Master pieces

Jan 30, 2012

Jalan-jalan di Melaka

Assalamualaikum.

Nampaknya dah masuk dua minggu melepak kat rumah. Melepak tanpa berbuat apa-apa. Barang-barang yang diangkut dari Shah Alam pun masih banyak berbaki yang belum diuruskan. Malas. Ya.

Walaubagaimanapun, bila bercerita soal jalan-jalan, malas tu automatik hilang. Dua hari sampai rumah, saya dah lari pergi naik Gunung Soga. Saya pergi dengan anak sedara saya, Aisyah, kawan saya, Yun, dan anak sedara dia, Aqish. Itu pengalaman kedua saya, tapi ia pertama kali bagi mereka. Belum pun sampai puncak, anak sedara saya dah merungut. "Main hoki lagi ok dari naik gunung ni tau. Lepas ni pergi lagi kakak taknak ikut." Sama juga dengan kawan saya dan anak sedara dia. Mereka tak mahukan pengalaman yang kedua. Lepas ni nak naik lagi kena cari orang lain lah pulak nak mintak teman.

Semalam, seperti yang dirancangkan, saya dan kawan-kawan jijah pergi ke Melaka. Jijah tu nama sekolah kami, Azizah. Kawan-kawan tu bermaksud geng-geng kami la. Takde lah nak pergi satu sekolah ala-ala reunion besar-besaran tu kan. Ni kira reunion geng-geng kami je la walaupun tak berapa nak lengkap ahlinya. Perancangan asal ke Melaka tu sebab Cik Yun nak pergi Cowboy Town kat A'Famosa Resort. Memandangkan Cowboy tu bukak pukul 6 petang, maka kami pun plan berjalan ke tempat lain lah dulu.

Fikir punya fikir, akhirnya pergilah ke taman rama-rama. Erk, ok, apa yang best sangat entah kat sana saya pun tak tahu. Habislah kawan saya, Cik Radhiah yang mencadangkan tempat tu kena perli je. Oklah nak tengok rama-rama dan haiwan reptilia kat situ. Yang tak tahannya, jalan sikit, nk gambar, jalan sikit, nak gambar. Ah, pening. Orang perempuan memang macam tu ke? Eh.
cenderamata dari taman rama-rama
Lepas tu, kami bergerak pergi Tesco. Di situ, kami menunggu seorang lagi kawan, Cik Ashyurah yang belum sampai disebabkan kesibukkannya untuk menyiapkan report presentationnya untuk hari ini. Food technologist tu susah kan rupa-rupanya. Kesian tengok dia. Dah lah kurus, makin bertambah kurus sekarang. Muka pun sedih je. Kepenatan teramat kot.

Lepas tu, kami pun memulakan perjalanan ke Cowboy Town. Jauh teramat dan juga sesat. Sampai dekat pukul 6, excited sangat masing-masing. Pergi tengok tiket. Bincang-bincang. Lepak-lepak jap kat luar tu berfikir. Last-last kami decided balik je tanpa masuk ke Cowboy Town tu. Harga tiket membuatkan kami berfikir dua tiga empat kali. Dari melaburkan duit kat situ baik guna buat makan ke apa kan. RM50/person. Kalau nak murah, after 10 p.m. RM28. Kalau masuk pukul 10 malam pukul berapa nak balik Jasin? Tak boleh, tak boleh. Next time je lah.

Kami bergerak meninggalkan A'Famosa Resort dan meneruskan perjalanan ke Bandar Hilir pula. Sampai Bandar Hilir memang dah gelap lah. Sebenarnya saya dan Cik Yun nak pergi balik hari je. Nak balik BP malam tu jugak. Cik Nadrah dan Cik Hajar memang dah  rancang nak tidur rumah Cik Radhiah kat Jasin. So, jalan-jalan jap kat Jonker Walk. Dalam pukul 10 tu dah gerak balik ke Jasin.
Yang depan ni bajet artis. kihkihkih

Kami berpisah dengan Cik Ashyurah dekat Petronas berhampiran. Sampai kat rumah Cik Radhiah, nak kena makan pulak. Aiseh. Cik Yun dah tanya nak balik bila. Saya pun fikir jugak. Nak balik malam-malam ni takut jugak. So, kami pun tidur je la kat rumah Cik Radhiah tu. Bila dah tahu tidur, sambung la bersembang balik. Bercerita pasal kisah dulu-dulu, kisah masa depan, dan macam-macam kisah lagi. Gaya macam 10 tahun tak jumpa kan. Orang perempuan ni memang tak tahu penat ae bila bercakap? -.-'

So, pagi tadi, dalam pukul 9, saya dan Cik Yun bergerak pulang ke Batu Pahat. Cik Nadrah dan Cik Hajar nak sambung berjalan lagi kat Melaka ditemani Cik Radhiah. Disebabkan Cik Yun nak pergi hospital, maka kami bercadang nak lalu bandar Muar. Sekali disebabkan tersalah baca map dalam kepala, kami terlalu jalan Bakri. Redah je lah, asalkan dapat sampai dengan selamat. Akhirnya Cik Yun pergi KK Parit Sulong je lah.

Walaupun tak banyak tempat yang kami pergi, tapi rasa best sebab dapat jumpa kawan-kawan. Sebenarnya, kalau duduk lepak kat kedai makan, sembang-sembang, pun dah terasa keseronokannya tu. Lepas ni, kena buat perancangan dengan teliti supaya tak kelam kabut macam yang kali ni.

Ok lah. Perjalanan singkat tak banyak nak dikongsikan. Dapat jumpa balik dengan kawan-kawan yang dah lama kita tak jumpa memang best kan. Till then.

Wassalam.
May Allah bless.
(^_^)

Jan 9, 2012

Jom derma darah!

Assalamualaikum.

Alhamdulillah akhirnya! Akhirnya!!! Ada jugak gap 4 hari sebelum berlangsungnya paper yang seterusnya. Ceh, gaya macam dah habis paper kan. Paper Professional Practice 1 pagi tadi telah berakhir dengan senyuman. Harap-harap senyuman kejayaan lah tapi tadi senyuman lebih kepada kelegaan. Taknak komen lebih-lebih pasal paper pagi tadi tapi sebelum masuk exam tadi, sembang dengan kawan pasal kes sem lepas ada sorang student keluarkan kalkulator time paper Law. Masa dengar dulu gelak sakan tapi malam tadi, study PP pun saya keluarkan kalkulator. Tak. PP takde soalan kira-kira. PP macam law. Kena ingat cases and contract. But why tetibe terkeluar kalkulator tu?? Tujuan yang sama dengan student yang keluarkan kalkulator masa paper Law tu. Untuk buat estimation tentang markah yang perlu diperolehi untuk lulus. Wah, serius rasa macam bijak [antonimnya]sangat buat benda macam tu. -.-'

Okey, off topic. Biasa kalau naik tangga nak ke floor bilik mesti akan terserempak dengan satu notis pasal derma darah ni. Selalu tak feel apa pun, tapi tetiba malam tadi rasa macam nak buat entry pasal derma darah la. Ada sesapa yang baca ni pernah derma darah tak? Saya tak pernah walaupun dulu pernah berniat untuk melakukannya, tapi sampai sekarang tak buat-buat.

Masa zaman saya kat matrik dulu, ada satu kempen derma darah dijalankan. Saya yang sangat excited untuk derma darah ni pun mintak lah kawan saya ni temankan saya pergi kempen tu. Habis kuliah terus pergi ke tempat kejadian. Sebelum kena cucuk tu kenalah pastikan yang diri kita ni memenuhi syarat-syarat kelayakan.

sila abaikan garisan tengah yang cantik tu.
guna camera henpon yang sudah lapuk begitulah hasilnya.
 Gambar di atas adalah syarat kelayakan yang mesti dipatuhi. Kurang satu, automatik terus tak layak. Yang bergaris merah tu adalah satu-satunya sebab yang menyebabkan saya tidak layak untuk menderma darah pada ketika itu. Saya dah beratur panjang tau nak naik kat penimbang tu. Sekali bila naik, doktor cek berat. "Berat kurang lah. Tak boleh ni." Dalam hati tak tahulah nak kata apa. "Sekilo pun tak boleh ke?" Doktor itu hanya menggeleng sahaja. Tiada langsung rasa belas kasihan untuk menghalalkan sekilo tu. Benci tau! Saya memang expect masa tu berat saya cukup 45. Kalau tahu pergi melantak dulu kat kafe banyak-banyak bagi naik sekilo.

Setelah kecewa akibat ditolak, saya dengan kawan saya pun berkira-kira mahu meninggalkan tempat kejadian yang telah memberikan tamparan yang hebat buat saya pada hari itu. Tiba-tiba, terserempak pula dengan room mate kawan saya ni. Dia layak untuk menderma. Jadi kami pun duduklah kat sisi dia memberikan kata-kata semangat dan meminta dia supaya tabah menghadapi kesakitan akibat cucukan jarum tersebut. Hah, semangatlah sangat. Tipu je tu. Kitorang duduk sebelah dia sesaja je. Tanya sakit tak. Lepas tu tengok orang sebelah dia tu menghadapi komplikasi. Darah taknak keluar tapi darah baru setengah. Jadi nurse pun cabut jarum tu, cucuk kat tempat lain. Auwww, saya yang tengok ni macam boleh rasa je kesakitannya. Lepas tu buat statement "Ee nasib baik tak layak." -.-' Lepas tu sampai sekarang memang saya tak pernah nak pergi ke kempen derma darah ni sebab macam rasa fobia je lagi tengok nurse tu cucuk jarum. Hahaha alasan. Kalau dah penakut tu kena cucuk dengan jarum peniti pun takut.

Tapi, seriously satu hari nanti saya akan jadi seorang penderma darah jugak. Insya Allah. Since badan kita ni asyik produce darah and kita pun tak keluarkannya, jadi derma darah ni baguslah untuk kesihatan badan kita. Lagipun, negara kita ni kan kurang bekalan darah. Eh, tapi darah B kurang ke? Kalau tak kurang taknak lah derma. Nanti jadi pembaziran pulak. Hah, beralasan lagi!

Saya memang nak derma tapi tunggu 'besar' sikit lah. Sekarang berat pun tengah naik turun. Karang ada yang beratur panjang-panjang lepas tu kena reject lagi. Dah kena amik masa untuk pulihkan perasaan kecewa tu. Ya, kecewa tu sakit. Stress pun sakit. Jadi kena amik langkah berjaga-jaga lah untuk menghalang kesakitan tersebut.  Tapi sakit tulah yang mengajar kita kan.

So, pada sesapa yang layak, rajin-rajinlah pergi derma darah bila berkesempatan. Tak rugi pun menderma tu. Makin sihat adalah.


Wassalam.
May all be blessed by Allah.
(^_^)

Jan 6, 2012

Exam la..

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, semalam (5 Januari 2012) telah berlangsung peperiksaan akhir semester. Yeah, 2 papers. Measurement of Construction Work IV. Pagi paper I, petang paper II. Hah, tak tahu nak cakap macam mana! Kalau nak tengok apa yang saya usahakan memang wajarlah jadi begitu. Huwarghhhh nak menangis menyesal pun tak guna. Jadi, biar je lah. Oh, ya. Jangan lupa doa. Moga Allah lembutkan hati lecturers yang menanda kertas jawapan saya nanti.

Apa itu Measurement of Construction Works? Well, for QS students like me, measurement is one of the core subject. Kenapa core? Sebab kalau failed this subject, automatically we need to extend for another semester! Why? Because we can't carry two measurements in one semester. Every semester we need to take this subject okeh. So, bila kami tak pass satu sem punya of course la kami kena carry that failed measurement to the next sem kan? Yang current punya measurement pulak kena amik next sem. Maximum failed boleh tiga kali je. Kalau lebih silalah paham-paham sendiri untuk angkat kaki dari UiTM.

Eh, apa sebenarnya subjek ni tak cerita lagi kan. Measurement ni kami belajar untuk mengira kuantiti yang diperlukan untuk membina sesuatu bangunan tu. Dah kata pun juruukur bahan kan. Measure every element, measure every item. Properly! Jangan sampai ada yang double measure or jangan ada yang tak termeasure! Naya kena torture dengan client and contractor karang. Bila dah kerja nanti lah.

Exam semalam paper I keluar steelwork. Memang dah syak la keluar tajuk ni sebab lecturer dah bagi hint masa last class. "Kalau steel tak keluar, awak yang yang keluar dari dewan tu. Dia ada dua je." Tapi tu pun masih ada yang tak paham dengan hint tu termasuklah yang tengah menaip entry ni. Tapi study memang fokus gila-gila kat steel ni. Tapi sedih! Masa belajar steel ni saya sedang cuti honeymoon lepas tu malas nak pergi mengemis notes kat kawan-kawan. Masa bagi assignment pulak lecturer bagi task untuk measure girder(beam) only. Tetiba keluar exam, girder and stanchion(column). Pengsan! Nak measure tahu tapi nak allocate dia under mana tak tahu. Disebabkan malas nak layan blur tu maka saya dengan senang hati menyudahkan dahulu mengukur kuantiti untuk girder dengan harapan siap girder nanti baru nak fikir pasal stanchion. Sekali, hambik kau! Siap girder, masa tinggal tak sampai 30 minit lagi nak tamat. Sudahnya dapat measure dua item je untuk stanchion. Tahniah! Keluar dewan dengar dah bising-bising orang mengeluh. Ok, tak diakui memang tension bila rata-rata yang saya tanya semua dapat measure sampai stanchion. Tapi, barang yang lepas usah dikenang kan? Jadi, tension, stress, please go away. I have another paper this evening.

Masuk petang, 2.15 mula exam. Untuk paper II ni lecturer dah pesan, sem ni keluar banyak sikit. Kalau sem-sem lepas kena measure dua elements, sem ni lebih sikit. Means ada tiga elements lah. Ok, since assignments yang lecturer pulangkan tu dia just tanda basement excavation and retaining wall maka, saya dengan yakin dan confidentnya fokus kat dua elements tu. Memang fokus kaw-kaw lah. Lepas tu, untuk one more element saya  tak tahulah mana yang nak keluar, sama ada basement slab ataupun interlocking steel sheet pile. Jadi dua-dua elements tu study sama banyak la. At least kalau apa-apa pun, dua elements first tadi boleh cover kan.

Okey, masuk bilik exam. Bukak question paper. What! Retaining wall takde! Yeah, kami kena measure interlocking sheet pile, basement excavation, and basement slab. Memang niceeeeee. Buat taking off cun punya. Bila start take off. Oh my oh my...What is this. What is that. Meja dah macam tongkang pecah. Oh ya, untuk paper measurement ni kami dibekalkan dengan dua meja. Kalau satu meja confirm pengawas peperiksaan tak boleh nak duduk sebab kerja nak kutip kertas-kertas yang akan jatuh bertaburan di lantai. Seriously! Dua meja tu pun sebenarnya macam tak cukup. It should be three tables and we seat in the middle. Baru syiok. And that paper was end dengan banyak item yang tak sempat nak measure tapi description perfectly siap. Ada markah tu. Satu dua markah pun sangat berharga tau.

Hah, keluar dewan. Diorang start soksek soksek. "Eh, sheet pile tadi semua temporary ke?" Tanya Aminah. "Eh, taklah. temporary sikit je yang kat tepi tu. Yang lain permanent." Senah menjawab dengan yakinnya tanpa menyedari ada insan yang frust dengan keyakinan jawapannya itu. Ok, boleh hantuk kepala kat dinding sebab saya buat semua temporary. Kes terpengaruh dengan ayat becomes to contractor's property la ni tanpa mengambil berat dengan ayat withdrawn. Hambik kau! Tak tahulah apa jadi. Yang lagi dua elements tu, hah tutup mata je la. Study kaw-kaw thickening, keluar toe wall. Agak terpinga-pinga sedikit tatkala memeasure toe itu ye. Moral : Jangan suka spot question. Akibatnya beginilah!

Walau apapun, saya tak tension. Alhamdulillah. Saya tahu kemampuan saya setakat mana jadi memang tak harap banyak. Sebenarnya apa yang saya dapat buat tu pun dah melebihi apa yang saya usahakan. Jadi mungkin kerana itulah saya takde nak kecewa sangat macam dah takde hari esok. Sampai ada orang tegur, "Happy je, mesti buat ok kan." Saya senyum je. "Akak nampak Sya buat banyak. Mesti ok tu." "Ameen" dan senyum. Bila two papers tak berlangsung dengan baik, saya sepatutnya dah start struggle untuk next paper yang akan datang berderet dua hari berturut. Ahad dan Isnin. Tapi...pergi update blog pulak! Sungguhlah tak reti nak mengambil pelajaran kan?

Lepas habis exam seriously macam ada rasa happy sikit dalam hati. Keriangan itu dapat dirasai. Seolah-olah telah menamatkan ketujuh-tujuh papers pulaks. Huh, berangan! Dah tu siap dah kemas buku-buku masukkan dalam kotak lagi. Sangat over walhal ada lima papers lagi. Apa nak jadi?

Kalau ada yang baca entry ni sampai habis and tak berapa nak paham sangat dengan jargon-jargon indah students QS ni mintak mahap ye. =)

Perlu diingat, study bukan untuk exam. Study kerana Allah. Tapi.....jawab sendiri la awak study untuk apa.. T_T

Wassalam.
May all be blessed by Allah.
All the best to all exam candidates.
Bittaufiq wannajah.
(^_^)

Tak setuju bila orang kata tugas seorang pelajar adalah belajar semata-mata. Mungkin perlu difikir kembali, mengapa Allah ciptakan manusia menjadi khalifah di muka bumi ini.