Salam 'alaik.
Clash???
Putus cinta lah in my language..=)
tergerak nak buat entry pasal ni
since ada seorang saudara yang meluahkan rasa hatinya
yang sedang terluka dek kerana cinta.
cinta antara lelaki-perempuan
kalau cinta antara manusia-Allah mana pernah kita berasa kecewa kan
yelah, kerana Allah tu kan Maha Adil. Subhanallah
Biasanya kalau putus cinta, yang frust mestilah kaum hawa kan..
saya sendiri pernah 'ter'menangis sebab clash dan ditipu
lepas tu baru terpikir 'oh, betapa bodohnya aku nangis disebabkan oleh lelaki.'
dan selepas itu, 'hah, kau lelaki!jangan pernah mahu mempermainkan hati aku lagi.'
tapi, berbulan dan makan tahun jugaklah saya dihimpit rasa bersalah sebab dah buat seorang lelaki frust
(ceit, ayat macam perempuan hot kan)
lelaki tersebut frust hingga hampir 'ter'mengorbankan nyawanya. Astaghfirullah.
kalau nyawanya melayang, saya pasti akan rasa bersalah sampai bila-bila walaupun saya tahu itu sudah takdir Allah.
Alhamdulillah sekarang dia sudah sihat dan saya masih lagi berkawan dengannya. Kawan je ye!
setahun hanya contact 3 kali. masa birthday saya, hari raya eidul fitri dan juga semasa birthday dia.
may Allah bless him..Ameen.
ok, kembali ke topik asal.
based on my own experience(s),
kaum hawa ni akan frust bila clash sebab
(1) telah memberikan 100% kepercayaan kepada lelaki tersebut
(2) terlalu menyintai dan menyayangi si lelaki tersebut melebihi yang aula'
(3) yakin si lelaki tersebut akan menjadi suaminya
erm, sebab lain....
saya sendiri tak sure..=)
apa-apa pun, bila bercinta ni kita janganlah terlalu taksub
hinggakan yang jahat pun kita nampak baik
yang haram pun kita halalkan..Masya Allah.
(harap kesilapan lalu tidak berulang)
kalau betul lelaki yang konon-konon sayangkan kita, kaum hawa ni
tentulah dia tidak akan mengajak kita melangkah ke neraka kan?
pastinya dia akan mangajak kita untuk sama-sama melangkah ke syurga yang hakiki
disertai dengan redha dari Ilahi juga kaum keluarga.
Siapa kata kena ada RM10k baru boleh kawen??
moral of the story:
bila ada lelaki yang menawar kasih janganlah kita semudah ABC menerima.
same goes to kaum Adam lah.
(sila vice versa kan ayt di atas jika ada kaum Adam yang membaca)
apa-apa pun yang terjadi pada diri kita
kita mesti redha biarpun ianya pahit, sakit dan yang sewaktu dengannya.
yang pasti bila kita mendahulukan cinta yang aula'
pasti kita akan peroleh cinta yang hakiki..Insya Allah
Serahkanlah seluruh rasa cinta dan kasih kita kepada-Nya
Kemudian Dia akan menganugerahkan kita rasa kasih dan sayang kepada ibu-bapa kita
ahli keluarga kita, sahabat handai juga seluruh makhluk di muka bumi ini.
dan tak lupa, kepada pasangan kita yang telah ditetapkan oleh Allah sejak azali lagi.
Allah tidak pernah tamak dengan menyimpan seluruh perasaan cinta dan kasih kita hanya untuk-Nya.
May Allah bless all the muslims
(^_^)
p/s: memberikan nasihat memang mudah tapi penawar hati yang sebenar adalah zikrullah. "Dengan mengingati Allah, hati-hati akan menjadi tenang."
No comments:
Post a Comment