Sabtu lepas, kakak saya berserta suaminya dan juga anaknya membawa
saya berjalan-jalan di sekitar Kota Tinggi. Sambil-sambil tu
meluangkan masa melalui highway baru sebab free.
Benda free siapa taknak kan?
Dapat lalu jambatan baru yang merentas Sungai Johor.
Cantik jugak lah. Tapi tak dapat nak snap any pictures
sebab dilarang berhenti kat jambatan tu.
Sebagai penutup, mereka bawak saya pergi Aeon Tebrau
untuk makan malam juga solat Maghrib.
Ketika makan, saya mengajak kakak saya pergi ke Harris(bookstore).
Niat nak cari buku untuk up kan balik self-motivation yang dah down sejak dua tiga hari yang lepas.
So, bila kaki mula melangkah masuk ke dalam Harris,
mata terus melilau mencari ruangan buku yang sesuai.
Ada la jugak berkenan kat beberapa buah buku lepas dah selak-selak isi kandungannya.
Tapi tak boleh nak ambil lagi sebab belum habis ziarah lagi semua buku kat ruangan tu.
Pembelian kenalah tele dengan duit yang ada dalam purse kan.
Kalau tak siapa nak tambah baki yang tak cukup tu?
Tengah sibuk-sibuk mata buat ziarah amal tiba-tiba terpandang satu buku.
Tengok tajuk macam biasa-biasa je. Macam malas je nak ambil yang tu.
‘Tak pe lah selak-selak tengok isi kandungan.’ Hati saya berbisik sendiri.
Belek-belek tengok isi kandungan terpandang satu tajuk yang buat saya agak terkejut.
Mungkin ramai kot yang dah tahu pasal ni. Tapi sejujurnya saya memang tak tahu pun pasal ni.
So, buku tu saya letak dalam list wajib untuk beli sebab rupanya memang banyak lagi yang saya tak tahu.
Jom tengok buku apa yang dah tarik hati saya untuk beli tu.
Mungkin kita boleh share something kan? Bak kata sorang blogger tu, ‘lebih baik kongsi ilmu dari kongsi gelap’… =)
Ya, inilah bukunya. Tapi saya dapat dah jilid 2. Takpe lah still ada ilmu jugak kan.
Okey, tajuk yang buat saya terkejut tu ialah ‘menambah lafaz “sayyidina” ketika selawat Ibrahimiyyah.’
Lepas baca tajuk tu saya terus lah baca selawat Ibrahimiyyah tersebut.
Eh, adalah lafaz tu dalam bacaan saya! Biar betul.
Selama ni baca memang itu lah. Masa sekolah dulu ustazah cek bacaan
untuk PAFA pun rasanya memang baca yang macam tu. Memang kena beli ni!
Okey, balik rumah terus selak bahagian tu. Jom kita tinjau sikit isi di bawah tajuk tu.
Menambah lafaz tersebut adalah suatu kesalahan. Kalimat selawat yang berdasarkan hadith tidak boleh ditambah atau dikurangkan. Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan dalam Sahih mereka berdua dari Abdul Rahman bin Abu Laila bahawa : “Ka’ab bin Ujrah menemuiku lalu berkata, ‘mahukah kamu kuberi satu petunjuk yang kudengar dari Nabi?’
“Ya.” Jawabku.
Dia berkata: “Kami bertanya kepada Rasulullah, ‘Wahai Rasulullah, bagaimanakah cara berselawat untuk kamu, sebagai ahlul bait, kerana Allah telah mengajar kepada kami bagaimana mengucap salam?’
Baginda bersabda, ucapkanlah
‘Allahumma solli ‘ala Muhammad, wa’ala ali Muhammad, kama sollaita ‘ala Ibrahim wa’ala ali Ibrahim, innaka hamidun majid, Allahumma barik ‘ala Muhammad, wa’ala ali Muhammad, kama barakta ‘ala Ibrahim, wa’ala ali Ibrahim, innaka hamidun majid.’[sorry sebab in rumi. Harap takde sebutan yang error. Sila rujuk semula bacaan di sumber yang sahih jika ada error ya!]
Al-‘Ajaluni dalam Kasyful Khafa berkata : “penulis Al-Maqasid berkata, ‘tambahan sayyidina tidak ada asasnya.’”
Penulis As-Sunan wal Mubtadi’at pula mengatakan : ‘mempertuankan, yakni lafaz sayyidina dalam selawat untuk Nabi setelah tasyahud dan lain tidak ada asasnya sama sekali. Itu tidak pernah diriwayatkan dari Nabi mahupun tabi’in.’Wallahu’alam.
Saya tak ambil sepenuhnya isi kandungan tersebut. Juga perkara ini saya belum lagi merujuk kepada yang lebih berilmu. Sekiranya ada yang terbaca entry ni and dah rujuk kat mana-mana dan ada kekhilafan terhadap apa yang saya share kan ni, mohon diperbetulkan ya. =)
Sticky note: Banyak lagi kesalahan-kesalahan lain yang kita tak sedar sebenarnya masa solat ni. Perkara yang sunnah tidak diamal tetapi perkara yang bida'ah kita ikuti. Maka, marilah kita bersama-sama mencari ilmu untuk memperbaikinya.
Another sticky: sebagai umat Muhammad S.A.W., kita perlu berhati-hati dengan perkara bida'ah ni walaupun baik(bida'ah hasanah) kerana bimbang boleh merosakkan akidah.
May Allah bless
(^_^)
2 comments:
siapalah kita nak tambah benda yang nabi dan para salafussoleh tak buat kan? islam sudah sempurna :)
kongsi link sket, boleh?
http://www.youtube.com/watch?v=KDllz7DTU6c
:)
tu la..tp mse tu ada tny kat seseorg yg blh dirujuk bab agama ni dia kata blh je nak tmbh sbb kita nak memuliakan Nabi SAW..mcm xyakin sgt je dengan jwpn dia tu..
thanks ntk link tu. dah tgk.=)
Post a Comment