Master pieces

Aug 23, 2011

Bicara akhir ramadan

Salam 'alaik.

Alhamdulillah masih lagi diberikan kesempatan untuk
saya menaip entry pada malam ni.
Tadi, seorang kawan saya hantar message

Ey, malam tadi malam lailatul-qadr ke?


Saya pun reply

Kenapa? rasa mcam la. Entah. Nak kata ya pun tak yakin mana.

Saya ada terbaca wall post Ustaz Zaharudin berkenaan
malam lailatul-qadr ni. Beliau kata,

Tidak perlulah sibuk mencari-cari tanda lailatul-qadr
tetapi carilah keampunan dan rahmat Allah dengan ibadah yang ikhlas
dan tulus serta bersungguh-sungguh. Nescaya, kelebihan lailatul-qadr
bakal menjadi milikmu, sama ada disedari tandanya atau tidak.

Betul la tu kan. Jangan nak qiam time malam ganjil je.*terasa*

Ok, saya bukan nak cerita pasal ni sebenarnya.
Saya nak share satu perkara yang baru saya dapat pagi tadi.
Rasanya pasti ada yang dah mengetahui pasal ni juga.
Tak apa lah, saya tetap nak share.

Memandangkan pagi tadi saya berjaya tahan mata ni dari tidur
maka, saya berkesempatan menonton rancangan muqaddimah di TV9.
Rancangan ni adalah ceramah yang disampaikan oleh
Ustaz Zahazan Mohamed, adik ipar kepada bos saya ketika praktikal dulu.
Erk, tetiba pulak.

Ok, ok teruskan.
Beliau ada cerita satu kisah mengenai seorang sahabat Nabi s.a.w
Namanya Mu'az(saya tak ingat nama penuh)
Saidina Umar telah memberikan tugas kepada Mu'az
untuk menjaga Negeri Syam dan kemudian Negeri Syam
ini telah dilanda satu wabak. Saidina Umar r.a telah mengajak
Mu'az keluar dari Syam kerana bimbang beliau akan terkena
jangkitan wabak tersebut. Tetapi Mu'az enggan kerana beliau ingin
mengikuti pesanan Rasulullah iaitu

Sekiranya sesuatu tempat itu telah dilanda wabak, 
maka jauhilah tempat tersebut tetapi sekiranya kamu 
sudah berada di tempat itu, maka janganlah kamu keluar
dari tempat tersebut.

Rasulullah telah mengajarkan bagaimana kita mahu menjaga diri kita
daripada terkena jangkitan wabak yang sedang hebat melanda.
Baginda berpesan dan menyuruh mengamalkan membaca
ayat terakhir dari surah At-Taubah yang berbunyi

Hasbiallahu lailahaillahua 'alaihi tawakkaltu wahuarabbul 'arshil 'azim. 
*tolong semak balik sebutan ayat ya.*

Amalkan baca tujuh kali setiap hari
selepas subuh dan selepas asar. Insya Allah,
Allah akan protect diri kita dari ditimpa wabak.
Menurut Ustaz Zahazan, hadith ini adalah sahih.
Wallahualam.

Tapi harus diingat ya kawan-kawan,
ayat ini bukanlah ayat untuk ilmu kebal.
Kalau memang Allah dah tetapkan kita akan ditimpa penyakit
maka, kita akan sakit juga lah. Kalau ayat ni untuk
mendapatkan ilmu kebal, tidaklah Rasulullah s.a.w dan
para pejuang lain cedera ketika mereka berperang kan.

Ayat ini adalah satu amalan yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w.
sebagai salah satu usaha kita untuk prevent diri kita daripada terkena
jangkitan penyakit. Apapun, segalanya terletak pada takdir Allah.

Di kesempatan ini juga saya nak ucapkan
Selamat Hari Raya Eidul Fitri in advance ya.
Mohon ampun dan maaf jika ada mana-mana
entry saya yang telah mengecilkan hati mana-mana pihak.
Saya sekadar mahu berkongsi segala ilmu yang saya ada
juga segala pengalaman yang saya lalui. Memang takde niat
langsung untuk menyentuh hati mana-mana pihak.

Tinggal beberapa hari sahaja ramadan akan berakhir.
Adakah kita sudah sehabis usaha menjadikan ramadan kali ini
lebih baik dari tahun-tahun lepas? Tepuk dada, tanyalah hati.
Semoga kita akan bertemu lagi dengan bulan yang mulia ini di tahun hadapan.
Insya Allah.

May Allah always be with us and
may Allah bless.
Wassalam.
(^_^)

p/s: Entry terakhir di bulan ramadan ni. Selamat tinggal Encik Ramadan.
       Panjang umur, kita jumpa lagi tahun hadapan. I'll miss u. T_T

Aug 21, 2011

Persoalan: adakah bawah dagu itu aurat?


Salam ‘alaik.

Ok, kali ni saya nak straight to the topic.

Persoalan ni dah lama bermain di fikiran saya dan 
saya juga pernah bertanya dengan kakak saya 
mengenai persoalan ini tapi sayangnya ia dibiar sepi. 
Mungkin dia terlupa dek kerana kesibukan yang melanda. 
Petang tadi, saya pun meng'gugel' berkaitan dengan 
perkara ini dan memang ternyata ada banyak pendapat 
dan pandangan yang dikeluarkan oleh pelbagai pihak.

Berpandukan apa yang saya baca di alam maya, 
jawapan kepada persoalan ini adalah berat ke YA. 
Ada juga yang menyatakan jika mengikut Mazhab Syafie, 
memang wajib tutup. Bahagian bawah dagu, 
iaini selepas tulang keras di dagu adalah dikategorikan 
sebagai anggota bagi leher. Ada juga yang menyebutnya sebagai lohong. 

Apa yang kita semua sedia tahu, aurat wanita yang 
boleh didedah hanyalah dua telapak tangan dan juga muka. 
Ada sesetengah pihak mengatakan tidak wajib tutup kerana 
lohong ini dikategorikan sebagai anggota muka, 
dan ada yang menyangkal dengan mengatakan kawasan muka 
adalah bermula dari tulang dagu, sideburn hingga anak rambut.

Saya pun tak nak lah meletakkan apa-apa hukum mengenai 
aurat di bahagian ini kerana saya sendiri masih dalam kesamaran. 
Ada satu blog ni yang saya baca, dia kata bahagian tersebut 
adalah dikira sebagai aurat. Jadi, dia pun telah menambah kekek 
di tudungnya seperti telekung. Kemudian apabila dia masuk 
ke universiti dia rasa terasing kerana tiada siapa pun 
yang menjahit tudung sepertinya. Dia rasa, mungkin malu. 
Tapi, dia teringat kembali satu hadith yang menyatakan :

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: bersabda Rasulullah s.a.w. 
“Islam mula tersebar dalam keadaan dagang(asing). 
Dan ia akan kembali asing pula. 
Maka beruntunglah orang-orang yang asing.” 

Wallahualam.

Ada juga yang memberikan konsep asas berkenaan aurat ni. 
Dia kata, lihat pada pakaian kita, sah atau tidak 
untuk dibuat solat jika tanpa telekung. Kalau sah, 
maka sempurnalah penutupan aurat kita dan kalau tak sah, 
perlulah kita perbaiki. Dan saya rasa ramai sedia maklum, 
apabila kita ingin bersolat, telekung yang kita pakai pasti akan 
menutup di bahagian bawah dagu ni(ada juga yang tak tutup sebenarnya).

Maka, segalanya terletak di tangan kita untuk memilih. 
Andai kita tidak mahu menutup, maka tundukkanlah kepala kita 
apabila bertentangan dengan lelaki yang bukan mahram agar 
dia tidak bisa mengintai bahagian bawah dagu kita yang terdedah tu. 
Ini pun saya dapat melalui pembacaan saya di alam maya ini. 

Kalau sesiapa yang rajin dan berminat untuk mengetahui lebih lanjut, 
bolehlah memulakan pencarian di google. 
Jika ada tempat yang boleh ditanya secara live, lagi bagus. 
Boleh juga ke ruang-ruang perbincangan mengenai 
hal ehwal agama seperti halaqah.net untuk bertanya secara online.

Di kesempatan ini, saya juga mintak sangat-sangat 
kalau ada sesiapa yang mempunyai info mengenai perihal ini 
dapatlah kiranya dikongsikan bersama saya.  
Saya juga masih lagi budak yang baru belajar.
(^_^)

Mohon diperbetul andai ada kesilapan.

May Allah always be with us and
may Allah bless.
Wassalam.

p/s: dalam kita sibuk menyediakan persiapan raya
      jangan lupa untuk meregangkan otot-otot kita untuk
      marathon di saat-saat terakhir ramadan ni.

p/p/s: dalam sibuk marathon pulak jangan sampai 
         mengabaikan tanggungjawab yang masih lagi 
         berada di atas nama kita. segalanya biar balance.

Aug 20, 2011

Abang-abang yang kukasihi

Salam 'alaik.

*amaran: entry ni agak panjang, kalau tengah malas jangan baca*

Alhamdulillah kita sudah menjejakkan diri
ke-10 malam terakhir di bulan ramadan ini.
Maka, ini adalah peluang kita untuk mengejar malam lailatul-qadr.
Jangan pulak kita duk sibuk mengejar lailatul-kamdar ya.

Ketika sedang berbuka puasa tadi, tiba-tiba hati ni
macam teringat pulak dekat abang-abang saya.
Memanglah sangat tiba-tiba sebab saya bukannya rapat sangat
dengan abang-abang saya melainkan seorang sahaja.
Tapi, yang seorang tu pun dah kurang sikit la. Maklumlah,
orang yang dah berkahwin ni lebih mengutamakan isteri dan anak-anak.
Adik-adik dibiar sepi seperti tidak berabang. Aiceh, taouching lah pulak.

Saya ada empat abang sejak saya dilahirkan hinggalah tahun 2008.
Tahun 2008 tu saya telah kehilangan
seorang abang akibat penyakit yang dialaminya.
Alhamdulillah, Allah telah menggerakkan hati saya
untuk pulang sehari sebelum pemergiannya.
Kalau tidak pasti saya tidak dapat melihatnya buat kali terakhir.
Mana tidaknya, perjalanan dari Perak-Johor sahaja
memakan masa hampir 7jam dengan menaiki bas.
Bas pula hanya beroperasi dua kali sehari.
Memang bersyukur sangat-sangat sebab saya telah pulang sehari awal.
Itu pun berkat main redah ponteng kelas. Aha, berkat ke?
Maka, sejak dari hari itu abang saya hanyalah tiga orang.
Alhamdulillah kerana saya masih punya abang-abang yang mithali(?)


Abang saya yang terakhir(bongsu) umurnya pada tahun ini
sudah pun mencecah 31 tahun. Huh, tuanya!
9 tahun jurang perbezaan umur kami.
Inilah abang yang saya consider sebagai
abang yang paling sporting di antara tiga tu.
Tapi, time dia marah tu memang saya cukup-cukup benci lah.
Yelah, dia ni jarang-jarang nak marah,
bila tiba-tiba marah memang boleh buat hati sentappp.
Tapi sepanjang dia menjadi abang saya ni,
boleh kira dengan jari tangan lah berapa kali je dia marah.
Banyak saya je yang marah kat dia. hehe
Abang saya ni jugak dulu berangan nak jadi anak bongsu,
tup tup dapat tiga adik. Jadi bongsu lelaki pun kira ok lah kan.


Yang ni abang yang paling tua antara tiga. Umur dah 40++.
Saya tak tahulah ++ tu berapa. Hehe.
Abang yang ni hati dia lembut sikit.
Saya ingat lagi dulu dia menangis masa baca novel Lagenda Budak Setan.
Sudahlah curik turn saya, lepas tu menangis pulak.
Padan muka saya canangkan kat orang dia menangis masa tu.
Masa arwah adik dia(kakak saya) meninggal pun dia nangis jugak.
Nangis masa tengah solat jenazah. Saya tukang skodeng je masa tu.
Yalah, siapa tak sedih kan bila kehilangan ahli keluarga.
Saya sedih jugak sampai demam seminggu.


Abang yang tengah-tengah ni umur dia dalam late 30 kot.
Yang ni banyak kes sikit dengan saya.
Maklumlah dua-dua keras kepala. Memang susah nak ngam.
Luka yang dia toreh kat hati saya masih lagi berbekas.
Kena tembak berdas-das tanpa sempat saya bersedia
memanglah lukanya dalam kan? Sikit pun tak sempat nak elak.
Saya dah maafkan tapi sukar untuk saya melupakan segalanya.
Mungkin suatu hari saya akan melupakannya. saya sedang berusaha.
Tapi sekarang dia sudah berlembut sedikit dengan saya.
Setiap perbuatannya sedikit demi sedikit membantu saya untuk
melupakan kesan parut yang masih bertanda di hati.
Insya Allah lama kelamaan parut tersebut akan hilang terus dari hati ini.
Tahun lepas merupakan tahun duka baginya.
Anaknya yang baru berumur empat bulan(anak ke-5)
meninggal dunia di nursery akibat tersedak susu.
Sudahlah itu satu-satunya anak yang dilahirkan melalui tingkap,
luka pembedahan pun masih terasa, anak sudah dipanggil menghadap Ilahi.
Allah benar-benar mahu menguji kekuatan imannya mungkin?

Serba sedikit saya bercerita mengenai abang-abang saya.
Tiada niat untuk membuka aib mereka mahupun memburuk-burukkan mereka.
Walau bagaimanapun perangai mereka, mereka tetap abang-abang saya.
Sudah semestinya tiada tandingan!

Saya berharap abang-abang saya dapat menjadi anak-anak yang soleh
dan juga dapat menjadi seorang pemimpin yang memimpin keluarganya menuju ke syurga.
Saya, sebagai adik yang kadang-kadang dibiarkan sepi ni tak kisah dah.
Asalkan mereka ingat tanggungjawab mereka terhadap saya cukuplah.
*ada gaya adik mithali tak?* hehe

Kepada abang-abang di luar sana,
jadilah abang-abang yang mithali walaupun anda
sudah berkahwin dan mempunyai anak/anak-anak.
Jangan pandang enteng sahaja tanggungjawab anda kepada adik-adik.

Kepada abang-abang saya,
You all memang abang-abang yang mithali
walau kadang-kadang menyakitkan hati.
Sayang sikit. Mmuahh.
*tergediklah pulak*

Till then.
May Allah always be with us and
may Allah bless.
Wassalam.
(^_^)

p/s: 3 orang abang sebenarnya sikit je tapi still bersyukur lah
      sebab kalau nak compare dengan orang yang takde abang or hanya ada
     seorang abang, lagi tak best kan..apa-apa pun itu rezeki Allah...=)

Aug 18, 2011

Mohon maaf


Salam ‘alaik.

Salam Ramadan ke-18 buat semua pembaca yang saya kasihi.
(^_^)

Rakan-rakan ada terbaca tak entry saya yang bertajuk 
Malam tadi, masa saya tengah blogwalking tiba-tiba 
saya terjumpa satu artikel mengenai 

Lepas saya baca tu, saya pun flashback balik serba sedikit 
mengenai aurat saya ketika di hadapan ipar-duai ni especially kaki la.
Astaghfirullahal'azim banyak la pulak perkara yang saya dah 
pandang enteng mengenai aurat kaki ni. Saya jadi bertambah 
serba salah bila saya dah pun share serba sedikit mengenai 
aurat kaki dengan rakan-rakan di blog ni.

Maka, sebab tu la saya buat entry ni untuk memohon maaf 
dan juga untuk memperbetulkan kesilapan tersebut. 
Harap tiada kesilapan berulanglah ya. Insya Allah.

Dosa saya sahaja sudah banyak tak tertanggung dan 
saya kalau boleh taknak lah ada yang menarik saya untuk 
meminta pertanggungjawaban di atas dosa yang dilakukannya.

Saya share sedikit mengenai rukhsah aurat kaki bagi wanita ni. 
Kalau ada yang rajin boleh klik terus kat link encik syahirul ni. 

1. Wanita di mana adik iparnya tinggal bersama dengannya
dibenarkan untuk tidak menutup aurat kaki (pergelangan kaki)
di dalam rumahnya. Namun jika adik iparnya bukan tinggal tetap 
bersamanya dan suami, maka tidak dibenarkan atas keringanan ini.

2. Wanita yang sibuk membuat kerja dapur dan tatkala itu ada 
lelaki bukan mahram masuk ke dapur untuk sesuatu hajat.

3. Wanita yang telah sangat tua dan tidak mempunyai
langsung nafsu syahwat.

4. Darurat.

Apa yang saya faham dan dapat disimpulkan ialah, 
jika ipar lelaki kita hanya sekali sekala sahaja pulang 
ke kampung dan berhadapan dengan kita maka, 
kita sebagai adik ipar ataupun kakak ipar tidak berhak untuk
menggunapakai rukhsah tersebut kerana ianya berlaku hanya sekali sekala.
Kita adalah diwajibkan untuk menutup aurat kaki kita 
apatah lagi aurat yang lain, kan?

Sekali lagi, saya mohon maaf di atas kesilapan yang telah saya lakukan.

Marilah kita sama-sama memperbaiki diri kita.
Jangan memandang entang kepada perkara yang berat seperti aurat ini ya.
Memandangkan Allah masih memberikan kesempatan kepada kita 
untuk memperbaiki diri, maka perbaikilah diri kita sedikit demi sedikit.

Wallahualam.

May Allah always be with us
May Allah bless.
Wassalam.
(^_^)

Aug 17, 2011

Bukan sekadar contengan

Salam 'alaik.

Dear sis, 
You wrote for a reason.
He guided me through your writings.
He made me decide 
to change on the 10th hour.
Though chances are that we're 
never going to meet,
I thank you.

Change on the 10th hour?
Insya Allah.
Berubahlah. Berubahlah sepenuhnya.

Allah berfirman, "Kamu tidak tinggal (di bumi) melainkan
sebentar sahaja, jika kamu benar-benar mengetahui."
Maka apakah kamu mengira bahawa Kami menciptakan 
kamu secara main-main (tanpa ada maksud) dan bahawa kamu
tidak akan dikembalikan kepada Kami?
~(Al-Mu'minuun:114-115)

[credit to CJ]

1: CJ nyata bukanlah suatu contengan yang sia-sia.
    Setiap chapter ada sahaja ayat yang boleh digunakan untuk
    memotivasikan diri ini.
2: Salam Nuzul Quran buat semua pembaca yang dikasihi. (^_^)
3: Ramadan hampir ke penghujungnya, berapa banyak tick dah kita
   tanda dalam jadual mutabaah amal kita untuk bulan yang penuh
   berkah ini ya?

May Allah always be with us.
Wassalam.

Aug 14, 2011

Qur'an: guidance to mankind

Salam 'alaik dan salam ramadan ke-14 1432H.

Masa bagaikan terlalu pantas berlalu di bulan yang mulia ini.
Super pantas, bagaikan kilat mungkin atau bullet train?
sedar tak sedar sudah hampir separuh ramadan kita lalui.
Alhamdulillah segalanya telah dipermudahkan buat kita.

Nak share sikit isi kandungan sebuah buku hasil tulisan Harun Yahya
Saya tak beli pun lagi buku ni tapi saya dah download.
Dah download tak bermakna saya dah baca..hehe
Saya hanya terbaca sedikit petikan yang digarap oleh Hlovate dalam
Rooftop Rant. Tajuk buku ni The Basic Tenets of Islam.

The information people gather about Islam is,
in most cases, limited to what their families,
friends or certain books present.

True, kan?

However, accurate information about Islam 
can be accessed only by referring to the Qur'an,
the source of Islam. The Qur'an is the final 
revelation sent by God, as guidance to mankind.
While the Torah and the Gospel, the two holy books
preceding the Qur'an, were also revelations from God,
in time, they were distorted and lost their quality
as the divine word of God.

Ramai dah tahu Al-Quran adalah sebaik-baik kitab yang
diturunkan oleh Allah untuk umat Nabi Muhammad SAW
tapi, berapa ramai antara kita yang senantiasa mendampinginya?

Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya
"Bacalah Al-Quran kerana ia akan datang pada
Hari Akhirat kelak sebagai pemberi syafaat kepada tuannya."
[Riwayat Muslim]

Mula-mula kita baca saja, kemudian kita perbaiki
dan akhirnya kita memahami. Insya Allah,
lama-lama akan melekat di hati dan dapat menjadi
petunjuk di setiap jalan yang kita lalui.

Selamat beramal di bulan yang penuh berkah ini.
May Allah always be with us.
Wassalam.
(^_^)

p/s: setiap kali ada ahli keluarga yang meninggal mesti pagi-pagi kakak
     saya kejut suruh baca al-quran untuk arwah.
p/p/s: dan baru je ni saya dapat tahu, perbuatan membacakan al-quran
         ke atas orang mati adalah perbuatan yang diharamkan mengikut
         imam syafie.  Sumber

Wallahualam

Aug 11, 2011

Masa-ibadah-perubahan


Salam ‘alaik.

Alhamdulillah sudah masuk hari ke-11 kita berpuasa.
Alhamdulillah kita masih lagi dipanjangkan umur untuk 
terus beribadah di bulan yang penuh berkah ini.

Waktu sahur puasa ke-9 masa tu, ayah saya cakap
"kalau nak beribadah ni jangan tunggu hari tua. 
Dah tua ni sakit-sakit dapat lepaskan yang wajib dah Alhamdulillah."
Saya diam je la masa tu.

Apa yang ayah saya cakap tu lebih kurang sama 
dengan quote dalam Contengan Jalanan.
Kita ni manusia suka nak bertangguh kalau nak buat sesuatu 
lebih-lebih lagi untuk berubah ke arah kebaikan.
Suka nak tunggu 12th hour sedangkan masa 5th hour dah boleh buat. 
Untunglah kalau kita diberi nyawa hingga ke 12th tu. Kalau tak?
Tapi ada jugak yang Allah beri kesempatan pada dia untuk sampai 12th
tapi dia tangguh lagi ke 13th atau 14th atau 20th.

Seperti yang kita tahu iman seseorang ni ada turun naiknya. 
Kita boleh sedar iman kita ni semakin berkurang atau semakin bertambah. 
Jadi kalau rasa iman kita semakin berkurang, 
kenalah gandakan usaha supaya bertambah kembali.

Kalau semakin bertambah pulak, kena lah berjaga-jaga. 
Takut akan datangnya riak dalam diri tanpa kita sedari. 
Semakin tinggi iman seseorang semakin kuat syaitan nak goda dia. Kan?
Bulan puasa ni selamatlah sikit, bulan lain?
Wallahualam.

Ni copy dari status seorang kawan kat fb:

Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, 
bukan bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, 
bukan juga yang paling soleh atau solehah dalam kalangan kamu, 
kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri.
Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah 
apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah,
maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan.
-Imam Hasan Al-Basri-

"Chad, kalau kau masuk syurga, tarik aku sama."
"Dah, jom solat." -CJ

May Allah bless.
Wassalam.
(^_^)

Aug 7, 2011

Kembali ke pangkal jalan

Salam 'alaik.

Alhamdulillah dah masuk hari ketujuh kita berpuasa.
Semoga setiap detik dimanfaatkan dengan sebaiknya.

Entri kali ni nak bebel kat diri sendiri.
Kalau boleh nak bagi amaran keras sekali kat diri ni.
Jangan asyik nak melagha je.

Setelah beberapa bulan saya agak tersesat jalan
akhirnya saya rasa saya perlu kembali ke pangkal jalan.
saya taknak menyesal di kemudian hari.


Amanah yang diberikan:

"menyiapkan tiga dissertation proposal ketika cuti 4 bulan ni"

tapi, satu pun tak buat lagi.
tapi, Alhamdulillah tajuk dah ada dalam kepala
tapi kalau boleh nak kena backup jugak tajuk extra
kot kalau ketiga-tiga kena reject
menganga la nak cari tajuk baru dalam masa satu hari.
tapi, nak cari satu tajuk pun berkurun lagi mau extra ka?
banyaknya tapi! ni lah dia orang kalau suka bagi alasan.
-.-"

Azam hari ni kalau boleh nak siapkan satu.
Azam je, tak janji.
Disiplinkan diri anda ok!

Till then.
May Allah bless.
(^_^)

p/s: sape beli utusan semalam? nak pinjam! nak tgk orang femes
      kat salam perantauan  -_-

Aug 5, 2011

meriam oh meriam

Salam 'alaik.

Alhamdulillah kita dah nak masuk hari kelima berada di bulan ramadhan.
Semoga kita masih lagi diberikan kesempatan untuk menjalankan
ibadah puasa yang masih lagi berbaki ni.

Puasa belum pun separuh bulan tapi dah
berdentum-dentum bunyi meriam kedengaran
Haih, bingit telinga! tak masuk lagi terkejutnya tu.


Masa first day puasa lagi dah dengar.
Kakak ipar saya kata, 'diorang nak celebrate bukak puasa la tu.'
ok, fine.
Second day dengar bunyi jugak.
Third day lagi meriah lebih-lebih lagi time orang tengah terawih
Hari ni, slow sikit. Maybe sebab hujan. Entahlah.

Haila adik-adik, dari duk main meriam petang-petang tu
baik la tolong mak siapkan kan juadah buka puasa
takpun duk depan tv tengok jejak rasul ke
paling baik pergi ambil wuduk dengan al-quran pastu mengaji
Lagi la berfaedah.

Nasib baik adik saya tak suka main meriam ni.
Eh, macam ada yang tak kena di sini. Ok, abaikan.
Mencegah adalah lebih baik dari merawat
Jangan dah terkena baru nak terngadah dah la.

Ok, bebel panjang-panjang pun bukannya diorang dengar.
Doakan yang terbaik untuk mereka.
Ramadhan adalah peluang untuk kita memperbaiki diri
bukan peluang untuk merosakkan anggota diri.

Till then.
May Allah bless.
(^_^)

p/s: meriam saya tak pernah main, mercun pernah.
     yang paling extreme saya main ialah mercun pop.
    extreme kan?
p/p/s: bulan ramadhan ni rasa mcm masa sgt singkat dari biasa.
         korang rasa tak?

Aug 2, 2011

Ramadhan: Alhamdulillah

Salam 'alaik.

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi
kerana memberikan kesempatan dan kemudahan kepada saya
juga yang lain-lain untuk menamatkan 1Ramadhan ini dengan jayanya
Alhamdulillah.

Alhamdulillah buka puasa hari ni dapat bentang dua tikar
walaupun tak semua ada tapi rasanya cukup meriah
Pelbagai juadah dihidangkan sebab ada tiga chef amatur yang
menjejakkan kaki ke dapur. (ehem ehem) ^.^
Esok dah mula buka bertiga je sebab semua dah start kerja.
(Silap-silap saya sorang je nanti)

Tiba-tiba semalam ada rasa rindu yang datang bertandang.
Saya rindukan ramadhan tahun lalu.
Ramadhan yang disambut di bumi Seri Iskandar bersama teman sebilik.
Rindu untuk berbuka bersama mereka.
Rindu untuk pergi ke Pusat Islam bersama mereka.
Rindu nak makan aiskrim lepas habis tarawih bersama mereka.
Masa-masa begitu amatlah mustahil untuk diulang kembali
memandangkan kami sudah terpisah jauh. Agak jauh.

Walaubagaimanapun saya tetap bersyukur kerana pada tahun ini
saya berkesempatan untuk berpuasa 30hari bersama-sama keluarga di rumah.
Semoga lebih banyak perkara-perkara berfaedah yang dapat saya
lakukan pada Ramadhan kali ini sebab saya ada terlaaaaaalu banyak masa terluang
Harap emas-emas tersebut tidak saya leburkan semata-mata untuk ke longkang sahaja.

Insya Allah saya akan jadikan Ramadhan pada tahun ini
lebih baik dari Ramadhan tahun-tahun lepas.
Tahun depan tidak tahu sama ada berkesempatan ataupun tidak.
Semoga masih diberikan kesempatan oleh-Nya.

May Allah bless.
Wassalam.

p/s: bila tengok iklan beras BERNAS(kalau tak silap) tadi, rasa sedih
      pulak. korang pernah tak berpengalaman takde apa-apa untuk
      dimakan bila nak berbuka, then tiba-tiba ada seorang kawan yang
      sangat baik hati hulur sebungkus nasi?