Master pieces

Jun 9, 2011

dua rakaat qabla subuh

salam 'alaik.

Rasulullah S.A.W. :
"Jangan tinggalkan dua rakaat sunat sebelum Fajar walaupun
di belakang kamu ada kuda musuh yang mengejar kamu."
(Hadis riwayat Ahmad)

credit to..mr. Google  =)


Dua rakaat sebelum solat Subuh lebih baik dari
dunia dan semua yang di dalamnya.

Dengan solat dua rakaat sebelum solat fardhu Subuh sahaja
nilainya lebih baik dari dunia dan seluruh isinya.
Lalu bagaimana dengan solat Subuh itu sendiri?

'Aisyah r.a. menjelaskan bahawa Nabi S.A.W. mempercepatkan solat dua rakaat fajar (bagi sesetengah orang) tidak mempedulikan.

Tidur di waktu Subuh sudah menjadi candu yang lebih mereka sukai.
Lebih-lebih lagi kalau hujan sedang mencurah-curah turun di luar.
Kalaulah tidur itu boleh bercakap, tidur itu pasti akan berkata
"Tidur tidak akan memanjangkan umur."

Saad Zaglul dengan rasa kesal dan menyindir rakyat Mesir
Tidurlah..tidak ada orang yang berjaya melainkan orang yang tidur.

Bangunlah wahai saudara-saudaraku sekalian!
Jauhkanlah selimutmu dan
kuatkanlah tulang belulangmu agar bisa bangkit di waktu fajar nanti
Ingatlah, solat Subuh dan sunah dua rakaat solat Fajar mengatasi dunia dan isinya.

Renung-renungkan dan selamat beramal
w(^_^)
May Allah bless

p/s : credit to published book title 'SMS drp Rasulullah' written by Anuwar Ismail

4 comments:

Solihin Zubir said...

ini kita, nk solat subuh pun liat.. apatah lg nk solat sblum subuh.. hehe.. sama2 lah muhasabah diri..

hikari said...

tu la..kalau subuh pun dah 'gajah' ntah mase bile nk buat qabla nye..hu2 ye sama2 la kita bermuhasabah diri..=)

nur hayati said...

entri yang sangat terkesan!

hikari said...

hanya berkongsi sedikit ilmu yang dapat drp buku yg dibaca...=)