Master pieces

Jun 30, 2011

Random talk

Salam 'alaik.

Tiba-tiba hari ni terfikir pasal jodoh.
Ya, terfikir. Bukan sengaja nak fikir tau.


Jom baca sikit lirik lagu Siti Nurhaliza-Bukan cinta biasa (kot.. =.=')

Cintaku bukan di atas kertas
Cintaku getaran yang sama
Tak perlu dipaksa
Tak perlu dicari
Kerna ku yakin ada jawabnya

Ahah, saya pernah dengar Dato' Dr. Haji Fadzilah Kamsah
ulas pasal lirik lagu ni.
Dah lama dulu.
Sebelum heboh kisah Siti dengan Dato' K lagi.

Siapa kata cinta tu tak perlu dicari?
Cinta dan kasih tu bukan boleh datang bergolek tau.
Kita mesti kena usaha.
Then, Allah yang akan tentukan.

Pernah tak korang yang perempuan-perempuan ni terfikir.
"Ala, kalau jumpa lelaki baik and masih single pun
bukan dia pandang kat kita.
Takkan kita pulak yang nak pi approach kat dia dulu.
Karang orang kata perigi cari timba pulak."

Stop kejap.
Dalam Islam tak pernah wujud ayat perigi cari timba.
Saya ada pernah terbaca pasal ni.
Malangnya saya lupa sumbernya di mana.
Maaf.

Boleh je si perempuan pi melamar lelaki.
Tapi jangan pi sorang-sorang dah la.
Mesti bersopan and beretika ok.
Macam Jaja buat untuk lamar Ustaz Din.
Walaupun at first Jaja macam ada tak jujur sikit.
Alhamdulillah, usaha sungguh-sungguh Jaja tu
dengan izin Allah membuahkan hasil.
[sumber: novel Jaja&Din karya Noor Suraya]

Pernah tak kita terserempak or terjumpa or terberkenalan dengan someone.
Sudahlah cute, baik pula.
Ditambah lagi tahu menjaga hati kita.
Paling best, dia tu lengkap dengan pakej lelaki Islam yang sejati
walaupun dia tu bukan seorang yang digelar ustaz.
Then, wujud rasa cinta dan suka dalam hati.
Sampai satu tahap tu
kita tak boleh nak tahan.
Sampai kita ambil keputusan tekad
untuk beritahu dia yang kita suka kat dia.
dia nak suka atau tak, tak kisahlah.

Terburu-buru.
Jadi, jangan buat.
Kalau pernah buat, lain kali jangan buat lagi.
[pesanan untuk diri sendiri jugak]

Kalau kita jatuh hati pada seseorang.
Kemudian kita ingin sangat-sangat meluahkannya,
luahkanlah pada Dia, Allah Yang Maha Esa.
Kalau betul orang yang kita suka tu
Allah takdirkan untuk kita,
Insya Allah, Allah akan bukakan jalan
juga akan menguatkan lagi rasa cinta tu.

Tak adanya bila kita luahkan kat orang tu rasa cinta kita tu akan bertambah.
Kalau bertambah pun sekejap je.
Hujung-hujung nanti mesti akan timbul rasa bosan.
Sebab apa yang kita buat tu adalah belandaskan nafsu.
Nak buat apa-apa mesti fikir positif negatifnya dari perspektif Islam
bukan perspektif manusia sekarang.



Kadang-kadang Allah tak beri apa yang kita mahu atau perlu
bukan kerana Dia tak adil pada kita.
Tapi dia nak menguji kita.
Sejauh mana kekuatan iman kita ni
untuk menghadapi ujian-Nya.

Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. [94:5,6]

Insya Allah.

Cintailah seseorang kerana Allah.
Semoga kita senantiasa dilimpahi rahmat dari-Nya.
(^_^)



random question: korang-korang yang belum kahwin pernah rasa nervous
tak bila fikir siapa bakal peneman hidup korang? hehe...

Jun 27, 2011

Final death!

Salam 'alaik.

Tengok tajuk entry teringat pulak kat cerita
final destination yang sangat scary sampai tak sanggup
nak habiskan tengok yang season last tu.
teringat jugak kat cerita final fantasy yang belum
pernah tengok pun. tak tahu lah bila nak tengok..

ok, back to the title.
pernah tak korang rasa give up dalam life?
pernah tak korang rasa nak Allah ambil nyawa
korang time2 tu jugak?
pernah tak korang buat solat hajat mintak mati
dengan Allah?
siap mention date nak mati lagi...
the worst is, pernah tak korang rasa nak bunuh diri?
Astaghfirullah...mintak dijauhkan ya dari rasa-rasa ni
Kalau pernah, perlulah kita segera bertaubat.
semoga diterima taubat kita tu.

Tapi, pernah tak korang terfikir...
seorang hamba Allah yang berjantina perempuan
dia tidaklah terlalu alim tetapi senantiasa
memperbaiki diri agar tidak ada hijab
di antara dirinya dan juga Sang Pencipta.
Tiba-tiba satu hari ada seorang hamba Allah
bergelar lelaki juga mungkin bapak ayam
menculiknya dan kemudian meng'ayam'kannya.
Si gadis tersebut memang tiada ruang untuk melarikan diri.
Hari-hari dia menangis, merintih kepada Penciptanya
memohon taubat kerana telah melakukan dosa besar
walaupun bukan dengan kerelaan hatinya.
Tidak sedetik pun di hati mahu menyalahkan takdir Ilahi
kerana dia tahu, Allah sedang menguji imannya
tetapi, dia sudah tidak sanggup menjadi ayam lagi!
mahu membunuh diri? dia masih tahu dosa pahala
buntu!dia benar-benar buntu!

Ha, korang tahu tak?
kalau yang pernah baca novel Rooftop Rant karya Hlovate
mesti tahu, ataupun yang pernah terbaca dalam kitab-kitab hadis
berkenaan dengan hadis ni

Narrated from Anas: Rasulullah bersabda:

"None of you should long for death because of a calamity
that had befalled him; and if he cannot, but long for death, 
then berdoalah. 'Ya Allah, let me live as long as life is better
for me, and take my life if death is better for me.'" 
(Sahih Bukhari)

See! Allah tidak pernah mahu menyusahkan
hamba-hamba-Nya.
Setiap masalah yang Dia datangkan pasti ada penyelesaiannya.
Yakinlah pada Dia,
Allah Yang Maha Esa.
Berdoalah kepada-Nya
kerana Dia lah Yang Maha Berkuasa dan
Dia dekat dengan hamba-hamba-Nya.

Wallahu'alam.

Have your faith
May Allah bless
(^_^)

Reminder: jangan pulak kita ngada-ngada doa mintak mati ni suka suki je.
Ingat!ni untuk ujian yang sangat-sangat berat. Lagipula, kita bukan mintak mati,
kita mintak semoga dipermudah urusan. Mana yang baik untuk diri kita.
Jangan ada yang salah paham pulak ya.

Jun 24, 2011

sunnah vs bida'ah hasanah

Salam 'alaik.

Sabtu lepas, kakak saya berserta suaminya dan juga anaknya membawa
saya berjalan-jalan di sekitar Kota Tinggi. Sambil-sambil tu
meluangkan masa melalui highway baru sebab free.
Benda free siapa taknak kan?
Dapat lalu jambatan baru yang merentas Sungai Johor.

Cantik jugak lah. Tapi tak dapat nak snap any pictures
sebab dilarang berhenti kat jambatan tu.
Sebagai penutup, mereka bawak saya pergi Aeon Tebrau
untuk makan malam juga solat Maghrib.

Ketika makan, saya mengajak kakak saya pergi ke Harris(bookstore).
Niat nak cari buku untuk up kan balik self-motivation yang dah down sejak dua tiga hari yang lepas.
So, bila kaki mula melangkah masuk ke dalam Harris,
mata terus melilau mencari ruangan buku yang sesuai.
Ada la jugak berkenan kat beberapa buah buku lepas dah selak-selak isi kandungannya.
Tapi tak boleh nak ambil lagi sebab belum habis ziarah lagi semua buku kat ruangan tu.
Pembelian kenalah tele dengan duit yang ada dalam purse kan.
Kalau tak siapa nak tambah baki yang tak cukup tu?

Tengah sibuk-sibuk mata buat ziarah amal tiba-tiba terpandang satu buku.
Tengok tajuk macam biasa-biasa je. Macam malas je nak ambil yang tu.

‘Tak pe lah selak-selak tengok isi kandungan.’ Hati saya berbisik sendiri.

Belek-belek tengok isi kandungan terpandang satu tajuk yang buat saya agak terkejut.
Mungkin ramai kot yang dah tahu pasal ni. Tapi sejujurnya saya memang tak tahu pun pasal ni.
So, buku tu saya letak dalam list wajib untuk beli sebab rupanya memang banyak lagi yang saya tak tahu.
Jom tengok buku apa yang dah tarik hati saya untuk beli tu.
Mungkin kita boleh share something kan? Bak kata sorang blogger tu, ‘lebih baik kongsi ilmu dari kongsi gelap’… =)


Ya, inilah bukunya. Tapi saya dapat dah jilid 2. Takpe lah still ada ilmu jugak kan.
Okey, tajuk yang buat saya terkejut tu ialah ‘menambah lafaz “sayyidina” ketika selawat Ibrahimiyyah.’
Lepas baca tajuk tu saya terus lah baca selawat Ibrahimiyyah tersebut.
Eh, adalah lafaz tu dalam bacaan saya! Biar betul.
Selama ni baca memang itu lah. Masa sekolah dulu ustazah cek bacaan
untuk PAFA pun rasanya memang baca yang macam tu. Memang kena beli ni!

Okey, balik rumah terus selak bahagian tu. Jom kita tinjau sikit isi di bawah tajuk tu.

Menambah lafaz tersebut adalah suatu kesalahan. Kalimat selawat yang berdasarkan hadith tidak boleh ditambah atau dikurangkan. Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan dalam Sahih mereka berdua dari Abdul Rahman bin Abu Laila bahawa : “Ka’ab bin Ujrah menemuiku lalu berkata, ‘mahukah kamu kuberi satu petunjuk yang kudengar dari Nabi?’
“Ya.” Jawabku.
Dia berkata: “Kami bertanya kepada Rasulullah, ‘Wahai Rasulullah, bagaimanakah cara berselawat untuk kamu, sebagai ahlul bait, kerana Allah telah mengajar kepada kami bagaimana mengucap salam?’
Baginda bersabda, ucapkanlah
‘Allahumma solli ‘ala Muhammad, wa’ala ali Muhammad, kama sollaita ‘ala Ibrahim wa’ala ali Ibrahim, innaka hamidun majid, Allahumma barik ‘ala Muhammad, wa’ala ali Muhammad, kama barakta ‘ala Ibrahim, wa’ala ali Ibrahim, innaka hamidun majid.’
[sorry sebab in rumi. Harap takde sebutan yang error. Sila rujuk semula bacaan di sumber yang sahih jika ada error ya!]

Al-‘Ajaluni dalam Kasyful Khafa berkata : “penulis Al-Maqasid berkata, ‘tambahan sayyidina tidak ada asasnya.’”
Penulis As-Sunan wal Mubtadi’at pula mengatakan : ‘mempertuankan, yakni lafaz sayyidina dalam selawat untuk Nabi setelah tasyahud dan lain tidak ada asasnya sama sekali. Itu tidak pernah diriwayatkan dari Nabi mahupun tabi’in.’
Wallahu’alam.

Saya tak ambil sepenuhnya isi kandungan tersebut. Juga perkara ini saya belum lagi merujuk kepada yang lebih berilmu. Sekiranya ada yang terbaca entry ni and dah rujuk kat mana-mana dan ada kekhilafan terhadap apa yang saya share kan ni, mohon diperbetulkan ya. =)

Sticky note: Banyak lagi kesalahan-kesalahan lain yang kita tak sedar sebenarnya masa solat ni. Perkara yang sunnah tidak diamal tetapi perkara yang bida'ah kita ikuti. Maka, marilah kita bersama-sama mencari ilmu untuk memperbaikinya.


Another sticky: sebagai umat Muhammad S.A.W., kita perlu berhati-hati dengan perkara bida'ah ni walaupun baik(bida'ah hasanah) kerana bimbang boleh merosakkan akidah.


May Allah bless
(^_^)

Jun 17, 2011

watak hitam dan watak putih

Salam 'alaik.

meoww...


Kita ni. manusia ni. kadang-kadang berlagak.

Watak putih
"Kalau baca Quran dengan tafsir,
kita sentiasa je letak diri kita jadi 'watak putih' dalam Quran tu.

Tapi kita lupa, cukup ke kriteria kita nak jadi watak putih tu?
Cukup ke apa yang kita dah buat selama ni untuk dengan bangganya kata
aku la orangnya yang disebutkan dalam ayat
'wahai orang yang beriman...', 'wahai orang Mukmin...',
golongan-golongan muhsin' tu?

Yakin ke kita yang kita ni orang yang Allah sebut dalam Quran
tentang orang yang diberi balasan syurga dengan nikmat tak ada limit tu?
Betul amal kita cukup untuk jadi orang-orang yang Allah sebut tu?"

Watak hitam
"Sepatutnya kita letak sekali diri kita untuk jadi 'watak hitam'.

Bayangkan diri kita ni la orang yang diseksa
dalam neraka yang Allah describes dalam Quran tu.
Bayangkan kita ni la orang yang kena azab.
Baru la kita lagi berlumba-lumba nak lari dari jadi golongan-golongan tu.

Kita ni sebenarnya kadang-kadang tertipu
apabila terlampau berangan sangat yang kita ni la 'watak putih'
sedangkan amal kita ni nak melayakkan kita jadi 'watak kelabu' pun
belum cukup lagi qualification nya."

Wallahualam.
Hanya Allah yang Maha Mengetahui segalanya..kan?

Oh Allah,
We don't deserve with your syurga
nevertheless we cannot be able to stand 
with your neraka
Please bring us to the right path and
please forgive us, oh Allah.
Ameen Ya Rabb.

May Allah bless all the Muslims
w(^_^)


credit to Contengan Jalanan [I-Fend] written by Hlovate

Jun 15, 2011

rumah lama dan masjid baru

salam 'alaik.

Rumah lama dan masjid baru???
rumah usang yang semakin didatangi sepi

tersergam indah. semoga membawa banyak manfaat

Dua bangunan yang berbeza tapi ada serba sedikit persamaan
rasanya, tak payah lah saya nak list down kan satu persatu
persamaan dan perbezaan dua bangunan ni kan
lagipun saya ambil dua bangunan ni untuk dijadikan perumpamaan je
jadi, jangan ada yang tersilap paham pulak ye..=)

ok, berapa ramai orang yang yakin
seusai dia membina masjid baru
dia takkan melupakan rumah lama yang selama ini menjadi shelter untuk dirinya?

lumrah hidup manusia kan
'sudah dapat si gading bertuah, tentulah tanduk tidak berguna lagi'
'habis madu, sepah dibuang'
'kacang lupakan kulit'
dan ada banyak lagi peribahasa-peribahasa melayu yang lain

saya sendiri tidak berani nak menjamin
yang saya akan terus setia bersama rumah lama setelah membina masjid baru
segala apa yang saya rancang,
hanyalah rancangan semata-mata
men are planning but Allah will decide..kan?

ya, tanggungjawab kita di muka bumi ni adalah sebagai khalifah
menjadi khalifah yang amar makruf nahi munkar
tapi, Allah tidak pernah menyuruh hamba-hamba Nya
terus menerus sujud kepada-Nya hingga alpa terhadap tanggugjawab dunianya
contoh, kita asyik beribadah di masjid hinggakan anak bini di rumah tidak makan
asyik beribadah hinggakan mak ayah di rumah tidak terbela
tak boleh kan macam tu?

kita kena berlaku adil dalam urusan duniawi juga ukhrawi
mesti lebihkan ukhrawi tapi jangan sampai abaikan duniawi
dan jangan pula sesekali melebih-lebihkan duniawi
hingga ukhrawi tidak dipedulikan sama sekali

dua bangunan tu diumpamakan sebagai apa??
fikir-fikirkanlah bagi yang mahu berfikir..=)
ambil tagline langit ilahi 'mari menjadi hamba'
hamba kepada Allah tau
bukan hamba kepada nafsu dunia

may Allah showers us with His blessing
Ameen.
(^_^)

Jun 12, 2011

saya hanya manusia biasa

Salam 'alaik.

Setiap manusia yang diciptakan oleh Allah
tidak ada bezanya melainkan iman dan taqwa mereka.
saya juga hanyalah manusia biasa
yang masih mempunyai iman yang lemah dan juga
nafsu amarah yang tinggi

Ya, kesabaran saya hanyalah senipis bawang
hanya kerana benda kecil, saya boleh menjadi sangat marah
geram, benci dan kadang-kadang kalau ianya betul-betul meninggalkan kesan di hati
boleh menjadi dendam

siapa kata saya tak berusaha mengawalnya??
macam-macam cara saya dah cuba
bila saya dah mampu bersabar tentang sesuatu perkara
datang lagi perkara lain yang akan meruntuhkan kesabaran saya
bila kesabaran saya hilang, saya rasa diri saya ni

sangat jahat
busuk hati
pendendam
dan tidak layak pun untuk sesiapa

perlukah saya menangisinya??
ya, perlu!
bukan kerana tidak tahan dengan dugaan-Nya, tetapi saya
perlu menangis kesyukuran kerana saya berpeluang diuji imannya
perlu menangis kesyukuran kerana Allah masih lagi sayangkan saya

kalau hati ini tidak ada iman,
sudah tentu saya telah melakukan perkara-perkara bodoh
seperti suatu ketika dahulu.

harapan dan doa saya....

semoga saya akan bisa bertahan dengan segala macam ujian dari-Nya.
juga, semoga hari demi hari kesabaran saya akan menjadi seteguh Great Wall di China
dan setinggi Gunung Everest di Nepal
Ameen.

"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan 'kami telah beriman' sedangkan mereka tidak diuji?"[29:2]

Till then.
May Allah grants me His blessing
May Allah bless all the muslims
(^_^)

p/s: akibat terlalu marah tak pasal-pasal tak ingat pin number..and kena block la my phone number tu..huhu..ok, take it as a reminder..jangan over marah.fullstop!

p/p/s: kalau balik rumah mak ayah sendiri tolong jangan berangan nak jadi tetamu ya!ingat sikit awak tu yang kena berihsan dengan kedua orang tua..(peringatan untuk diri sendiri juga)

Jun 10, 2011

Kenapa perlu frust bila clash?

Salam 'alaik.

Clash???
Putus cinta lah in my language..=)


tergerak nak buat entry pasal ni
since ada seorang saudara yang meluahkan rasa hatinya
yang sedang terluka dek kerana cinta.
cinta antara lelaki-perempuan
kalau cinta antara manusia-Allah mana pernah kita berasa kecewa kan
yelah, kerana Allah tu kan Maha Adil. Subhanallah

Biasanya kalau putus cinta, yang frust mestilah kaum hawa kan..
saya sendiri pernah 'ter'menangis sebab clash dan ditipu
lepas tu baru terpikir 'oh, betapa bodohnya aku nangis disebabkan oleh lelaki.'
dan selepas itu, 'hah, kau lelaki!jangan pernah mahu mempermainkan hati aku lagi.'

tapi, berbulan dan makan tahun jugaklah saya dihimpit rasa bersalah sebab dah buat seorang lelaki frust
(ceit, ayat macam perempuan hot kan)
lelaki tersebut frust hingga hampir 'ter'mengorbankan nyawanya. Astaghfirullah.
kalau nyawanya melayang, saya pasti akan rasa bersalah sampai bila-bila walaupun saya tahu itu sudah takdir Allah.
Alhamdulillah sekarang dia sudah sihat dan saya masih lagi berkawan dengannya. Kawan je ye!
setahun hanya contact 3 kali. masa birthday saya, hari raya eidul fitri dan juga semasa birthday dia.
may Allah bless him..Ameen.

ok, kembali ke topik asal.
based on my own experience(s),
kaum hawa ni akan frust bila clash sebab

(1)  telah memberikan 100% kepercayaan kepada lelaki tersebut
(2)  terlalu menyintai dan menyayangi si lelaki tersebut melebihi yang aula'
(3)  yakin si lelaki tersebut akan menjadi suaminya

erm, sebab lain....
saya sendiri tak sure..=)

apa-apa pun, bila bercinta ni kita janganlah terlalu taksub
hinggakan yang jahat pun kita nampak baik
yang haram pun kita halalkan..Masya Allah.
(harap kesilapan lalu tidak berulang)

kalau betul lelaki yang konon-konon sayangkan kita, kaum hawa ni
tentulah dia tidak akan mengajak kita melangkah ke neraka kan?
pastinya dia akan mangajak kita untuk sama-sama melangkah ke syurga yang hakiki
disertai dengan redha dari Ilahi juga kaum keluarga.
Siapa kata kena ada RM10k baru boleh kawen??

moral of the story:
bila ada lelaki yang menawar kasih janganlah kita semudah ABC menerima.
same goes to kaum Adam lah.
(sila vice versa kan ayt di atas jika ada kaum Adam yang membaca)
apa-apa pun yang terjadi pada diri kita
kita mesti redha biarpun ianya pahit, sakit dan yang sewaktu dengannya.
yang pasti bila kita mendahulukan cinta yang aula'
pasti kita akan peroleh cinta yang hakiki..Insya Allah

Serahkanlah seluruh rasa cinta dan kasih kita kepada-Nya
Kemudian Dia akan menganugerahkan kita rasa kasih dan sayang kepada ibu-bapa kita
ahli keluarga kita, sahabat handai juga seluruh makhluk di muka bumi ini.
dan tak lupa, kepada pasangan kita yang telah ditetapkan oleh Allah sejak azali lagi.
Allah tidak pernah tamak dengan menyimpan seluruh perasaan cinta dan kasih kita hanya untuk-Nya.




May Allah bless all the muslims
(^_^)

p/s: memberikan nasihat memang mudah tapi penawar hati yang sebenar adalah zikrullah. "Dengan mengingati Allah, hati-hati akan menjadi tenang."

Jun 9, 2011

dua rakaat qabla subuh

salam 'alaik.

Rasulullah S.A.W. :
"Jangan tinggalkan dua rakaat sunat sebelum Fajar walaupun
di belakang kamu ada kuda musuh yang mengejar kamu."
(Hadis riwayat Ahmad)

credit to..mr. Google  =)


Dua rakaat sebelum solat Subuh lebih baik dari
dunia dan semua yang di dalamnya.

Dengan solat dua rakaat sebelum solat fardhu Subuh sahaja
nilainya lebih baik dari dunia dan seluruh isinya.
Lalu bagaimana dengan solat Subuh itu sendiri?

'Aisyah r.a. menjelaskan bahawa Nabi S.A.W. mempercepatkan solat dua rakaat fajar (bagi sesetengah orang) tidak mempedulikan.

Tidur di waktu Subuh sudah menjadi candu yang lebih mereka sukai.
Lebih-lebih lagi kalau hujan sedang mencurah-curah turun di luar.
Kalaulah tidur itu boleh bercakap, tidur itu pasti akan berkata
"Tidur tidak akan memanjangkan umur."

Saad Zaglul dengan rasa kesal dan menyindir rakyat Mesir
Tidurlah..tidak ada orang yang berjaya melainkan orang yang tidur.

Bangunlah wahai saudara-saudaraku sekalian!
Jauhkanlah selimutmu dan
kuatkanlah tulang belulangmu agar bisa bangkit di waktu fajar nanti
Ingatlah, solat Subuh dan sunah dua rakaat solat Fajar mengatasi dunia dan isinya.

Renung-renungkan dan selamat beramal
w(^_^)
May Allah bless

p/s : credit to published book title 'SMS drp Rasulullah' written by Anuwar Ismail

Jun 4, 2011

Cinta kerana Allah

salam 'alaik.


credit to mr.Google


kalau hati sudah berkenan
kalau hati sudah bergetar tatkala melihat kelibatnya
kalau hati sudah jatuh sayang
kalau hati sudah tidak boleh melepaskannya pergi

kenapa tidak dikhitbah sahaja si dia jika benar kita menyintainya kerana Allah?
kenapa perlu mengajak ke arah kemaksiatan(couple) berbanding kebaikan?
kenapa perlu dilengah-lengahkan?

tidak yakin?
takut tersalah pilihan?
relax lah..kita kenal-kenal dulu
?????

Allah kan ada..
Dia sentiasa ada untuk membantu hamba-hamba-Nya
Dia tidak pernah membeza-bezakan hamba-hamba-Nya
Mintaklah petunjuk dari-Nya
berkenalan dan bercinta sesudah ada ikatan yang sah kan lebih manis
betul tak?


again to mr. Google

to all men, u're the leader
be a great leader.
don't be led.

Islam itu indah dan
Islam itu mudah.

enough said.
May Allah bless all the muslims.

additional note: ada seorang ustazah kata 'lebih baik awak jadi anak dara tua dari berkahwin dengan lelaki yang tidak teguh pendirian agamanya.'  wallahu'alam..jodoh maut di tangan Allah. semoga Allah mengurniakan jodoh yang baik buat saya juga sahabat-sahabat yang lain. Ameen.

I'm sorry

Salam 'alaik.

Changing from bad to average is not a crime
Changing from average to good is not a sin
Changing from good to average is a sign that our iman is decreasing
and, changing from average to bad...Na'uzubillah mintak dijauhkan

ya, hati manusia itu memang Allah yang pegang
I know

Hati rasa macam tersiat-siat bila terbaca itu dan ini
sorry...

sorry because i have to do that
sorry because i'm starting to get bored
sorry because i'm not a good and an open-minded friend
sorry for everything
but, one thing that i'm trying to do is...
never leave you behind..Insya Allah


kaki payung : tau dosa bile berbohong tapi i have to...sorry..=(
semoga dosa diampunkan oleh-Nya..