Master pieces

Jul 29, 2011

Ramadhan tiba lagi

Salam 'alaik.

Wah, tinggal beberapa hari je lagi kita nak melangkah ke bulan ramadhan
Apa persediaan yang korang dah buat?
Dah habis ganti puasa belum?
Habits yang tak best tu dah buang jauh-jauh belum?
Marilah kita sambut kedatangan Ramadhan dengan
hati yang suci lagi bersih..=)

korang pernah perasan satu simptom bila menjelang Ramadhan tak?
Simptom apa? haaaaaa, cuba baca dialog kat bawah ni sekejap.

Ayah : Nak puasa ni petang-petang warung penuh. 
          Anak beranak pergi makan kat luar.
*saya diam je sebab masa tu macam blur*

Then dah lama sikit baru perasan message yang ayah nak sampaikan.
Lambat betul lah anak dia ni.  =.='

ini bukan list to-eat saya ya
Kalau nak menjelang ramadhan je kita mesti dah ada list makanan
yang kita nak makan before start puasa ni.
Ish ish ish. Kita? Mungkin saya je kot.
saya mengaku yang saya memang dah terkena dengan simptom ni.
Tapi saya punya list ada satu je. bukan macam kat atas tu. =)

Apa-apa pun, dengan menjelangnya ramadhan ni
saya nak mohon ampun dan maaf sekiranya ada entri-entri saya
yang menyinggung hati mana-mana pembaca.
Sorry ya.

Insya Allah kita akan berkesempatan untuk menyambut
ramadhan pada tahun ini dan  juga tahun-tahun akan datang.
Marilah kita berlumba-lumba untuk melakukan amal ibadah
di bulan ramadhan yang penuh berkah ini.

Solat terawih rugi kalau miss. bukan selalu nak dapat.
Kalau dapat khatam Al-Quran sepanjang bulan ramadhan sangatlah bagus.
Jangan lupa control nafsu makan masa berbuka.
Banyakkan amal jariah
and, jangan lupa tunaikan zakat bagi yang sudah berkemampuan.


Selamat menjalani ibadah puasa.
(^_^)
Wassalam.

p/s: sedang marathon something before start puasa ni.
      kalau marathon drama korea boleh speed 500km/j
      tapi kalau nak marathon yang ni 100km/j pun berat..haish!

Jul 25, 2011

sekejap tapi best!

Salam ‘alaik.

Weekend yang lepas, saya bersama-sama mak,ayah dan 
juga kakak berserta anak-anaknya pergi melawat salah seorang 
kakak saya yang berada di Kota Tinggi.
Ini adalah kali kedua saya ke sana tapi ini adalah 
first time pergi dengan mereka. Dulu pergi sorang-sorang je.
Kat Kota Tinggi ni ada banyak pantai..Daerah yang hujung lah kata kan. 
Air pantainya adalah air dari Laut China Selatan. 
Ada pantai yang airnya bersih, ada jugak yang kotor. 
Kalau dulu saya pergi Tanjung Balau dan Desaru, 
kali ni saya pergi Batu Layar pulak. Airnya bersih.
Kawasan pun landai.memang sangat best untuk dibuat mandi. 
Desaru yang famous tu pun tak secantik macam Batu Layar ni tau.

budak bertiga ni je yg mandi

Kenapa pantai ni dipanggil Batu Layar? Mungkin sebab ni kot.

batu-batu ni cantik je tersusun
Ya, batu tu kira macam trademark kat pantai ni la. 
Kawasan batu-batu ni memang sangat strategik kalau nak ambil outdoor pictures. 
Saya dan kakak-kakak saya bercadang untuk ke sana lagi. 
Nak habiskan satu hari pulak. Masa tu setengah hari pun tak sampai 
sebab nak berkejar balik ke Batu Pahat.

Lepas tu kitorang pergi muzium. 
Anak sedara saya merengek-rengek nak masuk muzium. 
Ibunya pun ikutkan je lah. Kat Kota ni ada banyak muzium. 
Tak silap ada tiga kot.Kitorang pergi Muzium Nelayan kat Tanjung Balau. 
Masuk murah je. Dewasa RM2 kakak-kanak RM1.Murah kan?

Mula-mula ingat muzium ni macam bosan tapi bila masuk. 
Wah, comelnya. Kat dalam tu dia ada buat satu rumah nelayan. 
Memang klasik sangat. Siap dilatari dengan lagu-lagu lama. 
Rasa macam ada kat zaman P.Ramli pulak. Nostalgik gila. Eceh. 
Takde banyak gambar sangat kat dalam muzium ni sebab gelap nak ambil gambar. 
Kamera cikai mana nak cantik kan ambil gambar kat kawasan gelap. 

Last sekali kitorang pergi makam Sultan Mahmud mangkat di julang. 
Ayah saya yang beria nak pergi. Kitorang pun ikut je lah. 
Makamnya kat dalam kawasan masjid. Khas ada satu bangunan. 
Kat dalam tu ada banyak makam lain lah. 
Tak tahu lah makam siapa sebab takde tanda nama. 
Makam sultan pun dapat tahu sebab makam tu 
paling besar dan ada tirai warna kuning.

sebelah tu ada meja khas untuk pengaji yg diupah
Ni gambar dari luar. Masa masuk tu memang macam nak ambil 
gambar tapi tangan berat pulak nak tarik keluar kamera time tu.  
Bila masuk atau lalu kawasan kubur kita mestilah kena ucap salam kan. 
Kalau dulu saya sebut “assalamualaikum ya ahli kubur.” 
Tapi sekarang saya sebut “assalamualaikum ya ahlad diar kaumil mukminin.”  
Wallahualam.

Lepas tu kitorang terus gerak balik rumah, 
solat dan teruskan perjalanan balik ke Batu Pahat. 
Alhamdulillah perjalanan kami lancar dan selamat sampai ke rumah.

Saya sarankan kalau sesiapa yang datang ke Johor 
singgahlah ke Kota Tinggi sebab banyak tempat-tempat menarik di sana. 
Kalau rajin boleh pergi Mersing sekali. Kat sana laaaaagi banyak pantai. 
Kalau lagi rajin pergi jeti naik feri terus pergi Pulau Sibu. Syok jugak tu. 
Saya tak sampai pun lagi Pulau Sibu tu. Mersing dah lah.

Kalau yang memang orang Johor tapi belum pernah pergi lagi, 
silalah rajin-rajinkan diri untuk pergi. 
Tak rugi pun kalau sekali sekala kita jamu mata kita 
dengan keindahan alam ciptaan Allah ni. 
Mana-mana yang tak berfaedah untuk ditengok tu jangan lah tengok ya
Dan tak lupa jugak, bila melihat pemandangan yang cantik-cantik ni 
jangan lupa kepada yang menciptakannya iaitu Allah S.W.T. Subhanallah. 
Semoga kita masih lagi diberi kesempatan untuk melihat 
keindahan alam ciptaan Allah di masa akan datang.

May Allah bless.
Wassalam.
(^_^)

me said: walaupun kadang-kadang rasa stress jadi housedaughter 
sepenuh masa tapi rasanya itu yang terbaik buat masa ni

Jul 21, 2011

Novel dan Ramadhan

Salam 'alaik.

Beberapa hari lepas, dalam 2-3 hari kot saya ada berangan.
Terpaksa berangan sebab nak buang rasa mengantuk
masa tengah kerja, tapi still tertidur jugak.
Haila, saya dengan ngantuk memang tak boleh nak dipisahkan.
manusia akhir zaman - kuat tidur.
Itu kenyataan kan, tapi saya sedang berusaha untuk berubah.
Saya nak mintak putus dengan ngantuk ni
biar dia tak follow saya 24/7.
Follow waktu-waktu tertentu takpe la.

Ok, entri kali ni bukan nak cerita pasal saya dan ngantuk-tidur
tapi nak cerita pasal masa saya tengah berangan tu
tiba-tiba saya rasa macam saya ditarik masuk ke dalam diri Fend
tatkala Chad, si Cowboy Texas bawak dia pergi Aussie.
[Chad = Cowboy Texas pasal dia ni suka buat sesuatu 
main aci redah je and dia tengah sambung belajar kat Texas.]

Saya kalau boleh nak jadi macam Fend
Sebab ada orang yang bawak dia pergi masjid hop(p)ing.
Saya nak rasa pengalaman buat masjid-hop(p)ing.
Tapi, macam mustahil kan.

Perempuan, tiba-tiba datang negara orang nak duduk kat masjid pulak
Ayah confirm-confirm tak bagi, apatah lagi adik beradik yang lain.
Takpelah, mana tahu satu hari dapat duduk dekat kawasan masjid
Untung-untung boleh merasa pengalaman masjid-hop(p)ing tu
walaupun tak menginap di dalam masjid, kan?
Ameen~

Siapa Fend dengan Chad tu sebenarnya?
Kalau penggemar novel Hlovate pasti kenal


Tak, saya bukan nak promote novel ni
tapi seriously novel ni memang bagus
Hlovate memang terkenal dengan cerita-ceritanya yang islamik.
Tapi masa awal-awal buku dia tak berapa la. Life changed.
Rooftop rant, versus and this book are cool!
Banyak yang boleh dapat bila baca novel dia kalau kita betul-betul nak
tapi, kalau yang memang tak nak bukak mata betul-betul
baca sepuluh kali pun rasa biasa je.
[Ada satu novel beliau yang buat saya nekad dan kuat untuk buat sesuatu.
Alhamdulillah dan insya Allah, semoga berkekalan 'sesuatu' itu.]

Cerita sikit pasal novel ni ya.
Cerita pasal Fend yang hidupnya hanya follow the flow.
Pergi kelas, balik kelas, jamming, buat assignments, buat lagu
Tu je la kerja dia.
Solat, on off apatah lagi yang lain
Satu hari ada sorang minah ni cakap kat dia
"The man who decided to change on 12th hours dies on 11th."
Tunggang terbalik dia pikir pasal ayat ni
Minah tu ada bagi satu cd short story berkaitan dengan quote ni.

Saya dah tengok. Message yang nak disampaikan tu saya dapat tapi
saya kurang faham dengan jalan cerita sebab saya lemah bila tengok
cerita english yang saya kena faham bulat-bulat apa yang dia sebut.
At least kalau ada english subtitle, saya boleh la nak catch up.
Agaknya kalau belajar kat oversea mesti masuk kelas terus tidur. =_='

Sambung lagi.
Lepas Fend tengok short story tu baru dia faham
Hidup dia mula berubah
Dia masuk kedai buku cari tafsir Al-Quran
cari buku-buku yang boleh membawa dia lebih
dekat untuk mengenali Allah, jamming pun dia dah mula slow.

Satu hari Chad, sepupu dia ajak dia pergi backpacking ke Aussie.
Chad ni sebenarnya dah ada planning kat Aussie.
Rupanya dia dah tengok jugak short story tu and dia berniat nak berubah
tu dia ajak Fend pergi Aussie untuk belajar erti hidup
[Lain orang lain cara kan Allah nak bagi hidayah. Duduk bertahun-tahun
kat negara sendiri tak pernah nak dapat, tiba-tiba pergi negara orang
terus dapat. Subhanallah.]

Kat Aussie ni lah diorang belajar erti hidup
dan dalam masa yang sama saya juga belajar

"Ramadhan ni kalau kat Malaysia dah jadi macam satu event.
Bila ramadhan je orang mesti ingat bazar Ramadhan, moreh tapi 
tarawih tak buat, lepas tu baru satu hari puasa lagu raya 
dah berkumandang.Tak masuk lagi dengan bunyi meriam buluh
yang membingitkan telinga tu."


Betul kan? Bila masuk bulan Ramadhan yang menerjah masuk mesti
bazar, baju raya, kuih raya, main bunga api, mercun and bla bla bla.
Ada segelintir yang berlumba-lumba untuk beribadah
tapi yang sibuk berlumba-lumba nak buat persiapan raya pun tak kurang hebatnya.

Bulan Ramadhan sudah mahu memunculkan dirinya
Marilah sama-sama kita mengimarahkan bulan tersebut
dengan amalan-amalan yang diredhai Allah.
Setahun sekali je. Tahun ini sahaja belum tentu kita dapat nikmatinya
apatah lagi tahun-tahun hadapan.
Maka, gunakanlah kesempatan masa yang diberikan oleh Allah
dengan sebaik-baiknya. Tak rugi pun kalau kita korbankan sedikit
waktu lapang kita untuk beribadah dan beramal kerana-Nya.
Semoga tahun ini kita akan diberi peluang untuk bertemu
dengan malam lailatul-qadr.
Insya Allah.

May Allah bless.
Wassalam.
(^_^)

ps: siapa yang beranggapan novel itu hanyalah berkisahkan cinta manusia
semata-mata ternyata dia salah. saya juga dahulu pernah tersalah anggap.

pps: siapa sangka melalui 'novel cinta' itu hati kita boleh terbuka
untuk lebih mencintai-Nya. Hati kita ni kan Allah yang pegang.

ppps: tak dinafikan memang ada novel yang berkisahkan cinta manusia
semata-mata.si cantik dan si handsome, kahwin paksa pastu lama-lama
suka and bla bla bla..sooo lame!

Jul 15, 2011

Tahukah anda?

Salam 'alaik.


Hari ni hujan tak berhenti. Alhamdulillah, harap-harap hujan rahmat.
Bila hari hujan, suhu pun jadi lembap-lembap dan dingin
memang sedap la kalau tidur lebih-lebih lagi bila takde kerja nak buat.

Saya ambil satu buku yang saya belum habis baca.
Lepak atas sofa sambil bersantai dengan senang hatinya
Lepas tu gilir-gilir la mata ni buat kerja
kejap tidur kejap baca lepas tu tidur balik.
Walaupun saya tertidur masa baca
tapi, ada perkongsian yang menarik dalam
buku tu yang saya nak share.

sekadar hiasan

Kenapa kita makan guna tangan?
Sebab jari-jari kita ada mengeluarkan enzim-enzim
yang dapat membantu proses penghadaman kan.
Rasanya semua tahu pasal ni.
Tapi, tahu tak yang tangan kiri kita sebenarnya lagi banyak
mengeluarkan enzim-enzim tersebut berbanding dengan tangan kanan?
Oh, saya bukan nak ajak kawan-kawan makan guna tangan kiri tapi,
saya nak kongsi sikit bagaimana nabi kita mengatasi kekurangan enzim tersebut.

ya, inilah jawapannya

Seperti yang kita tahu, garam adalah sumber mineral
daripada tanah yang diperlukan oleh badan manusia.
Oleh kerana manusia berasal daripada tanah,
dan akan kembali ke tanah juga maka penawar yang
paling mujarab juga adalah daripada tanah iaitu garam.

Rasulullah S.A.W. sebelum baginda makan, baginda akan
mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya lalu
menghisap garam tersebut. Kemudian barulah baginda makan makanan tersebut.
Tapi, jangan lebih-lebih tau karang ada yang kena darah tinggi pulak.

Selain itu, tahukah anda bahawa bakteria dan
racun ada membuat perjanjian dengan Allah?
Perjanjian apa? Perjanjian bahawa apabila basmalah
dibaca sebelum kita menikmati makanan, bakteria dan racun
yang ada dalam makanan tersebut akan musnah.
Jadi, jangan lupa baca basmalah ya setiap kali sebelum makan!

Pasal minum air jangan bernafas tu saya rasa ramai dah tahu kan.
H2O + CO2 = H2CO3 (cuka)
Cuka adalah asid dan bila air yang kita minum dah jadi asid
ia boleh mendatangkan bahaya kepada badan kita.
Jadi, takde maknalah kalau kita pakai penapis air yang beribu riban
tapi still ada asid yang masuk dalam badan kita ni kan.
Kalau minum air panas pun sama.
Jangan ngengade nak tiup air tu.
Tunggulah air tu sejuk sikit.
Tak salah kalau kita bersabar sikit. Hikmahnya banyak.

Apa? Ada yang dah tahu?
Baguslah.Kira ni revise balik biar melekat kat otak
Kemudian boleh jadikan amalan.
Pasal garam dan bakteria tu, ni baru saya tahu.
Jadi sesapa yang baru tahu macam saya ni
harap-harap kita boleh jadikan amalan lepas ni ya. =)

Buat masa ni, ini sahaja lah yang saya ada.
Kalau ada yang lain akan saya kongsikan di entri akan datang ya.

[Sumber diperolehi dari sebuah buku terbitan PTS Islamika 
bertajuk 'Amalan 24jam dalam kehidupan Rasulullah S.A.W.']

May Allah bless.
Wassalam.
(^_^)

ps: lepas ni balik kolej kena bawak bekal garam la.
takkan nak p mintak kat makcik cafe tu pulak kan hari-hari.

Jul 14, 2011

untuk wanita : aurat di hadapan ipar dan sepupu

Salam 'alaik.

Atas permintaan seorang sahabat, saya buat jugalah entri ni.
Mungkin ada yang sudah meengetahui dan juga sudah mengambil tindakan perubahan
mungkin juga ada yang sudah mengetahui tetapi buat-buat tidak tahu
atau mungkin juga ada yang tidak pernah mengetahui langsung mengenai ini.
Wallahu'alam.

dalam rumah, yes.

Saya pernah membincangkan isu ini dengan seorang teman
dia kata, dia tahu dengan abang ipar kena pakai tudung
tapi, dia tak tahu macam mana nak mula
tambahan pula abang ipar dia sudah wujud dalam kehidupan
dia seawal dia berumur empat tahun lagi (kalau tak silap)
jadi, bila tiba-tiba dia kena pakai tudung depan abang ipar
dia akan rasa janggal dan rasa seperti ada batas.

Bukankah hubungan di antara kita dengan ipar duai sewajarnya ada batasan?
Dia boleh bernikah dengan kita, bermakna dia itu adalah lelaki ajnabi.
Maka, wajiblah kita menjaga batas pergaulan kita dengannya
juga menjaga batas-batas aurat apabila berada di hadapannya.
Dah tak boleh nak bertepuk tampar mcam masa kita belum baligh dulu.

Saya pernah terfikir juga
kalau dalam rumah ada abang ipar, kena pakai stokin jugak ke?
Saya tidak pernah bertanya dengan sesiapa sehinggalah
saya menemui tulisan ini
Insya Allah banyak ilmu yang boleh dikutip hasil dari jawapan saudara
tersebut yang juga mungkin seorang ulama' atau ustaz.

Samalah juga aurat wanita di hadapan sepupu lelaki.
Perlu menjaga aurat juga batas pergaulannya.
Kalau dulu kecik-kecik kita selalu bernakal dengan dia
bila dah besar ni kena lah elakkan.
Walaupun nampak mesra dan ramah di pandangan umum
tapi tak manis kan di pandangan Islam.

Dengan ipar dan sepupu mana boleh suka-suki nak salam cium tangan bagai
Biarlah orang nak kata kita tak hornat pun
yang penting kita tak langgar perintah Allah.

Ingat tu, jangan sampai kita melakukan sesuatu yang mendatangkan
kemurkaan Allah hanya krana kita mahu memuaskan hati orang sekeliling.
Kita mesti ada pendirian tetap yang ber'hardcore'kan iman.
Barulah kita mudah untuk menanggung segala beban
yang dikenakan ke atas diri kita, kan?

Satu lagi fenomena biasa yang saya nampak
adalah hanya menutup aurat di luar kawasan rumah.
'Macam mana tu? Tak faham lah.'

Macam ni, bila kita keluar pergi jalan-jalan ke
shopping ke dating ke kita mesti pakai tudung kan
tapi bila kat rumah, orang datang bertandang (berlainan jantina)
kita tak sibuk-sibuk pun nak pakai tudung dan menutup mana yang patut.
Then, apa makna kita tutup aurat sebenarnya?
Mengamalkan Islam mestilah secara total kan,
bukan separuh-separuh mana yang kita suka je.

Pasti ada yang bersungut
'kalau raya susahlah, takkan time raya nak tutup 24/7?'
Salah ke tutup 24/7?
Kalau taknak duduk je lah dalam bilik time orang datang, kan senang.

Ada satu peristiwa masa saya form 2 dulu.
Mungkin saya boleh share sikit. Harap-harap boleh beri manfaat.
[ayat-ayat perbualan mungkin tidak sama dengan yang sebenar. 
mana mungkin saya boleh ingat in detail perkara yang dah lama kan.] 
Saya nampak kakak dorm saya pakai anak tudung sebelum dia pakai telekung
Saya pun kata kat dia, 'rambut basah kalau tutup kan nanti berbuah.'
Dia pun dengan selamba kata
'Telekung kita kan jarang, kalau tak tutup nampak rambut.
Takut rambut rosak tapi azab Allah tak takut pulak.'
-.-" saya terkedu. Terus pakai anak tudung walaupun masa tu rambut basah lagi.

Apa yang dia cakap tu walaupun nampak kasar tapi ada betulnya kan.
Setiap kali saya confuse nak buat sesuatu
mesti saya fikir balik based on apa yang kakak tu cakap.
'Nak pakai stokin ke tak ni? hujan lebat. nanti stokin lencun habis kaki aku 
kena ulat air.tapi kalau tak pakai serba salah pulak. macam mana ni?'
tu adalah salah satu contoh situasi lah.

Apa-apa pun bila kita nak buat sesuatu kena timbang tara kan
ikut pertimbangan Islam bukan pertimbangan dunia dan alam sekeliling.
Sama lah macam tutup aurat. Jangan sebab nak mengikut fesyen semasa
kita abaikan garis panduan yang telah ditetapkan.
Wallau'alam.

Yang saya beri di entri ini masih belum cukup
Carilah ilmu walau dimana ia berada ya.
Semoga ada manfaatnya.
May Allah bless.
Wassalam.
(^_^)

ps: ada macam lari topik tak?(harap tak)
pps: perfectionist is impossible but always make improvements we will, kan?

Jul 12, 2011

Untuk wanita

Salam 'alaik.

Kali ni saya tak nak bebel panjang.(harap-haraplah)
Hanya nak berkongsi ini sahaja.

harap-harap nampak dan boleh dibaca isinya..=)

Berfikirlah bagi yang mahu berfikir.
Sama-sama lah kita memperbaiki diri kita agar terhindar dari azab ini.

May Allah bless.
Wassalam.
(^_^)

ps: di akhir zaman ni, nak berubah ke arah kebaikan memang banyak halangan. tapi kalau nak jadi jahat sekelip mata je boleh. hati kita milik Allah. begitu juga dengan hidayah-Nya. Berdoalah tanpa pernah jemu. Semoga kita dikurniakan hidayah juga kekuatan untuk menempuh hidup yang penuh pelbagai dugaan ni.

pps: aurat kita dengan sepupu dan ipar juga jangan dipandang ringan ya..=)

Jul 11, 2011

Random maybe?

Salam 'alaik.

Dah masuk dua hari perhimpunan BERSIH tamat.
Rata-rata ramai jugak yang mencemuh perhimpunan ni.
Saya? Obviously menyokong.
Pada saya memang tak salah perhimpunan ni.
Diorang takde buat rusuhan apa-apa pun.

Walaupun masjid ditutup diorang still perform solat.
Semua kaum bersatu hati nak menjayakan BERSIH.

Dulu, masa uitm nak hantar memorandum
menghalang kemasukan kaum bukan bumiputera pun
diorang buat perhimpunan apa.
Encik Solihin pun dah terangkan kenapa perlu
buat perhimpunan  untuk menghantar memorandum.

Pasal Ambiga tu, bukan semestinya kita sokong BERSIH
kita sokong pasal kes Lina Joy dulu.
Tolonglah berfikiran terbuka sikit.
Bila kita bercerita pasal agama,
memang kaum muslim juga yang bukan muslim boleh jadi musuh
tapi bila tiba soal keamanan dan keadilan,
kaum muslim dan bukan bukan muslim boleh menjadi sahabat.
Yang penting matlamat tercapai.

Ya, ya. Matlamat takkan menghalalkan cara.
Tapi kita pernah tengok tak macam mana sistem pemerintahan negara.
Betul, negara kita boleh dikatakan maju dan juga aman.
menjadi negara maju, aman dan selamat adalah matlamat.
Tapi sejauh mana cara yang digunakan untuk mencapai matlamat ni halal?
Manusia sekarang, perkara yang terang-terang haram dikatakan halal
perkara yang terang-terang halal dikatakan haram pula.

Ada akal, ada otak fikirlah.
Bertahun-tahun kita hidup di negara yang undang-undangnya
tidak berlandaskan perintah Allah. Sampai bila?
Jika ianya salah pemerintah, takkan kita mahu terus berdiam diri kan?

Ya, keamanan ni satu nikmat yang Allah beri pada kita,
Tapi semakin lama semakin hilang.
Sebab apa? Sebab kita semakin menjadi hamba-Nya yang tidak tahu bersyukur.
Segala bencana yang Allah datangkan adalah amaran dari-Nya
Tapi berapa ramai di antara kita yang sedar?

Erk, sebenarnya tak nak komen panjang pun pasal ni
Tapi, terkomen panjang pulak..=)

Ok, sebenarnya ni yang saya nak sentuh.
Apa yang saya lihat dan baca,
ramai yang memberikan komen-komen yang memberangsangkan
tak kurang jugak ramai yang komen untuk menjatuhkan
Apa yang saya bimbang sekiranya ada pengkomen yang
terlalu ingin menegakkan pendapatnya hingga mengeluarkan
perkataan yang tidak sepatutnya.
Mengutuk, menghina termasuk juga ada yang menyumpah.

Masya Allah.
Kenapa kita sesama muslim boleh jadi macam ni?
Umum mengetahui kan marah itu sifat syaitan
tapi kenapa kita sentiasa memberikan peluang kepada
syaitan untuk bersorak di atas kekalahan kita?

Betul lah sabar kita ada batasnya
Tapi jangan sampai kita melakukan sesuatu yang Allah tak suka.
Bersabarlah, suatu hari pasti kemenangan akan berpihak pada Islam.

Apa-apa pun tahniah kepada rakyat Malaysia
yang telah menyertai perhimpunan tersebut.
Seorang telah terkorban, takziah buat keluarga arwah.
Semoga roh arwah dicucuri rahmat.

Jika saya ada tersalah bahasa harap diampunkan.
Entri ni tak berniat nak memburukkan mana-mana pihak.
Mana yang kita rasa baik kita ikut,
mana yang tak baik kita jadikan pengajaran. (^_^)

Till then.
May Allah bless.
Wassalam.

ps: baru tahun pertama untuk terlibat dengan election.
harap dapat buat pilihan yang tepat.=)

Jul 8, 2011

Siapa kita di hari tua nanti

Salam 'alaik.

Sebenarnya before saya post entry puisi buat mak
saya tengah draft entry pasal ni.
Tapi masa tu idea tak keluar laju, jadi ayat pun macam tak best
tinggal je la dalam tong draft tu.

Hah, korang pernah fikir tak pasal ni?
Siapalah kita ni masa tua nanti kan.
Nak lebih jitu, orang tua yang macam mana kita ni nanti.

Mungkin ke kita ni orang tua yang arrogant? (ala-ala mak datin)
Mungkin ke kita seorang tua yang warak? (Insya Allah, ameen)
Mungkin ke kita ni orang tua yang kuat membebel? (tak nak!)
Mungkin ke kita ni orang tua yang annoying? (lagi la tak nak!)
Mungkin ke kita ni orang tua yang dah tak tahu nak buat apa-apa?
Atau mungkin umur kita tak panjang pun untuk hadapi hari tua?

Saya tak tahu lah saya masuk kategori yang mana.
Korang pun tak tahu kan.
Kita memang tak tahu usia kita ni sampai bila.
Entah esok lusa daun kita akan gugur kan.
Allah ada mentioned dalam kitab Dia:

".......kemudian Kami keluarkan kamu sebagai bayi, kemudian
(dengan beransur-ansur) kamu sampai kepada usia dewasa,
dan di antara kamu ada yang diwafatkan dan (ada pula) di antara
kamu yang dikembalikan sampai usia sangat tua (pikun), sehingga
dia tidak mengetahui lagi sesuatu yang telah diketahuinya...." [22:5]

Ada ke di antara kita yang nak usia kita sampai ke tahap
kita dah tak tahu apa-apa yang sebelum ini kita tahu?
Saya yakin tak ada. Saya pun tak nak.

Dulu, kakak saya pernah pesan.

"Jaga hubungan kita dengan Al-Quran,
Insya Allah suatu hari nanti Allah pulak akan jaga kita."


Faham tak apa yang saya nak sampaikan
melalui pesanan kakak saya ni?

Bila kita senantiasa membaca Al-Quran,
suatu hari nanti, bila dah tak ada orang sekeliling yang menjaga kita,
Insya Allah, Allah akan jaga kita.
Bagaimana caranya?
Hanya Dia yang tahu.

Apa kaitan dengan tajuk entry ni?
Ahah, saya pun tak tahu.
Patut tukar tajuk random je.
Tak kisah lah.

Saya harap mesej yang saya nak sampaikan tu
sampai lah kepada korang semua ya.
(^_^)

Till then.
May Allah bless.

ps: Al-Quran untuk dibaca bukan sekadar hiasan di meja tulis atau di rak buku.
pps: Baca dan fahami, bukan baca untuk cepat khatam macam kita kecik-kecik dulu.=)

Jul 6, 2011

Puisi buat mak

Salam 'alaik.

Tadi masa saya tengah sarapan dengan mak
tiba-tiba rasa nak buat puisi pulak.
Hahaha tak pernah-pernah.

Ok, ini lah hasilnya.
Sebelum tu, izinkan saya menukar panggilan mak kepada ibu
sebab runut bunyi ibu lebih sesuai di dalam puisi ini...
(^_^)

Ibu,
Pada tanggal kosong lima
bulan sembilan lapan puluh sembilan,
Buat kali pertamanya, aku melihat dunia ini
Dunia yang penuh dengan pelbagai tipu daya manusia
manusia yang bertuhankan syaitan.

Ibu, 
Tidak pernah ku tahu bagaimanakah
sakit dan peritnya yang ibu tanggung 
tatkala mengandung dan melahirkanku.
Bukan aku tidak ingin mengambil tahu
tetapi, mungkin masa yang tidak mengizinkan 
untuk aku bertanya (alasan je)

Ibu, 
Setiap detik dan saat yang berlalu
Sudah begitu banyak kasih dan sayang 
yang telah ibu limpahkan
tapi sayangnya, limpahan kasihmu 
Allah pinjamkan hanya sementara.
Tatkala diriku mula menginjak ke alam yang lebih dewasa,
Sedikit demi sedikit nikmat akalmu diambil kembali oleh-Nya.
Allah, ia amat menguji kekuatan hati kami.

Ibu,
Tidak ku nafikan pada mulanya
hatiku juga diriku merasa terbeban 
terbeban dengan segala apa yang telah berlaku.
Bagaimana aku, seorang anak yang manja
mula diberikan pelbagai tanggungjawab.
Ah, ketika itu aku rasa ingin lari!
Lari dari semua permasalahan ini.

Ibu, 
Kini hatiku, diriku sudah tidak lagi merasa begitu
Setiap detik yang aku luangkan untuk menjagamu
terasa amat berharga.
Ya, Allah itu Maha Mengetahui.
Mungkin, ujian ini adalah shortcut bagiku untuk berbakti kepadamu, ibu.
Jika ujian ini tidak hadir,
manusia seperti apakah agaknya aku ketika ini?
Aku tidak tahu, ibu juga tidak tahu
kerna hanya Allah yang tahu.

Ibu, 
Jika hanya mengharapkan jagaan daripada anak-anakmu
dirimu pasti sangat tidak terurus.
Kasih dari suamimu, amat menyentuh hatiku
Hati seorang anak yang tidak bisa mencurahkan sepenuh kasihnya buatmu.

Ibu,
Walaupun kadangkala terdengar jua keluhan suamimu di telingaku
namun, suamimu tetap setia dan sabar menjagamu.
Aku jadi merasa bangga kerna suamimu itu adalah ayahku
Ayah yang senantiasa inginkan yang terbaik walaupun tanpa kasihmu
di sisi anak-anaknya.

Ibu,
ungkapan yang pernah menerobos masuk ke telingaku ada benarnya
"seorang ibu mampu untuk membesarkan 10 orang anak
tetapi, 10 orang anak mungkin tidak akan mampu untuk menjaga seorang ibu."
Maafkan aku ibu, maafkan aku.
Kadangkala aku lalai dalam menjagamu
kadangkala aku juga merasa bosan untuk terus menjagamu.
Anak apakah aku ini?

Ibu,
Masihku ingat lagi pesanan terakhirmu, 
terakhir kalinya sebelum Allah mengambil semula 
hampir 90% nikmat akalmu
Pesananmu, 'selagi ada rasa mahu belajar
belajarlah walau di mana-mana pun' (lebih kuranglah)
Walaupun aku tidak bisa meraikan kejayaanku bersamamu
tetapi, aku berdoa agar kejayaanku kelak
dapat aku gunakan untuk menjaga dan membahagiakanmu, ibu.

Ibu, 
Walaupun kini diriku jua yang lain-lain 
tidak lagi ibu kenali
Aku tidak akan pernah marah
kerna ku tahu
itu bukan kehendakmu.
Semoga ibu senantiasa tabah menghadapi ujian ini.

Ibu, 
Harapanku kini satu
untuk setia menjadi penjagamu 
hingga ke akhir hayatmu
Andai Allah sudah menetapkan 
untuk mengambil aku terlebih dahulu
maafkanlah aku kerna tidak bisa 
menjadi penjagamu hingga ke akhir hayatmu.

Ibu,
Semoga ibu beroleh ketenangan di dunia ini
juga kebahagiaan di akhirat kelak.
Doa dari anak-anakmu tidak akan pernah putus buatmu, ibu
Insya Allah.



ni gambar mak saya. almost 5-6 years ago kut
Mungkin puisi ini hanyalah puisi picisan bagi mereka-mereka yang tidak mengerti
pesan saya, hargailah kedua ibu bapa kita selagi mereka ada
walau siapa pun mereka walau bagaimana pun keadaan mereka
mereka tetaplah yang terbaik yang telah Allah anugerahkan buat kita.

Till then.
May Allah bless.
w(^_^)



Jul 3, 2011

Back to the past

Salam 'alaik.

Deep in my heart says:
I miss my 'kecik-kecik' life...sooo much!

boleh main dengan sesapa je

main buai dengan kawan-kawan sampai pening

boleh main conteng-ceonteng..kat dinding rumah lagi best!

tinggal cuci tangan untuk makan..kadang-kadang ada yang suap.besh!


main buih sabun walaupun pakai sabun cuci pinggan je
Yeah, i'm really miss all that moments.
Tak payah nak serabutkan fikiran dengan masalah-masalah dunia.
Hanya tahu, kalau nak mesti dapat.
Keras kepala. That's me. Dulu.

Times changed.
The number increased.
The body grew up.
Problems start occurred.
Life became messy.

true!

Till then.
May Allah bless.

Live as children is fun because there is not much things to think.
But, can live as an adult is "lucky" because we can really know who is our creator.
Also know how to appreciate Him for all His generosity.  

p/s: semakin bertambah umur kita, semakin dekat langkah kita menghadap Ilahi.
sudah sebanyak manakah persediaan kita?