Master pieces

Feb 6, 2011

(3)

“ MAMA INGAT TAK DENGAN ERIN, KAWAN WASEEM?” Waseem bertanya ketika dia dan Lisa sedang menikmati hidangan makan malam.

“ Erin.... Yang Waseem suka tu ya?” Lisa mula hendak mengusik anaknya.

Waseem mencebik apabila dia mengesan nada usikan mamanya. “ Waseem suka sebagai kawan je lah mama. Kami kan kecik lagi. Mana boleh bercinta.” Waseem membela dirinya.

“Elelele...Baiknya anak mama ni. Mama gurau je lah. Kenapa dengan Erin tu?” Lisa bertanya. Usik lebih-lebih karang hilang pulak selera anaknya itu.

“Erin tu selalu bawakkan sarapan untuk Waseem tau mama. Dia kata mama dia sengaja bawakkan lebih untuk Waseem. Sedap tau mama. Ada urm!” Waseem menunjukkan ibu jarinya tanda sedap.

“Oh, patutlah sekarang Waseem dah tak nak mama belikan sarapan untuk Waseem. Rupanya kekasih hati dah bawakkan ya.” Lisa sudah tersengih-sengih. Sekali lagi dia mengusik anaknya.

Waseem sudah merah pipi setelah dua kali diusik oleh mamanya. “Apa mama ni? Malu lah Waseem mama cakap macam tu. Dah lah, Waseem dah sudah makan.” Waseem sudah mengangkat pinggannya untuk dibasuh. Makin lama dia duduk di meja makan tu makin banyak nanti mama mengusiknya.

“Alalala... Merajuk la pulak anak mama ni. Mama gurau je lah. Kecik-kecik dah pandai malu ya bila diusik pasal perempuan. Dah boleh kahwin ni tak lama lagi.” Lisa mengekori anaknya ke sinki sambil ketawa.

“Malam ni mama basuh pinggan sendiri. Waseem taknak basuhkan.” Anak kecil itu masih lagi merajuk.

“Ala anak mama ni. Sensitifnya dia malam ni. Mama gurau sikit pun dah merajuk. Ok, mama mintak maaf ya. Tak handsome lah anak mama merajuk macam ni. Macam mana Erin nak suka kalau dah tak handsome.”

“Mama!” Ketawa mereka berderai.

Alahai Waseem buah hati mama sudah pandai bercinta rupanya. Dia memeluk anaknya setelah siap membasuh pinggan.


“MAMA, NI KAD HARI JADI ERIN. DIA SURUH KITA DATANG.” Waseem menghulurkan kad tersebut kepada mamanya sebaik sahaja mereka sampai di rumah.

“Hari lahirlah sayang. Kan mama dah beritahu. Kita tak tahu bila kita jadi. Hanya Allah yang tahu bila kita jadi. Makanya, sebab itu lah kita kena sebut hari lahir.” Lisa mengingatkan anaknya itu selepas dia mengambil kad di tangan Waseem.

“Oh, ok. Waseem lupalah mama. Boleh tak kita pergi mama. Hujung minggu ni.” Waseem memberitahu.

“Bolehlah. Takkan lah sambutan hari lahir kekasih hati tak pergi kan.” Lisa mencubit pipi anaknya itu.

“Mama ni... Kan Waseem kecik lagi.” Waseem menjeling mamanya.

“Mama bagi restu ni. Tak payah lah Waseem nak malu-malu. Ke nak mama risikkan terus nanti?” Lisa semakin galak mengusik anaknya itu.

“Mama, i’m only 6 ok. Lainlah kalau Waseem ni dah besar macam Uncle Zharif tu. Bolehlah mama nak risikkan Erin untuk Waseem.” Waseem sudah masuk ke dapur untuk mengambil air.

Lisa sudah ketawa kecil. Anaknya itu bijak betul berkata-kata. Kalau anak Abang Zack balik dari New Zealand lagi banyak lah anak kecil itu berbalas bicara. Abang Zack anak Pak Long nya yang sulung. Berkahwin dengan orang sana dan menetap terus di sana. Setahun adalah dua tiga kali juga balik menziarah keluarga di Malaysia ni.

“Mama, Waseem nak bagi hadiah kat Erin. Mama boleh belikan tak?” Waseem menghulurkan segelas air kepada mamanya.

“Bolehlah. Nanti hari Sabtu kita pergi cari hadiah ya. Tapi pagi tu mama kena pergi kerja dulu. Nanti lepas Zuhur baru mama ambil Waseem kat rumah Nek Limah ya?” Lisa memberitahu.

Waseem hanya mengangguk dan berlalu masuk ke biliknya selepas dia menyalami tangan mamanya. Matanya sudah mengantuk. Lisa mengeluh. Kerja di pejabatnya memang tak pernah habis. Kasihan juga dia pada Waseem yang terpaksa duduk kat rumah Mak Limah lebih lama berbanding duduk di rumahnya sendiri.


“AUNTIE LISA, WASEEM, INI LAH MAMA ERIN.” Erina memperkenalkan mamanya.
Lisa menyalami tangan mama Erin. Begitu juga dengan Waseem sebelum dia berlalu meninggalkan mamanya.

“Panggil akak Kak Rosmah. “ Rosmah memperkenalkan diri.

“Saya Lisa.” Lisa memperkenalkan juga dirinya walaupun tadi Erin sudah menyebut namanya di hadapan Kak Rosmah.

Rosmah tersenyum. “Marilah Lisa. Majlis nak bermula dah. Lepas ni bolehlah kita bersembang panjang.” Dia mengajak ramah.

Lisa menuruti langkah Kak Rosmah sehingga ke meja yang sudah dipenuhi dengan ramai tamu yang hadir. Dia lihat anaknya sudah berada di sisi si birthday girl. Buah hati lah katakan. Dia tersenyum sendiri.


“AKAK, PENAT SYAFIQ CARI AKAK TAU. KAT SINI RUPANYA.” Lisa dan Rosmah serentak berpaling ke arah suara itu.

“Hah, ada apa cari akak? Potong line betul lah time akak tengah sembang ni.” Rosmah bertanya malas.

“Abang Faris carilah. Tak tahu lah nak apa. Akak pergi lah tanya dia sendiri.” Syafiq memberitahu. Sempat juga matanya menjeling teman perbualan kakaknya itu. Cun! Dia tersenyum sendiri.

“Haih, akak masuk dalam sekejap ya Lisa. Entah nak apa agaknya laki akak tu. Lisa duduk sini dulu ya. Hah, Syafiq! Kau jangan nak mengurat tamu akak ni pulak. Ingat akak tak perasan ke kau jeling-jeling kat die tadi?” Rosmah sempat bersarkastik dengan adiknya sebelum berlalu meninggalkan Lisa dan Syafiq di situ.

Syafiq sudahtersengih panjang. ‘Ada chance ni nak masuk daun.’ Hatinya berbisik nakal.

Lisa menghantar Kak Rosmah masuk dengan pandangan matanya hinggalah hilang bayang wanita itu. Dia melemparkan senyum pada adik Kak Rosmah yang membahasakan dirinya Syafiq seketika tadi.

“Boleh saya duduk?” Syafiq bertanya ramah. Sudah hendak memulakan operasinya.

“Silalah. Saya bukan tuan rumah.” Lisa mengeluh di dalam hati. Ikutkan hatinya dia tak mahu adik Kak Rosmah menemaninya di sini. Tapi dia sedar dia tak berhak nak menghalang. Dia hanya tetamu di rumah ini.

Dia memandang sekeliling halaman rumah. Semua tetamu sudah pulang. Hanya tinggal dia dan anaknya sahaja. Sebenarnya dia mahu pulang awal juga tadi tapi anaknya itu sibuk nak membantu buah hatinya membuka hadiah. Tak tahu malu betul. Dia pula terperangkap di sini. Dengan lelaki yang membuatkan dia kurang selesa duduk di sini. Pandang orang macam nak makan!

“Ehem, saya Umar Syafiq. Panggil Syafiq je. Cik ni kawan Kak Rosmah ke?” Syafiq cuba memecah sepi bila dia lihat wanita di depannya itu senyap sahaja.

“ Oh, panggil saja saya Lisa. Saya baru kenal dengan Kak Rosmah tadi. Anak saya yang berkawan dengan Erin.” Lisa menjawab. Sekadar beramah.

Syafiq terkedu. Bini orang ke? Alahai, melepaslah aku. Baru nak susun ayat tadi.
Lisa terasa hendak ketawa bila melihat reaksi Syafiq seketika tadi. Tapi ditahan saja di dalam hatinya.

“Oh, Waseem tu anak Lisa ke? Ingatkan tadi belum berpunya. Baru saya nak masuk line.” Syafiq berterus terang. Redah je lah. Tapi bukan ke Erin kata Waseem tu anak yatim?

Lisa hanya tersenyum. Berani betul berterus terang lah mamat ni. Dengan mak orang pun main redah je.

“Maaf lah kalau pertanyaan saya ni nanti akan melukakan hati Lisa, but I’m just wanna make it clear.” Syafiq sedang merangka ayat dalam fikirannya.

Lisa tersenyum kelat. Haih, soalan apa lah yang nak ditanya tu. Leceh betul lah mamat ni. Kenal pun tidak sibuk tanya macam-macam! “Okay, just shoot it.” Hati orang kena jaga kan apatah lagi orang tu keluarga tuan rumah.

“Erin ada beritahu saya yang Waseem tu anak yatim.” Jeda.

Lisa memandang tajam lelaki di depannya itu. Rasa macam nak bangun dan terus tinggalkan mamat ni terpinga-pinga kat sini. Tah tahu pulak dia yang orang laki ni busybody.

“Sorry.” Syafiq bersuara perlahan pabila melihat pandangan tajam Lisa.

“Saya masuk ke dalam dulu lah ya. Hari dah lewat ni. Anak saya tu kalau tak dipanggil tak ingat nak balik.” Lisa meminta diri. Dia berlalu masuk tanpa menjawab soalan Syafiq tadi.


“KAK, BETUL KE WASEEM TU ANAK YATIM?” Syafiq meminta kepastian dari kakaknya.

Rosmah yang sedang mengelap pinggan memandang adiknya. “Betul lah. Kenapa?”

“Maknanya Lisa tu Miss J la ye kak?” Syafiq bertanya lagi.

Rosmah berhenti seketika dari mengelap pinggan. Dia memandang adiknya sekali lagi. Lebih lama dari yang tadi. “Kau ni kenapa? Tak pernah-pernah nak ambil tahu pasal orang, tiba-tiba malam ni jadi busybody.”

Syafiq tersengih. “Tak ada lah kak. Syafiq tengok Lisa tu macam muda lagi. Kalau betul dia tu Miss J kesiannya kan? Besarkan anak sorang-sorang. Bukan senang tu kak. Kalau Syafiq ni, Syafiq rasa tak mampu.” Syafiq cuba memberikan jawapan cover. Malu lah kalau kantoi dengan Kak Rosmah dia nak mengurat Lisa sebenarnya.

Rosmah mencebik. “Tak payah la kau nak buat ayat cover Syafiq. Ingat akak tak dapat baca niat kau yang sebenarnya tu? Selama ni mak sua kau macam-macam perempuan kau buat tak tahu je tiba-tiba kau care semacam dengan Lisa ni mesti ada udang di sebalik mee kan?” Rosmah memerli adiknya. Nak berahsia lah tu konon!

“Ala akak ni. Sejak bila ada ilmu baca fikiran orang? Baru nak berahsia.” Syafiq sudah tersenyum malu.

“Akak baru je kenal dengan Lisa tu. Jadi, akak tak banyak tahu pasal dia. Pasal Miss J tu akak rasa betul la kut sebab dia sendiri kata dengan akak yang Waseem anak yatim dari kecil. Ayah Waseem meninggal sehari selepas dia lahir.” Rosmah memberikan info yang diketahuinya pasal Lisa kepada Syafiq.

“Kalau kau berkenan try je lah masuk line. Akak pun berkenan jugak dengan Lisa tu. Untung-untung siapa tahu dia dapat jadi adik ipar akak kan.” Rosmah menyambung lagi.

Syafiq terkejut. “Lisa tu jandalah ya kak? Eh, silap. Balu?” Dia bertanya meminta kepastian.

“Kalau ikut apa yang si Lisa cerita macam tu lah. Akak tak berani pulak nak tanya lebih-lebih tadi. Kan baru kenal. Karang dia ingat akak busy body pulak.” Rosmah yang sudah siap mengelap pinggan menyusunnya pula di dalam kabinet.

“Akak ada nombor telefon Lisa tak? Tadi Syafiq terdirect tanya pasal suami dialah kak. Rasa bersalah lah pulak.” Syafiq berterus terang.

Rosmah berfikir sejenak sebelum menjawab. “Oh, ya! Lisa ada bagi kad nama dia tadi. Nanti akak bagilah. Say sorry je jangan nak merenyam lebih-lebih pulak.” Rosmah mengingatkan.

“Ala kak. Dah alang-alang nak mintak maaf tu saya try line sekalilah kak. Akak jugak yang suruh tadi kan.” Syafiq sudah tersengih-sengih. Di dalam kepalanya sudah merencana apa yang perlu dia buat untuk menawan hati balu beranak satu itu.

No comments: