Master pieces

Feb 13, 2011

(4)

“QIS, KAU RASA PATUT KE AKU IKUT SEKALI SI SYAFIQ TU BALIK KAMPUNG DIA? Ke aku biarkan je Waseem pergi dulu dengan dia then baru aku follow esoknya?” Lisa bertanya setelah dia sendiri buntu mencari jawapan.

Balqis yang sedang khusyuk membuat kerjanya berhenti seketika. Memandang Lisa yang sedang menanti jawapan darinya. Dia mengerurkan dahinya. Hairan!

“Lisa, you know what? You didn’t tell me anything about the man that you called Syafiq and suddenly you ask me about that person? Actually, who is Syafiq?” Balqis bertanya dengan riak muka separuh marah. Saja nak buat Lisa cuak sebenarnya.

“Erk,” Lisa sudah menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Macam mana boleh terlepas tanya ni?

“You owe me an answer Lisa!” Balqis sengaja meninggikan sedikit suaranya.

“Bukan aku sengaja nak rahsiakan dari kau Qis, tapi aku rasa tak ada apa yang penting pun untuk aku cerita kat kau pasal that man.” Lisa cuba untuk tidak menjawab soalan Balqis.

Balqis mengangkat keningnya. Tidak lama kemudian dia mengeluh. “Suka hati kau lah Lisa. Dah kalau kau rasa aku tak berhak nak tahu, then kau terus lah berahsia. Aku ni siapa je kan.” Balqis menyambung kembali kerjanya. Sengaja dia konon-konon merajuk dengan tindakan Lisa tu. Tapi kecil juga hatinya bila Lisa berahsia dengannya.

“Ala Qis. Kau marah ke? Aku bukan nak berahsia dengan kau.” Lisa sudah bangkit menghampiri Balqis. Balqis ni kalau bab merajuk memang lah juara. Tiada tandingan. Entah macam mana Wan tu boleh tahan dengan sikap kuat merajuk Balqis ni. ‘Enough Lisa! Mengumpat pulak.’

“Qis, sorry. Kau jangan lah merajuk dengan aku. Aku ni mana lah pandai nak pujuk kau macam Wan tu. Kau jangan sampai aku mintak tolong kat Wan pulak untuk pujuk kau Qis. Kau tahu kan aku ni lemah bila kau merajuk. Kau ni memang lah Qis, sengaja nak buat aku serba salah kan.” Lisa menepuk-nepuk lembut bahu Balqis.

Balqis masih dengan kerjanya. Selagi Lisa tidak mahu bercerita selagi tu dia akan buat tak layan. Dia tahu memang Lisa lemah bila dia merajuk. Hatinya sudah tersenyum-senyum sebenarnya mendengar pujukan Lisa.

“Ok lah, aku beralah la. Meh aku cerita pasal that man.” Lisa give up.

Sepantas kilat Balqis memusingkan badannya menghadap Lisa sambil tersenyum-senyum.

“Kau memang tau Qis. Mengada-ngada!” Lisa mencubit lembut lengan rakannya itu.

“Dah, cepat cerita. Ada hati nak berahsia dengan aku kan. Lepas tu terkantoikan sendiri.” Balqis sudah tergelak kecil.

Lisa menepuk paha Balqis sebelum memulakan cerita. “Aku kenal dia dekat lima bulan lepas. Masa...”

“Woo..Dah lima bulan and you didn’t say anything to me? How can you Lisa?” Balqis menyampuk.

“Kau jangan menyampuk boleh tak? Bagi aku habiskan cerita dulu then baru aku bukak Q&A kat kau.” Lisa geram. Balqis ni kalau orang bercakap tak menyampuk memang tak sah lah.

Balqis tersengih. “Ok,ok sorry. Sila sambung Cik Puan Lisa.”

“Kalau kau menyampuk lagi aku stop cerita tau. Actually aku jumpa dia masa birthday party classmate Waseem, Erin. Dia tu uncle Erin la. Kenal tak sengaja pun. Aku mula-mula memang ingat kitaorang kenal kat situ je tapi tak sangka pulak dia ambil number phone aku kat akak dia. Akak dia tu pulak mak Erin. Aku bagi name card aku kat dia sebab mana lah tahu kan bila-bila nanti ada hal. Yang adik dia ni pulak sibuk contact aku kononnya nak say sorry sebab dah tanya soalan yang tak patut kat aku. Sebelum kau tanya, biar aku beritahu dulu soalan apa yang dia tanya tu. Dia tanya kat aku masa tu pasal ayah Waseem. Aku tak jawab pun. Aku blah macam tu je. Tu dia ingat aku marah. Tapi memang aku marah pun sebab baru je kenal dah sibuk tanya pasal personal orang”. Jeda. “Q&A?”

Balqis menggeleng. “Teruskan cerita.”

“Masa that man tu call sebab nak minta maaf aku katalah nothing. Lepas tu dia start lah ayat-ayat miang dia nak berkenalan. Macam kau tak tahu kan perangai orang laki ni. Aku malas nak layan, aku kata aku sibuk. Aku terus letak phone. Lepas tu memang dia tak ada call dah. Aku pun ingat memang dia stop kat situ je lah .” Lisa menangkat kening sebelah tanda memberi peluang kepada Balqis untuk bertanya soalan.

Balqis yang memahami hanya menggeleng.

“Lebih kurang dalam sebulan lepas tu masa weekend tiba-tiba dia muncul depan rumah aku dengan Erin. Mintak izin nak bawa Waseem keluar. Dia kata dah janji dengan Waseem. Terkejut aku kau tahu tak. Rupa-rupanya selama ni setiap kali waktu lunch dia ambil Waseem keluar pergi makan tau. Mak Limah tak ada cerita kat aku apa-apa pulaknya. Bila aku tanya pada Mak Limah, dia kata that man tu dah mintak izin kat aku. Tu dia ingat aku dah tahu. Yang si Waseem tu pulak dah pandai berkomplot dengan that man tu. Geram nya lah aku masa tu.”

Balqis mengangkat tangannya. “Chop! Dah tu kau bagi ke Waseem keluar masa tu? Kau ikut sekali?”

“Kau ingat aku nak bagi? Aku cakap kat dia aku nak bawa Waseem balik kampung. Lepas dia balik habis lah Waseem aku soal siasat. Dia kata uncle Syafiq yang suruh rahsiakan.” Lisa berhenti lagi. Penat juga nak bercerita sampai habis ni!

“Aku pendekkan cerita lah ya. Penat lah nak bercerita panjang-panjang ni. Lepas kejadian tu memang aku dah pesan kat Waseem kalau Uncle Syafiq tu ajak dia keluar lagi jangan ikut. And you know Waseem kan? Dia ikut cakap aku. Sampailah seminggu lepas tu that man tu tiba-tiba call aku. He told me about here and there and lastly kami pun berkawan lah. Tapi aku tak pernah pun hang out dengan dia. Waseem je yang selalu keluar dengan dia. Ikut dia balik kampung pun pernah. Betapa tak malunya anak aku tu.” Lisa tergelak kecil mengenangkan perangai anaknya yang seorang tu.

Balqis berkerut. Gaya macam tak percaya dengan cerita Lisa. “Dah tu tiba-tiba kau nak ikut dia balik kampung apa hal nya? Kalau korang tak ada apa-apa tak mungkin lah dia akan ajak kau balik kampung.”

“Ha, kau jangan salah faham Qis. Adik dia yang last tu nak kahwin. Then, nak dijadikan cerita, Kak Rosmah, kakak dia tak ada time tu sebab ikut husband dia outstation. Jadi, tak ada siapa yang nak tolong adik dia sebab diorang tiga beradik je and Kak Rosmah is the only princess in their family.” Lisa cuba menjelaskan.

Balqis masih lagi berkerut. “Pelik. Mak dia tak ada ke?Saudara mara dia? Takkan tiba-tiba, kau yang tak ada apa-apa relation dengan diorang kena tarik jadi pembantu? Kau cerita tak habis kut ni Lisa?” Balqis mengangkat-angkat keningnya.

“Tak habis apanya? Kak Rosmah lah yang mintak tolong dengan aku. Kau ingat kalau si Syafiq tu yang mintak tolong aku nak tolong ke? Dengan Kak Rosmah ni aku seganlah nak tolak. Lagipun dia dah banyak tolong aku jaga Waseem bila Mak Limah tak ada.” Lisa menjelaskan lagi.

“Oh. Macam tu rupanya. Tapi kan Lisa aku rasa diorang satu family tu dah berkenan la dengan kau. Benda-benda ni semua alasan je nak berkenalan rapat dengan kau.” Balqis membuat serkap jarang.

“Hish kau ni Qis. Ada ke cakap macam tu. Aku ni mana lah layak nak bergandingan dengan si Syafiq tu. Entah-entah dia dah ada calon. Lagipun mana ada orang yang macam dia nak kat aku yang dah ada anak satu ni.” Lisa merendah diri.

“Anak satu tu tak kurangkan apa-apa pun pada diri kau Lisa. Hati orang ni kita tak tahu. Percayalah cakap aku ni. Aku memang yakin Syafiq tu ada hati kat kau sebenarnya. Kita tunggu dan lihat je lah nanti.” Balqis memberikan pendapatnya dengan penuh yakin.

Lisa hanya mencebik. Tidak suka dengan pendapat Balqis yang bakal menyesakkan fikirannya kelak. “Suka hati kau lah Qis. Dah lah, kau sambung lah buat kerja kau. Aku nak jumpa Rashid kejap.” Lisa terus melangkah keluar selepas dia mencapai dokumen di atas mejenya.


“MAKCIK MINTA MAAF LAH DAH SUSAHKAN LISA.” Makcik Hasnah bersuara setelah menyambut salam Lisa yang baru sahaja sampai.

“Tak ada lah makcik. Tak ada apa yang susah pun.” Lisa berbasi-basa sambil matanya meliar mencari kelibat anaknya.

“Waseem ikut Syafiq pergi Bandar kejap. Cari barang.” Makcik Hasnah memberitahu. Perasan dengan pandangan mata Lisa yang tercari-cari kelibat anaknya.

Lisa hanya mengangguk-angguk. “Minta maaf lah makcik kalau Waseem banyak menyusahkan. Dah banyak kali dia datang sini. Mesti banyak dah susahkan makcik kan.”

“Ish, tak ada lah. Waseem budaknya baik. Rajin pulak tu. Tak ada menyusahkan pun. Marilah Lisa kita masuk. Lisa rehat-rehat lah dulu. Sekarang ni tengah tak banyak kerja pun.” Makcik Hasnah mempersila.

Lisa hanya menuruti langkah Makcik Hasnah masuk ke dalam rumah. Ramai juga saudara mara yang datang membantu. Jadi, apa fungsi dia datang membantu di rumah ni?


OK!RASA MACAM NAK PENGSAN TIBA-TIBA BOLEH TAK? Rasa muka macam dah pucat tak ada darah je ni. Biar betul? Ke si Syafiq ni saje nak bergurau dengan dia?

“Lisa, are you ok?” Syafiq mengawang-awangkan tangannya di hadapan Lisa.

Lisa memandang Syafiq dengan muka kaget. “You are kidding me right?” Lisa mengharap jawapan ‘Yes’ dari mulut Syafiq ketika ini.

Syafiq berkerut. “No. This is real. Kak Rosmah kata Lisa ada pengalaman jadi deejay dalam banyak event. Dulu masa study pun Lisa selalu jadi deejay and pengacara dalam event persatuan kan?”

Lisa memejamkan matanya. Silap dia terlepas cerita pada Kak Rosmah dulu. Tak sangka pulak Kak Rosmah akan tarik dia jadi deejay untuk majlis adiknya ni. Bukan selalu deejay majlis kahwin lelaki ke? Datang sekali dengan sewa barang-barang tu semua?

“Lisa...” Syafiq memanggil.

Lisa membuka matanya. Ingatkan dia dah selamat pengsan. Rupanya dia masih lagi stabil berdiri di hadapan Syafiq. Dia mengeluh. “Bukan selalu deejay datang sekali ke dengan sewa barang-barang tu semua? Kenapa tiba-tiba saya pulak yang kena jadi deejay?”

“Oh, kami tak sewa barang-barang tu semua. Tengok tu.” Lisa menghalakan pandangannya ke arah tempat yang ditunjuk oleh Syafiq.

Satu kanopi kecil je. Kat bawah kanopi tu ada satu kerusi yang boleh pusing-pusing, satu meja ala-ala meja komputer, sepasang speaker segiempat tepat yang besar dan tinggi separas perut dia diletakkan di kiri dan kanan meja, satu laptop Vaio yang dia tak tahu model apa, and satu microphone.

“Ha, kami provide sendiri je. Ayah bising lah bila Farhan kata nak sewa deejay masa tu. Dia kata membazir. Dua-dua tu pulak kalau bercakap tak nak kalah. Jadi, Kak Rosmah malas nak dengar diorang bertekak dia keluarkan cadangan macam ni. Mula-mula memang dia yang jadi deejay sekali tu last minute dia kena ikut Abang Faris outstation pulak. Lepas tu dia teringat Lisa pernah beritahu dia yang Lisa pernah ada pengalaman jadi deejay masa study dulu. Tu yang terus dia mintak tolong dengan Lisa. Kenapa Lisa macam terkejut je?”

“Mau nya tak terkejut. Saya baru tahu hari ni saya kena jadi deejay. Benda tu saya dah tinggalkan bertahun lamanya. Saya tak rasa saya boleh buat.” Lisa menjawab lemah.

“La..Yeke? Saya ingat Kak Rosmah dah beritahu awal-awal. Saya minta maaf. Macam mana ni? Nak cari pengganti pun dah tak sempat. Lisa ada idea?” Syafiq cuba mencari jalan penyelesaian.

Kak Rosmah ni memanglah. Buat kerja main redah je janji ada.
Lisa hanya menggeleng. Rasa bersalah la pulak kalau sampai terpaksa cancel part deejay ni.

“Kalau macam tu kita cancel je lah. Nanti saya beritahu pada Farhan. Maybe dia akan faham. Lisa tak payah risau lah ya.” Syafiq membuat keputusan.

“Kasihan pula pada Farhan nanti. Dia kan nak sangat ada deejay ni. Tak apa lah, saya cuba. Harap kalau ada apa-apa nanti awak dapat tolong saya.” Lisa mengalah. Takkan dia mahu merosakkan majlis orang pula kan?

Syafiq sudah tersenyum lebar. “Saya yakin awak boleh, Lisa. Insya Allah saya akan tolong awak. Awak jangan risau ok?” Syafiq memberikan kata semangat.

Lisa hanya tersenyum. Tawar. Dalam hati dia mengeluh lagi.

No comments: