Salam 'alaik.
Tiba-tiba hari ni terfikir pasal jodoh.
Ya, terfikir. Bukan sengaja nak fikir tau.
Jom baca sikit lirik lagu Siti Nurhaliza-Bukan cinta biasa (kot.. =.=')
Cintaku bukan di atas kertas
Cintaku getaran yang sama
Tak perlu dipaksa
Tak perlu dicari
Kerna ku yakin ada jawabnya
Ahah, saya pernah dengar Dato' Dr. Haji Fadzilah Kamsah
ulas pasal lirik lagu ni.
Dah lama dulu.
Sebelum heboh kisah Siti dengan Dato' K lagi.
Siapa kata cinta tu tak perlu dicari?
Cinta dan kasih tu bukan boleh datang bergolek tau.
Kita mesti kena usaha.
Then, Allah yang akan tentukan.
Pernah tak korang yang perempuan-perempuan ni terfikir.
"Ala, kalau jumpa lelaki baik and masih single pun
bukan dia pandang kat kita.
Takkan kita pulak yang nak pi approach kat dia dulu.
Karang orang kata perigi cari timba pulak."
Stop kejap.
Dalam Islam tak pernah wujud ayat perigi cari timba.
Saya ada pernah terbaca pasal ni.
Malangnya saya lupa sumbernya di mana.
Maaf.
Boleh je si perempuan pi melamar lelaki.
Tapi jangan pi sorang-sorang dah la.
Mesti bersopan and beretika ok.
Macam Jaja buat untuk lamar Ustaz Din.
Walaupun at first Jaja macam ada tak jujur sikit.
Alhamdulillah, usaha sungguh-sungguh Jaja tu
dengan izin Allah membuahkan hasil.
[sumber: novel Jaja&Din karya Noor Suraya]
Pernah tak kita terserempak or terjumpa or terberkenalan dengan someone.
Sudahlah cute, baik pula.
Ditambah lagi tahu menjaga hati kita.
Paling best, dia tu lengkap dengan pakej lelaki Islam yang sejati
walaupun dia tu bukan seorang yang digelar ustaz.
Then, wujud rasa cinta dan suka dalam hati.
Sampai satu tahap tu
kita tak boleh nak tahan.
Sampai kita ambil keputusan tekad
untuk beritahu dia yang kita suka kat dia.
dia nak suka atau tak, tak kisahlah.
Terburu-buru.
Jadi, jangan buat.
Kalau pernah buat, lain kali jangan buat lagi.
[pesanan untuk diri sendiri jugak]
Kalau kita jatuh hati pada seseorang.
Kemudian kita ingin sangat-sangat meluahkannya,
luahkanlah pada Dia, Allah Yang Maha Esa.
Kalau betul orang yang kita suka tu
Allah takdirkan untuk kita,
Insya Allah, Allah akan bukakan jalan
juga akan menguatkan lagi rasa cinta tu.
Tak adanya bila kita luahkan kat orang tu rasa cinta kita tu akan bertambah.
Kalau bertambah pun sekejap je.
Hujung-hujung nanti mesti akan timbul rasa bosan.
Sebab apa yang kita buat tu adalah belandaskan nafsu.
Nak buat apa-apa mesti fikir positif negatifnya dari perspektif Islam
bukan perspektif manusia sekarang.
Kadang-kadang Allah tak beri apa yang kita mahu atau perlu
bukan kerana Dia tak adil pada kita.
Tapi dia nak menguji kita.
Sejauh mana kekuatan iman kita ni
untuk menghadapi ujian-Nya.
Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. [94:5,6]
Insya Allah.
Cintailah seseorang kerana Allah.
Semoga kita senantiasa dilimpahi rahmat dari-Nya.
(^_^)
random question: korang-korang yang belum kahwin pernah rasa nervous
tak bila fikir siapa bakal peneman hidup korang? hehe...
2 comments:
kalau suka pada seseorang, luahkan saja pada tuan empunya badan atau ibu bapa dia.teruskan langkah untuk terus jadi sah! :P
random answer:rasa teruja kot ;)
kalau lelaki berani kot nak buat mcm tu on the dot. kalau perempuan, dah fikir 40 kali pun belum tentu nak buat..=)
komen ntk random ans: teruja?tu mcm bila dh tahu je..hehe
Post a Comment