Master pieces

May 9, 2012

Hafalan Shalat Delisa

Assalamualaikum.

Setelah berbakul-bakul air mata dibazirkan, setelah penat mata ini dirabakkan, akhirnya! Akhirnya saya dapat tengok cerita hafalan shalat Delisa! Hiperbola betul lah ayat! Tau lah excited.

Cerita ni saya sangat-sangat tertarik untuk menontonnya setelah membaca reviewnya sem lepas. Memandangkan saya ni tersangatlah 'bijak' dalam download mendownload movie ni, maka saya tak dapat tengok cerita tu sebaik sahaja cerita tu ditayangkan di youtube. Nak tengok kat Astro First pun tak sempat dan akhirnya setelah berbulan lamanya barulah saya dapat tengok. Terima kasih pada Encik Kawan sebab tolong download kan. Tu pun dah berminggu-minggu baru bagi.

Saya rasa ramai dah orang buat review pasal cerita tu. Cerita tu sedih. Saya yang cengeng lagi cembeng lagi gembeng ni sudah tentulah menitiskan air mata. Lagi lah mudah sebab hari saya tengok tu adalah hari di mana berlaku sejarah hitam dalam hidup saya sebagai seorang student. Sekali lagi hiperbola kan. Cis! Eh, tak. Memang betul lah hari tu hari yang sedih cuma takdelah sampai jadi sejarah hitam tu. Jadi pengajaran yang berguna je. Bila sekali ia dah curang, jangan sekali-kali percaya padanya lagi!*merepek*

Ada satu adegan tu, Delisa cakap kat mak dia. "Delisa sayang ummi kerana Allah." Mak dia terus nangis. Sebenarnya Delisa cakap macam tu sebab ustaz dia kata siapa yang cakap macam tu kat mak dia kemudian mak dia menangis, ustaz akan bagi hadiah. Masa tu fikiran saya terus teringat kat mak. Selama ni saya sayang mak sebab apa ya? Sebab dia wanita yang telah mengandungkan, melahirkan, dan membesarkan saya atau sebab mak adalah mak saya yang selama ini memanjakan saya macam anak mak tu saya sorang je atau saya sayang mak kerana Allah? Saya fikir lagi. Saya sayang ayah, keluarga dan kawan-kawan saya tu semua kerana apa ya? Saya sayang tak dengan saudara mara seislam saya selama ni kerana Allah?

"Orang yang saling berkasih sayang kerana Aku berhak mendapat kasih sayang-Ku." Saya yang macam ni sudah tentulah terasa hati dengan ayat Allah ni. Saya bukan tak teringin nak jadi yang macam tu tapi entahlah. I''ve tried tapi mungkin belum lagi masanya. Sabar tu kan indah. Tapi nak tunggu yang indah tu lah selalunya kita tak sabar. Akhirnya, kita terjebak dengan keindahan yang sementara sahaja sebab tak sabar.

Part tu bukan part yang buat saya menangis. Cuma tertarik nak menarik keluar part yang tu sebab teringat pasal kasih sayang ni lah. Keindahan sesuatu hubungan tu terletak pada niat kasih sayangnya. Latih hati, latih diri untuk sayang semua orang kerana Allah. Bukan sebab dia kaya, dia cantik, dia baik, atau dia apa-apa lagi lah. Dan jangan sesekali benci orang sekalipun dia ingkar pada Allah. Benci pada perbuatannya je sudah la. Hanya Allah sahaja yang berhak menjatuhkan hukuman. Bukan kita yang tentu-tentunya asal sama dengan dia. Noted! Jangan biar cas negatif bermaharajalela dalam diri. Jangan biar dunia yang mengawal hati kita. Jangan biar nafsu yang mengemudi hala tuju kita. Sudahlah berasal dari air yang hina. Takkan kita nak biarkan diri kita ni pun pergi dalam keadaan yang hina juga? Na'uzubillah.

"Apakah setiap orang daripada orang kafir itu ingin masuk syurga yang penuh kenikmatan? Tidak mungkin! Sesungguhnya Kami menciptakan mereka dari apa yang mereka *ketahui." [70:38-39]
*Manusia diciptakan daripada air mani yang hina. Maka selayaknyalah mereka masuk neraka jika tidak menurut pimpinan para Nabi dan Rasul untuk meningkatkan diri ke tahap makhluk yang mulia. Wallahu'alam.

Wassalam.
May Allah bless.
(^_^)

No comments: