Ahah, tajuk nak kontroversi kan..ha3..malam pertama..banyak definisi tu..juga banyak keadaan. Boleh jadi malam pertama di alam kubur.Mungkin jugak boleh jadi malam pertama perkahwinan. Mungkin jugak boleh jadi malam pertama di asrama. Erk, macam tak kena je yang last tu. Dah jadi macam cite hantu plak. Ish!
Actually malam pertama yang saya maksudkan di sini ialah malam pertama selepas perkahwinan. Bunyi macam saya ni gatal kan..oh, no!
Kita ni bile sebut je malam pertama dh pikir macam2 kan. He2..
Ada satu hari tu saya baca novel. oh, sure JS punye novel. Malam pertama perkahwinan sepasang suami isteri ni, nak tau apa diaorang buat? Bertadarus bersama-sama. Tapi sayang tak dapat lama sebab sang isteri terlalu sebak.Dia terlalu sebak sebab memang itu yang dia nak lakukan bersama suaminya di mlm pertama.
Betul-betul dia tak sangka suaminya melakukan itu sedangkan dia tak pernah suarakan hal itu pada suaminya.Suaminya seakan-akan dpt membaca fikirannya. Selepas itu, saya pun terfikir. Ada ke lelaki mcm tu sekarang? Mungkin ada tapi dah tak ramaikan. Sejak tu, saya pun mula la memasang angan-angan ntk bertadarus bersama sang suami ketika di mlm pertama kami. Sama-sama bertaubat di atas segala kekhilafan. Sama-sama bersyukur di atas segala nikmat. Oh, seperti terlalu tinggi impian itu. Yeke? Saya bersyukur andai angan-angan ini dapat saya jadikan kenyataan. Sudah tentu dengan izin Nya kan.
Another novel yang baru sangat saya habis baca. Juga dari JS. Nice. Interesting. Touching. Boleh imagine tak macam mana lelaki buaya tembaga sanggup berubah demi seorang gadis yg xsberape. Tu biase kot. Tapi ape yang buat saya betul-betul impressed bila mana lelaki tu sungguh-sungguh mahukn perempuan tu. Kesungguhan dia sgt lah tulus. Tapi sayang dia bukan seorang hamba Nya yang taat. Tu yang membuatkan perempuan itu sukar ntk menerimanya. Bila disuarakan hal itu, lelaki itu tidak menjanjikan sebarang perubahan tetapi dia berharap perempuan itu akan menunggunya sebab dia juga ada syarat yg lain.
Dipendekkan cite mereka bertunang hingga 11tahun lamenye! Gile! Walaupun lama tapi mereka jarang berjumpa walaupun duduk sgtlah dkat. Dalam tempoh 11 tahun tu lelaki itu belajar. Mencari ilmu buat bekalannya kelak. Bekalan ntk mengemudi bahtera perkahwinan juga bekalan buat dirinya ke 'sana'. Really nice story. Walaupun ayt agak skema tapi tetap best! Ada peluang nanti rajin-rajin lah baca ye.. Tajuk novel ni Panggil aku Dahlia hasil karya Noor Suraya.
Okeh, sebagai kesimpulannya saya berharap, berdoa, memohon agar satu hari nanti jika tertulis takdir saya ntk menjadi sang isteri kpd seorang sang suami, biarlah sang suami itu seorang yang dapat membimbing saya. Dapat mendekatkan saya kepada Nya. Juga saya berdoa agar sang suami tidak pernah kenal erti bosan dan lelah melayan kerenah saya juga keluarga lebih-lebih lagi mak dan ayah saya. Insya Allah. Semoga Allah mengabulkan.
No comments:
Post a Comment