Master pieces

Mar 29, 2011

again??

Hehehe..
Rase nak nyanyi lagu..
Lagu ni dh lme...i guess
Before ni memang dah rase lagu ni best
Tapi malas nak layan..then after layan The Sorcerer's Apprentice mlm tadi
Rase nak dengar lagu ni berulang-ulang (tengah buat pun)
Memang tade maksud ape-ape disebalik lagu ni ye...
Again, saya tegaskan tiada ape-ape maksud okeh..
Ok, terima la secret by one republic

credited to google image


I need another story
Something to get off my chest
My life gets kinda boring
Need something that I can confess

'Til all my sleeves are stained red
From all the truth that I've said
Come by it honestly I swear
Thought you saw me wink, no
I've been on the brink, so

Tell me what you want to hear
Something that were like those years
I'm sick of all the insincere
So I'm gonna give all my secrets away

This time
Don't need another perfect line
Don't care if critics ever jump in line
I'm gonna give all my secrets away

My God
Amazing that we got this far
It's like we're chasing all those stars
Who's driving shiny big black cars

And everyday I see the news, all the problems that we could solve
And when a situation rises, just write it into an album
Seen it straight to go
I don't really like my flow, no, so

Tell me what you want to hear
Something that were like those years
I'm sick of all the insincere
So I'm gonna give all my secrets away

This time
Don't need another perfect line
Don't care if critics ever jump in line
I'm gonna give all my secrets away

Oh, got no reason, got not shame
Got no family I can blame
Just don't let me disappear
I'mma tell you everything

So tell me what you want to hear
Something that were like those years
I'm sick of all the insincere
So I'm gonna give all my secrets away

This time
Don't need another perfect line
Don't care if critics ever jump in line
I'm gonna give all my secrets away

So tell me what you want to hear
Something that were like those years
Sick of all the insincere
So I'm gonna give all my secrets away

This time
Don't need another perfect line
Don't care if critics ever jump in line
I'm gonna give all my secrets away

All my secrets away
All my secrets away

Thanks to metrolyrics for this 'beautiful lyric'.

saya rase mungkin akan ada another lagu 
yang akan saya nyanyi lagi..he3
ok..i'm gonna stop here
wait for 'my' another songs..=)

Mar 25, 2011

dingin malam

Ketika ini, hujan renyai-renyai di luar
semakin lebat nampaknya..berserta dengan guruh berdentum
tak kuat tak jugak perlahan..
hatiku terbuai-buai untuk tido..
before tido ni rase nk nyanyi satu lagu..
boleh tak??
ah, tak kire..nak nyanyi gak..

okey, this song goes to somebody
somebody yang saya belum temui lagi...
wonderwall by oasis..
treeeng! (bunyi gitar)

Today is gonna be the day
That they're gonna throw it back to you
By now you should've somehow
Realized what you gotta do
I don't believe that anybody
Feels the way I do about you now

Backbeat the word was on the street
That the fire in your heart is out
I'm sure you've heard it all before
But you never really had a doubt
I don't believe that anybody feels
The way I do about you now

And all the roads we have to walk along are winding
And all the lights that lead us there are blinding
There are many things that I would
Like to say to you
I don't know how

Because maybe
You're gonna be the one who saves me 
And after all
You're my wonderwall

Today was gonna be the day
But they'll never throw it back to you
By now you should've somehow
Realized what you're not to do
I don't believe that anybody
Feels the way I do
About you now

And all the roads that lead to you were winding
And all the lights that light the way are blinding
There are many things that I would like to say to you
I don't know how

I said maybe
You're gonna be the one who saves me 
And after all
You're my wonderwall

I said maybe
You're gonna be the one who saves me
And after all
You're my wonderwall

Said maybe
You're gonna be the one that saves me
You're gonna be the one that saves me
You're gonna be the one that saves me

i'll pray that one day,
i might find my wonderwall..
the sweet one i hope..=)


Ma'a salamah wa ila liqa'

Mar 22, 2011

(8)

LAGU SELEMBUT AWAN NYANYIAN KATON BAGASKARA ENTAH BERAPA KALI SUDAH DIULANG MAINNYA. Syafiq melepaskan satu keluhan yang berat. Sakitnya bila terkena panahan cinta. Tambahan pula bila cinta kita dikecewakan. Dia mengeluh lagi.

Meskipun ku tahu dirimu kini tiada lagi sendiri
Namun ku tak rela melepas segala mimpi
Oh…mengapa hanya dirimu
Yang mampu mengisi hampa sanubari?


Betul lah tu. Lisa dah berkahwin, mana sendiri lagi. Ikut kata Kak Rosmah, suaminya tu classmate masa kat universiti dulu. Kita ada persoalan yang sama Encik Katon Bagaskara, mengapa hanya dirimu yang mampu mengisi hampa sanubari oh Lisa! Dia meletakkan kepala di atas meja. Memang dia betul-betul frust. Macam kata Kak Rosmah minggu lalu.

Orang yang workaholic macam kau ni pun boleh tahu frust ya. Sampai seminggu kau ambil cuti. Kau nak buat apa? Dah tertulis kau tak ada jodoh dengan Lisa tu. Terima je lah.”

“Saya tengah cuba lah ni kak. Sebab tu saya ambil cuti. Fikiran saya serabut lah. Dengan mak yang dah mula keluarkan balik list calon menantu lagi. Saya ingat nak pergi tenangkan fikiran kat Pulau Sibu lah.” Syafiq menjawab malas. Dia memang tengah tak ada mood nk bercakap pun.

“Ada hikmahnya kenapa Lisa tak pilih kau. Mana tahu kau jumpa awek kat Pulau Sibu tu nanti. Siapa tahu kan?” Rosmah sengaja mengusik adiknya itu.
Sedih juga melihat adiknya yang boleh dikatakan frust menonggeng tu. Orang tak pernah jatuh cinta lah katakan.

“Malaslah saya nak cakap dengan akak. Sama je macam mak nak suruh saya cari calon isteri. Saya ni macam suami kematian isteri tau rasanya. Biarlah saya berkabung dulu.” Syafiq sudah bangun hendak meninggalkan kakaknya di dapur.

“Kau tu bukan muda lagi Syafiq. Sampai bila nak membujang. Jangan kau nak berkabung lama-lama pulak. Kasihan mak tu nak tengok kau naik pelamin.” Rosmah sempat menjerit sebelum kelibat adiknya itu hilang dari pandangan matanya.

Syafiq mengeluh lagi. Cutinya sudah habis. Malas dia hendak sambung lagi. Bukan boleh lupakan pun si bunga yang sudah dipetik orang tu. Baik dia menyibukkan dirinya dengan kerja-kerja yang sudah pun bertimbun atas meja dia ni.

“Hoi! Dah cuti seminggu pun tak dapat balik ke semangat? Hati tengah patah, dengar lagu Encik Katon tu memang lah tak boleh nak naikkan semangat Encik Syafiq oi.” Amir yang tiba-tiba masuk menyergahnya.

“Kau ni Mir! Nasib baik aku ni kuat semangat tau. Kalau tak kena heart attack aku ni.” Syafiq sudah mengangkat kepalanya. Lagu yang tadi diulang-ulang main pun sudah ditutup.
Dia mula mengemas mejanya yang nampak sedikit bersepah. Tadi rasa macam tak bersepah. Tiba-tiba pulak nampak semak semacam.

“Kuat semangat kau kata? Kalau kau kuat semangat tak ada nya kau serabut macam ni sebab sorang perempuan. Cuba kau tengok rupa kau kat cermin macam mana. Nampak serabut gila.” Amir sudah duduk di kerusinya. Pelik dia dengan Syafiq ni. Tak ada pun bercinta sakan tapi frust sampai tertonggeng-tonggeng.

“Tu semangat lain Mir. Pagi tadi aku tengok muka aku kat cermin elok je. Maintain handsome and macho.” Syafiq tergelak kecil. Gelak tanpa rasa, tentu saja hambar.

“Kau tak payahlah nak gelak pura-pura. Buruk tau tak. Kau pergi ke wedding dia Sabtu lepas?” Dia merujuk kepada Lisa. Tak nak lah sebut nama. Takut nanti bertambah sedih pula kawannya itu.

“Pergilah. Mak aku beria nak pergi. Akak aku yang beria nak pergi tu tak jadi pergi sebab dia ada hal. Aku bawak anak dia je la.” Syafiq masih lagi mengemas mejanya. Lamalah pulak nak kemas mejanya ni.

“Wooo. Tough lah kau. Kalau aku awal-awal memang dah decide tak nak pergi. Buat sakit hati je.” Amir menarik fail yang berada di rak sebelah mejanya. Sembang sembang juga, kerja kena jalan.

“Hari bahagia orang yang aku sayang mestilah nak kena pergi tengok. Aku sempat cakap tahniah je. Tak sanggup lah nak tengok muka serba salah dia pandang aku. It’s hurt you know.” Siap juga akhirnya dia mengemas meja. Memandang seketika mejanya. Sama je.

“sekejap. Hati kau sakit tengok dia dah jadi wife orang lain or sakit sebab pandangan dia tu?” Amir mengangkat keningnya meminta kepastian.

“Sedih tengok pandangan mata dia. Sedih juga tengok dia dah jadi wife orang lain. Tapi on the other half aku happy lah bila tengok dia dah bahagia. Aku pun sampai bila nak frust macam ni kan.” Dia bangun mengambil fail di rak yang terletak di belakang mejanya.

“Ceh, ayat nak gentle. Disebabkan semangat kau yang kuat untuk bangkit semula dari frust ni, hari ni aku nak belanja kau makan. Amacam?” Amir tersenyum lebar memandang Syafiq yang sedang kalut mencari fail.

“Orang nak belanja aku terima je. Rezeki mana boleh nak tolak kan.” Jumpa pun fail yang dicarinya.

“Ok. Aku nak kau jumpa dengan someone.” Amir sudah senyum-senyum. Selalu, orang kalau buat baik mesti ada hidden agenda kan. Harap-harap jadilah kali ni.

Syafiq memandang Amir. Cis, ingat ikhlas nak belanja makan tadi. Rupanya ada hidden agenda. Confirm agenda yang sama dengan mak dan Kak Rosmah ni.
‘Aku belum habis berkabung lagi lah Amir!’ Hatinya menjerit.


LISA, DUDUK SEBELAH ABANG KEJAP. ADA BENDA ABANG NAK CAKAP LA.” Uzer memanggil isterinya yang sibuk mengemas barang.

Lepas Zohor tadi mereka bergerak pulang ke Skudai. Balik ke rumah Lisa memandangkan Waseem akan bersekolah pada hari esok. Uzer pindah ke rumah Lisa memandangkan rumah isterinya adalah rumah beli. Rumah dia sewa je. Maklumlah, dia kan baru berpindah ke Johor ni.

“Sekejap boleh tak bang? Lisa nak siapkan kemas ni dulu.” Lisa menoleh sekilas suaminya yang sedang memangku Waseem. Anaknya itu baru kenal dengan papanya beberapa ketika sahaja sudah rapat. Dengan Syafiq dulu pun sama juga. Syafiq?

“Biar je lah dulu. Nanti abang tolong kemas lah.”

Lisa berjalan menghampiri suaminya. Apa je lah nak cakap. Tadi kat kereta taknak cakap.

“Masa majlis kita Sabtu masa tu ada sorang mamat ni datang kat abang.” Jeda.

“Teruskan lah.” Lisa menyuruh bila dirasakan suaminya itu diam begitu lama.

“Dia kenalkan nama dia Syafiq.” Jeda lagi.

“Papa ke? Waseem tak nampak pun papa datang.” Waseem yang tadi senyap menyampuk.

“Papa? Waseem panggil papa ke?” Uzer bagaikan terkejut.

“Ha’a. Papa yang suruh panggil macam tu. Waseem panggil je lah.” Waseem menjawab lurus.

Uzer mengurut-urut dagunya yang ada janggut sejemput. Lisa di sebelah sudah gelisah. Walaupun dia memang tak ada apa-apa dengan Syafiq tapi dia sendiri tidak tahu kenapa dia perlu rasa gelisah.

“Habis tu macam mana Waseem nak bezakan papa yang tu dengan papa yang ni?” Uzer menunjuk dirinya.

Waseem menepuk dahinya. “Ha’a lah! Dua-dua papa. Macam mana ni?”

“Ha. Tu papa tak tahu. Waseem tanya lah mama.” Uzer melihat Lisa. Muka isterinya gelisah semacam.

Lisa menjeling memandang suaminya. Sengajalah tu nak buat dia serba salah. Lagipun bukan salah dia Waseem paggil Syafiq tu papa.

Waseem memandang mamanya. Kemudian memandang papanya semula. Dia menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

“Macam nilah. Mulai hari ni Waseem panggil papa tu Papa Syafiq. Yang ni Waseem panggil papa je. Boleh tak papa?” Waseem memandang papanya.

Uzer memandang anaknya. Anak Lisa anak dia juga kan. Lagipun Waseem ni kan amanah. “Erm, pandai juga anak papa ni ye. Papa tak kisah.” Uzer mengusap kepala Waseem.

“Waseem pergi tengok tv kat sana boleh tak? Papa nak cakap dengan mama sekejap lah.” Uzer menunjuk ke arah sofa di ruang menonton.

“Boleh.” Waseem terus bangun dan melangkah ke tempat yang ditunjuk papanya tadi.

Setelah melihat Waseem duduk Uzer mengalihkan pandangannya ke arah isterinya. Muka isterinya tunduk sahaja.

“Abang bukan nak marah atau apa pun. Abang nak sampaikan hajat orang je. Lisa tak payah lah buat muka takut macam tu.” Uzer bersuara lembut. Kasihan pula melihat raut wajah isterinya yang senantiasa tenang itu menjadi keruh.

Lisa memandang suaminya. “Hajat?”

Uzer mengangguk. “Ya, hajat seorang kawan. Syafiq dia cerita segalanya. Pasal dia nak masuk meminang Lisa pun dia cerita and dia betul-betul kecewa bila Lisa tolak dia. But now dia kata dia mesti terima apa pun pilihan Lisa. Bila kita suka, sayang seseorang tak semestinya kita akan miliki dia kan. Asalkan Lisa bahagia dia tak kisah. Dia juga bagi amaran kat abang supaya jangan sesekali sakiti hati Lisa. Sayang betul dia kat Lisa.”

“Apa hajat dia?” Lisa bertanya terus. Malas dia nak pusing-pusing. Suaminya ni pun intro panjang sangat.

“Hajat dia untuk terus berkawan dengan Lisa. Dia perasan Lisa masa tu macam nak tak nak je pandang dia. Dia pun tak nak Lisa terus menerus rasa serba salah dengan dia.”

“Abang izinkan ke Lisa berkawan dengan dia?” Lisa bertanya. Betul lah kan. Apa-apa mesti minta izin dengan suami. Mak banyak kali dah pesan sebelum dia bernikah masa tu.

“Kenapa pulak abang nak halang Lisa berkawan dengan dia? Abang tak kisah lah asalkan Lisa tahu batas-batasnya. Waseem pun dah rapat dengan dia kan. Maknya pun sayang Waseem macam cucu sendiri dah. Kalau dia boleh bersikap professional macam tu, abang pun boleh and abang yakin Lisa pun boleh kan. Tak baik kita putuskan hubungan silaturahim yang dah terjalin.” Tak sangka juga dia Syafiq begitu berani berterus terang dengannya masa tu.
Dari pandangan mata Syafiq, nampak macam dia betul-betul ikhlas hendak berkawan dengan isterinya. Dia juga dah berjanji tidak akan keluar dengan Lisa berdua. Tapi kalau dengan Waseem dia tak berani nak janjilah. Dia pun dah sayang Waseem macam anak sendiri. Dah selalu keluar bersama.

“Lisa bukan tak nak berkawan dengan dialah. Lisa pun tak ada kata nak putuskan hubungan silaturahim yang dah terjalin.” Jeda.

“Jadi Lisa masih nak berkawan dengan dia lah? Ok lah kalau macam tu. Esok malam boleh jemput dia datang rumah. Kita buat makan-makan sikit. Abang ingat nak ajak office mates abang sekali. Lisa ajak lah office mates Lisa juga.” Uzer sudah mencelah sebelum sempat isterinya menyambung kata. Sengaja. Karang kalau dibiar isterinya menyambung kata, jadi tak nak berkawan pulak dengan Syafiq tu. Tapi kenapa ya dia beria mahu Lisa terus berkawan dengan Syafiq yang terang-terang menyimpan perasaan pada isterinya itu?


“ABANG TOLONG YA. Bukan Lisa tak nak cakap sendiri, tapi Lisa tak berani lah. Dulu Lisa berani cakap dengan abang pun sebab abang dah tahu half cerita. Balqis ni dia tak tahu apa-apa.” Lisa memujuk lagi suaminya.

“Kalau abang jadi Balqis, abang nak dengar dari mulut Lisa sendiri. Apa kata dia kalau abang yang beritahu. Dia pun dulu pernah ada kes dengan abang. Abang kan ada, Lisa cerita je lah ye dengan dia.” Uzer juga bertindak memujuk isterinya dengan ayat yang berhemah.

Bukan dia tak nak tolong, tapi tak sedaplah kalau dia yang bercerita perihal hidup isterinya sedangkan isterinya ada. Lagipula cerita yang Lisa suruh dia sampai kan tu ada lah cerita peribadi. Cerita mengenai isterinya itu, Adam, dan juga Marlia. Cerita ini jugalah yang membulatkan niat dia untuk melamar Lisa menjadi suri hatinya. Dia memandang isterinya yang duduk di seat sebelah. Berniat ingin memujuk lagi tapi niatnya dimatikan tatkala melihat isterinya itu mengelap air mata. Ni yang dia lemah ni.

“Lisa janganlah guna air mata nak pujuk abang.” Uzer bersuara perlahan.

“Sorry. Lisa tak sengaja lah. Tak pe lah kalau abang tak nak tolong. Nanti Lisa cuba cari masa lain untuk beritahu Balqis cerita ni.” Dia menyeluk handbagnya. Compact powder Maybelline dikeluarkan. Nak menghilangkan saki baki air mata yang ada sebelum suaminya parking kereta di hadapan rumah Balqis.

“Waseem, jom jumpa Auntie Qis. Kita dah sampai ni.” Lisa membuka pintu kereta. Uzer sempat menarik lengan isterinya sebelum sempat isterinya itu melangkah keluar.

“Tak pe lah. Abang cakapkan nanti.” Kemudian tangan Lisa dilepaskan semula. Lisa merenung sebentar suaminya sebelum dia memberikan satu senyuman.