Master pieces

Dec 16, 2012

Keluarga vs T&D

Bismillahirrahmanirrahim.

InsyaAllah, cerita pendek ini tiada kaitan dengan sesiapa baik yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia.

"Jadi Wardah macam mana? Boleh tak join daurah minggu ni?" Ifti, murobbiahnya bertanya.

"Maaf ukhti, minggu ni ana perlu menolong keluarga ana yang mahu datang ke sini." Wardah menjawab perlahan.

"Erm, macam mana ana nak cakap ya.Takpe, kita rujuk surah ke 9 ayat yang ke 43. InsyaAllah apa yang ana nak sampaikan ada dalam ayat ni. Ana minta Wardah bacakan ya."

Semoga Allah memaafkanmu. Mengapa kamu memberi izin kepada mereka (untuk tidak pergi berperang), sebelum jelas bagimu orang yang benar (dalam keuzurannya)  dan sebelum kamu ketahui orang yang berdusta?

"Ayat ni Allah turunkan sebagai teguran kepada Nabi SAW yang membenarkan segelintir umatnya yang tidak mahu pergi berperang." Sedikit sebanyak Ifti menjelaskan berkenaan ayat tersebut.

"Mungkin ayat ke 24 surah ke 9 ni boleh buat Wardah lebih faham. InsyaAllah. Kali ni ana minta Umairah pula bacakan ya."

Katakanlah: "Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri kamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatirkan kerugiannya dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai adalah kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan daripada berjihad di jalanNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang yang fasik.

Setelah dijelaskan dengan panjang lebar oleh Ifti berkenaan dengan ayat tersebut, Wardah bersuara.

"Ana minta maaf. Ana tahu salah satu ciri orang beriman itu adalah berlapang dada. Tapi, untuk ini ana belum dapat berlapang dada. Bukan niat ana untuk membelakangkan Allah. Sama sekali tidak. Tapi bila ia berkaitan keluarga, ana belum dapat berkorban. Ana faham tuntutan dakwah ini memerlukan pengorbanan yang bukan sedikit cuma sekarang ana belum boleh. InsyaAllah, ana akan cuba sedikit demi sedikit." Wardah menjelaskan perlahan.

"InsyaAllah. Ana doakan." Ifti lantas memeluk Wardah.

Anda, anda dan anda yang sudah pun menaiki gerabak tarbiah & dakwah ini dan terus istiqamah di jalan ini, sungguh saya kagum! Doakan juga agar saya dapat bersama-sama anda di dalam gerabak tersebut.

Rehat yang betul-betul osem dan hoyeah adalah rehat di dalam syurga yang kekal abadi, bukan di dunia yang sementara ini. Jadi, berhentilah mengeluh bila diri dilanda kesibukan lebih-lebih lagi bila kesibukan itu adalah kesibukan kerana menolong agama Allah. Ya Syafiqah? Jangan duk nak mengeluh je tahunya!

Wassalam.
May Allah bless.
(^_^)

No comments: