Salam 'alaik.
Tengok tajuk entry teringat pulak kat cerita
final destination yang sangat scary sampai tak sanggup
nak habiskan tengok yang season last tu.
teringat jugak kat cerita final fantasy yang belum
pernah tengok pun. tak tahu lah bila nak tengok..
ok, back to the title.
pernah tak korang rasa give up dalam life?
pernah tak korang rasa nak Allah ambil nyawa
korang time2 tu jugak?
pernah tak korang buat solat hajat mintak mati
dengan Allah?
siap mention date nak mati lagi...
the worst is, pernah tak korang rasa nak bunuh diri?
Astaghfirullah...mintak dijauhkan ya dari rasa-rasa ni
Kalau pernah, perlulah kita segera bertaubat.
semoga diterima taubat kita tu.
Tapi, pernah tak korang terfikir...
seorang hamba Allah yang berjantina perempuan
dia tidaklah terlalu alim tetapi senantiasa
memperbaiki diri agar tidak ada hijab
di antara dirinya dan juga Sang Pencipta.
Tiba-tiba satu hari ada seorang hamba Allah
bergelar lelaki juga mungkin bapak ayam
menculiknya dan kemudian meng'ayam'kannya.
Si gadis tersebut memang tiada ruang untuk melarikan diri.
Hari-hari dia menangis, merintih kepada Penciptanya
memohon taubat kerana telah melakukan dosa besar
walaupun bukan dengan kerelaan hatinya.
Tidak sedetik pun di hati mahu menyalahkan takdir Ilahi
kerana dia tahu, Allah sedang menguji imannya
tetapi, dia sudah tidak sanggup menjadi ayam lagi!
mahu membunuh diri? dia masih tahu dosa pahala
buntu!dia benar-benar buntu!
Ha, korang tahu tak?
kalau yang pernah baca novel Rooftop Rant karya Hlovate
mesti tahu, ataupun yang pernah terbaca dalam kitab-kitab hadis
berkenaan dengan hadis ni
Narrated from Anas: Rasulullah bersabda:
"None of you should long for death because of a calamity
that had befalled him; and if he cannot, but long for death,
then berdoalah. 'Ya Allah, let me live as long as life is better
for me, and take my life if death is better for me.'"
(Sahih Bukhari)
See! Allah tidak pernah mahu menyusahkan
hamba-hamba-Nya.
Setiap masalah yang Dia datangkan pasti ada penyelesaiannya.
Yakinlah pada Dia,
Allah Yang Maha Esa.
Berdoalah kepada-Nya
kerana Dia lah Yang Maha Berkuasa dan
Dia dekat dengan hamba-hamba-Nya.
Wallahu'alam.
Have your faith
May Allah bless
(^_^)
Reminder: jangan pulak kita ngada-ngada doa mintak mati ni suka suki je.
Ingat!ni untuk ujian yang sangat-sangat berat. Lagipula, kita bukan mintak mati,
kita mintak semoga dipermudah urusan. Mana yang baik untuk diri kita.
Jangan ada yang salah paham pulak ya.
No comments:
Post a Comment