Master pieces

May 22, 2011

(9)

“LISA DUDUKLAH LUAR BERBUAL-BUAL DENGAN SUAMI. Biar auntie dengan uncle je yang settle kan ni semua.” Auntie Zara sekali lagi menghalang Lisa dari melakukan sebarang kerja.

“Biarkan je Lisa. Diorang tu time macam ni lah nak dating. Selalu aku kacau. Jom lah kita duduk depan. Kasihan pulak suami kau dengan Waseem kat depan tu.” Balqis mengajak.

“Lisa ke depan dulu auntie, uncle.” Auntie Zara dan Uncle Rizal hanya mengangguk.

“Kau banyak hutang dengan aku Lisa. Bila nak kasi settle?” Balqis sempat mengusik ketika mereka beriringan menuju ke depan.

Lisa hanya tersenyum. ‘Malam ni aku langsaikan semua Qis, insya Allah.’ Hanya hatinya sahaja yang mampu memberikan jawapan ketika ini.

“Hah, Uzer! Akhirnya, kau dapat jugak cari Lisa ye. Tak sangka aku. Rasa macam baru semalam je kita bergaduh pasal hal ni.” Balqis sudah mengambil tempat di hadapan Uzer manakala Lisa duduk di sebelah suaminya.

Uzer tergelak. “Kalau memang dah tertulis jodoh aku dengan Lisa, jauh mana pun tetap aku akan jumpa. Tak payah nak susah-susah pun.” Uzer menyandarkan tubuhnya ke kerusi yang diduduknya. Memandang seketika isterinya di sebelah yang kelihatan blur dengan perbualannya dengan Balqis tadi.

“Kau jangan nak pandang aku semacam ye Lisa. Kau mintak lah laki kau ni cerita. Kalau aku yang cerita, malu dia nanti.” Balqis segera memberi jawapan selamat tatkala melihat pandangan mata Lisa yang tajam menusuk ke anak matanya.

Lisa memandang pula suaminya di sebelah.

“Kau ni memang lah Qis. Dari dulu sampai sekarang saja nak kenakan aku kan.” Uzer menjawab tak puas hati. Balqis hanya buat tak tahu saja.

“Tak kisah lah apa-apa. One of you kena beritahu apa sebenarnya yang dah terjadi ni.” Lisa jadi penasaran. Ada cerita yang dia tidak tahu rupanya antara suaminya dan kawan baiknya ini.

“Kau ceritalah Uzer. Aku cerita tokok tambah nanti baru kau tahu.” Balqis mengugut, mengelak dari bercerita.

“Hish, kau ni Qis! Yelah, aku cerita.” Uzer memusingkan badannya menghadap Lisa. Matanya juga sempat memandang sekilas ke arah Waseem yang sedang bermain puzzle tidak jauh dari mereka.

“Macam ni, masa degree dulu abang ada mintak nombor Lisa pada Balqis. Pastu Lisa tahu dia jawab apa?” Lisa hanya diam. Menunggu sambungan cerita dari suaminya.

“Dia jawab macam ni, pehal kau nak mintak nombor dia? Tak cukup ke perempuan-perempuan yang kau ada sekarang. Lisa tu budak baik. Kau jangan nak buat dia jadi koleksi kau pulak!” uzer mengajuk gaya percakapan Balqis ketika itu.

“Lepas tu abang kata lah abang mintak nombor Lisa sebab abang nak tanya pasal Adam. Dah abang call Adam tak pernah nak dapat. Makcik ni bengang lah sebab dia ingat abang nak ngurat Lisa.” Uzer menyambung lagi.

“Wait, mana part yang kau kata, Eleh setakat Lisa kau ingat aku hairan? Kalau macam dia tu sepuluh pun aku boleh cari lah.” Giliran Balqis pula mengajuk gaya percakapan Uzer suatu ketika dulu.

Lisa membesarkan matanya. Terkejut. Time ni lah tiba-tiba rasa macam menyesal terima lamaran Uzer dulu.

“Tu dulu Lisa. Sekarang abang sedar isteri macam Lisa ni tak boleh pun nak diganti dengan sepuluh perempuan dari semesta alam mana pun. Sorry.” Uzer segera memberikan penjelasan sebelum isterinya salah faham.

‘Ayat nak romeo. Piraahh!’ Balqis mengutuk dalam hati.

Lisa melepaskan keluhan lega tapi geram jugak dengan laki nya itu. Bukan main lancang lagi mulutnya dulu ye.

“Kau kenapa menyampuk Qis? Tadi tak nak cerita. Hampir-hampir je isteri aku ni nak merajuk tau.” Geram Uzer dengan Balqis ni.

“Kau cerita skip-skip siapa suruh? Biar aku sambung je lah.” Balqis melepaskan jelingan mautnya kepada Uzer.

Uzer hanya memberikan isyarat tangannya menandakan dia bersetuju Balqis menyambung cerita. Lisa semakin tidak senang duduk menunggu mereka berdua menghabiskan cerita. Cerita sikit gaduh cerita sikit gaduh. Bilanya nak habis cerita macam ni?

“Aku sambung ya Lisa. Lepas laki kau ni keluarkan ayat macam tu aku pun bengang lah. Aku kata, dah kalau tak hairan tak payah lah nak mintak-mintak nombor Lisa dengan alasan bodoh macam tu. Kalau nak sangat pergi cari sendiri. Aku pun terus lah blah dari situ. Makin lama aku layan dia time tu makin tinggi darah aku naik. Lepas tu dia jerit dari jauh, heh, bukan setakat nombor dia lah aku boleh cari, orangnya sekali aku cari nanti buat jadi bini! Berani dia kata macam tu kat khalayak ramai Lisa. Aku patah balik kat dia. Aku kata, laki buaya macam kau tak layak untuk kawan aku tu lah. Kalau hebat sangat carilah Lisa tu buat jadi bini. Aku berani jamin dia akan tolak kau mentah-mentah. Kalau kau tengok muka kerek dia masa tu Lisa aku sure kau akan benci dia selamanya. Then, before dia blah dia kata lah, kalau satu hari nanti Lisa jadi wife aku, kau kena jadi orang suruhan aku sebulan. Kalau kau menyorok aku akan cari sampai jumpa. ” Balqis menamatkan ceritanya dengan satu keluhan. Betul-betul ke dia kena jadi orang suruhan Uzer selama sebulan ni? Aduh.

“O…Key..Kau orang gaduh pasal aku and aku tak tahu apa-apa. Aku tak tahu nak kata apa sekarang ni.” Lisa juga melepaskan satu keluhan berat.

“Tapi Lisa tahu kan lamaran abang dulu tak ada sangkut paut dengan cabaran bodoh ni.” Uzer memandang isterinya. Risau juga kalau isterinya itu tersalah faham. Dia sendiri tidak mengingati perihal cabaran itu ketika dia bertemu Lisa di Jusco dulu.

“Yelah tu Uzer. Kalau tak takkan lah kau baru jumpa Lisa seminggu kau dah masuk lamar dia? Tak ke pelik tu.” Balqis menggiat. Sengaja dia ingin menyakiti hati Uzer tanpa dia sedar niatnya itu telah menggguris hati Lisa.

“Kau jangan nak burukkan keadaan Qis! Kau tak tahu apa-apa jangan main tuduh-tuduh je.” Uzer cuba mengawal kemarahannya. Balqis benar-benar telah mencabar kesabarannya.

“Dah lah, tak payah nak gaduh-gaduh. Macam Lisa cakap pada abang masa kita nikah dulu, sampai bila-bila pun Lisa akan percaya dengan abang. Dan malam ni Lisa percaya lamaran abang pada Lisa dulu tak ada sangkut paut dengan cabaran bodoh antara abang dengan Qis dulu. Abang tak payah nak risau. And you, Qis. Dah sampai masanya kau tahu cerita sebenar. Sorry sebab aku dah lama rahsiakan perkara ni.” Lisa menghentikan pergaduhan suaminya dan kawannya itu.

Dia memang sedia maklum, Balqis memang tidak pernah suka dengan Uzer sejak roommate nya ketika degree dulu dipermain-mainkan oleh Uzer hingga roommate nya itu seperti orang putus harapan untuk hidup.

Balqis memandang Lisa dengan penuh tanda tanya. Lisa pula memandang suaminya memberikan isyarat inilah masanya. Uzer hanya mengangguk sebelum menarik nafas panjang untuk memulakan cerita. Cerita yang sama seperti yang disampaikan oleh isterinya itu diulang semula. Kali ini menjadi halwa telinga Balqis pula.



“ADAM AND MARLIA DAH BERNIKAH
masa kita praktikal diploma dulu. And untuk pengetahuan you Qis, Waseem ni adalah anak mereka. Umur mereka tak panjang and Adam mintak Lisa jaga Waseem. Mereka meninggal akibat kemalangan sebelum Waseem dilahirkan. And the rest is history.”

Balqis mengeluh entah kali ke berapa. Antara percaya atau tidak sahaja. Tapi tengok gaya Uzer cerita and tengok muka Lisa yang serius tadi macam betul. Entahlah. Dia sendiri bingung. Mungkin betul. Tengok dari muka Waseem memang macam ada iras-iras Adam. Iras Marlia pun ada. Haih, percaya je lah. Lagipun Lisa dah janji nak tunjuk kubur Adam and sijil kelahiran Waseem nanti. Kubur Marlia?

Marlia dikebumikan dekat dengan orang tuanya di Mersing. Kalau nak pergi ziarah boleh je.”

Itulah yang dijawab Lisa bila ditanya perihal kubur Marlia tadi. Kenapalah selama ni Lisa berahsia dengannya. Menyimpan kesedihannya sendiri. Itu yang dia tidak gemar dengan perangai Lisa. Tidak suka berkongsi kesedihan. Dia ingat dia kuat sangat ke nak tanggung semua sendiri? Sekali lagi Balqis mengeluh sebelum dia mematikan lampu biliknya.

No comments: