Master pieces

Mar 5, 2011

(7)

LISA DUDUK DI PENJURU KATIL. Melepaskan rasa lelahnya seketika tadi melayan para tetamu yang tidak putus-putus hadir. Rasa macam nak pengsan je kat tengah-tengah orang ramai tu. Uzer yang sentiasa berada di sisinya seakan memahami segera mengajaknya duduk di kerusi yang berada tidak jauh dari mereka. Dia rasa semuanya seperti mimpi. Memang betul-betul seminggu kemudian mereka bernikah. Hari ni lah. Hari ni juga majlisnya diadakan selepas pernikahan pagi tadi. Majlis combine je sekali. Tu syarat dia kepada Uzer. Majlisnya juga biasa-biasa saja. Diadakan di Batu Pahat. Mujurlah ibu dan ayah mertuanya bukan jenis yang cerewet. Kalau tak leceh juga nak buat dua majlis. Yelah, Uzer kan anak sulung. Ibu dan ayahnya pula orang berpangkat besar dalam kerajaan. Tentu saja mereka mahukan majlis yang gilang gemilang untuk perkahwinan anak mereka ni.Tetapi ternyata dia salah dalam menilai mertuanya itu. Bila disuarakan hasrat hatinya minggu lalu, mertuanya itu terus saja bersetuju tanpa banyak bicara. Kebetulan juga saudara mereka ramai yang menetap di Johor. Jadi, tak susah lah pihak mereka hendak hadir ke majlis itu nanti. Apa yang membuatkan dia menerima lamaran Uzer ini sebenarnya ya?


UZER MENYANGKUT TUALANYA. Dia memandang Lisa yang sudah sah menjadi isterinya. Terasa hatinya amat tenang selepas kadi mengesahkan pernikahan mereka pagi tadi. Isterinya ini memang suka berangan lah. Sudah dipanggil tiga kali tapi masih tidak bersahut. Bukan jauh pun jarak mereka sehingga Lisa tidak dapat nak mendengar panggilannya. Dia menapak menghampiri isterinya yang sedang memandang kipas di ceiling. Apa yang menarik kipas tu lah agaknya. Dia meletakkan tangannya di bahu Lisa.

Lisa beristighfar. Terkejut barangkali.

“Abang minta maaf kalau buat Lisa terkejut. Abang dah panggil tiga kali tapi Lisa tak menyahut pun.” Uzer serba salah. Pucat juga muka Lisa ketika ini.

Lisa mengurut-urut dadanya perlahan. Kus semangat. Uzer ni la.

“Lisa mandilah dulu. Lepas tu kita boleh solat Isyak sekali.” Uzer menghulurkan tuala.

Lisa mengambilnya lalu terus melangkah ke bilik air. Seketika kemudian dia berpatah balik. Dia membuka almari bajunya untuk mengambil persalinannya selepas mandi nanti. Uzer hanya memerhatikan tingkah isterinya tanpa bersuara.


USAI MEMBACA DOA, LISA MENYALAMI TANGAN SUAMINYA. Tidak semena-mena air matanya menitis tatkala Uzer mengusap lembut kepalanya. Kenapa dia menangis? Entahlah. Mungkin hatinya tersentuh tatkala Uzer membaca doa tadi.

“Hei, kenapa nangis ni? Lisa sakit ke?” Uzer kaget.

Lisa hanya menggeleng. Dia ingin membuka telekungnya tetapi dihalang oleh suaminya.

“Dulu, masa kita part 6 abang dengar Lisa cerita dengan Hani pasal malam pertama impian Lisa.” Jeda.

Muka Lisa sudah merona merah. Dia hanya menundukkan mukanya. Rasanya masa dia bercerita dengan Hani tu tak ada siapa yang berada hampir dengan mereka. Bagaimana pula suaminya ini boleh mendengar? Ah, malunya!

“Abang ada kat belakang Lisa masa tu tapi Lisa tak perasan pun. Yelah, Lisa mana pandang abang dulu kan.”

‘Dari part 1 lagi Lisa dah pandang abang lah tapi abang tu yang tak pernah nak pandang Lisa. Yelah, time tu awek abang keliling pinggang kan.’ Lisa hanya menjawab di dalam hatinya.

“Tak baik mengata suami di belakang Lisa.” Uzer bersuara.

Dia ni ada kuasa baca hati orang ke apa?

“Abang masih ingat lagi masa tu. Lisa dengan penuh semangat cerita dengan Hani masa malam pertama nanti Lisa nak bertadarus dengan suami Lisa. Kalau boleh nak habiskan 30juzuk. Tapi Lisa sedar Lisa tak mampu. Abang juga tak mampu sayang. Jadi, malam ni kita bertadarus 5juzuk dulu ya atau sampai mana yang kita mampu. Insya Allah kita akan terus bertadarus hingga habis 30juzuk juga nanti. Biar lambat asalkan berkahnya tu kita dapat.” Uzer bangun dari duduknya untuk mengambil dua naskhah kalam suci itu.

Lisa tertegun. Ketika ini dia sedar akan rahmat dari Nya. Pada awalnya dia ragu-ragu juga dengan petunjuk yang diberikan oleh Nya beberapa hari yang lalu. Sempat dia beristighfar kerana telah meragui petunjuk dari Nya.Tapi kini dia yakin dan akan terus yakin. Ardaninur Alisa memang sudah ditakdirkan untuk Uzair Ahmad Faris, suaminya ini. Dan dia sudah menyimpan tekad untuk sentiasa berada di sisi suaminya bukan untuk di dunia sahaja malah juga mengharapkan keredhaan Nya untuk mereka bersama di dunia sana. Semoga Dia mengizinkannya. Amin.


“IBU CALL TADI. DIA TANYA BOLEH TAK KALAU KITA BALIK KHAMIS NANTI.” Lisa yang sedang menyisir rambutnya memandang Uzer.

“Abang jawab apa?” Dia bertanya pendek.

“Abang kata je Insya Allah boleh. Abang tak ada hal apa-apa rasanya. Lisa?” Uzer menyarung T-shirt berlengan pendek warna putih yang diletakkan isterinya di atas katil. Seronoknya lah dah kahwin. Semua disediakan. Dia tersengih sendiri.

“Lisa pun rasanya tak ada apa. Lagipun, Lisa kan tak pernah lagi pergi rumah abang.” Dia bersuara perlahan.
Tiga hari sebelum nikah baru dia berpeluang berkenalan dengan ibu mertuanya. Ibu mertuanya tinggal di rumahnya bagi membantu apa yang patut. Ibu mertuanya itu seorang yang baik. Tidak kekok untuk bergaul mesra dengan saudara maranya di sini.

“Khamis tu kita bertolak lepas Waseem balik sekolah lah. Jumaat terpaksa lah Waseem ponteng.” Uzer memberitahu perancangannya.

“Ok. Hari ni pun dia dah ponteng. Entah dah bangun ke belum tu.” Lisa sudah bangkit dari duduknya.

“Ibu suruh ajak mak sekali sebab ibu nak buat kenduri doa selamat sikit kat sana nanti. Lisa beritahu lah kat mak.” Uzer bersuara lagi sebelum isterinya itu melangkah keluar.

Lisa hanya mengangguk. “Oh, ya. Malam ni Lisa plan nak pergi rumah Balqis lah. Lisa tak jumpa dia lagi ni. Majlis pun dia tak dapat datang sebab ikut bonda ayahanda dia pergi Brunei.”

Balqis cuti panjang lepas dari hari pertemuan dia dengan Uzer dulu. Selepas malam dia berkecil hati dengan kata-kata Balqis tu lah. Tak sempat nak bercerita panjang dengan Balqis perihal lamaran Uzer ni. Bila diberitahu pada Balqis mengenai tarikh perkahwinannya, Balqis menjerit kuat di corong telefon. Bingit betul! Rasa macam Balqis ada di sebelahnya sahaja.

Semalam Balqis menelefonnya memaklumkan dia sudah berada di rumah. Bila diberitahu dia akan balik Skudai hari ni, terus je Balqis memaksa untuk datang ke rumahnya hari ni juga. Balqis ni la. Kalau memaksa orang memang nombor satu.

“Abang ikut sekali lah nanti. Abang pun dah lama tak jumpa dia.” Uzer yang sedang terbongkok-bongkok mengambil luggage di bawah katil bersuara. Baru satu hari letak dah ada habuk la.

“Memang pun nak suruh abang ikut. Ada satu benda Lisa nak minta tolong kat abang.” Lisa bersuara lagi sebelum dia menghilang di balik pintu.

Uzer ingin bertanya lagi tapi sekejap sahaja isterinya itu telah berlalu pergi. Lisa ni la. Macam biskut chipsmore pulak.

No comments: