Salam 'alaik.
Setiap manusia yang diciptakan oleh Allah
tidak ada bezanya melainkan iman dan taqwa mereka.
saya juga hanyalah manusia biasa
yang masih mempunyai iman yang lemah dan juga
nafsu amarah yang tinggi
Ya, kesabaran saya hanyalah senipis bawang
hanya kerana benda kecil, saya boleh menjadi sangat marah
geram, benci dan kadang-kadang kalau ianya betul-betul meninggalkan kesan di hati
boleh menjadi dendam
siapa kata saya tak berusaha mengawalnya??
macam-macam cara saya dah cuba
bila saya dah mampu bersabar tentang sesuatu perkara
datang lagi perkara lain yang akan meruntuhkan kesabaran saya
bila kesabaran saya hilang, saya rasa diri saya ni
sangat jahat
busuk hati
pendendam
dan tidak layak pun untuk sesiapa
perlukah saya menangisinya??
ya, perlu!
bukan kerana tidak tahan dengan dugaan-Nya, tetapi saya
perlu menangis kesyukuran kerana saya berpeluang diuji imannya
perlu menangis kesyukuran kerana Allah masih lagi sayangkan saya
kalau hati ini tidak ada iman,
sudah tentu saya telah melakukan perkara-perkara bodoh
seperti suatu ketika dahulu.
harapan dan doa saya....
semoga saya akan bisa bertahan dengan segala macam ujian dari-Nya.
juga, semoga hari demi hari kesabaran saya akan menjadi seteguh Great Wall di China
dan setinggi Gunung Everest di Nepal
Ameen.
"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan 'kami telah beriman' sedangkan mereka tidak diuji?"[29:2]
Till then.
May Allah grants me His blessing
May Allah bless all the muslims
(^_^)
p/s: akibat terlalu marah tak pasal-pasal tak ingat pin number..and kena block la my phone number tu..huhu..ok, take it as a reminder..jangan over marah.fullstop!
p/p/s: kalau balik rumah mak ayah sendiri tolong jangan berangan nak jadi tetamu ya!ingat sikit awak tu yang kena berihsan dengan kedua orang tua..(peringatan untuk diri sendiri juga)
No comments:
Post a Comment