Master pieces

Mar 4, 2012

La Tahzan

Assalamualaikum.

Esok akan bermulanya kuliah untuk sem 5. Biasalah kalau lepas cuti panjang ni mood nak belajar dah masuk air. Banyak atau sikit air yang masuk tu bergantung pada diri masing-masing lah.

Memandangkan saya takde apa nak buat, maka dengan rajinnya saya pun membacalah blog yang di share oleh seorang rakan di fb. Dia share mengenai blog si suami yang telah kembali ke rahmatullah tapi saya baca blog isterinya sebab kecenderungan saya untuk mengetahui perasaan si isteri yang telah kehilangan suami yang terchenta tersangatlah kuat.

Baca punya baca, saya sangat sedih. Kakak Mawar telah kehilangan nafastari untuk selamanya. Nafastari yang selama ini menyinari hidupnya dan anak-anak. Pada saya, Kakak Mawar memang seorang yang tabah dan kuat. Saya?

Allah baru uji sedikit sahaja saya sudah menjadi Syafiqah yang kosong. Kosong dari segi memotivasikan diri. Tapi, Allah kan Maha Penyayang. Saya tahu Dia takkan meninggalkan saya yang sedang kosong pada ketika ini. Kakak saya kata saya perlu sibukkan diri. Ya, sebab tu saya sanggup meredah hujan dan sesat di PJ dua malam yang lepas daripada saya duduk di rumah sorang-sorang menangis kesedihan. Haila Syafiqah.

Apa-apa pun, biar apa pun ujian yang Allah bagi kat kita, Allah pasti akan bantu kita untuk menghadapinya. Yang penting jangan pernah lupa untuk meminta dariNya dan jangan kita ragu pada kuasaNya. Allah sentiasa ada untuk bantu saya kan?

Kalau saya rasa saya dah cukup sedih, sebenarnya ada ramai lagi orang di luar sana yang lebih sedih daripada saya. Bersyukur apa ada nya. Alhamdulillah Ya Allah. =)

Wassalam.
May Allah bless.

No comments: