Master pieces

Sep 28, 2011

Bersih tapi taharah tak?

Assalamualaikum.

Mood sekarang tengah frust!
Oh, ya..Hari ni last day bulan Syawal kan.
Selamat Hari Raya Aidil Fitri..hehe
Lepas ni jumpa Aidil Adha pulak.

Kenapa saya frust? Malas nak cerita sebenarnya
Tapi, cerita lah jugak sikit.
Frust sebab tak faham masa kelas measurement tadi.
Dah tanya tapi point tu macam tak boleh nak sampai.
Tak berapa nak suka sangat sebenarnya buat measurement
in group sebab kita tak boleh nak guna idea kita sepenuhnya.
Ditambah pula dengan keadaan kejar masa.
Kalau tiba bab measurement ni memang emosi terover sikit.
Maafkan lah saya yang serba kekurangan ni..huhu

Dah lah, bukan nak cerita pasal ni pun sebenarnya.
Masa hari Isnin lepas, Alhamdulillah saya diberi kerajinan
dan juga kelapangan untuk menghadiri satu majlis agama.
Kuliah Maghrib. Venue dekat je dengan bilik.
Hanya jalan beberapa langkah, turun dua flight tangga,
jalan sikit lagi, dah sampai. Dekat kan?
Jadi, adalah sangat tak patut kalau saya tak pergi.

Tajuk kuliah malam tu taharah wanita.
Banyaklah yang ustazah tu sampaikan dan banyak persoalan
yang telah kian lama bermain-main dalam fikiran saya
akhirnya terjawab. Tapi, banyak jugak point yang saya lupa.
Nak buat macam mana, berangan sangat nak jadi Imam Syafie kan,
sampai buku nota dan pen pun malas nak bawak. Ish, ish, ish.

Ada orang tanya, bagaimana dengan keadaan solat orang
yang mengalami buang air kecil yang tidak lawas.

Ustazah : Masa cuci tu, awak kena yakin yang awak dah betul-betul
bersih. Kena yakin! Pakailah pantyliner or whatever things
masa solat tu. Kalau terkeluar masa tengah solat, dimaafkan.

Bertahun-tahun dalam fikiran saya ni, baju yang kita pakai kotor
sebab mungkin terseret dengan lantai yang kotor masa kita jalan,
pergi toilet, ataupun terkena apa-apa yang kotor tanpa kita sedari.
Tapi, ustazah kata dimaafkan. Islam itu mudah.

Tapi, saya tak boleh nak terima kalau kita sengaja duduk kat laluan
yang memang dah kita tahu orang  pijak dengan kasut then
baju tu kita buat solat. Bukan macam tu dah terang-terang ke kotor?
Kalau dah tahu baju tu nak buat solat, jagalah sikit kebersihan baju tu.

Isu taharah ni saya pernah jugak bincang dengan kakak saya.
Kakak saya ni dia suka basuh pakai mesin basuh yang manual.
Ala, yang sebelah untuk basuh sebelah lagi spinner dia.
Saya tanya kenapa tak pakai mesin auto. Kan senang.

Kakak : Kalau ikutkan kita basuh baju tu memang bersih.
Tapi, taharah tak? Air bilasan baju dalam mesin auto tu pusing
air yang sama. Kemudian buang, keringkan, kita sidai, lipat
dan pakai. Bila kita basuh baju, semua jenis pakaian dicampur
sekali. Mungkin ada salah satu tu kotorannya adalah najis.
Maka, apabila dibasuh dan dibilas sekali, najisnya tu bukankah
terkena pada baju-baju yang lain jugak?
*faham ke?*

Ayat mudah macam ni lah, kakak saya rasa bila kita bilas baju
tanpa menggunakan air yang mengalir, najis pada baju takkan hilang.
Pusing-pusing ke situ jugak. Jadi, dia tak puas hati.
Sebab tu lah dia lebih suka pakai mesin basuh yang manual tu.
Kalau pun kadang-kadang dia terpaksa pakai mesin auto,
dia akan bilas berulang kali. Ataupun, buat bilasan terakhir di luar.
Mungkin ada yang fikir kakak saya terlalu mementingkan
kebersihan kan. Tapi, penjelasan dia tu memang buat saya
berfikir jugak. Saya rasa ada betulnya apa yang dia katakan tu.
Tak salah kalau kita terlalu mementingkan kebersihan
untuk menghadap Allah kan. Tapi, janganlah sampai
kita rasa ianya membebankan.

Kita basuh baju kita, campur sekali dengan baju adik-adik,
campur telekung mak, campur kain pelekat ayah yang memang
digunakan untuk solat, campur lagi dengan pakaian dalam
entah sesapa punya. Hah, cuba fikir jap. Baju kita mungkin bersih kot.
Setakat baju buat ulang pergi kelas, telekung mak confirm lah bersih
daripada najis. Cuba pulak fikir adik-adik kita. Mana kita nak tahu
kot kalau ada adik-adik kita yang terkucil dalam seluar,
tak pun muntah(baby). Tak ke kesian kat telekung mak dengan kain
pelekat ayah kita tu? Boleh je kalau nak basuh campur semua sekali.
Tapi, bilaslah dulu baju-baju tu.

Apa yang saya nyatakan di atas ni takde dalil-dalil mahupun
hadisnya, tapi saya rasa bila bercakap pasal isu bersih dan
juga taharah ni kita sendiri boleh menilai kan. Jadi, pastikan
pakaian kita bersih bukan sahaja daripada kotoran tetapi
juga pastikan ia bersih daripada najis lebih-lebih lagi bila
pakaian tersebut kita akan guna untuk bersolat.
Saya hanya ingin berkongsi. Carilah taharah dalam
penyucian, bukan setakat kebersihan sahaja.

Wallahualam.
Maaf kalau ada yang tidak kena kerana ini
hanya pendapat yang dirasakan rasional.

May Allah bless.
Wassalam.
(^_^)

p/s : asal tepon ayah mesti nak feeling lebih.
awak tu dah besar lah!

Sep 25, 2011

Berakhir sudah.

Assalamualaikum.

Macam yang saya khabarkan dalam dua entry saya yang lalu,
hari ni saya akan menghadiri satu temuduga di Putrajaya.
Ya, hari ni! dan ia telah pun berakhir pada pukul 10 pagi tadi.
Tu turn saya la. Masih ramai lagi yang duduk
di ruang menunggu masa saya balik tu.

Seawal 6 pagi saya dah bangun untuk bersiap-siap
menghadiri interview tersebut. Dalam surat kata bas
akan bergerak pukul 7 pagi. Tu yang bangun agak awal dari biasa.
Dah siap tu, tunggu la kat pagar nak keluar kolej tu.
Tunggu kawan yang sudi menemani saya untuk ke putrajaya tu la.
Hujan. Tengok gaya pun macam bas takde je. So, kami pun jalan lah kaki.
Sampai kat Dewan Tuanku Naib Canselor, tiba-tiba nampak bas UiTM.
Apa lagi, kami pun tahan dan naik lah. Rupa-rupanya bas tu lah yang
akan menghantar calon-calon temuduga ke Putrajaya.
Jadi, kami pun duduk je lah dalam bas tu sampai ke Putrajaya.

Sampai agak awal, sebelum pukul 8 lagi.
Check nama kat list yang diorang dah tampal and then daftar nama.
Saya dapat turn nombor 3. Ok la tu. Takde lah kawan saya tunggu lama.

Oh, ya. Saya belum beritahu kan interview apa yang saya hadiri ni.
Saya hadiri interview untuk biasiswa Skim Latihan Tenaga Pengajar.
Kalau layak mendapat biasiswa ni, insya Allah lepas habis belajar
akan dipanggil untuk menjadi lecturer di mana-mana
Politeknik ataupun Kolej Komuniti. Jadi, semasa interview,
calon dikehendaki mengajar mana-mana subjek
yang disukai di hadapan interviewers. Untunglah saya sebab dapat ajar
subjek yang memang saya dah prepare and yang saya suka. Alhamdulillah.
Macam 1st candidate tu, interviewers yang request ajar topik mana.
Tak macam terkulat-kulat pulak kan. Prepare subjek lain kena ajar tajuk
lain. Huhu.

Encik interviewer belek-belek borang permohonan saya,
then rupa-rupanya kami ni sekampung je.
Tak pasal je dia tanya pasal sejarah Parit Sulong.
Mestilah saya tak tahu walaupun dah 22 tahun duduk kat situ.
Dia tanya jugak siapa ADUN Parit Sulong and kat mana rumahnya.
Nasib baiklah kenal jugak walaupun tak tahu full name dia.

Encik interviewer : Hari ni surat khabar cerita pasal apa?
Saya : *tersengih-sengih* entahlah encik.
           Saya tak baca surat khabar hari ni.
Encik interviewer : Awak baca surat khabar apa? Metro?
Saya : Berita Harian dengan Metro.
Encik interviewer : Tak baca english paper ke?
Saya : Tak. *sekali dengan geleng kepala*
Encik interviewer : Hari ni surat khabar cerita pasal apa? *ulang soalan*
Saya : *ulang jawapan yang sama*
Encik interviewer : Cerita pasal hudud. Awak ada dengar kat
                            mana-mana?
Saya : Ada terbaca kat facebook. Kalau tolak hukum hudud maknanya
          menolak hukum Allah.
Encik interviewer : Jadi awak macam mana? terima tak hudud ni?
Saya : Terima tapi dah pemerintah taknak jalankan
           nak buat macam mana.
Encik interviewer : kenapa pemerintah taknak jalankan hukum
                            tersebut sedangkan pemerintah tu seorang muslim?
Saya : Sebab dia takut MCA keluar dari UMNO.
         *muka innocent+blur*

Encik dan Puan interviewer tergelak kecil mendengar jawapan saya.

Ok, saya dah tersasul dalam memberikan jawapan.
Sepatutnya saya mana boleh keluarkan isu politik
masa interview dengan pihak kerajaan memandangkan
saya ni masih seorang mahasiswi. Adeh,
nasib baik Puan interviewer tolong cover. Tapi, dapat jugaklah
sedikit pesanan penaja dari Encik interviewer. Hihihi.

Lepas habis interview, saya dengan kawan saya pun fikir cara
untuk pergi ke KL Sentral.Kalau nak tunggu bas UiTM
sangatlah lambat lagi nak sampai. Bas Nadi Putra tu pulak
sekali tak sekala je nak naik kat PICC tu. Tiba-tiba teringat ada sorang
classmate saya orang Putrajaya. Terus cepat call dia and Alhamdulillah
dia dapat tolong hantar ke Putrajaya Sentral.
Big thanks to him.

Pasal interview ni, saya tak nak mengharap lebih-lebih sangat.
Nanti kecewa. Hati ni sebenarnya berat je kalau dapat macam
akan dihantar ke luar semenanjung. Kalau sebelum interview
rasa berat ke Kelantan, lepas interview rasa berat ke Sabah.
Poli hanya dua negeri ni sahaja yang ada QS.
Kolej Komuniti tak tahu lah pulak. Macam takde je.
Berat-berat tu semua kalau dapatlah. Kalau tak dapat,
Johor is enough for me untuk cari rezeki as a QS.
Insya Allah. =)

Big thanks to her yang sudi teman hingga ke PICC.
Lain kali boleh temankan lagi. hehehe

May Allah bless.
Wassalam.
(^_^)

p/s: next week turn ypj pulak. bersusah-susah dahulu
       bersenang-senang kemudian. oh, interview!

Sep 22, 2011

Novel dan dot dot dot

Assalamualaikum.

Akhirnya hari ni dapat jugak habiskan baca satu novel!
Ish, ish, ish...orang duk sibuk study kau pergi baca novel?
Apa nak jadi niiiiii!

Ala, sekali tak sekala pun dapat baca novel.
Novel ni pun hadiah kawan bagi, so baca je la.
Nak tahu tak novel apa saya baca?


Kalau baca novel kak Nazurah Aishah ni
mesti tak sah kalau takde feeling sad inside.
Semua novel dia mesti nak ada sedih-sedih.
Sama lah macam novel ni.
Pa'kal je la masa baca part sedih tu dalam dewan
kalau tak kompem banjir dah. hehe

Just a simple story.
Bercinta bertahun lama, sayang sesayang sayangnya
tapi bila tak dapat restu, takkan nak teruskan.
Kita ingat apa yang kita rancang
untuk diri kita dah cukup baik tapi
sesungguhnya rencana Allah buat kita itu yang lebih baik.

Haila, haila.
Siapa yang tak nak lelaki baik?
*ni takde kaitan dengan cerita novel ni*
Saya rasa perempuan-perempuan yang ada 
kat dunia ni semua nak lelaki yang baik untuk dijadikan suami.
Betul tak?

Saya pun mestilah nak cari lelaki yang baik.
Saya tak harap pun untuk dapat seorang suami 
yang mempunyai gelaran ustaz apatah lagi ulama'.
Jauh sekali.
Tapi, cukuplah bakal suami saya tu 
seorang yang tahu akan tanggungjawabnya.

Tanggungjawab sebagai hamba Allah,
sebagai seorang anak, seorang menantu,
seorang suami, seorang abang, seorang ayah,
dan macam-macam seorang lagilah.

Man: Hey, banyaknya tanggungjawab aku!
Woman: Mestilah banyak. Fitrah seorang lelaki kan 
              memang banyak tanggungjawabnya. Sebab tu
             Allah bagi 9 akal.

Betul tak lelaki?

Tapi zaman sekarang ni nak cari lelaki yang faham 
pada tanggungjawab tu memanglah amat-amat payah.
Kalau jumpa yang baik pada kedua ibu bapa
mesti kantoi pada mertua tak pun bini.
Yang baik pada mertua pulak kantoi dengan
ibu bapa sendiri.yang baik pada ibu bapa, mertua,
and bini pulak mesti nak kantoi dengan Allah.
Yeah, manusia takde yang sempurna.
i know that tapi...entahlah.
Benda basic kot! kan lelaki?

Tengok orang kahwin ni nampak macam syok je kan
tapi, bila fikir-fikir balik seram sebenarnya.
Seram sebab rasa belum mampu lagi.
Jadi, baiklah habiskan study, kerja pastu settle kan hutang.
Takde lah seram sangat kan.

Seram jugak sebenarnya.
Takut tak cukup masa nak settlekan hutang tu.
Tak pasal je tergantung kan.
Tu la, dulu rakus sangat.
Kan dah padan muka sekarang.
Eh, bukan sekarang. Future.

Sebenarnya idea tadi bukan nak buat entry macam ni
tapi takpe lah. layan je idea yang ni. sebelum merapu
entah apa-apa baik stop dulu.

May Allah bless.
Wassalam.

p/s: tadi tutti fruity dah kebas banyak duit dalam wallet. sorry ayah
      sebab dah terboroskan duit..huhu 

Sila berhenti online and please do study your drawing!
Kang tak pasal ada yang terkulat-kulat dalam kelas esok.

Sep 18, 2011

homesick+teruja

Salam 'alaik.

Semester ni rasa macam tak best je nak belajar.
Homesick pun semakin melampau-lampau.
Entah apa kena tak tahu lah.
Walhal baru je sampai Shah Alam Maghrib tadi dari Johor.
Okey, tolong jangan layan mengada-ngada ni ye.

Seperti yang dirancang, hari ni sepupu saya sudah sah bergelar isteri.
Alhamdulillah.

Tak sempat nak tengok time dia nikah tadi.
Terlewat datang. Sampai je, pengantin lelaki tengah baca apa entah.
Penerimaan tanggungjawab kot.
Habis kena sakat dua-dua masa part salam and cium dahi.
Biasalah tu kan. Hehe

Tak sempat jugak nak tengok pengantin naik pelamin
sebab dah nak kena balik Shah Alam.
Haih, nak buat macam mana.
Tunggu je lah orang upload gambar.

Memandangkan cik perut saya ni kalah dengan nasi beriyani
maka saya pun malas la nak bawak nasi kenduri kawen tu.
Tapi, tup-tup masa kereta nak bergerak pergi je ada pulak orang kejar.
Ya, sepupu saya sebelah rumah yang bakal berkahwin hujung tahun
nanti yang mengejar dan menghulurkan sebungkus berkat.

"Ni nasi untuk ____."
"Ala, terima kasih."

Terkeluar jugak word ala tu.
It should be Alhamdulillah kan bila dapat rezeki.
*geleng kepala*

Rasanya cukup kot setakat ni.
This week tak boleh balik.
Ingatkan nak pergi menyibuk kat kolej kawan kat UKM
tapi terpaksa cancel la sebab kena attend interview
kat Putrajaya Ahad ni.

Auwww, serius memang teruja sebenarnya.
Sesiapa yang murah hati, tolong doakan saya ya.
Semoga dipermudahkan sepanjang proses interview nanti.

All the best for me and also to my cik kazen.
Ada rejeki ya bisa jadi lecturer nanti.
Hopefully, amiin~

May Allah bless.
(^_^)
Wassalam.

Sep 12, 2011

keanak-anakkan atau mengada-ngada?

Assalamualaikum.

Alhamdulillah dah selamat sampai Shah Alam Zuhur tadi.
Angkat barang, cot cet sekejap lepas tu abang terus balik.
Sedih tapi masih kental untuk bertahan daripada menangis.

Sepanjang perjalanan dari Melaka hingga ke Shah Alam
hujan tersangatlah lebat. Sukar untuk melihat sekeliling.
Pandangan mata hanya fokus ke hadapan
supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini.

Hanya nak taip one word,
untuk menggambarkan seluruh rasa dan perasaan
yang bersarang di hati pada ketika ini.

SEDIH  (T_T)

Tanggungjawab saya pada UiTM masih berbaki.
Maka, apa jua perasaan yang hadir
dalam jiwa haruslah ditolak tepi.
Sekejap je sedih ni. (harap-haraplah)

Rasa macam too childish untuk semua ni kan.
Tapi saya tahu bukan saya sorang je yang rasa macam ni.
Kalau betul ramai insan di luar sana yang ada perasaan macam ni
maknanya saya bukanlah mengada-ngada kan? (hehehe)

Apa-apa pun, live your life happily.
Tak kira di mana kita berada,
family tetap di hati! Hihihi

Pesanan untuk diri sendiri,
jangan tersengguk-sengguk dalam kelas ya!

Till then.
May Allah bless.
(^_^)
Wassalam.

p/s: baru duk kat Shah Alam dah nak sedih bagai ada hati nak kerja kat oversea. ceit!

Sep 8, 2011

ayuh kembali ke sekolah

Assalamualaikum.

Hai semua! Macam mane raya?
Ada sesape yang kempis poket bagi duit raya tak?
Saya masih lagi available untuk mendapat duit raya
maka takde lah masalah dengan poket yang mengempis ni.

Ya, minggu ni adalah minggu terakhir pelajar IPTA ber'honeymoon'.
Saya juga macam dah terdengar-dengar Anggerik
memanggil-manggil saya. Haila.

Tetibe saya rasa cuti yang panjang ni macam sekejap je
walhal sebelum ni rasa tak sabar je nak habiskan
cuti yang panjang berjela-jela ni. Manusia kan.
Sentiasa merasa tidak puas dengan apa yang diberi.

Niat di hati tadi macam nak mengemas sikit-sikit baju
tapi dah tergendala pulak.
Maka, tersadai sajalah baju-baju yang tak jadi nak kemas ni.
Ish ish ish teruk betul jadi anak dara kan.

Alhamdulillah balik kali ni abang nak tolong hantar.
Maka, bolehlah saya menyumbat pelbagai barang dalam kereta nanti.
Dah belajar tempat dekat, untungnya ni lah.
Ada jugak yang sudi nak hantar.
Kalau dulu masa kat perak,
takyah tanya pun tahu dah takde siapa yang nak hantar.
Memang dah kena siap-siap beli tiket nak balik sendiri.

Insya Allah Khamis depan akan balik semula ke rumah.
Hehe balik Shah Alam hanya untuk empat hari je.
Sekali lagi untung dapat belajar dekat ni. Alhamdulillah.

Masa sem lepas, saya selalu balik. Dua minggu sekali.
Sampai ada kawan-kawan cakap asyik balik je.
Macam orang takde kerja pulak.
Saya jawab, selagi boleh balik ni balik je lah.

Sebenarnya, kalau asyik nak fikir kerja yang banyak tu
memanglah kita akan berkira untuk balik.
Ala, balik pun jumpa mak ayah, bukan nak pi dating pun.

Ada pernah saya terbaca satu artikel ni tajuknya
kita tak boleh jadikan alasan sibuk untuk
tidak pulang berjumpa dengan mak dan ayah.
Macam panjang lah pulak tajuknya.
Lebih kurang macam tu lah tajuknya.
Tengok tajuk panjang maka isinya saya tak bacalah.
Saya rasa melalui tajuk pun mesejnya sudah boleh sampai.

Kalau masa belajar pun sudah sibuk tak ingat mak ayah
apatah lagi dah kerja nanti kan.
Silap-silap balik time raya je. Itu pun kalau dapat cuti panjang.
Haih, takut pulak saya nak fikir bila dah berkerjaya nanti.
Takut sibuk nak cari duit sampai lupa segalanya.

Hari Isnin nanti tak tahu gaya macam mana masuk kelas
Tersengguk time lecture tu rasanya wajib ada lah.
Lepas tu mesti ramai yang bersembang
tak henti-henti pasal dah lama tak jumpa kan.
Kena bangun awal pagi pulak. Buat assignments lagi.
Inilah lumrah students. Nanti bila dah kerja rindu dengan semua tu.

Bersempena nak mula sem baru ni
dalam hati kena tanamkan azam baru jugak.
Insya Allah boleh lebih sukses lagi dari yang lepas.
Yang penting kena kurangkan tidur dan
kena declare war dengan Encik Malas.
Yeehaa gambatte! *macam excited pulak*

Kepada kawan-kawan semua yang dah habis cuti,
selamat menjadi ulat buku, jurnal, dan assignments ya.


Jangan lupa, study study juga
rohani jangan lupa diberi makan.
Takut bila dah terlalu kebulur, ia akan mati.
(^_^)

May Allah bless.

Sep 5, 2011

old day #2

Assalamualaikum.

Last entry untuk old day nih.
Hari ni, akhirnya dapat jugak buat seperti yang telah dirancang.
Alhamdulillah segalanya telah dipermudahkan.
Boleh jugak kalau nak anggap aktiviti hari ni
sebagai hadiah untuk hari lahir tahun ni. hehe

Hari ni seawal 8 pagi dah gerak keluar dari rumah.
Sorang-sorang pergi rumah akak kat bandar.
Then, sampai rumah dia diorang siap-siap
nak pergi Hutan Lipur Gunung Soga.
Seorang anak sedara tak ikut sebab dia sayangkan tidurnya.
Sampai je terus mulakan pendakian.
Cewah, tak daki mana pun pasal along the way nak
ke puncak gunung tu dah ada ramp and tangga.
So, takde lah rasa tergelincir ke tersangkut akar pokok ke.
Memang takde cabaran pun mendaki gunung soga tu.

Masa naik saya rilek je.
Peluh pun macam segan silu je nak keluar.
Tapi, bila turun.
Masya Allah sampai bergetar lutut ni nak sampai ke kereta.
Padahal tak cerun mana pun laluan tu.
So far, kira ok la gunung tu kalau sekali sekala nak pergi.
Boleh beriadah sambil melihat pokok-pokok liar.

Lepas dah berpuluh-puluh kilo lemak dibakar
tibalah masa untuk bersarapan.
Ha, amik! Nasi lemak ayam goreng sepinggan. Nasi lebih ya.
Oh, tu bukan menu pilihan saya. Menu pilihan anak sedara saya.
Saya makan soto sama teh ais saje untuk sarapan. (saje?)

Lepas sarapan, balik rumah siap-siap nak
pergi beraya pulak rumah kawan-kawan.
Plan asal nak beraya dua rumah je.
Sebab ramai takde and ayah pesan suruh balik awal.
Sekali ter-beraya sampai lima rumah and terbalik lewat.
Huhuhu sorry ayah. Bukan selalu dapat beraya ni.

Memang best bila jumpa balik dengan
kawan-kawan yang dah lama kita tak jumpa ni.
Bukak balik kitab-kitab lama yang mencuit hati.
Bertukar cerita dan berita.
Mendengar pengalaman seorang kawan yang baru sahaja
bekerja sebagai nurse di Hospital Batu Pahat.
Memang kelakar lebih-lebih lagi bila cerita pasal
pesakit psy yang membuat cubaan untuk melarikan diri.
Dan baru hari ni jugak dapat  tahu ada peristiwa tragis telah
berlaku pada salah seorang anak kepada arwah cikgu kat STA dulu.

Aktiviti hari ni memang biasa saja tapi saya rasa seronok walaupun penat.
Umur panjang insya Allah boleh berjumpa lagi dengan mereka.

Alhamdulillah kerana Allah masih memanjangkan umur saya.
Semoga baki kehidupan saya ini tidak saya sia-siakan dengan begitu sahaja.
Saya tahu hari untuk saya kembali kepada-Nya juga
semakin hampir apabila umur semakin bertambah ni.
Semoga hari-hari yang bakal saya lalui sentiasa disinari dengan nur Ilahi.
Semoga Allah sentiasa memberkati hidup saya dan keluarga.
Dan semoga perginya saya nanti adalah sebagai seorang mukmin
juga seorang pencinta yang setia kepada-Nya.
Aamiin~

Selamat hari lahir buat diri saya sendiri.
(^_^)

ni kek dua tahun lepas punya birthday
May Allah bless.

p/s: appreciation to my friend, my very best friend and since saya adalah
      kak jiwanya maka dia adalah adik jiwa saya. hey soul sister!

Sep 3, 2011

old day #1

Salam 'alaik dan salam syawal ke-5

Dah 3 hari masuk bulan September
Bulan September ni special sikit untuk diri saya.
Kenapa? hehe
Sebab bulan ni adalah bulan di mana umur saya
akan genap bertambah setahun lagi.
Tinggal beberapa hari je lagi.
Oh, no! Saya dah semakin tua.

Jadi, saya nak buat entry pasal
kenangan-kenangan di hari lahir saya
sampailah hari lahir saya tiba nanti.
Boleh kan? Jangan risau, tak banyak pun.
Kalau tak boleh pun saya tetap nak buat jugak.

Hari lahir saya sama dengan hari lahir Shahir AF8
Dulu macam excited sangat bila dapat tahu
sebab saya memang minat betul dengan Shahir ni
Tapi sekarang, since dia dah ada gosip dengan tettt
and dia dah terlibat dengan bidang lakonan ni,
saya dah kurang minat. Kalau dengar nama
dia pun dah tak excited macam dulu.

Saya nak flashback balik masa hari lahir saya yang ke-14
Tahun tu adalah hari ulangtahun kelahiran saya yang paling sedih.
Sedih sebab sehari sebelum tu kakak saya telah
selamat menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Masa tu saya kat hostel.
Of course saya takde kat sisi dia masa dia meninggal tu.

Petang tu, pelajar Asrama Pusat Puteri Tun Aminah sedang berhimpun
Masa tu lepas makan malam kalau tak silap.
Saya tengah cuak masa tu sebab tinggal buku teks bawah meja kat kelas
Tiba-tiba warden panggil pulak nama saya.
Dah lah tengah duk kalut fikir pasal buku teks tu.
Aduh, saya ingat masa tu buku teks saya dah kena rampas.
Habislah saya kena beli buku teks sendiri.
Apa nak cakap dengan mak ni?

Sekali bila ke depan,
eh, tu macam kakak saya. Ada apa?
Saya pun berjalan ke arah kakak saya dan
kakak saya terus peluk saya.

"Kenapa?" Saya bertanya pelik.
"Kak ____ dah meninggal." Kakak saya menjawab sebak.

Masuk dorm kemas-kemas sikit barang terus balik.
Bukan balik rumah, balik rumah kakak saya dulu.
Malam lepas Maghrib ke Isyak baru balik kampung.

Masa sampai kat rumah, orang dah ramai.
Tapi jenazah kat hospital lagi.
Peluk mak sekejap, melepek tepi mak kejap.
Dah ok baru duduk jauh sikit.
Masa tu mak sihat lagi.

Dah tengah malam baru jenazah tiba.
Kakak, abang saya duk baca ayat Quran kat tepi arwah.
Saya tidur. Dah nangis banyak, mata ngantuk pulak.

Esoknya, hari lahir saya.
Kakak kejut bangun. Suruh saya sambung mengaji tepi arwah.
Lepas tu tolong mandikan jenazah.
Adik beradik perempuan semua tolong.
Sebab saya paling kecik, maka saya pegang kaki je.
Lepas solat jenazah, jenazah dihantar ke kubur
dengan menaiki kereta sebab kubur jauh.
Tak boleh lah nak usung jenazah hingga ke kubur dengan
berjalan kaki macam dalam drama melayu kat tv tu.
Saya tak dapat ikut pun sebab yang perempuan
semua tinggal kat rumah maka, takkan lah saya ni
tergedik-gedik nak menyelit ikut kan.

Al-fatihah buat arwah kakak saya
yang telah 8tahun meninggalkan dunia ini.

Rasanya itu je la satu tragedi pilu yang berlaku ketika hari lahir saya.
Jauh di sudut hati, ada terselit rasa terkilan sebab tak sempat
nak cakap kat arwah yang saya sayangkan dia.


Dulu masa kecik-kecik pernah cakap kat dia
yang saya tak sayang kat dia.
Haih. Manusia kan.
Masa kat depan mata tak pernah nak hargai.

Pemergian arwah kakak saya memang banyak
sangat-sangat memberikan pengajaran kepada
saya dan juga mungkin ahli kelurga saya yang lain.

Mati itu pasti. Saya tahu.
Dan satu hari nanti saya pula yang akan menyusul.
Perjalanan kita semakin hari semakin dekat
untuk bertemu dengan-Nya. Sudah bersediakah kita?
Saya, belum bersedia tapi saya tahu,
ajal bila dah tiba masanya takkan peduli sama ada
kita ni dah bersedia atau belum.

Hargailah segala yang ada di hadapan mata kita selagi ada
jangan dah takde baru nak hargai.

Hidup tak selalu indah
hari tak selalu cerah dan
hujan tak selalu menyamankan kita.
*erk, apa ni?*

Ok-ok. Till then.
Part 2 esok pulak.
Insya Allah.
Semoga kita senantiasa berada di dalam redha Ilahi.
Aamiin~
Wassalam.
(^_^)