Bismillahirrahmanirrahim.
Bila mata tak boleh nak lelap gara-gara pengambilan kafein yang berlebihan, maka saya membuat keputusan untuk mengupdate sedikit di blog yang sudah bersawang ini.
Kadang-kadang bila kita dah fed up dengan suatu keadaan, kita akan mula nekad untuk meninggalkan keadaan itu. Dah tak fikir tentang segala kerugian yang akan ditanggung mahupun risiko yang akan dihadapi.
Tapi kita selalu lupa yang Allah itu sentiasa dekat dengan kita. Dan kita juga selalu lupa yang Allah itu adalah sebaik-baik perancang.
Ya Allah, andai perancangan kami ini selari dengan perancangan Mu, maka Kau permudahkanlah. Andai perancangan kami ini tidak selari dengan perancangan Mu, Kau redhakanlah dan ikhlaskanlah hati kami untuk menerima perancangan Mu kerna kami yakin bahawa sebaik-baik perancang itu adalah Engkau ya Allah. Amin.
May Allah bless
Wassalam.
(^_^)