terus lari balik rumah. Aduh! Penangan anak bongsu yang manja. Dulu ye dulu. Masa belum sekolah.

Bila dah masuk sekolah. Still rasa takut menghantui diri ini. Sebenarnya saya tak tahu lah kenapa, kenapa dan kenapa saya perlu takut. Takdelah rajin pun tengok cerita hantu. The worst thing adalah saya bukan takut dengan hantu, tapi saya takut dengan berita! Ada satu kejadian tu, saya tak ingat tapi saya rasa saya dah sekolah sebab masa tu kakak-kakak dan abang saya dah mula duduk asrama.

Di suatu malam yang hening dan suram-suram kuku, saya tinggal dengan mak saya sahaja memandangkan ayah saya sudah pun berangkat pergi ke surau yang jarak hanya selang beberapa buah rumah. Ayah saya ni dulu kalau pergi surau Maghrib akan straight terus ke Isyak. Makanya, sewaktu sedang menunggu Isyak, mak saya tidur. Ala, tidur dekat-dekat dengan tv je, bukan dalam bilik pun. Saya pun dengan berani dan gagah perkasanya menonton tv dan buka lah tv tu kuat sikit bagi bunyi-bunyi yang tidak diingini ni masuk ke cuping telinga saya. Tiba-tiba tengah best-best tengok berita, keluar satu berita kebakaran. Oh man! Apa ni? Saya terus pergi duduk kat sebelah mak yang tengah tidur. Gerak-gerakkan tangan mak sikit tapi mak tak bangun pun. Dalam hati dah, 'mak, bangunlah. Orang takut ni.' Tak berani ok nak kejut mak terus. Mamandangkan mak tak bangun, saya pun tak tahu nak buat macam mana. Berita pasal kebakaran tu lama pulaknya. Geramnya! Last-last saya tutup tv lepas tu stay je kat sebelah mak tak buat apa-apa. Sejak hari tu, saya benci, tak suka dan takkan tengok berita. Cuma bila dah besar ni kena la exposekan diri dengan isu-isu semasa kan. Kalau tak rajin beli paper kenalah tengok berita. Tapi sekarang pun dah malas tengok berita sebab berita tak bersifat neutral. Oh ya, saya takut dengan berita tu sebab saya membayangkan macam mana kalau rumah saya tu terbakar masa tu. Fire is the greatest enemy sometimes kan?

Kalau kat sekolah tu memang sangat jaranglah untuk saya pergi toilet. Kalau pergi mesti berteman. Dahlah kat sekolah tu ramai yang suka cerita pasal misteri toilets yang ada. Hish! Kakak saya kadang-kadang geram jugaklah sebab saya ni penakut sangat. Tahulah dia berani! Menyampah tau. Dia cakap dengan saya, "dik, kalau adik penakut sangat, bila ada hantu nanti, hantu tu kejar adik dulu. Hantu suka dengan orang yang penakut." Yeke? Tapi, bila kakak saya cakap macam tu saya suka terbayang raksasa dalam cerita ultraman.

Sebelum ultraman muncul, raksasa tu akan buat kacau dulu kat bumi kan. So, masa raksasa tu buat kacau mesti dia akan kejar saya dulu sebab saya ni penakut. -.-' imaginasi budak sekolah rendah kan.

Bila dah sekolah menengah, dah duduk asrama, sekarang dah jadi mahasiswi pulak, kenalah tanamkan banyak-banyak sikap berani tu. Takkan every single minute kita nak berteman kan. So, Alhamdulillah sekarang ni dah tak berapa penakutlah. Boleh pergi toilet sorang-sorang kalau dah midnight tu tapi dalam hati hanya Allah je lah yang tahu. Tapi, kalau bab nak tengok cerita hantu sorang-sorang, auwwww. Boleh tapi kena ada backup story yang kelakar or kartun yang boleh hilangkan bayangan hantu tu. Tengok cerita Ngangkung dulu yang tak berapa nak seram tu pun makan masa dekat sebulan nak buang bayangannya tau. Ish!

Bila nak hilangkan rasa takut, saya suka cakap kat diri, 'takut Allah je, takut Allah je.' Tapi kadang-kadang bila ada dalam situasi yang amat takut saya akan jawab balik, 'ee bukan niat nak takut kat benda lain selain Allah, tapi, tapi, cuma tak berani je lah!' -.-"

Oh ya, adik beradik saya bukan saya sorang tau yang penakut. Hihihi. Kakak saya ada yang lagi teruk penakutnya dan tak lupa anak-anak sedara saya. Anak-anak sedara saya yang penakut tu kebanyakannya lelaki. Well, lelaki takdelah berani sangat pun kan, tapi mereka still boleh jadi ketua yang terbaik selagi masih ada perasaan takutkan Allah dalam hati mereka. (^_^) right? Takutlah pada apa yang perlu kita takut, bukan takut pada bayang-bayang sendiri.

Ittaqullah, innallahama'ana.
May all be blessed by Allah.
Wassalam.

Dec 21, 2011

Bas, jangan pernah tinggalkan diriku lagi!

Assalamualaikum.

Diam tak diam dah masuk minggu akhir kuliah. Minggu ni pun dah nak habis. Oh, asyiknya! Tapi nanti dah masuk minggu exam tak asyik lagi dah. 7 papers to be completed in 6 days. Of course lah kena work hard sebab coursework mark macam ntah hape-hape je. Work smart dah tak berkesan untuk masa yang singkat ni.

Minggu lepas Alhamdulillah dapat memboloskan diri untuk pulang ke kampung. Minggu wajib balik sebab  perlu memenuhi undangan rewang oleh makcik saya di sebelah rumah. Rewanglah sangat kan kalau setakat tolong kopek bawang je. Sepupu saya yang sebelah rumah ni kahwin tapi majlis sambut menantu je lah sebab pihak lelaki kan.Sebenarnya macam dah tak nak balik sebab taknak rushing buat shooting untuk video kelas bahasa ketiga tapi sebab kakak saya dah keluarkan ayat "sehari pun tak boleh balik ke?" maka, saya perlulah pulang juga. Habiskan shooting hari Jumaat petang dalam pukul satu lebih lepas tu terus lari pergi Seksyen 17 beli tiket. Balik petang tu jugak. Sampai Batu Pahat dah malam. Lapar. Ingat nak pekena roti nan dulu sepinggan dua tapi fikir Merlin sedang menunggu tak jadilah. Terus balik je.

Nak dijadikan cerita, hari Ahad tu saya kenalah balik Shah Alam semula kan sebab hari Isnin ada test. (Kalau tak ponteng dah kelas pagi tu). Disebabkan saya dah tertidur pagi tu lepas melantak nasi lemak sebungkus maka saya pergi kenduri kahwin tu dah agak lewat. Kira lunch terus lah. Lepas makan takkan nak terus balik kan? Mestilah kena duduk-duduk dulu. Balik je rumah terus kemas sikit-sikit and Zuhur. Encik Abang pulak lambat siap. Yelah orang dah beranak pinak ni kemas barang tak cukup setengah jam kan. Last-last pukul dua baru nak gerak. Tiket pukul 2.30. Bila nak keluar dari halaman rumah, ada pulaklah satu kereta ni boleh parking dekat tengah-tengah jambatan nak masuk kawasan rumah. Haih, bengang ok! Kot ye pun nak parking agak-agaklah. Abang saya pun pergi rumah sebelah bagi nombor plate kereta tu kat deejay kenduri kahwin tu. Tunggu-tunggu takde pun tuan punya kereta datang alihkan kereta. Abang-abang ipar saya siap dah pakat nak tolak kereta tu masuk parit je. Diorang gurau-gurau je. Nasib baik tak lama tu tuan punya kereta datang. Terus abang saya jalan. Kejar masa kan. Part yang buat saya tension, baru gerak tak sampai lima minit, belum pun sampai tengah kampung tiba-tiba jalan kampung jammed. Ada kenduri kahwin jugak and kereta bertembung. Tak boleh nak lalu. Padahal jalan kampung saya dah kira besar boleh muat dua kereta tapi sebab diorang park kereta tepi jalan, jalan dah jadi satu line je. Bengang-bengang. Jam dah 2.15.

Abang saya pun pusing balik lalu jalan kampung sebelah. Jauh. Sepanjang perjalanan tu saya dah pegang beg kuat-kuat sebab takut. Ada dua sebab takut, satu sebab takut terlepas bas satu lagi sebab abang saya drive macam orang tak hingat. Dah lah hujan time tu. Tak berapa nak nampak kereta kat depan. Hati mana tak cuak oi. Dah separuh perjalanan tu abang saya suruh saya call infoline syarikat bas tu. Saya takde nombor kaunter. Kat tiket just ada nombor infoline je.So, call la mintak nombor kaunter. Telefon kaunter, orang tu cakap bas dah jalan. What! Mintak nombor driver dia takde pulak. Dia bagilah nombor plate bas. Masa kat traffic light simpang nak ke bus stand tu nampak bas tu lalu. Apa lagi, abang saya terus pusing balik and kejar bas tu. Traffic light first hijau. Traffic light second merah tapi jauh lagi, bila dah nak dekat dia boleh tukar hijau pulak. Tapi, bas kan gerak slow. Bila bas tu betul-betul sampai traffic light lampu jadi merah semula. It's show time bebeh. Abang saya berhenti betul-betul sebelah bas kat traffic light tu dan saya pun cepat-cepat keluar pergi ketuk pintu bas. Nasib baik pakcik driver tu bukak. Biasalah kalau penumpang lambat ni kena bebel. Saya terus jalan duduk kat seat belakang. Padahal seat saya kat depan nun. Tak perasaan sebenarnya seat kat depan. Seat no 10 mestilah ingat kat belakang kan. Apa pun, Alhamdulillah sebab Allah dah permudahkan proses mengejar bas tu. Big thanks to my abang.

Dulu masa saya form 4 pun pernah jugak. Tiket saya ke JB pukul 2.00. Nak balik asrama masa tu. Keluar rumah nak tunggu bas depan kampung pukul 1.00. Tunggu punya tunggu, pukul 2.00 bas tak sampai lagi. Saya terus telefon abang(arwah) saya tapi masa tu dia tak boleh nak tolong hantar sebab sakit. Saya dah menangis macam hape la time tu. Abang saya suruh anak dia ambil saya. Lepas tu sepupu saya yang nak balik JB petang tu datang ambil kat rumah abang saya. Dia tanya nak hantar pergi bus stand ke nak balik dengan dia je. Saya pilih balik dengan dia je la sebab yakin bas mesti dah jalan. Bila saya sampai asrama, jumpa kawan saya yang sepatutnya naik bas sekali tu, dia beritahu yang dia suruh pakcik driver tu tunggu sampai 2.30. Adeh. Mana nak tahu kan.

Dari rumah saya nak ke bus stand tu 15minit-20minit je kalau naik kenderaan sendiri. Tapi kalau naik bas memang lambat. Kalau jammed, lagilah lambat. Tapi sekarang dah jarang naik bas pergi bus stand tu. Dah ada lesen kan. Maka, naik kereta sajalah. Motor? Oh, no! Saya failed in balancing it bila bawak dalam keadaan yang slow plus saya takde lesen motor. Sedang berfikir untuk mengambilnya memandangkan semester hadapan macam ada potensi untuk tak dapat kolej. Suka kolej cantik tapi tak suka bila ianya perlu ditutup untuk direnovate. Bak kata pengetua kolej saya, 'nakkan sesuatu yang baru kenalah ada pengorbanan.'   -.-'

Till then friends.
May all be blessed by Allah.
Wassalam.
(^_^)

geram tau tak dapat ikut gi jalan-jalan kat melaka hari ni dengan esok. Kenapa tak buat next week je!

Dec 15, 2011

Just wondering...

Assalamualaikum.

I'm just wondering...... Dapat luah perasaan kat mak tu apa rasanya? Comfort? Tenang?
Lega? Dapat discuss dengan mak sama ada nak balik atau tak tu rasanya sama tak macam makan aiskrim Walls Double Dutch? Atau mungkin Baskin Robbin?

*tiba-tiba keluar perasaan macam ni akibat terdengar perbualan roomate dengan mak dia tadi. Si anak mintak pendapat mak dia sama ada nak balik this week or next week.*

Tentulah saya rasa sangat-sangat bersyukur kerana masih mempunyai seorang emak walaupun beliau tidak dapat menjalankan tanggungjawabnya lagi kini.(not really kini la)

So, siapa-siapa yang masih mempunyai mak yang sihat fizikal dan mental dan masih boleh melayan kerenah anda, silalah hargai mereka. Sedih jugak bila ada a few anak yang treat their mother like orang gaji by using term 'manja'. Pleaselah, anda dah besar ok. Semua boleh buat sendiri kan. Sekali sekala takpe la.

Memandangkan hanya tinggal saya seorang sahaja yang tinggal di bawah tanggungjawab ayah saya, maka kadang-kadang rasa lonely tu wujud. Walaupun kadang-kadang ayah try his best to throw away the loneliness but it failed sometimes. A daughter and a father is not like a daughter with her mother or a son with his father but i do appreciate what my father has done for me, for us for these past few years until now.

Am I look so pathetic? Please say no.. I'm just wanna share a little part of my life. How i'm proud with my ayah when he trained himself to take over all my mak's responsibility. How he gained his patience to take care of my mak, to take care of me, and not to forget, to take care of himself.

I love u ayah, and u too mak. "Dia ni dah jadi orang senang sekarang." (Ayah, 2011).
Ayah, insya Allah ayah juga akan senang 'di sana' kelak.

Mak dan ayah kita tu adalah yang terbaik untuk kita yang telah Allah anugerahkan. So, please don't ever ever quote "nak jadi anak orang lainlah macam ni" when u are disappointed with them. Do appreciate them. Help them or at least pray for them. Try to be the best daughter or son.

May all be blessed by Allah.
Wassalam.

#Tengah taip-taip sekali keluar lagu belaian ibu-Hijjaz pulak.
i'm never said that i miss my mom's cooking. how does it taste actually? Sudah lupa mungkin.

Dec 5, 2011

Site visit to Johor

Assalamualaikum.

Hari ni bermulalah kelas setelah dua minggu saya berhoneymoon. Pagi tadi, masa kat kelas baru dapat tahu yang Isnin depan cuti. Birthday sultan Selangor. Hah, cuti lagi..Bosan dah asyik cuti je. hehehe

Minggu lalu, akhirnya trip kelas berjalan dengan lancar. Alhamdulillah. Walaupun dalam MC saya still dapat follow sebab trip kat Johor. Tapi, kena naik kenderaan sendiri sebab lecturer pengiring takmau sakit saya jangkit ke anak dia yang baru berusia dua tahun. Ikutkan hati macam taknak join tapi fikir punya fikir akhirnya join la jugak. Overall trip tersebut ok walaupun ada sedikit masalah yang timbul berkenaan isu-isu sampingan. Bilik tersangat ok. Stay kat UTM Scholars Inn. Murah dan facilities yang super best. Tapi, saya tak stay sana pun. Lari balik Pasir Gudang.

Classmates saya sampai JB Zuhur hari Khamis. Saya tak sempat sampai ke UTM lagi time tu. So, diorang pun lepak-lepak dulu kat bilik. Dalam 3.15 baru kitaorang gerak keluar dari markas. Makan dulu kat Mak Jah then baru gerak pergi Nusajaya a.k.a Kota Iskandar. Jadi co-pilot pada Encik Driver memang cuak sebab takut salah jalan. Saya bukanlah penghafal jalan yang berjaya. huhu. Saya baru pergi Nusajaya tu sekali je. Masa cuti Raya Haji. Pergi pun sebab nak survey tempat and nak pergi JKR kat sana. Bila follow trip kali ni baru tahu yang kat Nusajaya tu ada Puteri Harbour. Kesian sungguhlah saya ni. Ishishish.

Balik dari Nusajaya terus lari balik Pasir Gudang mamandangkan Encik Driver kata dia boleh bawak kawan-kawan saya ke Danga Bay malam tu. Tapi tak sangka, lain jadinya dan saya menerima keluhan dari kawan-kawan malam tu. Saya rasa bersalah pulak tapi masa tak boleh diundur kembali kan.

Esoknya, pergi melawat Masjid Sultan Abu Bakar. Bukan tengok masjid tapi tengok on going projek yang dijalankan di sana. Projek ni under JKR Daerah JB. Part ni memang tersangatlah best. Penerangan dari Encik Technician yang serba lengkap dan cukup difahami. Dapat pakej sekali untuk girls, Encik Technician ni sangat handsome. Itu kali kedua saya jumpa dia. First jumpa masa saya datang JKR Daerah JB untuk minta kebenaran melawat tapak. Tapi masa tu dia duduk tepi je. Saya deal dengan Cik Engineer projek tersebut. Disebabkan Cik Engineer dia ada kursus maka Encik Technician tu lah yang kena guide kami pagi tu.

Oh, lupa pulak. Projek kat masjid tu adalah projek membina wakaf dan pentas Diraja. Of course la untuk Sultan Johor. Bila buat projek Diraja memang tersangatlah leceh dan yang menyebabkan projek jadi delay adalah kerana tanah tersebut berhukum. Tapak masjid kan tanah wakaf. Jadi, tanah-tanah yang dah dikorek tak boleh dibuang sesuka hati kat mana-mana dumping area. Tanah tersebut hanya boleh dibuang di masjid-masjid ataupun di tanah perkuburan sahaja. Dan sebelum buang tu pulak nak kena tunggu approval dari fatwa. Tu yang lama.

Kawasan kecik, materials and waste materials pun banyak jadi sesak jugak lah site tu. Bila excavation dijalankan selagi boleh taknak ada satu pokok pun yang akan dikerat sebab setiap pokok dalam kawasan masjid tersebut ada cerita dan sejarahnya yang tersendiri bagi Sultan Johor. Materials yang digunakan pun bukan calang-calang especially untuk finishes. Import tu dari Norway. Dan satu lagi keunikannya adalah finishes untuk tiang-tiang tu dipasang terlebih dahulu dan kemudian baru dikonkrit. Tak terbayang lagi caranya buat masa ni.

Sultan Johor tak suka menggunakan warna kuning sebagai warna Diraja. Tak tahulah kenapa. Warna Diraja untuk Sultan Johor adalah royal blue. Jadi wakaf dan pentas Diraja juga haruslah berwarna biru dan bila Sultan Johor datang melawat, carpet biru akan dibentang. Bukan kuning ataupun merah. Bila saya cerita kat kakak saya dia pun kata "Oh, patutlah masa Sultanah datang hospital bentang carpet biru." Dan paling tak tahan dengan statement Encik Technician tu adalah "Contract sum akan berubah mengikut titah Tuanku." Hah, memang banyak lah kerajaan negeri kena spend untuk projek ni.

Projek ni dijangka siap Mei 2012. Insya Allah kalau dah siap nanti saya akan sharekan gambarnya di sini. Kalau sempat nak pergi melawatlah. After Masjid Sultan Abu Bakar, kami pergi ke Taman Dahlia. Kat sana tengok pembinaan masjid yang sedang dijalankan. Sepagi tu hujan renyai-renyai. Redah je lah masuk site hujan-hujan tu. Panjat jugak naik ke masjid yang belum siap tu sebab dah kena sindir dengan Engineer yang handle projek ni. Heh, jatuh saham QS kalau still berdiri tegak kat luar site cabin tu je kan.

After solat Jumaat diorang balik ke Shah Alam dan saya balik ke Pasir Gudang. Next sem pergi tempat lain pulak. Kalau diploma dulu semua lecturer yang uruskan tapi bila dah degree semua kena urus sendiri. Lecturer check surat and sign je. Baru rasa bersemangatkan nak pergi site visit tu. Hehehe.

Selamat Menyambut Hari Asyura. (^_^)
May us be blessed by Allah. Always.
Wassalam.

Nov 22, 2011

Ujian Allah

Assalamualaikum.

Pernah terfikir tak?
Pagi ni kita ceria bergelak tawa pergi kelas tiba-tiba malam kita sakit.
Elok-elok sebelum tidur badan kita ok, bangun esok badan penuh
dengan pelbagai tanda. Hari ni kita hebat melakukan kerja di sana sini,
esok saudara-saudara kita sibuk menguruskan jenazah jasad kita.
Setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati dan mati itu
adalah janji Allah yang pasti.

Kadang-kadang kalau kita tak kisah dengan penyakit yang datang,
Allah akan lebihkan sikit penyakit kita. Mungkin sebab nak uji,
sejauh mana hati kita mengiakan kata-kata lidah kita yang asyik
menasihati orang 'penyakit tu kan kaffarah bagi dosa-dosa kecil kita,
jadi janganlah mengeluh. Redha dan ikhlaskanlah.'
Bila dah kena batang hidung, masya Allah, susahnya nak pujuk hati
supaya meredhakan dan mengikhlaskan penyakit yang datang.

Saat ini, minggu ini, bulan ini, adalah waktu yang sangat genting
di mana assignments perlu di submit, presentation perlu dilakukan,
test perlu dijalankan, tajuk baru untuk measurement pun akan bermula,
dan program site visit akan berlangsung. Di saat inilah Allah menguji
dengan memberikan penyakit yang memerlukan rehat yang agak
panjang. Musim dan jangkit daripada si fulan bin si fulan hanyalah
sebab kerana yang pasti ini adalah kehendakNya. Biar sehebat
manapun antibodi badan kita tapi bila Allah nak beri penyakit
maka kita tetap akan dapat penyakit.

Apa yang pasti, Allah berikan penyakit tatkala hati saya sudah tiada
di sini, di Shah Alam ini. Jadi, MC panjang yang diperolehi
membolehkan saya pulang mengambil semula hati di kampung halaman.
Dramatis sungguh!

Jadi setiap apa yang berlaku ada hikmahnya dan
Allah adalah sebaik-baik perancang bagi hamba-hambaNya.
Allah dah beri banyak kesenangan, bila sekali-sekala diberi sedikit
kesusahan apa salahnya terima dengan hati yang terbuka kan?
ok, admit! Memang ayat untuk pujuk diri sendiri pun.

Happy MC days semua!
May all be blessed by Allah.
Selamat menyambut  tahun baru hijrah.
Wassalam.
(^_^)

Harap-harap seminggu takkan extend ke 2 minggu walaupun 
hati memang mahukannya.

Nov 18, 2011

Nak buat jugak boleh tapi......

Assalamualaikum.

Malam ni saya nak cerita pasal cerita yang kedua.
Cerita saya membosankan? Ah, tak peduli!
Saya nak cerita jugak. Boleh jadi bedtime story apa.
=)

Ada seorang lelaki ni, dia accident. Koma dan sebelah tangannya putus.
Masa kat tempat kejadian, orang ramai telah mencari tangannya yang
putus tu tapi tak dijumpai. Setelah diselidiki atau mungkin lelaki tu dah
sedar dari koma dan bercerita kot. Sebelum kemalangan berlaku,
lelaki ini telah melakukan sesuatu yang dilarang Allah. Apa dia?
Bukan bercumbu dalam kereta macam candidate SPM yang kena
tangkap baru-baru ni ya. Tapi.....Jeng jeng jeng.

Sebelum kemalangan, lelaki ni bersama dengan aweknya menaiki motor.
Si awek, bawak motor dan si pakwe duduk belakang.
Nak dijadikan cerita, masa dalam perjalanan ni tangan si pakwe bukan
main tak boleh nak duk diam. Merayap ke bahagian dada si awek.
Tak lama lepas tu mereka kemalangan. Mayat si awek tak dijumpai.
Setelah dua hari, barulah dijumpai mayat si awek tersebut. Dibawa ke
hospital untuk dibedah siasat juga untuk diuruskan jenazahnya.
Alangkah terkejutnya bila baju si awek tersebut dibuka,
terdapat sebelah tangan yang terputus di dadanya. Tangan siapa?
Anda mungkin dapat menekanya kan.

Jadi, kita ni, bila nak buat sesuatu perkara yang dilarang Allah,
fikirlah dulu. Allah kalau nak balas, bila-bila masa je boleh.
Tapi kalau dah ketegaq sangat nak jugak buat benda-benda
yang dilarang tu, carilah tiga tempat ni:
1) Tempat di mana Allah tak boleh nampak
2) Tempat di mana Allah tidak boleh dengar percakapan kita
3) Tempat di mana bukan Allah yang cipta

Kalau dah jumpa, silalah buat tanpa rasa bersalah
atau berdosa sedikit pun. Tapi, ada ke?

May us be blessed by Allah.
Wassalam.
(^_^)

Nov 16, 2011

Wanita

Assalamualaikum.

Nak tahu satu cerita tak? Nak dengar tak boleh sebab ni bukan vlog.
Maka, cerita ni kenalah dibaca. Sila rajinkan diri untuk baca sampai
habis ya sebab mesej yang nak disampaikan penting. Insya Allah.
Cerita ni saya baru dengar semalam dari seorang ustaz.
Ada dua cerita tapi saya cerita satu dulu la.

Ini kisah seorang pramugari yang pergi menunaikan haji.
Mungkin ada yang dah tahu cerita ni. Diceritakan, sebaik
sahaja si pramugari tersebut menjejakkan kaki di bumi Madinah,
ditakdirkan Allah dia jatuh pengsan dan akhirnya koma
sehinggalah tempoh ibadah haji selesai. Apabila dia tersedar,
dia bercerita pada seorang ustaz.

"Ustaz, Allah beri petunjuk kepada saya."
"Petunjuk bagaimana tu?"
"Ketika koma, saya bermimpi rambut saya ditarik dengan kuat 
hingga tercabut isi kepala, kemudian dicampakkan ke dalam
lautan api neraka. Saya masuk ke dalam lautan tersebut dan
mengambil semula rambut dan isi kepala yang terputus tadi
kemudian dilekatkankan kembali di kepala.
Keadaan itu senantiasa berulang-ulang ustaz."

"Selepas kejadian itu, saya merasa dahaga lalu Allah beri saya
minum minuman air nanah yang menggelegak.
Setelah meminumnya, air nanah tersebut keluar melalui kemaluan
dan saya meminumnya lagi sehingga  hilang rasa dahaga.
Setelah itu, saya merasa lapar pula. Allah beri saya sebiji buah 
yang berduri. Saya terus menelan buah tersebut dan kemudian
buah berduri tersebut berhenti di bahagian perut dan menghancurkan
segala isi perut saya sebelum akhirnya buah tersebut keluar melalui
bahagian bawah. Kejadian tersebut juga berulang-ulang hingga saya
merasa kenyang."

"Ustaz, semasa saya menjadi pramugari, saya selalu memakai baju
yang ketat hingga menampakkan segala bentuk dan lekuk tubuh saya
lebih-lebih lagi di bahagian dada. Ketika koma, saya bermimpi
Allah mencangkuk (mintak maaf terpaksa direct) puting saya 
dengan cangkuk dari neraka dan kemudian menariknya hingga 
terkeluar isinya. Setelah itu, ia tercantum kembali dan kemudian ia
ditarik kembali. Pada ketika itu saya berkata, Ya Allah,
andai inilah balasan yang akan aku terima akibat perbuatanku
selama ini, aku mohon ya Allah Kau kembalikanlah aku ke bumi
agar aku dapat bertaubat dan berubah menjadi hambaMu
yang solehah."

Dengan takdir Allah, wanita tersebut sedar.
Dia segera bertaubat dengan taubat nasuha dan
mengqadakkan kembali semua solat
yang telah ditinggalkan. Wanita itu berkata lagi,

"Ustaz, kalau ustaz jumpa wanita yang tidak menjaga auratnya,
ustaz ceritakanlah kisah saya ni pada mereka untuk
diambil pengajaran."

Dan akhirnya cerita ini sampai ke pendengaran saya,
dan saya yang telah mendengar perlulah berkongsi
dengan rakan-rakan pula. Ada soh seh soh seh kata.
"Sentap weh dengar cerita ustaz ni."
Maknanya dalam hati masih ada iman yang berbaki bila
kita masih lagi merasa takut dengan balasan Allah.

Ok, saya rasa baaaaanyak sangat dah orang bercerita
pasal balasan Allah kepada wanita yang tidak menjaga aurat ni.
Tapi, bila dilihat seakan cerita sebegini tidak pernah
dikongsikan bukan? Para wanita seakan malu untuk memakai
pakaian yang longgar dan labuh tetapi memakai yang
menampakkan susuk tubuh dan sebahagian anggota
berbangga pula. Dalam menjalankan perkara wajib yang Allah
perintahkan pada kita, kita tak perlu nak tunggu dah bersedia,
tak perlu nak tunggu ikhlas, atau pun tak perlu nak tunggu hati
terbuka untuk melaksanakannya. Paksa diri kita untuk buat.
Ikhlas itu antara kita dengan Allah. Dari paksaan itulah
yang lama-lama akan menjadikan kita terbiasa untuk melakukannya.

Ayuh wanita! Mari kita bersama-sama melakukan transformasi.
Memperbaiki diri bukan untuk menjadi yang sempurna tapi
memperbaiki diri untuk mencari keredhaan Allah juga untuk
mengejar syurga Allah. Indah dunia hanya sementara sahaja.

Mungkin sesekali kita akan terlihat wanita yang menutup aurat
dengan sempurna tetapi masih melakukan kesalahan.
Tudung labuh mahupun baju longgar yang menutupi anggota
bukan jaminan untuk seseorang itu tidak melakukan kesalahan.
Manusia tidak sempurna. Tetapi sekurang-kurangnya wanita
tersebut telah menunaikan tanggungjawabnya dalam
menutup aurat walaupun yang lain belum diperelokkan.
Wallahualam.

*********************************************

Ada satu kejadian yang buat saya terfikir, ramai-ramai lelaki
kat luar ni ada tak yang sudi/sanggup melindungi wanita yang
ditampar tiupan angin dengan agak kuat hingga menerbangkan
tudung dan baju yang dipakainya yang mungkin akan menyebabkan
auratnya yang telah *ditutup sempurna boleh terlihat(susuk tubuh)?
Tak perlu nak peluk atau menghimpit wanita tersebut pun
untuk melakukan itu.Boleh bayangkan tak bagaimana caranya?
Macam tak pernah nampak kan tapi saya baru je nampak
beberapa hari lepas. Mereka tiada pertalian darah mahupun ikatan
yang menjadikan mereka pasangan yang sah tetapi lelaki tersebut
telah melakukannya tanpa menghadapkan langsung mukanya
ke arah wanita tersebut apatah lagi menyentuhnya.
Walaupun tak berjaya menghalang semua angin tapi sedikit
sebanyak membantu jugak. Mungkin ramai lagi kat luar sana
tapi saya baru nampak satu.

*ditutup sempurna tu bermaksud pakaian yang dipakainya
 membolehkan dirinya bersolat tanpa memerlukan telekung

Sorry ya kalau penyampaian mesej tidak sampai. =)


May all be blessed by Allah.
Wassalam.
(^_^)

Nov 3, 2011

Persimpangan dilema

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.

Tajuk entri nak macam tajuk lagu Nora dulu-dulu kan.
Tak ingat pun lirik lagu tu.
Walhal dulu rajin je nyanyi lagu tu sendiri.
Ingatan sudah pun dimamah usia. Tidak apa lupa pada
lirik lagu asal jangan lupa pada ayat Allah.
Insya Allah.

Siapa yang kata tak pernah berdilema dia adalah penipu.
Takkan lah seumur hidup sekali pun tak pernah kan.
Dari kita kecik lagi dilema tu dah mula mengganggu hidup kita.
Tak percaya? Meh sini saya buktikan. hehe

Dulu masa kita dah pandai merangkak, cuba ingat balik.
*fikir kejap*
Ok, saya tak boleh nak ingat.
Kita tengok je lah babies yang ada depan mata.
Adik-adik ke anak sedara ke asalkan baby and
dah pandai merangkak or jalan jatuh lagi.
Bila sekali diorang membuat pergerakan,
mesti ramai yang akan acah. Come to mama sayang..
come to papa boy..come to aunty cutey..
Pernah tengok tak reaksi baby tu macam mana?
Baby tu kan macam teragak-agak nak menuju ke arah mana.
Ha, itu menunjukkan bahawa baby tu sedang
berada dalam keadaan dilema.
See! Tak percaya lagi?

Ok, kita imbau lagi kenangan kita kecik-kecik dulu ya.
Masa kita dah mula kenal itu dan ini especially
mainan dan juga jajan. Mak bawak pergi kedai,
mata kita mulalah rambang nak itu dan ini kan.
Tapi mak dengan tegasnya memberikan kita pilihan untuk
memilih hanya satu atau dua sahaja mainan ataupun jajan
yang berada di depan mata kita. Sedangkan masa tu
dalam hati kita nak semua yang ada kat kedai tu.
See! again kita berada dalam dilema.

Pada saya, setiap kali bertambahnya umur kita,
kita akan mengenal benda baru dan dalam masa yang sama
akan ada dilema yang akan mengikuti kita.
Dan semakin besar kita(umur), semakin rumit dilema tersebut
mengganggu kita. Bukan lagi macam kecik-kecik dulu.
Dilema untuk memilih jajan mana yang hendak dibeli
ketika berada di kedai.

Kenapa saya bercerita pasal dilema?
Sebab saya pun sedang berada dalam dilema.
Oh yeah. Tentulah bukan pertama kali saya
mengalaminya. Dilema kali ni saya rasakan amat berat.
Mahu memilih A tetapi disarankan untuk tetap di B.
Mahu mencari C tetapi C seakan malu untuk
memunculkan diri.Jadi, saya cuma ada A dan B.
Mungkin.

Cuti seminggu ni rasanya perlu open table untuk berbincang.
Harap-harap diri punya kekuatan. Sekadar berbincang
apa salahnya kan? Tak perlu lagi kata putus.
Nak memilih A bukan mudah. Banyak hati perlu dijaga.
Tak kurang juga banyak perubahan perlu dilakukan pada diri.
Nak yang terbaik perlulah minta pada Yang Terbaik dan
haruslah diminta dengan cara yang terbaik kan.
Perfect practice makes perfect. Kalau practice biasa-biasa
bagaimana mahu perfect? Lebih kurang lah.

Jadi, pada sesiapa yang juga sedang berada dalam
dilema seperti saya, relax lah. Jangan pening tak tentu pasal.
Cool selalu. Tapi jangan pulak relax tanpa apa-apa usaha
untuk menghilangkan dilema tersebut. And not to forget,
jangan pulak kita berusaha tapi usaha tersebut langsung
tidak berfaedah pada kita. Believe to one.
Please, have faith. Kalau benda baik Insya Allah
Allah akan bantu.

Choose well, who knows what you chose might bring
a totally different unexpected ending. (Wardina, 2011).
Only Allah knows everything.

Selamat beramal di bulan Zulhijjah.
Selamat Menyambut Hari Raya AidilAdha.
Selamat menunaikan ibadah korban.
Selamat melantak daging korban. (^_^)

May us be blessed by Allah. Always.
Wassalam.

Oct 26, 2011

Cinta dan matlamat

Assalamualaikum.

Reminder: Tajuk mungkin tak berkaitan dengan isi!

Selamat bercuti buat semua yang membaca blog ni.
*budget ada ramai readers kan*

Perasan tak? kebelakangan ni kat facebook famous dengan
gambar husband and wife cubit-cubit pipi, gambar perempuan
yang cantik berniqab, gambar lelaki yang nampak soleh, dan
pendek kata gambar-gambar yang berunsurkan islamik lah.

Malam tadi saya tergerak nak klik pada link yang ditinggalkan
di gambar tersebut. Link tersebut membawa saya ke pautan
facebook pelukis tersebut yang kemudiannya membawa saya
ke pautan blognya pula. Blog dia tersangatlah cute sebab ada
gambar-gambar yang cantik. Pemiliknya bukanlah budak art
mahupun kartunis tetapi dia sangat berbakat. Memang tak
dinafikan lagi bakatnya. Itulah dia Bro Rusydee.

Di dalam satu entrinya ada dititipkan kata-kata dari
Rabiatul Adawiyah. Sangat terkesan di hati saya yang
sedang kosong ketika itu tatkala membaca titipan tersebut.

"Telah menipu sesorang yang mendakwa cinta kepadaKu (Allah),
tetapi apabila malam, mereka tidur dan meninggalkanKu;
Bukankah setiap kekasih rindu untuk bersendirian dengan kekasihnya?"

Dalam masa 24 jam yang Allah beri pada kita,
berapa jam yang kita gunakan untuk bersama denganNya?
Dalam banyak-banyak malam yang telah kita lewati,
berapa malam yang telah kita habiskan untuk bersendirian denganNya?

Puan YPJ : Apa matlamat hidup awak?
Saya : Erk! (Pesal tetibe tanya pasal matlamat pulak ni?)
          Nak balas jasa mak ayah and bahagiakan mereka.

Itu matlamat jangka pendek saya sebagai seorang anak.
Matlamat jangka panjang saya? Kawan-kawan?
Selepas saya mendengar ceramah dari Imam Muda Asyraf
minggu lalu, baru saya tahu apa matlamat jangka panjang saya
yang saya kira tersangatlah jitu dan merangkumi beberapa matlamat
jangka panjang saya yang sedia ada.
Okey, saya pun pening dengan ayat saya ni.

Allah itu dekat dan Allah sentiasa ada untuk hamba-hambaNya.
Terkadang lidah saya terkelu dan fikiran saya terencat seketika
bila mana ada di kalangan rakan-rakan saya yang seakan ragu
dengan Allah. Ikutkan panas hati memang mahu memarahinya
tapi itu bukan yang terbaik. Sedih rasanya bila ada rakan kita
yang seakan berputus asa dengan rahmat Allah.

Jangan pernah berputus asa dengan rahmat dan bantuan Allah.
Teruskan berdoa. Semakin banyak kita diuji semakin beruntunglah kita.
Hidup bukan hanya untuk mendapat keseronokan dunia semata
tapi ada yang perlu kita kejar dan capai untuk mendapatkan yang abadi.

Saya ada terbaca lebih kurang macam quote jugaklah kat wall
ILoveAllah.com dan quote tersebut buat saya tersedar akan satu hal.
Nak menyesal pun untuk apa kan. Cukuplah dijadikan pengajaran
buat diri ni supaya tidak tergesa-gesa dalam melakukan sesuatu perkara.

"Allah is already written the name of your spouses for you.
What you need to work on is your relationship with Allah.
He will send him/her to you when you're ready. It is only a matter of time."
~ Sheikh Mamdouh~

Lepas baca quote ni terjumpa pulak dengan blog Dr.Sarah and kisah
dia tersangatlah berkait dengan quote tersebut.

Jadi, sebelum berpacaran tu cuba fikir sekejap.
Dah cukup lama ke kita berpacaran dengan Allah?
Sebelum pi dating tu cuba renung balik,
dating kita dengan Allah tu dah cukup ke?
Samalah dengan kita nak belajar alat muzik.
Memetik kembali kata-kata dari Ustaz Don,
kalau anda nak belajar alat muzik, cuba fikir balik.
Dah cukup ke ilmu-ilmu Fardhu Ain yang anda belajar selama ni.
Kalau belum cukup pi belajar habiskan dulu ilmu Fardhu Ain tu.

May us be blessed by Allah. Always.
Wassalam.
(^_^)

p/s: terkejut pulak bila tiba-tiba anak sedara hantar msg kat inbox fb.
budak sekarang belum sekolah pun dah ada fb.

Oct 25, 2011

Konferens negara Islam:Dunia menuju khilafah

Assalamualaikum.

Kali ni short entri je. Kekangan masa.
*gatal nak p buat entri gak siapa suruh?*

Saya nak mengajak sahabat-sahabat di luar sana menghadiri
konferens ni. Bagi yang ada kelapangan sudi-sudilah hadir.
Semoga ada manfaatnya untuk diri kita yang boleh kita
gunakan untuk beri manfaat pada orang lain jugak.
*eh, lebih kurang macam tagline Amway lah pulak*


Saya tolong promote je and insya Allah akan turut hadir.
Boleh singgah di sini untuk tahu lebih lanjut 
mengenai penganjur konferens ni.

May us be blessed by Allah. Always.
Wassalam.

Oct 21, 2011

Frame the yesteryear

Assalamualaikum.

Selamat memanjakan diri pada esok hari(Jumaat).
Semester ni cuti saya 3 hari seminggu.
Seronok kan? Well, memang sangat-sangat seronok pun.
Manja, manja jugak, harus diingat esok saya dan rakan-rakan QS
satu batch perlu present tajuk untuk dissertation.

Ramai yang tanya, kenapa awal sangat?
Entahlah, dah procedure macam ni nak buat macam mana kan.
Lagipun propose tajuk je. Bukan nak kena buat terus dah.
*Tajuk je pun dah cukup sesak nak fikir*
Alhamdulillah petang tadi dah print out proposal tersebut.
Ada tiga tajuk semuanya. Hope ada satu yang melekat.
Kalau tak? Belum fikir lagi. Huhu

Kat bawah ni adalah dialog antara saya dan Encik Bos
masa kelas measurement *tak tahu lah kenapa asyik dapat
satu group dengan Encik Bos je*
A adalah Encik Bos dan B adalah saya.
B sebab saya adalah B-type person.*type refer to darah ye*
Okey, takde kaitan pun sebenarnya.

A : Aku ngantuk betul lah. Tak boleh nak buat kerja ni. 
Malam tadi tidur lewat.
B : Ha, sape suruh g kelas tadi. Tidur best tau. 
*tolong jangan ikut. Buruk perangai. Ish ish*
A : Kau asyik ponteng kelas je ae. Datang lambatlah.
B : Sem lepas lagi teruk tau. Mana ada aku lambat datang.
A : Kau start ponteng masa part 6 kan. 
Lambat datang kelas Eco. Kau dengan Mira kan masa tu.

Ok, stop kat situ. Tak, bukan nak cerita pasal saya
yang suka ponteng kelas. Tu memang satu sifat yang
tersangatlah buruk sebagai seorang student.
Saya sedang berusaha nak mendisiplinkan diri.
Apa yang saya nak sampaikan kat sini
................................................

I miss that moment
Bukan moment ponteng kelas tu, tapi
rindu pada segala benda yang dibuat bersama
Walked together under one umbrella
Stay up together to finish the assignments
...............................................

Saya tak suka berkenangan pada kenangan lalu
tapi, bila kadang-kadang ia datang bertandang
tanpa dijemput rasanya seperti mahu
undurkan masa ke belakang.
Tak, sudah tentulah tak boleh.
Bersyukur dengan apa yang ada di hadapan kita.
Bukan mengeluh pada apa yang tiada.

Live a moment. Cherish the present. Anticipate the future.
FRAME THE YESTERYEAR. - CJ

Frame supaya 'the yesteryear' tu tak rosak dimamah usia.
Frame supaya kita sentiasa dapat tengok ia sebagai
sesuatu yang indah dan penuh dengan pengajaran.

All the best esok.
All the best jugak untuk yang next week.
May us be blessed by Allah. Always.
Wassalam.

Oct 16, 2011

Dugaan/kesukaran adalah ujian

Assalamualaikum.

Alhamdulillah dah selamat sampai UiTM semula Maghrib tadi(Sabtu).
Semalam(Jumaat) ketika waktu hampir tengah hari,
saya bergerak ke UKM. Saja berjalan menziarahi Cik Matrik kat sana.
Dah alang-alang sampai, ziarahlah sekali Cik Sepupu dan juga
Cik Teknik. Dari Ungku Omar, mendaki ke Ibrahim Yaakob dan
kemudian turun ke Burhan pula. Ah, letih itu mesti tapi puas.
Kesian kat Cik Matrik yang tak pasal-pasal kena jadi tourist guide.
Thanks a lot!

Perjalanan yang ditempuh ke UKM semalam tidaklah selancar
seperti yang dirancang. Alhamdulillah kerana Allah tidak sentiasa
meletakkan saya dalam keadaan yang selesa. Biarpun tidak
selancar seperti yang dirancang, saya dapat juga sampai ke sana
dengan selamat ketika asar sudah menjelma. Alhamdulillah.
Malam duduk kat court badminton sambil menikmati domino's
bersama-sama Cik Matrik and the gang. Seingatnya sepanjang kat
UiTM belum pernah lagi buat macam tu. Duduk makan dalam
domino's pernah lah. Tak kisah lah. Kat mana-mana pun,
yang penting bila bersama dengan kawan-kawan mesti kita akan
rasa itu adalah moment yang indah even masa tu tengah
bergaduh sekalipun. Kan?

Lepas Zuhur tadi, perjalanan pulang ke UiTM dimulakan.
Sudah tentulah saya memilih train daripada bas.
Walaupun keadaan dalam train tu agak mengecewakan sebab
kena berdiri dari UKM-KL Sentral dan KL Sentral- Shah Alam
tapi saya dah tak kisah. Kalau dibilang pun, berapa kali sangatlah
dapat duduk bila menjadikan train/komuter sebagai pengangkutan
utama ketika berjalan-jalan ni. Natijahnya, urat perut saya sakit
sebab tak berdiri dalam posisi yang betul sepanjang perjalanan
tersebut. Bertambah sakit setiap kali Encik Batuk datang bertandang.
Alhamdulillah sekali lagi sebab Allah tidak sentiasa
meletakkan saya dalam keadaan sihat yang sempurna.
Manusia jarang mahu senantiasa bersyukur
ketika mereka dalam keadaan sihat. Fakta kan?

Semasa singgah solat di surau KL Sentral tadi,
saya sempat snap satu gambar. Niat snap tu sebab nak share
dalam blog ni lah. Dari semalam lagi dah perasan tapi
semalam sebab terlalu sesak and memang tak terfikir pun
untuk snap gambar tersebut, maka memang tak terkeluarlah
handphone dari beg. Mungkin kerana gambar tersebut adalah
perkara baik, maka sekali lagi Allah mengizinkan saya untuk
bersolat di surau tersebut. Gambar tersebut adalah satu hadith.
Larangan Nabi S.A.W yang umum sudah mengetahui.


Lepas snap gambar ni, orang yang tengah duduk kat sebelah terus
tengok dan baca hadith ni. Mungkin sebelum ni dia tak perasaan.
Entahlah.

Walaupun hanya satu malam di UKM tapi macam-macam benda saya
dapat buat dengan izin-Nya. Mungkin hanya di permulaan sahaja Allah
mahu menguji saya. Thanks to Allah yang telah mempermudahkan
urusan hambaNya ini, thanks to Cik Matrik yang melayan saya
macam VVIP sepanjang saya menumpang kat bilik dia yang sangat
ohsem, thanks to adik-adik sekolah yang sudi tolong kakak yang
serba taktahu ni, and thanks to sesape pun yang terlibat. (^_^)

Dugaan bukanlah masalah ataupun bad luck untuk kita,
tetapi ianya adalah ujian. Setiap ujian yang Allah
datangkan pada kita adalah cara Dia mahu mengajar
diri kita menjadi seorang yang lebih bersyukur
juga lebih bersabar. Beruntunglah andai kita masih
lagi ditimpakan dengan pelbagai ujian.

Wassalam.
May Allah bless.

p/s : kalau asyik fikirkan kesibukan dunia dan sibuk menguruskannya,
takkan ke mana lah kita. Bila mana kita mendahulukan urusanNya maka
24/7 cukup untuk kita menguruskan segala hal dunia dan akhirat.
Jangan pernah berkira dengan Allah. =)

Oct 11, 2011

Jom jadi orang asing!

Assalamualaikum.

Alhamdulillah akhirnya Jumaat lepas dapat jugak
gagahkan diri balik ke kampung. Hehehe nyaris-nyaris
je tak balik. Last-last siap buat extra cuti lagi.
Sekali sekala, takpe lah. =)

Sampai depan taman rumah kakak ipar dalam pukul 1 lebih.
Turun bas je ada warung. Tengok macam ramai je orang lelaki
duk makan dengan senang hati time tu. Bergerak melepasi warung,
ada kedai runcit pulak. Selamba je orang lelaki keluar masuk kedai
beli barang. Ada jugak yang meneruskan kerja-kerja penghantaran
barang. Cek jam kat pergelangan tangan. 1.30.
Dah habis solat Jumaat ke? Ya kot, sebab Zuhur kan masuk awal
sekarang. Jalan ke depan lagi. Intai-intai kot nampak kelibat kakak ipar.
Sekali terdengar azan pulak dari masjid berhampiran.
Ceh, depa ni tak pergi solat Jumaat rupanya.
*driver bas tu wallahualam la*

Persoalannya, adakah luar biasa melihat lelaki berkeliaran di luar
ketika waktu solat Jumaat?
Jawapannya tentulah tak!

Yang luar biasa adalah melihat lelaki terkocoh-kocoh ke masjid
ketika jam belum pun menunjukkan pukul 1.00 petang.
Yang luar biasanya adalah melihat lelaki begitu khusyuk mendengar
khutbah dari mula hingga akhir.
Yang luar biasanya adalah melihat lelaki yang sanggup berhenti kerja
semata-mata majikan tidak membenarkannya keluar untuk solat Jumaat.
Apa nak jadi? Dunia semakin moden tapi agama Islam semakin kuno.
*Islam moden dalam term duniawi mereka-mereka sahaja*

"Islam datang dalam keadaan asing dan akan pergi dalam keadaan asing.
Maka beruntunglah mereka yang tergolong dalam yang asing itu."


Come on boys! You are the leader!
Tunjuklah contoh baik sikit.
Kajian menyatakan keruntuhan rumah tangga yang berlaku
pada masa kini adalah disebabkan oleh pemimpinnya
yang tidak menjaga solat. Solat kan tiang agama.
Kalau tiang agama senget, janganlah nak harap
tiang rumahtangganya tu boleh berdiri tegak dan kukuh.
Betul tak?


Nak cari yang asing tu lah susah. Bukan pendatang asing ae.
Bukan jugak makhluk asing. Jom sama-sama kita masuk ke
golongan yang asing tu. Biarlah orang nak pandang sinis pada kita
asalkan kita dipandang mulia oleh Allah.

credit to kimchi kimbab
Ada seorang teman berkongsi satu cerita.
Seorang hamba Allah ni tidak mahu menyertai aktiviti ko-k
universitinya kerana tidak mahu berpakaian yang tidak lengkap
penutupan auratnya. Beliau sanggup berjumpa dengan pihak
atasan untuk menegakkan pendiriannya disertakan dengan dalil-dalil
sahih untuk menguatkan lagi pendiriannya. Jika pihak universiti berkeras
juga mahu dia menyertai aktiviti ko-k, maka pihak universiti harus
membenarkan dia memakai jubah ketika menghadiri aktiviti tersebut.
Pihak universiti melarang sekeras-kerasnya.
Pihak universiti memberikan kata dua. Kalau nak grad
wajib menyertai aktiviti ko-k. Kalau tak beliau takkan
grad sampai bila-bila.

Nah. Kalau kita macam mana? Sanggup ke taknak grad sampai bila-bila?

Beliau tetap nekad untuk mempertahankan pendiriannya.
Maka, dengan selambanya beliau skip aktiviti ko-k beliau.
Bila tiba waktunya, beliau tetap grad seperti pelajar lain dan
Alhamdulillah sekarang sudah berada di peringkat master pula.

See. Bila kita nak menegakkan sesuatu kebaikan memanglah
sangat-sangat susah sebab dugaan yang datang tu bukanlah
dugaan yang biasa-biasa. Tapi, andai kita benar-benar ikhlas
dan benar-benar istiqamah untuk melakukan/menegakkannya,
at the end Allah akan tolong kita. Rezeki ni Allah yang bagi.
Bukan manusia. Bukan pihak universiti. Bukan juga majikan kita.

Sandarkan lah kasih sayang kita pada yang hak, maka kita takkan kecewa.
Sandarkanlah kebergantungan diri kita pada Yang Maha Berkuasa,
maka kita pun takkan kecewa.

Hidup di dunia ni hanya sementara,
begitu juga dengan nikmat-nikmat yang Allah berikan.
Selama mana lah nikmat-nikmat tersebut akan kekal di sisi kita.

Tidak perlulah menjadi sealim para ulama' untuk kita saling mengingati.
Tapi kadang-kadang sedih jugak sebab hanya mampu menjadi tunggul
kayu je sebab takde kekuatan untuk menegur atau mengingati. T_T

Manusia tiada yang sempurna, tapi kita perlulah senantiasa
memperbaiki diri agar kita tak tergolong dalam golongan
orang-orang yang ingkar pada perintah Allah.
Mengaku takutkan neraka Allah tetapi
apa usaha kita untuk menjauhkan diri kita daripadanya?
Tazkirah untuk diri sendiri. Apa usaha saya?

Renungkanlah bersama.
May Allah bless.
Wassalam.

p/s: orang arab selamba je main bowling pakai jubah+niqob.
bersukan/beriadah tidak salah asalkan kita menjaga batas-batasnya.

Oct 1, 2011

surprise invitation

Assalamualaikum.

Masjid hopping. Alhamdulillah walaupun tak dapat lama.
Insya Allah akan ada next time. =)

Sebenarnya banyak benda yang nak ditaip untuk buat entry
tapi semua idea hilang bila dapat invitation dari
seorang kawan sekolah rendah.
Yes! It is a wedding invitation.
Majlisnya masa hari raya haji nanti. Terkejut.
Sangat terkejut sebenarnya sebab takde angin takde ribut
tetiba nak kahwin. Baru 22 kot. Dah lah dia belum habis belajar.
Dia juga adalah junior kepada kakak saya di
USM Kubang Kerian. And of course my sis pun terkejut
dengan berita ni. Jodoh dia tiba awal. Barakallahu lakum my friend.
Semoga berbahagia hingga ke syurga.

May Allah bless.
Wassalam.
(^_^)

p/s : rasa excited pulak nak tahu siapa bakal suami dia.
kot kot kalau kenal. hehe.

p/p/s : tetibe rasa hari ni macam banyak sangat dengar
pasal topik kahwin. haih

Sep 28, 2011

Bersih tapi taharah tak?

Assalamualaikum.

Mood sekarang tengah frust!
Oh, ya..Hari ni last day bulan Syawal kan.
Selamat Hari Raya Aidil Fitri..hehe
Lepas ni jumpa Aidil Adha pulak.

Kenapa saya frust? Malas nak cerita sebenarnya
Tapi, cerita lah jugak sikit.
Frust sebab tak faham masa kelas measurement tadi.
Dah tanya tapi point tu macam tak boleh nak sampai.
Tak berapa nak suka sangat sebenarnya buat measurement
in group sebab kita tak boleh nak guna idea kita sepenuhnya.
Ditambah pula dengan keadaan kejar masa.
Kalau tiba bab measurement ni memang emosi terover sikit.
Maafkan lah saya yang serba kekurangan ni..huhu

Dah lah, bukan nak cerita pasal ni pun sebenarnya.
Masa hari Isnin lepas, Alhamdulillah saya diberi kerajinan
dan juga kelapangan untuk menghadiri satu majlis agama.
Kuliah Maghrib. Venue dekat je dengan bilik.
Hanya jalan beberapa langkah, turun dua flight tangga,
jalan sikit lagi, dah sampai. Dekat kan?
Jadi, adalah sangat tak patut kalau saya tak pergi.

Tajuk kuliah malam tu taharah wanita.
Banyaklah yang ustazah tu sampaikan dan banyak persoalan
yang telah kian lama bermain-main dalam fikiran saya
akhirnya terjawab. Tapi, banyak jugak point yang saya lupa.
Nak buat macam mana, berangan sangat nak jadi Imam Syafie kan,
sampai buku nota dan pen pun malas nak bawak. Ish, ish, ish.

Ada orang tanya, bagaimana dengan keadaan solat orang
yang mengalami buang air kecil yang tidak lawas.

Ustazah : Masa cuci tu, awak kena yakin yang awak dah betul-betul
bersih. Kena yakin! Pakailah pantyliner or whatever things
masa solat tu. Kalau terkeluar masa tengah solat, dimaafkan.

Bertahun-tahun dalam fikiran saya ni, baju yang kita pakai kotor
sebab mungkin terseret dengan lantai yang kotor masa kita jalan,
pergi toilet, ataupun terkena apa-apa yang kotor tanpa kita sedari.
Tapi, ustazah kata dimaafkan. Islam itu mudah.

Tapi, saya tak boleh nak terima kalau kita sengaja duduk kat laluan
yang memang dah kita tahu orang  pijak dengan kasut then
baju tu kita buat solat. Bukan macam tu dah terang-terang ke kotor?
Kalau dah tahu baju tu nak buat solat, jagalah sikit kebersihan baju tu.

Isu taharah ni saya pernah jugak bincang dengan kakak saya.
Kakak saya ni dia suka basuh pakai mesin basuh yang manual.
Ala, yang sebelah untuk basuh sebelah lagi spinner dia.
Saya tanya kenapa tak pakai mesin auto. Kan senang.

Kakak : Kalau ikutkan kita basuh baju tu memang bersih.
Tapi, taharah tak? Air bilasan baju dalam mesin auto tu pusing
air yang sama. Kemudian buang, keringkan, kita sidai, lipat
dan pakai. Bila kita basuh baju, semua jenis pakaian dicampur
sekali. Mungkin ada salah satu tu kotorannya adalah najis.
Maka, apabila dibasuh dan dibilas sekali, najisnya tu bukankah
terkena pada baju-baju yang lain jugak?
*faham ke?*

Ayat mudah macam ni lah, kakak saya rasa bila kita bilas baju
tanpa menggunakan air yang mengalir, najis pada baju takkan hilang.
Pusing-pusing ke situ jugak. Jadi, dia tak puas hati.
Sebab tu lah dia lebih suka pakai mesin basuh yang manual tu.
Kalau pun kadang-kadang dia terpaksa pakai mesin auto,
dia akan bilas berulang kali. Ataupun, buat bilasan terakhir di luar.
Mungkin ada yang fikir kakak saya terlalu mementingkan
kebersihan kan. Tapi, penjelasan dia tu memang buat saya
berfikir jugak. Saya rasa ada betulnya apa yang dia katakan tu.
Tak salah kalau kita terlalu mementingkan kebersihan
untuk menghadap Allah kan. Tapi, janganlah sampai
kita rasa ianya membebankan.

Kita basuh baju kita, campur sekali dengan baju adik-adik,
campur telekung mak, campur kain pelekat ayah yang memang
digunakan untuk solat, campur lagi dengan pakaian dalam
entah sesapa punya. Hah, cuba fikir jap. Baju kita mungkin bersih kot.
Setakat baju buat ulang pergi kelas, telekung mak confirm lah bersih
daripada najis. Cuba pulak fikir adik-adik kita. Mana kita nak tahu
kot kalau ada adik-adik kita yang terkucil dalam seluar,
tak pun muntah(baby). Tak ke kesian kat telekung mak dengan kain
pelekat ayah kita tu? Boleh je kalau nak basuh campur semua sekali.
Tapi, bilaslah dulu baju-baju tu.

Apa yang saya nyatakan di atas ni takde dalil-dalil mahupun
hadisnya, tapi saya rasa bila bercakap pasal isu bersih dan
juga taharah ni kita sendiri boleh menilai kan. Jadi, pastikan
pakaian kita bersih bukan sahaja daripada kotoran tetapi
juga pastikan ia bersih daripada najis lebih-lebih lagi bila
pakaian tersebut kita akan guna untuk bersolat.
Saya hanya ingin berkongsi. Carilah taharah dalam
penyucian, bukan setakat kebersihan sahaja.

Wallahualam.
Maaf kalau ada yang tidak kena kerana ini
hanya pendapat yang dirasakan rasional.

May Allah bless.
Wassalam.
(^_^)

p/s : asal tepon ayah mesti nak feeling lebih.
awak tu dah besar lah!

Sep 25, 2011

Berakhir sudah.

Assalamualaikum.

Macam yang saya khabarkan dalam dua entry saya yang lalu,
hari ni saya akan menghadiri satu temuduga di Putrajaya.
Ya, hari ni! dan ia telah pun berakhir pada pukul 10 pagi tadi.
Tu turn saya la. Masih ramai lagi yang duduk
di ruang menunggu masa saya balik tu.

Seawal 6 pagi saya dah bangun untuk bersiap-siap
menghadiri interview tersebut. Dalam surat kata bas
akan bergerak pukul 7 pagi. Tu yang bangun agak awal dari biasa.
Dah siap tu, tunggu la kat pagar nak keluar kolej tu.
Tunggu kawan yang sudi menemani saya untuk ke putrajaya tu la.
Hujan. Tengok gaya pun macam bas takde je. So, kami pun jalan lah kaki.
Sampai kat Dewan Tuanku Naib Canselor, tiba-tiba nampak bas UiTM.
Apa lagi, kami pun tahan dan naik lah. Rupa-rupanya bas tu lah yang
akan menghantar calon-calon temuduga ke Putrajaya.
Jadi, kami pun duduk je lah dalam bas tu sampai ke Putrajaya.

Sampai agak awal, sebelum pukul 8 lagi.
Check nama kat list yang diorang dah tampal and then daftar nama.
Saya dapat turn nombor 3. Ok la tu. Takde lah kawan saya tunggu lama.

Oh, ya. Saya belum beritahu kan interview apa yang saya hadiri ni.
Saya hadiri interview untuk biasiswa Skim Latihan Tenaga Pengajar.
Kalau layak mendapat biasiswa ni, insya Allah lepas habis belajar
akan dipanggil untuk menjadi lecturer di mana-mana
Politeknik ataupun Kolej Komuniti. Jadi, semasa interview,
calon dikehendaki mengajar mana-mana subjek
yang disukai di hadapan interviewers. Untunglah saya sebab dapat ajar
subjek yang memang saya dah prepare and yang saya suka. Alhamdulillah.
Macam 1st candidate tu, interviewers yang request ajar topik mana.
Tak macam terkulat-kulat pulak kan. Prepare subjek lain kena ajar tajuk
lain. Huhu.

Encik interviewer belek-belek borang permohonan saya,
then rupa-rupanya kami ni sekampung je.
Tak pasal je dia tanya pasal sejarah Parit Sulong.
Mestilah saya tak tahu walaupun dah 22 tahun duduk kat situ.
Dia tanya jugak siapa ADUN Parit Sulong and kat mana rumahnya.
Nasib baiklah kenal jugak walaupun tak tahu full name dia.

Encik interviewer : Hari ni surat khabar cerita pasal apa?
Saya : *tersengih-sengih* entahlah encik.
           Saya tak baca surat khabar hari ni.
Encik interviewer : Awak baca surat khabar apa? Metro?
Saya : Berita Harian dengan Metro.
Encik interviewer : Tak baca english paper ke?
Saya : Tak. *sekali dengan geleng kepala*
Encik interviewer : Hari ni surat khabar cerita pasal apa? *ulang soalan*
Saya : *ulang jawapan yang sama*
Encik interviewer : Cerita pasal hudud. Awak ada dengar kat
                            mana-mana?
Saya : Ada terbaca kat facebook. Kalau tolak hukum hudud maknanya
          menolak hukum Allah.
Encik interviewer : Jadi awak macam mana? terima tak hudud ni?
Saya : Terima tapi dah pemerintah taknak jalankan
           nak buat macam mana.
Encik interviewer : kenapa pemerintah taknak jalankan hukum
                            tersebut sedangkan pemerintah tu seorang muslim?
Saya : Sebab dia takut MCA keluar dari UMNO.
         *muka innocent+blur*

Encik dan Puan interviewer tergelak kecil mendengar jawapan saya.

Ok, saya dah tersasul dalam memberikan jawapan.
Sepatutnya saya mana boleh keluarkan isu politik
masa interview dengan pihak kerajaan memandangkan
saya ni masih seorang mahasiswi. Adeh,
nasib baik Puan interviewer tolong cover. Tapi, dapat jugaklah
sedikit pesanan penaja dari Encik interviewer. Hihihi.

Lepas habis interview, saya dengan kawan saya pun fikir cara
untuk pergi ke KL Sentral.Kalau nak tunggu bas UiTM
sangatlah lambat lagi nak sampai. Bas Nadi Putra tu pulak
sekali tak sekala je nak naik kat PICC tu. Tiba-tiba teringat ada sorang
classmate saya orang Putrajaya. Terus cepat call dia and Alhamdulillah
dia dapat tolong hantar ke Putrajaya Sentral.
Big thanks to him.

Pasal interview ni, saya tak nak mengharap lebih-lebih sangat.
Nanti kecewa. Hati ni sebenarnya berat je kalau dapat macam
akan dihantar ke luar semenanjung. Kalau sebelum interview
rasa berat ke Kelantan, lepas interview rasa berat ke Sabah.
Poli hanya dua negeri ni sahaja yang ada QS.
Kolej Komuniti tak tahu lah pulak. Macam takde je.
Berat-berat tu semua kalau dapatlah. Kalau tak dapat,
Johor is enough for me untuk cari rezeki as a QS.
Insya Allah. =)

Big thanks to her yang sudi teman hingga ke PICC.
Lain kali boleh temankan lagi. hehehe

May Allah bless.
Wassalam.
(^_^)

p/s: next week turn ypj pulak. bersusah-susah dahulu
       bersenang-senang kemudian. oh, interview!

Sep 22, 2011

Novel dan dot dot dot

Assalamualaikum.

Akhirnya hari ni dapat jugak habiskan baca satu novel!
Ish, ish, ish...orang duk sibuk study kau pergi baca novel?
Apa nak jadi niiiiii!

Ala, sekali tak sekala pun dapat baca novel.
Novel ni pun hadiah kawan bagi, so baca je la.
Nak tahu tak novel apa saya baca?


Kalau baca novel kak Nazurah Aishah ni
mesti tak sah kalau takde feeling sad inside.
Semua novel dia mesti nak ada sedih-sedih.
Sama lah macam novel ni.
Pa'kal je la masa baca part sedih tu dalam dewan
kalau tak kompem banjir dah. hehe

Just a simple story.
Bercinta bertahun lama, sayang sesayang sayangnya
tapi bila tak dapat restu, takkan nak teruskan.
Kita ingat apa yang kita rancang
untuk diri kita dah cukup baik tapi
sesungguhnya rencana Allah buat kita itu yang lebih baik.

Haila, haila.
Siapa yang tak nak lelaki baik?
*ni takde kaitan dengan cerita novel ni*
Saya rasa perempuan-perempuan yang ada 
kat dunia ni semua nak lelaki yang baik untuk dijadikan suami.
Betul tak?

Saya pun mestilah nak cari lelaki yang baik.
Saya tak harap pun untuk dapat seorang suami 
yang mempunyai gelaran ustaz apatah lagi ulama'.
Jauh sekali.
Tapi, cukuplah bakal suami saya tu 
seorang yang tahu akan tanggungjawabnya.

Tanggungjawab sebagai hamba Allah,
sebagai seorang anak, seorang menantu,
seorang suami, seorang abang, seorang ayah,
dan macam-macam seorang lagilah.

Man: Hey, banyaknya tanggungjawab aku!
Woman: Mestilah banyak. Fitrah seorang lelaki kan 
              memang banyak tanggungjawabnya. Sebab tu
             Allah bagi 9 akal.

Betul tak lelaki?

Tapi zaman sekarang ni nak cari lelaki yang faham 
pada tanggungjawab tu memanglah amat-amat payah.
Kalau jumpa yang baik pada kedua ibu bapa
mesti kantoi pada mertua tak pun bini.
Yang baik pada mertua pulak kantoi dengan
ibu bapa sendiri.yang baik pada ibu bapa, mertua,
and bini pulak mesti nak kantoi dengan Allah.
Yeah, manusia takde yang sempurna.
i know that tapi...entahlah.
Benda basic kot! kan lelaki?

Tengok orang kahwin ni nampak macam syok je kan
tapi, bila fikir-fikir balik seram sebenarnya.
Seram sebab rasa belum mampu lagi.
Jadi, baiklah habiskan study, kerja pastu settle kan hutang.
Takde lah seram sangat kan.

Seram jugak sebenarnya.
Takut tak cukup masa nak settlekan hutang tu.
Tak pasal je tergantung kan.
Tu la, dulu rakus sangat.
Kan dah padan muka sekarang.
Eh, bukan sekarang. Future.

Sebenarnya idea tadi bukan nak buat entry macam ni
tapi takpe lah. layan je idea yang ni. sebelum merapu
entah apa-apa baik stop dulu.

May Allah bless.
Wassalam.

p/s: tadi tutti fruity dah kebas banyak duit dalam wallet. sorry ayah
      sebab dah terboroskan duit..huhu 

Sila berhenti online and please do study your drawing!
Kang tak pasal ada yang terkulat-kulat dalam kelas esok.

Sep 18, 2011

homesick+teruja

Salam 'alaik.

Semester ni rasa macam tak best je nak belajar.
Homesick pun semakin melampau-lampau.
Entah apa kena tak tahu lah.
Walhal baru je sampai Shah Alam Maghrib tadi dari Johor.
Okey, tolong jangan layan mengada-ngada ni ye.

Seperti yang dirancang, hari ni sepupu saya sudah sah bergelar isteri.
Alhamdulillah.

Tak sempat nak tengok time dia nikah tadi.
Terlewat datang. Sampai je, pengantin lelaki tengah baca apa entah.
Penerimaan tanggungjawab kot.
Habis kena sakat dua-dua masa part salam and cium dahi.
Biasalah tu kan. Hehe

Tak sempat jugak nak tengok pengantin naik pelamin
sebab dah nak kena balik Shah Alam.
Haih, nak buat macam mana.
Tunggu je lah orang upload gambar.

Memandangkan cik perut saya ni kalah dengan nasi beriyani
maka saya pun malas la nak bawak nasi kenduri kawen tu.
Tapi, tup-tup masa kereta nak bergerak pergi je ada pulak orang kejar.
Ya, sepupu saya sebelah rumah yang bakal berkahwin hujung tahun
nanti yang mengejar dan menghulurkan sebungkus berkat.

"Ni nasi untuk ____."
"Ala, terima kasih."

Terkeluar jugak word ala tu.
It should be Alhamdulillah kan bila dapat rezeki.
*geleng kepala*

Rasanya cukup kot setakat ni.
This week tak boleh balik.
Ingatkan nak pergi menyibuk kat kolej kawan kat UKM
tapi terpaksa cancel la sebab kena attend interview
kat Putrajaya Ahad ni.

Auwww, serius memang teruja sebenarnya.
Sesiapa yang murah hati, tolong doakan saya ya.
Semoga dipermudahkan sepanjang proses interview nanti.

All the best for me and also to my cik kazen.
Ada rejeki ya bisa jadi lecturer nanti.
Hopefully, amiin~

May Allah bless.
(^_^)
Wassalam.

Sep 12, 2011

keanak-anakkan atau mengada-ngada?

Assalamualaikum.

Alhamdulillah dah selamat sampai Shah Alam Zuhur tadi.
Angkat barang, cot cet sekejap lepas tu abang terus balik.
Sedih tapi masih kental untuk bertahan daripada menangis.

Sepanjang perjalanan dari Melaka hingga ke Shah Alam
hujan tersangatlah lebat. Sukar untuk melihat sekeliling.
Pandangan mata hanya fokus ke hadapan
supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini.

Hanya nak taip one word,
untuk menggambarkan seluruh rasa dan perasaan
yang bersarang di hati pada ketika ini.

SEDIH  (T_T)

Tanggungjawab saya pada UiTM masih berbaki.
Maka, apa jua perasaan yang hadir
dalam jiwa haruslah ditolak tepi.
Sekejap je sedih ni. (harap-haraplah)

Rasa macam too childish untuk semua ni kan.
Tapi saya tahu bukan saya sorang je yang rasa macam ni.
Kalau betul ramai insan di luar sana yang ada perasaan macam ni
maknanya saya bukanlah mengada-ngada kan? (hehehe)

Apa-apa pun, live your life happily.
Tak kira di mana kita berada,
family tetap di hati! Hihihi

Pesanan untuk diri sendiri,
jangan tersengguk-sengguk dalam kelas ya!

Till then.
May Allah bless.
(^_^)
Wassalam.

p/s: baru duk kat Shah Alam dah nak sedih bagai ada hati nak kerja kat oversea. ceit!

Sep 8, 2011

ayuh kembali ke sekolah

Assalamualaikum.

Hai semua! Macam mane raya?
Ada sesape yang kempis poket bagi duit raya tak?
Saya masih lagi available untuk mendapat duit raya
maka takde lah masalah dengan poket yang mengempis ni.

Ya, minggu ni adalah minggu terakhir pelajar IPTA ber'honeymoon'.
Saya juga macam dah terdengar-dengar Anggerik
memanggil-manggil saya. Haila.

Tetibe saya rasa cuti yang panjang ni macam sekejap je
walhal sebelum ni rasa tak sabar je nak habiskan
cuti yang panjang berjela-jela ni. Manusia kan.
Sentiasa merasa tidak puas dengan apa yang diberi.

Niat di hati tadi macam nak mengemas sikit-sikit baju
tapi dah tergendala pulak.
Maka, tersadai sajalah baju-baju yang tak jadi nak kemas ni.
Ish ish ish teruk betul jadi anak dara kan.

Alhamdulillah balik kali ni abang nak tolong hantar.
Maka, bolehlah saya menyumbat pelbagai barang dalam kereta nanti.
Dah belajar tempat dekat, untungnya ni lah.
Ada jugak yang sudi nak hantar.
Kalau dulu masa kat perak,
takyah tanya pun tahu dah takde siapa yang nak hantar.
Memang dah kena siap-siap beli tiket nak balik sendiri.

Insya Allah Khamis depan akan balik semula ke rumah.
Hehe balik Shah Alam hanya untuk empat hari je.
Sekali lagi untung dapat belajar dekat ni. Alhamdulillah.

Masa sem lepas, saya selalu balik. Dua minggu sekali.
Sampai ada kawan-kawan cakap asyik balik je.
Macam orang takde kerja pulak.
Saya jawab, selagi boleh balik ni balik je lah.

Sebenarnya, kalau asyik nak fikir kerja yang banyak tu
memanglah kita akan berkira untuk balik.
Ala, balik pun jumpa mak ayah, bukan nak pi dating pun.

Ada pernah saya terbaca satu artikel ni tajuknya
kita tak boleh jadikan alasan sibuk untuk
tidak pulang berjumpa dengan mak dan ayah.
Macam panjang lah pulak tajuknya.
Lebih kurang macam tu lah tajuknya.
Tengok tajuk panjang maka isinya saya tak bacalah.
Saya rasa melalui tajuk pun mesejnya sudah boleh sampai.

Kalau masa belajar pun sudah sibuk tak ingat mak ayah
apatah lagi dah kerja nanti kan.
Silap-silap balik time raya je. Itu pun kalau dapat cuti panjang.
Haih, takut pulak saya nak fikir bila dah berkerjaya nanti.
Takut sibuk nak cari duit sampai lupa segalanya.

Hari Isnin nanti tak tahu gaya macam mana masuk kelas
Tersengguk time lecture tu rasanya wajib ada lah.
Lepas tu mesti ramai yang bersembang
tak henti-henti pasal dah lama tak jumpa kan.
Kena bangun awal pagi pulak. Buat assignments lagi.
Inilah lumrah students. Nanti bila dah kerja rindu dengan semua tu.

Bersempena nak mula sem baru ni
dalam hati kena tanamkan azam baru jugak.
Insya Allah boleh lebih sukses lagi dari yang lepas.
Yang penting kena kurangkan tidur dan
kena declare war dengan Encik Malas.
Yeehaa gambatte! *macam excited pulak*

Kepada kawan-kawan semua yang dah habis cuti,
selamat menjadi ulat buku, jurnal, dan assignments ya.


Jangan lupa, study study juga
rohani jangan lupa diberi makan.
Takut bila dah terlalu kebulur, ia akan mati.
(^_^)

May Allah bless.

Sep 5, 2011

old day #2

Assalamualaikum.

Last entry untuk old day nih.
Hari ni, akhirnya dapat jugak buat seperti yang telah dirancang.
Alhamdulillah segalanya telah dipermudahkan.
Boleh jugak kalau nak anggap aktiviti hari ni
sebagai hadiah untuk hari lahir tahun ni. hehe

Hari ni seawal 8 pagi dah gerak keluar dari rumah.
Sorang-sorang pergi rumah akak kat bandar.
Then, sampai rumah dia diorang siap-siap
nak pergi Hutan Lipur Gunung Soga.
Seorang anak sedara tak ikut sebab dia sayangkan tidurnya.
Sampai je terus mulakan pendakian.
Cewah, tak daki mana pun pasal along the way nak
ke puncak gunung tu dah ada ramp and tangga.
So, takde lah rasa tergelincir ke tersangkut akar pokok ke.
Memang takde cabaran pun mendaki gunung soga tu.

Masa naik saya rilek je.
Peluh pun macam segan silu je nak keluar.
Tapi, bila turun.
Masya Allah sampai bergetar lutut ni nak sampai ke kereta.
Padahal tak cerun mana pun laluan tu.
So far, kira ok la gunung tu kalau sekali sekala nak pergi.
Boleh beriadah sambil melihat pokok-pokok liar.

Lepas dah berpuluh-puluh kilo lemak dibakar
tibalah masa untuk bersarapan.
Ha, amik! Nasi lemak ayam goreng sepinggan. Nasi lebih ya.
Oh, tu bukan menu pilihan saya. Menu pilihan anak sedara saya.
Saya makan soto sama teh ais saje untuk sarapan. (saje?)

Lepas sarapan, balik rumah siap-siap nak
pergi beraya pulak rumah kawan-kawan.
Plan asal nak beraya dua rumah je.
Sebab ramai takde and ayah pesan suruh balik awal.
Sekali ter-beraya sampai lima rumah and terbalik lewat.
Huhuhu sorry ayah. Bukan selalu dapat beraya ni.

Memang best bila jumpa balik dengan
kawan-kawan yang dah lama kita tak jumpa ni.
Bukak balik kitab-kitab lama yang mencuit hati.
Bertukar cerita dan berita.
Mendengar pengalaman seorang kawan yang baru sahaja
bekerja sebagai nurse di Hospital Batu Pahat.
Memang kelakar lebih-lebih lagi bila cerita pasal
pesakit psy yang membuat cubaan untuk melarikan diri.
Dan baru hari ni jugak dapat  tahu ada peristiwa tragis telah
berlaku pada salah seorang anak kepada arwah cikgu kat STA dulu.

Aktiviti hari ni memang biasa saja tapi saya rasa seronok walaupun penat.
Umur panjang insya Allah boleh berjumpa lagi dengan mereka.

Alhamdulillah kerana Allah masih memanjangkan umur saya.
Semoga baki kehidupan saya ini tidak saya sia-siakan dengan begitu sahaja.
Saya tahu hari untuk saya kembali kepada-Nya juga
semakin hampir apabila umur semakin bertambah ni.
Semoga hari-hari yang bakal saya lalui sentiasa disinari dengan nur Ilahi.
Semoga Allah sentiasa memberkati hidup saya dan keluarga.
Dan semoga perginya saya nanti adalah sebagai seorang mukmin
juga seorang pencinta yang setia kepada-Nya.
Aamiin~

Selamat hari lahir buat diri saya sendiri.
(^_^)

ni kek dua tahun lepas punya birthday
May Allah bless.

p/s: appreciation to my friend, my very best friend and since saya adalah
      kak jiwanya maka dia adalah adik jiwa saya. hey soul sister!

Sep 3, 2011

old day #1

Salam 'alaik dan salam syawal ke-5

Dah 3 hari masuk bulan September
Bulan September ni special sikit untuk diri saya.
Kenapa? hehe
Sebab bulan ni adalah bulan di mana umur saya
akan genap bertambah setahun lagi.
Tinggal beberapa hari je lagi.
Oh, no! Saya dah semakin tua.

Jadi, saya nak buat entry pasal
kenangan-kenangan di hari lahir saya
sampailah hari lahir saya tiba nanti.
Boleh kan? Jangan risau, tak banyak pun.
Kalau tak boleh pun saya tetap nak buat jugak.

Hari lahir saya sama dengan hari lahir Shahir AF8
Dulu macam excited sangat bila dapat tahu
sebab saya memang minat betul dengan Shahir ni
Tapi sekarang, since dia dah ada gosip dengan tettt
and dia dah terlibat dengan bidang lakonan ni,
saya dah kurang minat. Kalau dengar nama
dia pun dah tak excited macam dulu.

Saya nak flashback balik masa hari lahir saya yang ke-14
Tahun tu adalah hari ulangtahun kelahiran saya yang paling sedih.
Sedih sebab sehari sebelum tu kakak saya telah
selamat menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Masa tu saya kat hostel.
Of course saya takde kat sisi dia masa dia meninggal tu.

Petang tu, pelajar Asrama Pusat Puteri Tun Aminah sedang berhimpun
Masa tu lepas makan malam kalau tak silap.
Saya tengah cuak masa tu sebab tinggal buku teks bawah meja kat kelas
Tiba-tiba warden panggil pulak nama saya.
Dah lah tengah duk kalut fikir pasal buku teks tu.
Aduh, saya ingat masa tu buku teks saya dah kena rampas.
Habislah saya kena beli buku teks sendiri.
Apa nak cakap dengan mak ni?

Sekali bila ke depan,
eh, tu macam kakak saya. Ada apa?
Saya pun berjalan ke arah kakak saya dan
kakak saya terus peluk saya.

"Kenapa?" Saya bertanya pelik.
"Kak ____ dah meninggal." Kakak saya menjawab sebak.

Masuk dorm kemas-kemas sikit barang terus balik.
Bukan balik rumah, balik rumah kakak saya dulu.
Malam lepas Maghrib ke Isyak baru balik kampung.

Masa sampai kat rumah, orang dah ramai.
Tapi jenazah kat hospital lagi.
Peluk mak sekejap, melepek tepi mak kejap.
Dah ok baru duduk jauh sikit.
Masa tu mak sihat lagi.

Dah tengah malam baru jenazah tiba.
Kakak, abang saya duk baca ayat Quran kat tepi arwah.
Saya tidur. Dah nangis banyak, mata ngantuk pulak.

Esoknya, hari lahir saya.
Kakak kejut bangun. Suruh saya sambung mengaji tepi arwah.
Lepas tu tolong mandikan jenazah.
Adik beradik perempuan semua tolong.
Sebab saya paling kecik, maka saya pegang kaki je.
Lepas solat jenazah, jenazah dihantar ke kubur
dengan menaiki kereta sebab kubur jauh.
Tak boleh lah nak usung jenazah hingga ke kubur dengan
berjalan kaki macam dalam drama melayu kat tv tu.
Saya tak dapat ikut pun sebab yang perempuan
semua tinggal kat rumah maka, takkan lah saya ni
tergedik-gedik nak menyelit ikut kan.

Al-fatihah buat arwah kakak saya
yang telah 8tahun meninggalkan dunia ini.

Rasanya itu je la satu tragedi pilu yang berlaku ketika hari lahir saya.
Jauh di sudut hati, ada terselit rasa terkilan sebab tak sempat
nak cakap kat arwah yang saya sayangkan dia.


Dulu masa kecik-kecik pernah cakap kat dia
yang saya tak sayang kat dia.
Haih. Manusia kan.
Masa kat depan mata tak pernah nak hargai.

Pemergian arwah kakak saya memang banyak
sangat-sangat memberikan pengajaran kepada
saya dan juga mungkin ahli kelurga saya yang lain.

Mati itu pasti. Saya tahu.
Dan satu hari nanti saya pula yang akan menyusul.
Perjalanan kita semakin hari semakin dekat
untuk bertemu dengan-Nya. Sudah bersediakah kita?
Saya, belum bersedia tapi saya tahu,
ajal bila dah tiba masanya takkan peduli sama ada
kita ni dah bersedia atau belum.

Hargailah segala yang ada di hadapan mata kita selagi ada
jangan dah takde baru nak hargai.

Hidup tak selalu indah
hari tak selalu cerah dan
hujan tak selalu menyamankan kita.
*erk, apa ni?*

Ok-ok. Till then.
Part 2 esok pulak.
Insya Allah.
Semoga kita senantiasa berada di dalam redha Ilahi.
Aamiin~
Wassalam.
(^_^)

Aug 23, 2011

Bicara akhir ramadan

Salam 'alaik.

Alhamdulillah masih lagi diberikan kesempatan untuk
saya menaip entry pada malam ni.
Tadi, seorang kawan saya hantar message

Ey, malam tadi malam lailatul-qadr ke?


Saya pun reply

Kenapa? rasa mcam la. Entah. Nak kata ya pun tak yakin mana.

Saya ada terbaca wall post Ustaz Zaharudin berkenaan
malam lailatul-qadr ni. Beliau kata,

Tidak perlulah sibuk mencari-cari tanda lailatul-qadr
tetapi carilah keampunan dan rahmat Allah dengan ibadah yang ikhlas
dan tulus serta bersungguh-sungguh. Nescaya, kelebihan lailatul-qadr
bakal menjadi milikmu, sama ada disedari tandanya atau tidak.

Betul la tu kan. Jangan nak qiam time malam ganjil je.*terasa*

Ok, saya bukan nak cerita pasal ni sebenarnya.
Saya nak share satu perkara yang baru saya dapat pagi tadi.
Rasanya pasti ada yang dah mengetahui pasal ni juga.
Tak apa lah, saya tetap nak share.

Memandangkan pagi tadi saya berjaya tahan mata ni dari tidur
maka, saya berkesempatan menonton rancangan muqaddimah di TV9.
Rancangan ni adalah ceramah yang disampaikan oleh
Ustaz Zahazan Mohamed, adik ipar kepada bos saya ketika praktikal dulu.
Erk, tetiba pulak.

Ok, ok teruskan.
Beliau ada cerita satu kisah mengenai seorang sahabat Nabi s.a.w
Namanya Mu'az(saya tak ingat nama penuh)
Saidina Umar telah memberikan tugas kepada Mu'az
untuk menjaga Negeri Syam dan kemudian Negeri Syam
ini telah dilanda satu wabak. Saidina Umar r.a telah mengajak
Mu'az keluar dari Syam kerana bimbang beliau akan terkena
jangkitan wabak tersebut. Tetapi Mu'az enggan kerana beliau ingin
mengikuti pesanan Rasulullah iaitu

Sekiranya sesuatu tempat itu telah dilanda wabak, 
maka jauhilah tempat tersebut tetapi sekiranya kamu 
sudah berada di tempat itu, maka janganlah kamu keluar
dari tempat tersebut.

Rasulullah telah mengajarkan bagaimana kita mahu menjaga diri kita
daripada terkena jangkitan wabak yang sedang hebat melanda.
Baginda berpesan dan menyuruh mengamalkan membaca
ayat terakhir dari surah At-Taubah yang berbunyi

Hasbiallahu lailahaillahua 'alaihi tawakkaltu wahuarabbul 'arshil 'azim. 
*tolong semak balik sebutan ayat ya.*

Amalkan baca tujuh kali setiap hari
selepas subuh dan selepas asar. Insya Allah,
Allah akan protect diri kita dari ditimpa wabak.
Menurut Ustaz Zahazan, hadith ini adalah sahih.
Wallahualam.

Tapi harus diingat ya kawan-kawan,
ayat ini bukanlah ayat untuk ilmu kebal.
Kalau memang Allah dah tetapkan kita akan ditimpa penyakit
maka, kita akan sakit juga lah. Kalau ayat ni untuk
mendapatkan ilmu kebal, tidaklah Rasulullah s.a.w dan
para pejuang lain cedera ketika mereka berperang kan.

Ayat ini adalah satu amalan yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w.
sebagai salah satu usaha kita untuk prevent diri kita daripada terkena
jangkitan penyakit. Apapun, segalanya terletak pada takdir Allah.

Di kesempatan ini juga saya nak ucapkan
Selamat Hari Raya Eidul Fitri in advance ya.
Mohon ampun dan maaf jika ada mana-mana
entry saya yang telah mengecilkan hati mana-mana pihak.
Saya sekadar mahu berkongsi segala ilmu yang saya ada
juga segala pengalaman yang saya lalui. Memang takde niat
langsung untuk menyentuh hati mana-mana pihak.

Tinggal beberapa hari sahaja ramadan akan berakhir.
Adakah kita sudah sehabis usaha menjadikan ramadan kali ini
lebih baik dari tahun-tahun lepas? Tepuk dada, tanyalah hati.
Semoga kita akan bertemu lagi dengan bulan yang mulia ini di tahun hadapan.
Insya Allah.

May Allah always be with us and
may Allah bless.
Wassalam.
(^_^)

p/s: Entry terakhir di bulan ramadan ni. Selamat tinggal Encik Ramadan.
       Panjang umur, kita jumpa lagi tahun hadapan. I'll miss u. T_T

Aug 21, 2011

Persoalan: adakah bawah dagu itu aurat?


Salam ‘alaik.

Ok, kali ni saya nak straight to the topic.

Persoalan ni dah lama bermain di fikiran saya dan 
saya juga pernah bertanya dengan kakak saya 
mengenai persoalan ini tapi sayangnya ia dibiar sepi. 
Mungkin dia terlupa dek kerana kesibukan yang melanda. 
Petang tadi, saya pun meng'gugel' berkaitan dengan 
perkara ini dan memang ternyata ada banyak pendapat 
dan pandangan yang dikeluarkan oleh pelbagai pihak.

Berpandukan apa yang saya baca di alam maya, 
jawapan kepada persoalan ini adalah berat ke YA. 
Ada juga yang menyatakan jika mengikut Mazhab Syafie, 
memang wajib tutup. Bahagian bawah dagu, 
iaini selepas tulang keras di dagu adalah dikategorikan 
sebagai anggota bagi leher. Ada juga yang menyebutnya sebagai lohong. 

Apa yang kita semua sedia tahu, aurat wanita yang 
boleh didedah hanyalah dua telapak tangan dan juga muka. 
Ada sesetengah pihak mengatakan tidak wajib tutup kerana 
lohong ini dikategorikan sebagai anggota muka, 
dan ada yang menyangkal dengan mengatakan kawasan muka 
adalah bermula dari tulang dagu, sideburn hingga anak rambut.

Saya pun tak nak lah meletakkan apa-apa hukum mengenai 
aurat di bahagian ini kerana saya sendiri masih dalam kesamaran. 
Ada satu blog ni yang saya baca, dia kata bahagian tersebut 
adalah dikira sebagai aurat. Jadi, dia pun telah menambah kekek 
di tudungnya seperti telekung. Kemudian apabila dia masuk 
ke universiti dia rasa terasing kerana tiada siapa pun 
yang menjahit tudung sepertinya. Dia rasa, mungkin malu. 
Tapi, dia teringat kembali satu hadith yang menyatakan :

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: bersabda Rasulullah s.a.w. 
“Islam mula tersebar dalam keadaan dagang(asing). 
Dan ia akan kembali asing pula. 
Maka beruntunglah orang-orang yang asing.” 

Wallahualam.

Ada juga yang memberikan konsep asas berkenaan aurat ni. 
Dia kata, lihat pada pakaian kita, sah atau tidak 
untuk dibuat solat jika tanpa telekung. Kalau sah, 
maka sempurnalah penutupan aurat kita dan kalau tak sah, 
perlulah kita perbaiki. Dan saya rasa ramai sedia maklum, 
apabila kita ingin bersolat, telekung yang kita pakai pasti akan 
menutup di bahagian bawah dagu ni(ada juga yang tak tutup sebenarnya).

Maka, segalanya terletak di tangan kita untuk memilih. 
Andai kita tidak mahu menutup, maka tundukkanlah kepala kita 
apabila bertentangan dengan lelaki yang bukan mahram agar 
dia tidak bisa mengintai bahagian bawah dagu kita yang terdedah tu. 
Ini pun saya dapat melalui pembacaan saya di alam maya ini. 

Kalau sesiapa yang rajin dan berminat untuk mengetahui lebih lanjut, 
bolehlah memulakan pencarian di google. 
Jika ada tempat yang boleh ditanya secara live, lagi bagus. 
Boleh juga ke ruang-ruang perbincangan mengenai 
hal ehwal agama seperti halaqah.net untuk bertanya secara online.

Di kesempatan ini, saya juga mintak sangat-sangat 
kalau ada sesiapa yang mempunyai info mengenai perihal ini 
dapatlah kiranya dikongsikan bersama saya.  
Saya juga masih lagi budak yang baru belajar.
(^_^)

Mohon diperbetul andai ada kesilapan.

May Allah always be with us and
may Allah bless.
Wassalam.

p/s: dalam kita sibuk menyediakan persiapan raya
      jangan lupa untuk meregangkan otot-otot kita untuk
      marathon di saat-saat terakhir ramadan ni.

p/p/s: dalam sibuk marathon pulak jangan sampai 
         mengabaikan tanggungjawab yang masih lagi 
         berada di atas nama kita. segalanya biar balance.