Master pieces

Jul 27, 2015

Nasi beriani

Bismillahirrahmanirrahim

Phew! Bersarang dah blog ni but who cares kan?

Nasi beriani. Popular time orang kawen atau ada majlis-majlis istimewa. Aku tak into sangat dengan makanan ni since ada pengalaman buruk dengan dia. Ah, really bad!

Back in 2010, aku ada pegi kenduri kawen membe sekolah kat Kota Tinggi. Tak rapat pun tapi ikut-ikut kawan je. Balik tu aku ada rasa la sakit perut yang lain machiam sikit. Tapi aku just simply said makan nasi beriani tadi, tak hairanlah sakit perut.

Aku macam perasan perut aku tak tahan dengan nasi beriani tu tapi aku tetap akan makan jugak bila dia ada depan mata. Sampailah pada satu hari di tahun yang sama, aku teman kakak aku pegi dating. Bila tiba waktu lunch, duk bincang nak makan apa lastly depa pilih nak makan nasi beriani gam yang famous de amos kat Skudai.

Aku pilih lauk ayam dengan papadom je. Aku mana lah makan daging lain selain ayam kan. Nak dijadikan cerita lepas makan tu diorang duk la bincang nak pegi mana lagi. Aku masa tu duduk belakang perut dah rasa lain machiam yang luar biasa. Bila kakak aku tanya nak pegi mana, aku kata nak balik. Sakit perut, sangat-sangat!

Well, aku ni pesen tak suka nak memerut kat toilet luar. Mesti nak tunggu balik rumah jugak. Tapi kalau terdesak sesangat, terpaksalah. So, dating kakak aku berakhir begitu sahaja sebab aku sakit perut. Dan sejak tu tiap kali pegi kenduri kawen, aku cari nasi putih. Nasi minyak acceptable lagi. Tapi first choice still nasi putih. Hidup nasi putih!

Sekian!

No comments: