Master pieces

May 29, 2011

Tiada duka yang abadi

salam 'alaik

This entry patutnya dah lama kena buat
since one of my friends down giler dengan ujian yang baru diterimanya
tapi saya terlambat pulak..semoga ada la faedahnya di dalam entry ni..

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.
1. Bukankah Kami telah melapangkan dadamu (Muhammad)?
2. dan Kami pun telah menurunkan bebanmu darimu,
3. yang memberatkan punggungmu,
4. dan Kami tinggikan (sebutan)mu bagimu.
5. Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan,
6. sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.
7. Maka apabila engkau telah selesai (dari sesuatu urusan), tetaplah bekerja keras (untuk urusan yang lain),
8. dan hanya kepada Tuhanmulah engkau berharap.

(Surah Asy-Syarh : 1-8) [Alam nashrah]

Surah ni kalau saya tak silap diturunkan pada ketika Nabi Muhammad S.A.W. sedang bersedih hati
Jadi Allah turunkan surah ni untuk memujuk Baginda supaya tak terus menerus bersedih and give up

Moral from this surah,
Jangan pernah sesekali merasa give up jika kita terjatuh sekali atau berkali-kali
Jangan pernah sesekali rasa yang Allah itu tidak adil
Allah itu yang paling adil.
Yang Maha Adil.
Dia takkan menguji hamba-Nya melebihi kemampuan.

Jika kita merasa sedih atau tak boleh nak terima ujian Allah,
bacalah surah ni berulang kali
Insya Allah, Allah akan lapangkan hati kita.

Macam dalam lagu Opick-Tiada Duka Yang Abadi

Tiada duka yang abadi didunia
Tiada sepi merantaimu selamanya
Malam a€˜kan berakhir, hari a€˜kan berganti
Takdir hidup a€˜kan dijalani

Tangis dan tawa nyanyian yang mengiring
Hati yang rindukan cinta dijalan-Mu
Namun ku percaya hati meyakini
Semua akan indah pada akhirnya

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Waktu berputar rembulan dan matahari
Bunga yang mekar akan layu akan mati
Malam a€˜kan berakhir, hari a€˜kan berganti
Takdir hidup a€˜kan dijalani


Maka, janganlah sekali-kali kita menyalahkan takdir Ilahi
Jangan sampai akidah kita rosak
disebabkan kekerasan hati kita untuk meredakan ujian Allah

May Allah bless to all the muslims
w(^_^)

Nota Kaki: i love you larh my friend...never give up ok!

May 28, 2011

(11)

Setahun kemudian.

Abang, nak ikut.” Lisa merengek manja. Tangan suaminya itu tidak mahu dilepaskan.

Uzer mengeluh. Isterinya ni lah. Sejak mengandung ni manja semacam.

“Abang kan nak pergi kedai je. Takkan Lisa nak ikut. Waseem tengah tidur kan.” Tangan isterinya dielus lembut. Ibunya pesan kena banyak sabar kalau melayan isteri tengah mengandung ni.

“Bukan ikut yang ni lah. Ikut esok.” Lisa bersuara perlahan. Sedikit serak di hujung suaranya.

Uzer tersenyum. Ingat nak ikut pergi kedai tadi.

“Tu lah, abang kan dah suruh minta cuti. Lisa yang tak nak. Sayang nak tinggal kerja kan.” Uzer memerli isterinya sambil menyambung langkahnya ke pintu luar.

Esok, dia, Waseem dan mak mertuanya akan bertolak pulang ke Kelantan. Adiknya akan berkahwin Jumaat ni. Lisa ada meeting di KL dan kemudian dia akan naik flight terus ke Kelantan.

“Bukan sayang lah. Dah ada meeting. Nak buat macam mana.” Suara Lisa semakin serak apabila Uzer memerlinya.

“Tak apa lah. Tak lama abang sampai tu kan Lisa sampai. Entah-entah Lisa yang sampai dulu. Maklumlah naik air bus. Kita ni naik kereta sorong je.” Uzer yang pada mulanya ingin tergelak besar terbantut apabila melihat air mata yang sudah bergenang di kelopak mata isterinya. Ah, sudah!

“Hei, kenapa ni? Abang gurau je lah. Janganlah macam ni.” Uzer menarik isterinya ke dalam pelukannya. Silap-silap tak jadi dia keluar pergi kedai ni.

“Kita semua pergi naik flight la. Kita sama-sama pergi KL esok.” Lisa memberikan pendapatnya disulami dengan sedu sedannya.

“Lisa, please.” Uzer bersuara lembut.

“Tiba-tiba rasa tak sedap hati lah bang. Kita pergi sama-sama ya.” Lisa mamandang tepat ke anak mata suaminya. Tiada lagi genangan air mata seperti tadi.

“Hish Lisa ni. Rasa tak sedap hati apa nya? Lisa doakanlah perjalanan kami esok selamat je. Abang pun akan doakan perjalanan Lisa. Insya Allah. Kita sama-sama berdoa ye.” Uzer sudah pun menutup pintu yang tadi dibukanya. Dia memimpin Lisa ke ruang tamu. Memang sah lah ni tak jadi keluar.



LISA MELANGKAH LAJU UNTUK KELUAR DARI PINTU UTAMA LAPANGAN TERBANG SULTAN ISMAIL PETRA sambil tangannya menggagau mencari handphone di dalam handbag. Dia menghidupkan kembali handphone yang dimatikan tadi sebelum masuk ke balai berlepas di KLIA. Berderet-deret message masuk.Banyaknya miscall!

Dia membuka messages tersebut. Ibu? Nisa? Babah pun ada? Lisa tekan butang call pada nama ibu sambil matanya meliar mencari kelibat suaminya. Belum pun sempat ibu mertuanya menjawab panggilan darinya, Lisa sudah melihat kelibat yang dikenalinya melambai-lambai ke arahnya. Panggilan tadi masih diteruskan sambil kakinya melangkah ke arah kelibat itu sebelum tiba-tiba dia pengsan di tengah-tengah lapangan terbang tersebut!

May 23, 2011

(10)

“TIBA-TIBA JE NAK SAMBUNG BELAJAR FIQ. Kecewa tak hilang lagi ke?” Uzer tergelak kecil mengusik Syafiq sambil matanya menjeling ke arah isterinya yang dari tadi memandang meja.

Waseem entah di mana. Dah jumpa kawan macam tu lah. Mana nak ingat mama dengan dua papanya ni.

Syafiq hanya diam tersipu. Malu pulak dia dengan usikan Uzer. Rasa macam terlebih sporting pulak Uzer ni sebagai suami.

“Tak ada lah. Actually memang dah lama pun apply borang sambung belajar tu. Baru ni dapat. Dah rezeki kan. Pergi je lah.” Syafiq menjawab. Berbohong. Selama ni sebenarnya dia tak pernah terfikir pun nak menyambung pengajiannya. Benarlah seperti tebakan Uzer. Dia masih lagi kecewa. Tapi apa mampu dia untuk mengubah takdir Ilahi kan.

“Berapa tahun kat sana? Jangan lama-lama Fiq. Nanti tersangkut dengan orang sana payah la pulak.” Uzer menggiat lagi. Lagak seperti dia dan Syafiq sudah lama berkawan.

Secara jujurnya, memang dia rasa selesa berkawan dengan Syafiq. Ada chemistry. Mungkin sebab mereka menyintai orang yang sama. Mungkin.

“Dua tahun je. Tak ada lah. Mak aku dah pesan awal-awal. Dia tak nak menantu Mat Saleh. Sebagai anak yang soleh, aku ikut je lah.” Mereka sama-sama ketawa kecuali yang seorang itu, Lisa.

“Lisa, abang nak pergi layan kawan-kawan abang kejap kat dalam. Fiq, kau sembang lah dengan Lisa dulu ya. Sekejap lagi aku join balik.” Uzer meminta diri.

Bukan sengaja tapi sebagai tuan rumah takkan dia nak biarkan tetamunya yang di dalam itu tidak dilayan. Apatah lagi meraka adalah teman sekerjanya.

“Abang…” Lisa menarik lembut tangan suaminya yang sudah pun bangun dari duduknya.

“Sekejap je Lisa. Nanti abang datang balik.” Uzer bersuara perlahan. Lisa melepaskan pegangannya. Hatinya mengeluh. Suaminya ni lah.

Syafiq berdehem setelah hampir lima minit suasana sepi bermaharajalela antara mereka.

“Kalau Lisa tak selesa tak pe. Saya minta diri dulu.” Syafiq sudah menolak sedikit kerusinya ke belakang. Bersedia untuk bangun.

Lisa yang sedari tadi tunduk memandang rumput nan hijau di kaki mengangkat kepala.

“Eh, tak pe. Saya…”

“Saya tahu Lisa tak selesa dan saya pun tahu tak elok duduk berduaan dengan perempuan bukan muhrim apatah lagi isteri orang kan. Saya minta diri dulu. lagipun saya kejar masa ni. Ada janji yang lain.” Syafiq berbohong di hujung katanya. Terpaksa sekali lagi.

Lisa turut bangun setelah Syafiq bangun.

“Tunggu sekejap. Saya panggilkan Uzer.” Lisa sudah menggerakkan kakinya untuk memanggil suaminya di dalam.

“Lisa, tak payah lah. Kirim salam je kat Uzer. Saya betul nak cepat ni.” Kata-kata Syafiq membantutkan pergerakan Lisa. Dia menoleh ke arah Syafiq yang sudah dibelakangkan tadi.

“Syafiq, thanks ye sebab memahami saya and sorry.” Lisa bersuara perlahan tapi cukup untuk sampai ke pendengaran Syafiq.

Syafiq memaksa diri untuk senyum. Entah macam mana agaknya rupa senyuman dia tu. Dia yang tak nampak pun tahu kelat apatah lagi orang di depannya yang melihat.

“Lupakan je lah Lisa. Oh, ya. Mak saya kirim salam. Dia tanya boleh tak kalau sekali sekala dia datang melawat Waseem. Minta maaf ye Lisa, saya faham kalau awak tak benarkan pun. Mak saya tu kalau dah sayang dia bukan kisah anak siapa. Okey lah, jaga suami dengan anak baik-baik. Saya pergi dulu ye.” Syafiq sudah bergerak meninggalkan Lisa sebelum dia menoleh semula tatkala mendengar namanya dipanggil. Sudah tentulah Lisa yang memanggilnya.

“Cakap kat mak awak bila-bila je dia boleh datang melawat. Saya tak kisah and untuk awak, take care. Have a safe journey.” Syafiq hanya tersenyum sebelum dia berlalu pergi. Kali ni dia pasti senyumannya tidak kelat seperti tadi.

May 22, 2011

(9)

“LISA DUDUKLAH LUAR BERBUAL-BUAL DENGAN SUAMI. Biar auntie dengan uncle je yang settle kan ni semua.” Auntie Zara sekali lagi menghalang Lisa dari melakukan sebarang kerja.

“Biarkan je Lisa. Diorang tu time macam ni lah nak dating. Selalu aku kacau. Jom lah kita duduk depan. Kasihan pulak suami kau dengan Waseem kat depan tu.” Balqis mengajak.

“Lisa ke depan dulu auntie, uncle.” Auntie Zara dan Uncle Rizal hanya mengangguk.

“Kau banyak hutang dengan aku Lisa. Bila nak kasi settle?” Balqis sempat mengusik ketika mereka beriringan menuju ke depan.

Lisa hanya tersenyum. ‘Malam ni aku langsaikan semua Qis, insya Allah.’ Hanya hatinya sahaja yang mampu memberikan jawapan ketika ini.

“Hah, Uzer! Akhirnya, kau dapat jugak cari Lisa ye. Tak sangka aku. Rasa macam baru semalam je kita bergaduh pasal hal ni.” Balqis sudah mengambil tempat di hadapan Uzer manakala Lisa duduk di sebelah suaminya.

Uzer tergelak. “Kalau memang dah tertulis jodoh aku dengan Lisa, jauh mana pun tetap aku akan jumpa. Tak payah nak susah-susah pun.” Uzer menyandarkan tubuhnya ke kerusi yang diduduknya. Memandang seketika isterinya di sebelah yang kelihatan blur dengan perbualannya dengan Balqis tadi.

“Kau jangan nak pandang aku semacam ye Lisa. Kau mintak lah laki kau ni cerita. Kalau aku yang cerita, malu dia nanti.” Balqis segera memberi jawapan selamat tatkala melihat pandangan mata Lisa yang tajam menusuk ke anak matanya.

Lisa memandang pula suaminya di sebelah.

“Kau ni memang lah Qis. Dari dulu sampai sekarang saja nak kenakan aku kan.” Uzer menjawab tak puas hati. Balqis hanya buat tak tahu saja.

“Tak kisah lah apa-apa. One of you kena beritahu apa sebenarnya yang dah terjadi ni.” Lisa jadi penasaran. Ada cerita yang dia tidak tahu rupanya antara suaminya dan kawan baiknya ini.

“Kau ceritalah Uzer. Aku cerita tokok tambah nanti baru kau tahu.” Balqis mengugut, mengelak dari bercerita.

“Hish, kau ni Qis! Yelah, aku cerita.” Uzer memusingkan badannya menghadap Lisa. Matanya juga sempat memandang sekilas ke arah Waseem yang sedang bermain puzzle tidak jauh dari mereka.

“Macam ni, masa degree dulu abang ada mintak nombor Lisa pada Balqis. Pastu Lisa tahu dia jawab apa?” Lisa hanya diam. Menunggu sambungan cerita dari suaminya.

“Dia jawab macam ni, pehal kau nak mintak nombor dia? Tak cukup ke perempuan-perempuan yang kau ada sekarang. Lisa tu budak baik. Kau jangan nak buat dia jadi koleksi kau pulak!” uzer mengajuk gaya percakapan Balqis ketika itu.

“Lepas tu abang kata lah abang mintak nombor Lisa sebab abang nak tanya pasal Adam. Dah abang call Adam tak pernah nak dapat. Makcik ni bengang lah sebab dia ingat abang nak ngurat Lisa.” Uzer menyambung lagi.

“Wait, mana part yang kau kata, Eleh setakat Lisa kau ingat aku hairan? Kalau macam dia tu sepuluh pun aku boleh cari lah.” Giliran Balqis pula mengajuk gaya percakapan Uzer suatu ketika dulu.

Lisa membesarkan matanya. Terkejut. Time ni lah tiba-tiba rasa macam menyesal terima lamaran Uzer dulu.

“Tu dulu Lisa. Sekarang abang sedar isteri macam Lisa ni tak boleh pun nak diganti dengan sepuluh perempuan dari semesta alam mana pun. Sorry.” Uzer segera memberikan penjelasan sebelum isterinya salah faham.

‘Ayat nak romeo. Piraahh!’ Balqis mengutuk dalam hati.

Lisa melepaskan keluhan lega tapi geram jugak dengan laki nya itu. Bukan main lancang lagi mulutnya dulu ye.

“Kau kenapa menyampuk Qis? Tadi tak nak cerita. Hampir-hampir je isteri aku ni nak merajuk tau.” Geram Uzer dengan Balqis ni.

“Kau cerita skip-skip siapa suruh? Biar aku sambung je lah.” Balqis melepaskan jelingan mautnya kepada Uzer.

Uzer hanya memberikan isyarat tangannya menandakan dia bersetuju Balqis menyambung cerita. Lisa semakin tidak senang duduk menunggu mereka berdua menghabiskan cerita. Cerita sikit gaduh cerita sikit gaduh. Bilanya nak habis cerita macam ni?

“Aku sambung ya Lisa. Lepas laki kau ni keluarkan ayat macam tu aku pun bengang lah. Aku kata, dah kalau tak hairan tak payah lah nak mintak-mintak nombor Lisa dengan alasan bodoh macam tu. Kalau nak sangat pergi cari sendiri. Aku pun terus lah blah dari situ. Makin lama aku layan dia time tu makin tinggi darah aku naik. Lepas tu dia jerit dari jauh, heh, bukan setakat nombor dia lah aku boleh cari, orangnya sekali aku cari nanti buat jadi bini! Berani dia kata macam tu kat khalayak ramai Lisa. Aku patah balik kat dia. Aku kata, laki buaya macam kau tak layak untuk kawan aku tu lah. Kalau hebat sangat carilah Lisa tu buat jadi bini. Aku berani jamin dia akan tolak kau mentah-mentah. Kalau kau tengok muka kerek dia masa tu Lisa aku sure kau akan benci dia selamanya. Then, before dia blah dia kata lah, kalau satu hari nanti Lisa jadi wife aku, kau kena jadi orang suruhan aku sebulan. Kalau kau menyorok aku akan cari sampai jumpa. ” Balqis menamatkan ceritanya dengan satu keluhan. Betul-betul ke dia kena jadi orang suruhan Uzer selama sebulan ni? Aduh.

“O…Key..Kau orang gaduh pasal aku and aku tak tahu apa-apa. Aku tak tahu nak kata apa sekarang ni.” Lisa juga melepaskan satu keluhan berat.

“Tapi Lisa tahu kan lamaran abang dulu tak ada sangkut paut dengan cabaran bodoh ni.” Uzer memandang isterinya. Risau juga kalau isterinya itu tersalah faham. Dia sendiri tidak mengingati perihal cabaran itu ketika dia bertemu Lisa di Jusco dulu.

“Yelah tu Uzer. Kalau tak takkan lah kau baru jumpa Lisa seminggu kau dah masuk lamar dia? Tak ke pelik tu.” Balqis menggiat. Sengaja dia ingin menyakiti hati Uzer tanpa dia sedar niatnya itu telah menggguris hati Lisa.

“Kau jangan nak burukkan keadaan Qis! Kau tak tahu apa-apa jangan main tuduh-tuduh je.” Uzer cuba mengawal kemarahannya. Balqis benar-benar telah mencabar kesabarannya.

“Dah lah, tak payah nak gaduh-gaduh. Macam Lisa cakap pada abang masa kita nikah dulu, sampai bila-bila pun Lisa akan percaya dengan abang. Dan malam ni Lisa percaya lamaran abang pada Lisa dulu tak ada sangkut paut dengan cabaran bodoh antara abang dengan Qis dulu. Abang tak payah nak risau. And you, Qis. Dah sampai masanya kau tahu cerita sebenar. Sorry sebab aku dah lama rahsiakan perkara ni.” Lisa menghentikan pergaduhan suaminya dan kawannya itu.

Dia memang sedia maklum, Balqis memang tidak pernah suka dengan Uzer sejak roommate nya ketika degree dulu dipermain-mainkan oleh Uzer hingga roommate nya itu seperti orang putus harapan untuk hidup.

Balqis memandang Lisa dengan penuh tanda tanya. Lisa pula memandang suaminya memberikan isyarat inilah masanya. Uzer hanya mengangguk sebelum menarik nafas panjang untuk memulakan cerita. Cerita yang sama seperti yang disampaikan oleh isterinya itu diulang semula. Kali ini menjadi halwa telinga Balqis pula.



“ADAM AND MARLIA DAH BERNIKAH
masa kita praktikal diploma dulu. And untuk pengetahuan you Qis, Waseem ni adalah anak mereka. Umur mereka tak panjang and Adam mintak Lisa jaga Waseem. Mereka meninggal akibat kemalangan sebelum Waseem dilahirkan. And the rest is history.”

Balqis mengeluh entah kali ke berapa. Antara percaya atau tidak sahaja. Tapi tengok gaya Uzer cerita and tengok muka Lisa yang serius tadi macam betul. Entahlah. Dia sendiri bingung. Mungkin betul. Tengok dari muka Waseem memang macam ada iras-iras Adam. Iras Marlia pun ada. Haih, percaya je lah. Lagipun Lisa dah janji nak tunjuk kubur Adam and sijil kelahiran Waseem nanti. Kubur Marlia?

Marlia dikebumikan dekat dengan orang tuanya di Mersing. Kalau nak pergi ziarah boleh je.”

Itulah yang dijawab Lisa bila ditanya perihal kubur Marlia tadi. Kenapalah selama ni Lisa berahsia dengannya. Menyimpan kesedihannya sendiri. Itu yang dia tidak gemar dengan perangai Lisa. Tidak suka berkongsi kesedihan. Dia ingat dia kuat sangat ke nak tanggung semua sendiri? Sekali lagi Balqis mengeluh sebelum dia mematikan lampu biliknya.

May 21, 2011

Penatnya cari duit!

salam 'alaik
first of all mesti la kne say Alhamdulillah
ntk ape?
mst lah ntk segala nikmat yang Allah dah beri kan
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah

life is about money..yeke??

Huh!payah rupanya nak cari duit nih
selalu pandai mintak kat ayah je kan
la ni kena cari sendiri walaupun nanti akan mintak jugak kat ayah
(ntk yuran,mkn,tket,etc. bukan ntk poye2 tau)

Kerja dari pukul 8.30 sampai 7.00
letih memang letih tapi nak kejar aim punye pasal
kire cincai la penat tu..
ha3

kalau dulu masa belajar
lepas subuh boleh sambung tido
petang boleh tido
malam boleh tengok movie
online pun ye jugak
(Bile nya kau belajar hah?)
Bestnya!

sekarang?
tak dapatlah
kerja gaji ikut hari kenalah rajin lebih-lebih sikit kan
he2

Takpela baik kerja kan dari duk melepak kat rumah tak buat apa
at least ada la jugak duit poket
at least dapat lah jugak jumpa ramai orang
at least dapat lah gak kumpul duit (ntk travel mgkin)
Insya Allah
kena sentiasa bersyukur, baru rezeki tu sentiasa rasa cukup kan walaupun sikit

Ok lah, pada yang nak kerja tapi tak kuar cari keje lagi tu
jangan terlepak kat umah je pulak for this 4 months
ha3..ye, p/s/s/s ntk kau la nih...
=)

Enough said.
Till then.
Ila lliqa' and wassalam
May Allah bless

May 17, 2011

kan bagus kalau semua mcm ni

salam 'alaik..

hari ni, tak sangka ada sorang smoker ni yg phm
ada org tak suke bau rokok..
Siap say sorry sbb dah melepaskan asap tak sehat tu..
very much thank you..
tapi kan pkcik, kalau tak hisap lagi much2 thank you nya...
(^_^)

okeh, pe pon smoge bertmbah-tmbah kembang ye bisnes tu
pastu boleh saya apply keje..he2
gaye mcm pakcik tu bce entry ni kan... knal pon idak..


I think it's enough..
Till then
Wassalam

Pssst: Bile tanggungjwb ni dh bertambah, pnas hati pon mkin cepat
semoga dpt increase kan kesabaran dlm hati ni..barulah tele ibadah ngan tanggungjwb kn...=)

May 14, 2011

Hikmah itu memang ada

Salam 'alaik..
Baru semalam bersedih hati kan
Memang Dia tidak akn membiarkan
hamba Nya sentiasa dlm kesedihan
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah
Walaupun ada terkilan sikit..tapi
My c's said

"takpe la tolong orang, mane tau satu hari nanti Allah balas"

Hihihihi..betul lah kan..xpe la
Jangan berkira kalau nak tolong orang
Baru lah Allah takkan berkira dengan kita kan..

Enough said. May Allah bless
w(^_^)

Yang penting isinya..bukan majlisnya...kan?

kalau kate nk nangis boleh tak?
Kenapa?
Entah lah..Thinking about tomorrow...
oh, dah kira hari ni la kan sebenarnya
May all my good wishes with all of u dears
May have a great day..for all the usaha yg dah dibuat..
w(^_^)

May Allah bless..

mungkin ade something good for me
something yg hanya Dia yang tahu..
Insya Allah

May 9, 2011

sebakul bunga kemboja

Hati ini berdoa, berdoa, and berdoa
Berharap, berharap, and berharap
Mintak sangat-sangat
Dapat realisasikan apa yang baru dirancang ni
Dah berkuntum-kuntum bunga kemboja
berkembang dalam hati ni... (^_^)

Hopefully, dipermudahkan

Please do pray for me! =)

Once i make it, the pictures will story
but it's still farrr awayyyyy
Insya Allah i can make it!

May 7, 2011

make our life worth

Sungguhlah...Yang Maha Sempurna itu hanyalah Dia

I'm never ever trying to be the perfect one but
I'm always trying to be a good muslimah..Insya Allah..
in His side for sure...not peoples around

A man who decided to change on 12th hour dies on 11th

I don't want to be that man and
I don't want anybody will be that man

Life is short so please,
make it good

Live here for hereafter, not
live here for here

Again, I'm never ever trying to be the perfect one, and
also I'm never ever have an intention to be like 'alim-alim kucing'
It's all come from Him..Alhamdulillah

Hati manusia itu Dia yang pegang

Live well or live hell? you choose

Semoga pemergian kita suatu hari nanti
Bukanlah pemergian yang sia-sia..Insya Allah

Lead your life. Don't be led.

Credit to she, she, and also she yang quote nya
banyak saya ambil dari novelnya
and of course the most gratitude is only for Him
yang dah memberikan ruang pada hati ini

Sky is not the limit of our life
Infinity and beyond is the limit......
as long as it in the Islam way

Read and heed 
(again, quoted from her)

Please, make no offence regarding this entry but
please heed it (on a certain words)

Till then..w(^_^)