Master pieces

Mar 2, 2011

(5)

BALQIS TERGELAK BAGAI NAK PACAH PERUT. Lisa memandang Balqis dengan geram. Bukan nak kasihan. Makin digelakkan dirinya adalah bila dia bercerita hal yang berlaku di rumah Syafiq Ahad lepas.

“ Hish, kalau kau setakat nak gelakkan aku, aku malas lah dah nak sambung cerita.” Lisa bersuara geram bercampur merajuk.

“Ok, ok. I’m sorry. Aku rasa kelakar sangat lah. Dah berapa tahun kau tinggalkan kerjaya deejay kau tu tiba-tiba kau kena jadi semula. Mesti tergagap-gagap kan kau masa tu.” Balqis memohon maaf tetapi diselit juga sindiran di hujung ayatnya.

Lisa mencebik. “Excuse me! Ini Lisa ok. Dapat je mic masa tu terus laju mulut aku bercakap tau. Tak ada nya tergagap-gagap. Adik Syafiq, si Farhan tu siap puji aku lagi.” Lisa tersenyum bangga.

“Ala, aku saja je. Aku tahu kau mesti dapat buat job tu dengan baik. Kau kan memang minat kalau bab-bab jadi deejay ni. Annual Dinner kita tahun ni aku nak suggest kau jadi MC lah. Tahun lepas kau lambat masuk, tak dapat aku nak suggest.”

“Ee, tak nak lah aku Qis. Nanti aku tak dapat nak makan banyak-banyak. Kau jangan mengada-ngada nak letak nama aku tau. Sampai nama aku naik, tahulah aku nak cari siapa nanti.” Lisa mengugut.

Balqis sudah tergelak besar. “Kau ni tak habis-habis lah dengan melantak. Nasib baik lah Waseem tu tak kuat melantak macam kau. Kalau tak kerjanya berebut makan dengan kau je lah.” Balqis menyambung tawanya lagi.

Lisa diam. Waseem kan dari keturunan yang tinggi sopan santunnya. Kenapa perlu dia mengikut perangai mamanya yang buruk lantak ni kan?


“OH, SORRY! MY MISTAKE.” Lisa mengambil barang-barang yang terlepas dari tangannya tanpa memandang pemilik suara yang memohon maaf itu. Waseem turut sama membantu mamanya.

“It’s yours right?.” Suara itu kedengaran lagi.

Lisa memandang barang yang dikatakan miliknya itu. Kemudian dia mengangguk.

“Thanks.” Lisa bersuara pendek setelah barang bertukar tangan. Dia tetap tidak mahu memandang orang yang telah melanggarnya sebentar tadi. Hatinya sudah tidak keruan sebenarnya. Tangan Waseem dipegang kemas. Kakinya sudah diatur untuk beredar.

“Lisa?” Tiba-tiba suara itu memanggil namanya.

Lisa mengeluh. Patutkah dia buat-buat tidak dengar dan terus berlalu pergi atau dia patut berpaling ke arah suara itu?

“Mama, uncle tu panggil mama lah.” Waseem sudah menggoyang-goyangkan tangannya.

Nak tak nak Lisa terpaksa juga menghentikan langkahnya. Dia cuba memaniskan mukanya sebelum berpaling ke arah suara itu. “Yes. I’m Lisa. And you?” Lisa berpura-pura.

Lelaki itu bergerak menghampiri Lisa yang sudah beberapa langkah di hadapannya.

“Uzer. Remember?” Lelaki itu memperkenalkan dirinya.

Masakanlah Lisa tidak kenal. Uzer. Lelaki pertama yang telah memikat hatinya sewaktu di UiTM dulu. Mereka sekelas tapi jarang bertegur sapa. Mereka seperti ada konflik dalaman yang dia sendiri tidak tahu apa konfliknya. Dia boleh sahaja bersembang mesra dengan teman-teman rapat Uzer tetapi tidak dengan Uzer. Uzer juga kelihatan begitu. Pernah satu hari tu ketika dia masuk ke kelas, Uzer sedang rancak bersembang dengan Adam. Bila dia join je sembang dengan Adam dengan niat nak mendekatinya, Uzer terus senyap membisu. Mulutnya bagai terkunci. Sejak dari hari tu memang dia tak pernah nak cuba bercakap dengan Uzer. Bila ditanya pada Adam, Adam hanya menjawab entah. Jadi, dia buat kesimpulan yang Uzer ni tak suka nak berkawan dengannya. Tapi setelah hampir enam tahun mereka tidak pernah bertemu, tiba-tiba sahaja Uzer menegurnya. Pelik!

“Mama.” Waseem menggoyang-goyangkan lagi tangan mamanya.

Lisa tersedar dari lamunannya. Dia memandang lelaki di hadapannya. “Uzer? Classmate masa kat Perak dulu ke?” Berpura-pura lagi.

“Yup. Ingat tak?” lelaki itu kelihatan sangat bersungguh-sungguh untuk membuatkan Lisa ingat padanya.

“Oh, sure! The gorgeous one in our class kan?” Lisa tergelak kecil.

Lelaki itu turut sama tergelak. “Your son?” Dia bertanya setelah tawanya reda.
“Yes. Waseem, ni kawan mama, Uncle Uzer. Salam uncle, sayang.” Waseem menurut arahan mamanya itu.

Lelaki itu mengusap-usap kepala Waseem ketika anak itu menyalaminya. “Kita minum-minum dulu nak? I belanja.” Lelaki itu mengajak.

Lisa serba salah. Dia memandang Waseem . “ Waseem haus lah mama. Uncle belanja minum kat Sedap Corner boleh tak? Waseem nak minum air teh tarik kat situ la.” Waseem sudah memberikan jawapan.

“Waseem. Ada pulak cakap macam tu. Tak malu ke?” Lisa menjeling anaknya. Buat malu je la. Siap demand pulak tu. Waseem ni la. Kalau tak kerana sayang dah lama dia cepuk kepala anaknya itu.

Lelaki itu sudah tergelak mendengar jawapan si anak kecil itu. “Boleh sayang. Pandainya anak you Lisa. What’s your name dear?” Lelaki itu bertanya pada anak kecil itu.

“Waseem Ahmad bin Muhammad Adam.” Waseem menjawab pendek. Tangan mamanya sudah ditarik menuju ke Sedap Corner.

Lelaki itu yang menuruti langkah mereka dari belakang terkedu seketika mendengar jawapan anak kecil itu. ‘Adam.’ Hatinya berbisik.


ARDANINUR ALISA. Nama yang unik. Orangnya juga berkelakuan unik. Uzer tersenyum sendiri. Teringat dia dengan pertemuannya dengan gadis itu tengah hari tadi. Gadis? Wanita lebih sesuai mungkin.

“Waseem Ahmad bin Muhammad Adam.” Dia menyebut nama anak itu. Anak Adamkah? Tidak berani pula dia mahu bertanya pada Lisa tadi berkenaan kemusykilan itu. Mungkin dipertemuan lain nanti dia akan bertanya perihal itu. Contact number Lisa sudah berada dalam genggamannya. Jadi, bila-bila masa dia boleh mengajak Lisa keluar.

Tapi bukankah wanita itu isteri orang? Mana mungkin dia akan keluar dengan lelaki lain kan? Jika benar Lisa berkahwin dengan Adam, bagaimana pula dengan Marlia? Bukan ke Adam sudah berkahwin dengan Marlia masa praktikal dulu? Ah, serabutnya!

Adam sudah lama menyepi setelah mereka habis diploma dulu. Marlia juga dia tidak dapat hubungi. Lisa? Mana dia rapat dulu. Contact number pun tak pernah ada. Mereka bertiga seperti ada rahsia yang disembunyikan. Tetapi apa?

No comments: