Master pieces

Apr 20, 2012

Jom cuti!

Assalamualaikum.

Mood cuti dah mula menonjolkan dirinya. Hoyeah, balik kampung!

Tiga hari yang super serabut gara-gara applied study yang sangat dicintai. Bermula dari Selasa. Skip kelas petang, kononnya supaya dapat setel kan awal report yang bakal dihantar pada keesokan harinya sebelum 4 petang. Tapi, sedih sebab kami tak dapat nak buat banyak. Kena tunggu jugak malam untuk setelkan semua. Lepas Isyak gigih pergi fac pinjam moto housemate. Nak naik keta takut lambat sampai sebab group mate dah call bebel-bebel. Punya kelam kabut sangat baru sedar yang saya dah naik moto tanpa helmet. Sedar pun masa masuk pagar uitm. Tu pun sebab perasan macam ramai orang pandang pelik. Lalu depan pak guard pun dia pandang. Pegang kepala, "Ya Allah, tak pakai helmet!!" Pak guard tak dapat nak tahan sebab masa tu tengah tahap pecut. And the rest is history.

First time as a student, bermalam di fac. Tersangkut tak dapat nak balik sebab kerja tak siap.Last-last sampai rumah almost 8.30 pagi. Kepala dah pening. Masuk bilik, tarik bantal, and tido. Langgar semua kelas untuk hari tu. Teruk betul. Rabu, setelah tido tak ingat nak bangun tapi kena bangun jugak, perlu bersiap-siap ke fac lagi untuk setel kan slide presentation pulak. Ingatkan prepare slide tu sekejap. Tapi, kena tahan jugak dari 6 petang sampai 12 lebih. Sudahnya balik kena ikut pagar depan. Otak kena run laju sikit sebab tiba-tiba tak ingat jalan dari Seksyen 2 ke Seksyen 7. Jalan simple pun boleh lupa ke? Haih

Khamis, presentation. Saya present sikit je pun. Banyak jugak kena hentam group kami. Tapi sebab first group, panel tak berapa nak panas lagi. Masuk second group, panel dah mula panas. Keluarlah bermacam-macam soalan yang tak tercapai dek akal kami. Masuk third group, saya pun dah hilang fokus sebab dah lapar. Tapi sebenarnya masa second group lagi saya dah lari keluar beli keropok roda sebab dah lapar sangat. Habis presentation, keluar makan ramai-ramai dengan classmates. Makan sampai kenyang!

Harapan saya, nekad saya, untuk 2nd task nak buat awal-awal. So, takdelah kena bermalam kat fac lagi and tak perlulah langgar mana-mana kelas lagi. Serik okeh.

Wah, tak sabar nak duk rumah lama-lama. Boleh tak cuti ni tak nak fikir apa-apa? Nak makan, tidur, tengok tv je selama seminggu. Bertuahlah ayah dapat anak yang 'rajin' macam saya ni kan. Hihi. Ok, lecturer tanya tadi kenapa tak datang kelas dia masa hari Rabu. Alasan apa lagi yang saya ada kalau tak tertidur kan? -_-'

Wassalam.
May Allah bless.
(^_^)

Apr 16, 2012

Fantastic experience?

Assalamualaikum.

Weekend yang full. Full bukan sebab buat assignment, tapi full dengan part time 'amah'. Part time la sangat kan. Actually masa hari Rabu yang lepas, housemate saya ada buat announcement. Siapa nak tolong jaga baby Muhammad. Emak dia bagi upah nanti. Saya tiba-tiba rasa berminat pulak nak jaga budak. Bukan sebab upah tu tapi mungkin sebab time tu mood saya nak bermain dengan budak-budak tengah membuak-buak. Maklumlah, kan baru beberapa hari lepas bermain-main dengan Fawwaz kat kampung.

Bila dah mula menjaga, saya sedar. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu saya belajar untuk menjadi pengasuh yang baik. Maklumlah, kalau jaga anak sedara sendiri boleh mengelat sikit bila penat. Tapi yang ni...Haila, macam mana la dulu boleh berangan nak bukak nursery kan. Tapi Muhammad ok. Nakal budak-budak biasalah. Dah lah tersasul panggil Muhammad dengan nama Fawwaz masa tengah main-main dengan dia.Kecik ati mak dia kalau dengar. Huhu

Lepas ni kena fikir dua tiga kali la sebelum bersukarela nak jadi baby sitter. Bukan tak tahan dengan kerenah budak-budak, tapi Miss Bones saya yang tak tahan. Sampai je rumah, terus makan 3 bijik kalsium nak counter balik. Insya Allah berhasil lah.

Apapun, Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Biarpun segala yang berlaku adalah ketetapan Allah tapi jauh di sudut hati, saya rasa bersalah. Saya berkemungkinan telah menyebarkan kuman batuk kat Muhammad.Kesian sama itu budak. Semoga Allah segera menyembuhkan batuk dan selsema Muhammad.

Oh ya, by the way, nama Muhammad adalah Muhammad Naufal. Tapi saya asyik terpanggil Ahmad Naufal sebab rasa macam lidah lebih selesa dengan nama tu. Umur dia setahun 7 bulan. Budak comel yang mendapat tempat di setiap hati akhwat yang menyertai program daurah di Sentul. Alarm qiam untuk penghuni bilik di penghujung malam program. Semoga Allah sentiasa memelihara si cilik itu hingga ke akhirnya dan menjadi pemimpin ummah suatu masa kelak. Insya Allah. Tak lupa jugak titipan doa ini buat hero-hero saya yang super ramai di Johor sana. =)

May Allah bless.
Wassalam.
(^_^)

Tipikal perangai budak kecik ni memang suka tarik cermin mata yang dipakai kan? -_-'

Apr 10, 2012

Left or right brain?

Assalamualaikum.

Alhamdulillah hari ni dapat menikmati hari yang indah. Jarang sekali diri ini dapat berpoya-poya di hari Selasa yang setiap minggu boleh dikatakan 'sangat awesome'. Saya just nak share satu benda yang baru saya belajar malam tadi masa kelas value management. Macam mana kita nak tentukan kecenderungan otak kita. Mungkin ada some readers yang dah tahu.

Senang je. Mula-mula tepuk tangan macam biasa dua tiga kali. Then, tautkan tangan kita.


tautkan tangan macam ni

Sila tengok kedudukan ibu jari kita. Kalau macam dalam gambar ni, ibu jari kanan atas ibu jari kiri which is mean, si pemilik tangan ini cenderung menggunakan otak kanan. Make sure masa position tangan macam ni, tangan kita tu rasa selesa. Bukan sengaja buat-buat tau. My lecturer said, siapa yang kanan tu boleh masuk kelas drama lepas ni. Mine was left, so tak layak nak pi daftar kelas drama.Hihihi

Have fun. 
Wassalam.
May Allah bless.
(^_^)

This coming Thursday night is my graduation day in Amway but i have class in UiTM. Hopefully i still can be there although it's quite late. Sobs!

Apr 1, 2012

Sebarkan cinta Mu - Fatimah Syarha

Assalamualaikum.

Minggu ni tanak buat entri pasal BBS sebab ada insiden yang memalukan masa saya tengah bagi sharing atas stage. Waa... Stress bila fikir tau!

Pernah baca buku bertajuk 'Sebarkan cinta Mu'? Ditulis oleh Fatimah Syarha. Buku itu sangat menarik! Tapi saya baca langkah-langkah sebab nak jimat masa. Tebal pun boleh tahan. Nak teruskan baca rasa serba salah pulak dengan jurnal-jurnal yang dah saya download tu. Maka, dengan berat hati terpaksa lah pulangkan semula buku tersebut ke tuan empunya nya.Tapi kadang-kadang curi-curi baca jugak. Haha

Buku tu cerita pasal poligami. Pendekatan yang digunakan untuk menyampaikan cerita tu berbeza dengan buku-buku lain. Sebab tu walaupun tebal dan berunsurkan ilmiah, tak rasa boring bila baca. Bila baca buku tu baru tahu lebih lanjut mengenai poligami. Lelaki kan suka guna alasan sunnah Nabi bila bercakap pasal poligami ni. Sampai boleh menjatuhkan hukum sesuka hati pulak pada wanita yang menolak poligami. Tapi bila bab suruh berlaku adil, tanak pulak ikut sunnah kan.

Seseorang yang hadir dalam mimpi kita tak semestinya adalah jawapan bagi istikharah kita. Lebih-lebih lagi kalau berniat untuk jadikan orang itu sebagai isteri kedua, ketiga atau keempat. Sebelum pasang niat tu, tengok balik isteri anda. Kurang kat mananya dia tu sampai perlunya kita mencari yang lain. Kalau pun ada kurangnya kenapa tak cuba berbincang dan perbaiki dulu kan. Setia tu kan sunnah.

Disebabkan saya tak baca full maka tak boleh lah nak cerita lebih-lebih pasal kandungan buku ni. Takut ada tertambah isi pulak. Tapi bagi sesiapa yang sedang mencari-cari buku untuk dibeli, saya memang syorkan anda belilah buku ini. Insya Allah tak menyesal.Saya akan pergi memburu buku tersebut bila dah cuti semester nanti. Kalau buru sekarang takut tak tahan godaan nak menyelak dan membacanya nanti. Kalau ada orang nak bagi free buku tu kat saya lagi best. Hihi

Wassalam.
May Allah bless.
(^_^)

Saya tak menentang poligami tapi saya takut saya tak boleh menghadapinya sekiranya diuji. Maka lepas ni bolehlah berbincang dengan wali untuk letakkan syarat  ta'liq kalau ada yang masuk meminang. Ok berangan. Study pun belum habis lagi. Hihi tapi tak salah kan beritahu awal-awal kat wali saya. =)