Master pieces

May 28, 2011

(11)

Setahun kemudian.

Abang, nak ikut.” Lisa merengek manja. Tangan suaminya itu tidak mahu dilepaskan.

Uzer mengeluh. Isterinya ni lah. Sejak mengandung ni manja semacam.

“Abang kan nak pergi kedai je. Takkan Lisa nak ikut. Waseem tengah tidur kan.” Tangan isterinya dielus lembut. Ibunya pesan kena banyak sabar kalau melayan isteri tengah mengandung ni.

“Bukan ikut yang ni lah. Ikut esok.” Lisa bersuara perlahan. Sedikit serak di hujung suaranya.

Uzer tersenyum. Ingat nak ikut pergi kedai tadi.

“Tu lah, abang kan dah suruh minta cuti. Lisa yang tak nak. Sayang nak tinggal kerja kan.” Uzer memerli isterinya sambil menyambung langkahnya ke pintu luar.

Esok, dia, Waseem dan mak mertuanya akan bertolak pulang ke Kelantan. Adiknya akan berkahwin Jumaat ni. Lisa ada meeting di KL dan kemudian dia akan naik flight terus ke Kelantan.

“Bukan sayang lah. Dah ada meeting. Nak buat macam mana.” Suara Lisa semakin serak apabila Uzer memerlinya.

“Tak apa lah. Tak lama abang sampai tu kan Lisa sampai. Entah-entah Lisa yang sampai dulu. Maklumlah naik air bus. Kita ni naik kereta sorong je.” Uzer yang pada mulanya ingin tergelak besar terbantut apabila melihat air mata yang sudah bergenang di kelopak mata isterinya. Ah, sudah!

“Hei, kenapa ni? Abang gurau je lah. Janganlah macam ni.” Uzer menarik isterinya ke dalam pelukannya. Silap-silap tak jadi dia keluar pergi kedai ni.

“Kita semua pergi naik flight la. Kita sama-sama pergi KL esok.” Lisa memberikan pendapatnya disulami dengan sedu sedannya.

“Lisa, please.” Uzer bersuara lembut.

“Tiba-tiba rasa tak sedap hati lah bang. Kita pergi sama-sama ya.” Lisa mamandang tepat ke anak mata suaminya. Tiada lagi genangan air mata seperti tadi.

“Hish Lisa ni. Rasa tak sedap hati apa nya? Lisa doakanlah perjalanan kami esok selamat je. Abang pun akan doakan perjalanan Lisa. Insya Allah. Kita sama-sama berdoa ye.” Uzer sudah pun menutup pintu yang tadi dibukanya. Dia memimpin Lisa ke ruang tamu. Memang sah lah ni tak jadi keluar.



LISA MELANGKAH LAJU UNTUK KELUAR DARI PINTU UTAMA LAPANGAN TERBANG SULTAN ISMAIL PETRA sambil tangannya menggagau mencari handphone di dalam handbag. Dia menghidupkan kembali handphone yang dimatikan tadi sebelum masuk ke balai berlepas di KLIA. Berderet-deret message masuk.Banyaknya miscall!

Dia membuka messages tersebut. Ibu? Nisa? Babah pun ada? Lisa tekan butang call pada nama ibu sambil matanya meliar mencari kelibat suaminya. Belum pun sempat ibu mertuanya menjawab panggilan darinya, Lisa sudah melihat kelibat yang dikenalinya melambai-lambai ke arahnya. Panggilan tadi masih diteruskan sambil kakinya melangkah ke arah kelibat itu sebelum tiba-tiba dia pengsan di tengah-tengah lapangan terbang tersebut!

2 comments:

Anonymous said...

Aku ni. =))

patutla tanya nama airport tu. XD

hikari said...

ha3..sbb ni lah..kalo x xde nye aku nk tny
=)