Bismillahirrahmanirrahim.
Bila mata tak boleh nak lelap gara-gara pengambilan kafein yang berlebihan, maka saya membuat keputusan untuk mengupdate sedikit di blog yang sudah bersawang ini.
Kadang-kadang bila kita dah fed up dengan suatu keadaan, kita akan mula nekad untuk meninggalkan keadaan itu. Dah tak fikir tentang segala kerugian yang akan ditanggung mahupun risiko yang akan dihadapi.
Tapi kita selalu lupa yang Allah itu sentiasa dekat dengan kita. Dan kita juga selalu lupa yang Allah itu adalah sebaik-baik perancang.
Ya Allah, andai perancangan kami ini selari dengan perancangan Mu, maka Kau permudahkanlah. Andai perancangan kami ini tidak selari dengan perancangan Mu, Kau redhakanlah dan ikhlaskanlah hati kami untuk menerima perancangan Mu kerna kami yakin bahawa sebaik-baik perancang itu adalah Engkau ya Allah. Amin.
May Allah bless
Wassalam.
(^_^)
Sep 6, 2013
Jan 5, 2013
It's ok daddy girl
Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah, diberi kesempatan untuk berada di tahun baru masihi. Tahun baru, rumah baru, housemates baru, room mates baru, azam je tak baru sebab everytime buat azam baru pun tak pernah nak achieve. Tapi walaupun takde azam baru, semangat saya sentiasa baru untuk terus menjalani hidup ini! Yeah, insyaAllah.
Tadi, tengok sikit cerita it's ok daddy girl. Tak silap tajuknya macam tu la. It is a korean movie. Tak tengok habis lagi. Almost crying sebab cerita pasal a father.
Encik Ayah selalu buat saya terharu lebih-lebih lagi setiap kali my last day kat rumah sebelum balik Shah Alam. Belikan baju kurung lah, masakkan for my bekal lah, belikan special breakfast lah, gave me extra money konon-konon untuk minyak kereta tapi bila sampai stesen minyak, he gave me another money. Semua-semua tu bikin hati saya resah gelisah ketika di awal perjalanan pulang. Sedih, of course.
I'm always trying to love Encik Ayah more than he loves me but i just can't. Kasih sayang seorang ayah terhadap anak-anaknya adalah infiniti. Macam tu jugak dengan emak. Tapi kasih sayang anak-anak terhadap mereka ni terkadang selalu menyimpang. Terkasihkan awek la, pakwe la, isteri la, anak la, kerja la etc. Hurmm.
Bila berhadapan dengan harapan dan impian, of course impian can be ignore since impian is something yang hard to be achieved and it sometimes is impossible like become a princess unless kita kawen dengan a prince dari kerabat raja mana-mana. So, tak berat untuk pilih harapan dalam situasi ini. Tapi, bila ianya harapan dan cita-cita, apatah lagi cita-cita tu is almost to be achieved, it is very difficult to choose.
Baaaaanyak benda yang saya rancang sebelum ni terpaksa direvamped. Yelah, sebaik-baik perancang tu kan hanyalah Allah. Siapalah saya nak persoalkan itu dan ini. Doa saya agar saya sentiasa redha dengan apa jua yang Allah dah rencanakan buat saya. Cita-cita bukan segalanya kan dan tak semestinya kita tak dapat sekarang in future pun kita takkan dapat. Mungkin in future Allah bagi lebih dari apa yang kita cita-citakan tu. InsyaAllah.
Wassalam.
May Allah bless.

Dec 16, 2012
Keluarga vs T&D
Bismillahirrahmanirrahim.
InsyaAllah, cerita pendek ini tiada kaitan dengan sesiapa baik yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia.
"Jadi Wardah macam mana? Boleh tak join daurah minggu ni?" Ifti, murobbiahnya bertanya.
"Maaf ukhti, minggu ni ana perlu menolong keluarga ana yang mahu datang ke sini." Wardah menjawab perlahan.
"Erm, macam mana ana nak cakap ya.Takpe, kita rujuk surah ke 9 ayat yang ke 43. InsyaAllah apa yang ana nak sampaikan ada dalam ayat ni. Ana minta Wardah bacakan ya."
Semoga Allah memaafkanmu. Mengapa kamu memberi izin kepada mereka (untuk tidak pergi berperang), sebelum jelas bagimu orang yang benar (dalam keuzurannya) dan sebelum kamu ketahui orang yang berdusta?
"Ayat ni Allah turunkan sebagai teguran kepada Nabi SAW yang membenarkan segelintir umatnya yang tidak mahu pergi berperang." Sedikit sebanyak Ifti menjelaskan berkenaan ayat tersebut.
"Mungkin ayat ke 24 surah ke 9 ni boleh buat Wardah lebih faham. InsyaAllah. Kali ni ana minta Umairah pula bacakan ya."
Katakanlah: "Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri kamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatirkan kerugiannya dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai adalah kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan daripada berjihad di jalanNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang yang fasik.
Setelah dijelaskan dengan panjang lebar oleh Ifti berkenaan dengan ayat tersebut, Wardah bersuara.
"Ana minta maaf. Ana tahu salah satu ciri orang beriman itu adalah berlapang dada. Tapi, untuk ini ana belum dapat berlapang dada. Bukan niat ana untuk membelakangkan Allah. Sama sekali tidak. Tapi bila ia berkaitan keluarga, ana belum dapat berkorban. Ana faham tuntutan dakwah ini memerlukan pengorbanan yang bukan sedikit cuma sekarang ana belum boleh. InsyaAllah, ana akan cuba sedikit demi sedikit." Wardah menjelaskan perlahan.
"InsyaAllah. Ana doakan." Ifti lantas memeluk Wardah.
Anda, anda dan anda yang sudah pun menaiki gerabak tarbiah & dakwah ini dan terus istiqamah di jalan ini, sungguh saya kagum! Doakan juga agar saya dapat bersama-sama anda di dalam gerabak tersebut.
Rehat yang betul-betul osem dan hoyeah adalah rehat di dalam syurga yang kekal abadi, bukan di dunia yang sementara ini. Jadi, berhentilah mengeluh bila diri dilanda kesibukan lebih-lebih lagi bila kesibukan itu adalah kesibukan kerana menolong agama Allah. Ya Syafiqah? Jangan duk nak mengeluh je tahunya!

Subscribe to:
Posts (Atom)