Master pieces

Mar 3, 2011

(6)

“KAU INGAT LAGI TAK DENGAN UZER?” Lisa bertanya pada Balqis. Tak sempat nak tunggu esok, dia menelefon Balqis untuk menyampaikan berita penting ini. Penting? Ye kut.

“Uzer? Uzer, Uzer, member baik Adam tu ke?” Balqis menjawab pertanyaan Lisa dengan soalan.

“Ye lah. Uzer, budak gorgeous dalam kelas kita dulu. Kau tak ingat ke?” Lisa sudah tidak sabar.

“Gorgeous? Excuse me! Tu kat mata kau je tau.” Balqis mencebik.

“Ah, apa-apa je lah. Tadi aku terserempak dengan dia tau. Aku nak buat-buat tak kenal je sekali dia tegur aku la pulak. Kau tahu kan Qis macam mana perasaan aku pada dia and betapa alahnya aku bila bercakap dengan dia.” Lisa mengeluh. Seketika kemudian dia beristighfar menyedari kekhilafannya. Mengeluh tu kan salah satu tanda kita tidak redha dengan takdir Nya.

“Sekarang pun kau masih rasa macam tu ke Lisa?” Balqis bertanya serius.

“Hmm..” Pendek.

“Lisa, Lisa, aku tak tahu la nak cakap macam mana. Agaknya sampai sekarang kau tak bersedia terima pinangan orang sebab kau masih ingat dekat Uzer kut.” Balqis membuat andaian.

Saja je dia berkata begitu. Bukan Lisa sayang gila kat Adam ke dulu? Mana mungkin dia menunggu Uzer yang ramai peminat tu dulu. Ah, ke manalah Adam ni menghilang?

Lisa terkaku dengan andaian Balqis itu. Benarkah dia masih menyimpan hati pada lelaki itu? Dia sendiri tidak pasti.

“Ish kau ni Qis, entah-entah dia dah kahwin. Kau tahu je lah dulu berapa ramai yang minat kat dia. Dia tinggal pilih je mana-mana yang dia nak. Lagipun aku ni mana lah wujud dalam hidup dia. Aku je yang syok sendiri dulu.” Lisa bersuara monotoni.

“Kau tak tanya dia ke masa kau jumpa dia tadi? Dah kahwin ke belum? Anak berapa?”

“Tak. Dia banyak sembang dengan Waseem je tadi. Bila dia tanya baru aku jawab.” Lisa menjawab perlahan.

“Kau ni lah. Tak reti nak gunakan peluang yang ada. Korang ada tukar-tukar number phone?” Balqis bertanya lagi.

“Ada. Dia kerja kat sini sekarang. So, dia kata kalau ada apa-apa boleh mintak tolong kat aku sebab dia pun alone kat sini.”

“Yelah sangat alone. Dia bukan spesies tu Lisa.” Balqis mengingatkan. Bukan apa, dia takut Lisa terjebak dengan permainan Uzer. Uzer tu kan boleh dikategorikan buaya. Dulu. Tak tahu lah sekarang dah berubah ke belum.

“Aku tak tahu lah Qis. Rasa macam nak tukar number phone pulak.”

“Erk, apesal pulak? Entah-entah si Uzer tu tak contact kau pun nanti. Mintak nombor pun sebagai syarat je. Dah lah Lisa, kau tak payah nak serabutkan kepala otak kau fikir pasal dia. Kan kau sekarang dah ada Syafiq.” Balqis sudah tersengih-sengih. Kalau Lisa ada di hadapannya pasti lengannya sudah menjadi mangsa cubitan Lisa.

“Ish, kau ni Qis. Aku dengan Syafiq kawan je lah. Aku ni dah tua lah Qis untuk fikir pasal hal tu.”

“Aku belum tua lagi Lisa.” Balqis bersuara tegas. Kalau Lisa kata dia sudah tua bukankah bermakna dirinya juga tua? Mereka kan sebaya. Ah, Lisa ni! Bercakap malam tak nak jeling-jeling. Eh, ada ke peribahasa macam ni? Lantaklah.

“Kau jangan salah faham Qis. Kan aku kata aku yang dah tua. Aku tak kata pun kau tua jugak.” Balqis ni pantang betul kalau orang sebut perkataan tua. 27 tahun bukankah sudah tua?

“Kau suka rasa diri kau tu dah tua lah Lisa. Sebenarnya kau sengaja set kan minda kau macam tu supaya kau tak perlu susah-susah fikir untuk cari pasangan hidup. Kau dah menidakkan fitrah kau sebagai seorang wanita yang perlukan pasangan hidup. Kot ya pun kau nak jaga Waseem takkan lah sampai kau korban kan hidup kau Lisa? Lagipun Waseem tu sampai bila nak hidup dengan hanya bergantung kasih sayang seorang ibu je? Dia inginkan kasih sayang seorang ayah jugak. Kau jangan pentingkan diri sendiri Lisa.” Balqis sudah mengeluarkan ayat-ayat powernya. Dia tahu Lisa pasti akan terasa hati dengannya nanti tapi sampai bila dia harus biarkan Lisa begitu? Lisa harus disedarkan yang dia tidak akan mampu untuk hidup tanpa teman hingga ke hari tuanya nanti.

“Qis...” Lisa sebak. Dia hanya ingin meluahkan sahaja tadi tapi kenapa tiba-tiba Balqis beremosi begini?

“Kau fikirlah Lisa kata-kata aku ni. Langit tak selalunya cerah. Satu hari nanti kalau kau jatuh sakit, siapa nak jaga kau? Siapa nak jaga Waseem? Kau perlukan teman hidup Lisa. Aku tak mampu nak sentiasa ada di sisi kau. Macam tu jugak mak kau. Fikirlah Lisa. Aku mohon.” Balqis bersuara lagi tapi suaranya sudah tidak setegang tadi.

Ah, Qis! Kau bercakap seolah-olah aku perlu membuat keputusan menerima lamaran orang. Tak ada siapa pun yang datang melamar aku lah Qis! Lisa hanya mampu menjerit di dalam hatinya. Benarkah selama ini dia telah menidakkan fitrahnya sebagai seorang wanita?


KAN DAH AGAK! Lisa membaca semula message yang baru diterimanya. Dia tidak ingin lagi mengeluh tapi...

Morning. Boleh kita lunch sama hari ni? I ambil you nanti.
-Uzer-


Firasat hatinya memang tepat. Uzer pasti akan menghubunginya. Dari pandangan mata Uzer semalam dia yakin ada banyak persoalan yang bermain di benak lelaki itu. Uzair Ahmad Faris. Ah, kenapa begitu sukar untuk dia mengatakan tidak pada ajakan lelaki itu?


UZER MEMANDANG LISA YANG BEGITU ASYIK MENGACAU AIR DI HADAPANNYA. Entah apa yang dia hendak sebatikan agaknya di dalam minuman itu. Gula sudah jelas telah sebati.

“Betul you tak nak makan?” Uzer bertanya. Tak laparkah wanita itu? Perutnya saja sudah bermainkan macam-macam lagu minta diisi.

Lisa hanya mengangguk. Dia sepatutnya mengajak Balqis tadi. Tapi dek kerana ego, dia abaikan sahaja niatnya itu. Sudah tentu dia masih berkecil hati dengan kejadian malam tadi. Tambahan pula sepanjang di ofis tadi Balqis tidak ada menunjukkan tanda-tanda hendak bersembang dengannya. Sampai bila mereka harus membisu begitu agaknya? Entahlah.

“You memang suka berangan ke?”

Lisa tersedar yang dia bukan keseorangan ketika ini. Dia hanya tersenyum malu mendengar perlian lelaki di hadapannya ini. Apa dah jadi ni Lisa? Mana prinsip kau untuk tidak keluar berduaan dengan lelaki yang bukan muhrim?

“Dah lama ke kerja kat company tu?” Uzer cuba mengajak Lisa bersembang. Dari tadi senyap saja. Terbantut segala soalan yang ingin dia tanyakan pada Lisa.

“Tak jugak. Belum setahun pun lagi. Before ni I kerja kat company lain.” Lisa beramah. Orang bertanya, kita jawablah kan.

“Oh, lama tak dengar cerita pasal you. Lepas habis diploma terus menghilang. Ingatkan dapat jumpa masa degree tapi rupanya you tak sambung. Adam and Marlia pun tak sambung jugak. Macam dah rancang je kan you all ni.” Uzer tergelak kecil.

Terus terang saja lah Uzer soalan yang kau ingin tanyakan. Tak usah hendak bermain kata seperti ini. Lisa tidak mampu menyuarakan isi hati nya ini.

“Erm, actually kalau boleh I nak tahu status hubungan you dengan Adam. Seperti yang kita sama-sama tahu Adam dah pun berkahwin dengan Marlia masa kita practical training. And now you ada anak dengan Adam. Apa dah jadi pada Marlia? Or you jadi madu dia sekarang?” Uzer memberanikan diri bertanya. Seolah-olah dia memahami isi hati Lisa seketika tadi.

Lisa tenang saja. Soalan yang sudah dijangka. Jawapan saja yang dia belum sempat nak rangka. Dia hendak menjawab jujur atau tipu? Kalau tipu nanti akhirnya akan terbongkar juga kan? Dia menarik nafas dalam mengumpul kekuatan untuk menjawab soalan itu.


APA MAKSUD SEMUA NI? Lisa bungkam. Baru seketika tadi dia mendapat message dari Syafiq yang menyuarakan hasrat hatinya. Belum sempat dia membaca habis ayat di dalam message itu mak pula telefon. Itu yang paling mengejutkan. Keluarga Uzer datang merisik dan ingin terus meminang! Mak kata kalau pinangan diterima minggu depan majlis pernikahan akan dilangsungkan. Uzer yang minta begitu. Gila apa mamat ni! Kenal betul pun tidak lagi nak nikah cepat-cepat pulak. Entah-entah dia tu masih buaya lagi. Masa lunch dua hari lepas tak ada pun dia beritahu hasrat hatinya tu? Serabutnya! Berumah tangga sudah tidak pernah ada lagi dalam rencana hidupnya selepas dia menggalas tanggungjawab menjaga Waseem. Sebab itu lah dia tidak pernah berminat dengan segala rencana emaknya yang mahu menjodohkannya dengan si pulan si pulan. Tapi tiba-tiba hari ni? Benarlah, manusia ini hanya mampu merancang.

3 comments:

Anonymous said...

=)

aku ni.

dia cakap ape dekat Uzer? suspen weh. syafiq pulak dan-dan nak memikat jugak. what happen to adam and marlia actually? come on update lagiiiiiii!

hikari said...

xckp aku ni pun aku dh tau sape..=)

Anonymous said...

eh tahu eh? wahahah.