Master pieces

Jan 9, 2012

Jom derma darah!

Assalamualaikum.

Alhamdulillah akhirnya! Akhirnya!!! Ada jugak gap 4 hari sebelum berlangsungnya paper yang seterusnya. Ceh, gaya macam dah habis paper kan. Paper Professional Practice 1 pagi tadi telah berakhir dengan senyuman. Harap-harap senyuman kejayaan lah tapi tadi senyuman lebih kepada kelegaan. Taknak komen lebih-lebih pasal paper pagi tadi tapi sebelum masuk exam tadi, sembang dengan kawan pasal kes sem lepas ada sorang student keluarkan kalkulator time paper Law. Masa dengar dulu gelak sakan tapi malam tadi, study PP pun saya keluarkan kalkulator. Tak. PP takde soalan kira-kira. PP macam law. Kena ingat cases and contract. But why tetibe terkeluar kalkulator tu?? Tujuan yang sama dengan student yang keluarkan kalkulator masa paper Law tu. Untuk buat estimation tentang markah yang perlu diperolehi untuk lulus. Wah, serius rasa macam bijak [antonimnya]sangat buat benda macam tu. -.-'

Okey, off topic. Biasa kalau naik tangga nak ke floor bilik mesti akan terserempak dengan satu notis pasal derma darah ni. Selalu tak feel apa pun, tapi tetiba malam tadi rasa macam nak buat entry pasal derma darah la. Ada sesapa yang baca ni pernah derma darah tak? Saya tak pernah walaupun dulu pernah berniat untuk melakukannya, tapi sampai sekarang tak buat-buat.

Masa zaman saya kat matrik dulu, ada satu kempen derma darah dijalankan. Saya yang sangat excited untuk derma darah ni pun mintak lah kawan saya ni temankan saya pergi kempen tu. Habis kuliah terus pergi ke tempat kejadian. Sebelum kena cucuk tu kenalah pastikan yang diri kita ni memenuhi syarat-syarat kelayakan.

sila abaikan garisan tengah yang cantik tu.
guna camera henpon yang sudah lapuk begitulah hasilnya.
 Gambar di atas adalah syarat kelayakan yang mesti dipatuhi. Kurang satu, automatik terus tak layak. Yang bergaris merah tu adalah satu-satunya sebab yang menyebabkan saya tidak layak untuk menderma darah pada ketika itu. Saya dah beratur panjang tau nak naik kat penimbang tu. Sekali bila naik, doktor cek berat. "Berat kurang lah. Tak boleh ni." Dalam hati tak tahulah nak kata apa. "Sekilo pun tak boleh ke?" Doktor itu hanya menggeleng sahaja. Tiada langsung rasa belas kasihan untuk menghalalkan sekilo tu. Benci tau! Saya memang expect masa tu berat saya cukup 45. Kalau tahu pergi melantak dulu kat kafe banyak-banyak bagi naik sekilo.

Setelah kecewa akibat ditolak, saya dengan kawan saya pun berkira-kira mahu meninggalkan tempat kejadian yang telah memberikan tamparan yang hebat buat saya pada hari itu. Tiba-tiba, terserempak pula dengan room mate kawan saya ni. Dia layak untuk menderma. Jadi kami pun duduklah kat sisi dia memberikan kata-kata semangat dan meminta dia supaya tabah menghadapi kesakitan akibat cucukan jarum tersebut. Hah, semangatlah sangat. Tipu je tu. Kitorang duduk sebelah dia sesaja je. Tanya sakit tak. Lepas tu tengok orang sebelah dia tu menghadapi komplikasi. Darah taknak keluar tapi darah baru setengah. Jadi nurse pun cabut jarum tu, cucuk kat tempat lain. Auwww, saya yang tengok ni macam boleh rasa je kesakitannya. Lepas tu buat statement "Ee nasib baik tak layak." -.-' Lepas tu sampai sekarang memang saya tak pernah nak pergi ke kempen derma darah ni sebab macam rasa fobia je lagi tengok nurse tu cucuk jarum. Hahaha alasan. Kalau dah penakut tu kena cucuk dengan jarum peniti pun takut.

Tapi, seriously satu hari nanti saya akan jadi seorang penderma darah jugak. Insya Allah. Since badan kita ni asyik produce darah and kita pun tak keluarkannya, jadi derma darah ni baguslah untuk kesihatan badan kita. Lagipun, negara kita ni kan kurang bekalan darah. Eh, tapi darah B kurang ke? Kalau tak kurang taknak lah derma. Nanti jadi pembaziran pulak. Hah, beralasan lagi!

Saya memang nak derma tapi tunggu 'besar' sikit lah. Sekarang berat pun tengah naik turun. Karang ada yang beratur panjang-panjang lepas tu kena reject lagi. Dah kena amik masa untuk pulihkan perasaan kecewa tu. Ya, kecewa tu sakit. Stress pun sakit. Jadi kena amik langkah berjaga-jaga lah untuk menghalang kesakitan tersebut.  Tapi sakit tulah yang mengajar kita kan.

So, pada sesapa yang layak, rajin-rajinlah pergi derma darah bila berkesempatan. Tak rugi pun menderma tu. Makin sihat adalah.


Wassalam.
May all be blessed by Allah.
(^_^)

2 comments:

Nadiaz Namikaze said...

baru pas derma darah hari tu..huhu..
kat matrik pon pernah nk derma tp sama kes mcm ko la..
berat tak cukup..hee..

hikari said...

Untungla dh ade pglmn..hihi aku msh teragk-agk g nih..tkut time nk kne cucuk t lari..hahaha