Salam ‘alaik.
Weekend yang lepas, saya bersama-sama mak,ayah dan
juga kakak berserta anak-anaknya pergi melawat salah seorang
kakak saya yang berada di Kota Tinggi.
Ini adalah kali kedua saya ke sana tapi ini adalah
first time pergi dengan mereka. Dulu pergi sorang-sorang je.
Kat Kota Tinggi ni ada banyak pantai..Daerah yang hujung lah kata kan.
Air pantainya adalah air dari Laut China Selatan.
Ada pantai yang airnya bersih, ada jugak yang kotor.
Kalau dulu saya pergi Tanjung Balau dan Desaru,
kali ni saya pergi Batu Layar pulak. Airnya bersih.
Kawasan pun landai.memang sangat best untuk dibuat mandi.
Desaru yang famous tu pun tak secantik macam Batu Layar ni tau.
budak bertiga ni je yg mandi |
Kenapa pantai ni dipanggil Batu Layar? Mungkin sebab ni kot.
batu-batu ni cantik je tersusun |
Ya, batu tu kira macam trademark kat pantai ni la.
Kawasan batu-batu ni memang sangat strategik kalau nak ambil outdoor pictures.
Saya dan kakak-kakak saya bercadang untuk ke sana lagi.
Nak habiskan satu hari pulak. Masa tu setengah hari pun tak sampai
sebab nak berkejar balik ke Batu Pahat.
Lepas tu kitorang pergi muzium.
Anak sedara saya merengek-rengek nak masuk muzium.
Ibunya pun ikutkan je lah. Kat Kota ni ada banyak muzium.
Tak silap ada tiga kot.Kitorang pergi Muzium Nelayan kat Tanjung Balau.
Masuk murah je. Dewasa RM2 kakak-kanak RM1.Murah kan?
Mula-mula ingat muzium ni macam bosan tapi bila masuk.
Wah, comelnya. Kat dalam tu dia ada buat satu rumah nelayan.
Memang klasik sangat. Siap dilatari dengan lagu-lagu lama.
Rasa macam ada kat zaman P.Ramli pulak. Nostalgik gila. Eceh.
Takde banyak gambar sangat kat dalam muzium ni sebab gelap nak ambil gambar.
Kamera cikai mana nak cantik kan ambil gambar kat kawasan gelap.
Last sekali kitorang pergi makam Sultan Mahmud mangkat di julang.
Ayah saya yang beria nak pergi. Kitorang pun ikut je lah.
Makamnya kat dalam kawasan masjid. Khas ada satu bangunan.
Kat dalam tu ada banyak makam lain lah.
Tak tahu lah makam siapa sebab takde tanda nama.
Makam sultan pun dapat tahu sebab makam tu
paling besar dan ada tirai warna kuning.
sebelah tu ada meja khas untuk pengaji yg diupah |
Ni gambar dari luar. Masa masuk tu memang macam nak ambil
gambar tapi tangan berat pulak nak tarik keluar kamera time tu.
Bila masuk atau lalu kawasan kubur kita mestilah kena ucap salam kan.
Kalau dulu saya sebut “assalamualaikum ya ahli kubur.”
Tapi sekarang saya sebut “assalamualaikum ya ahlad diar kaumil mukminin.”
Wallahualam.
Lepas tu kitorang terus gerak balik rumah,
solat dan teruskan perjalanan balik ke Batu Pahat.
Alhamdulillah perjalanan kami lancar dan selamat sampai ke rumah.
Saya sarankan kalau sesiapa yang datang ke Johor
singgahlah ke Kota Tinggi sebab banyak tempat-tempat menarik di sana.
Kalau rajin boleh pergi Mersing sekali. Kat sana laaaaagi banyak pantai.
Kalau lagi rajin pergi jeti naik feri terus pergi Pulau Sibu. Syok jugak tu.
Saya tak sampai pun lagi Pulau Sibu tu. Mersing dah lah.
Kalau yang memang orang Johor tapi belum pernah pergi lagi,
silalah rajin-rajinkan diri untuk pergi.
Tak rugi pun kalau sekali sekala kita jamu mata kita
dengan keindahan alam ciptaan Allah ni.
Mana-mana yang tak berfaedah untuk ditengok tu jangan lah tengok ya
Dan tak lupa jugak, bila melihat pemandangan yang cantik-cantik ni
jangan lupa kepada yang menciptakannya iaitu Allah S.W.T. Subhanallah.
Semoga kita masih lagi diberi kesempatan untuk melihat
keindahan alam ciptaan Allah di masa akan datang.
May Allah bless.
Wassalam.
(^_^)
me said: walaupun kadang-kadang rasa stress jadi housedaughter
sepenuh masa tapi rasanya itu yang terbaik buat masa ni
7 comments:
mmg seronok kalo dapat cuti2 malaysia! byk tempat sejarah kita xmelawat lg :)
Singgah sini: Selipartoilet!!
wah, banyak lagi tempat menarik kat kota tinggi rupanya. saya tahu air terjun je. tapi tak pernah pergi pun. dulu ada sedara kat sana, tapi dah meninggal...
btw, assalamualaikum ya ahli ziyad ke, assalamualaikum ya ahlad diar...
fadhdeela: mana ade org kata pergi bercuti ni xseronok kan? hehe
shahir: air terjun tu bukn semula jadi pun kan. saya pun tak pernah pergi..erm, pasal tu yg saya baca dia tulis ziyad. maksudnya salah la kan?
yap, ya ahlad diar tu maksudnya wahai penghuni rumah
oo nanti saya p cek balik. thanks ya! =)
wahh..bestnya dapat jalan2 g pantai..hilang stress :D
kalau jln p shopping complex pun blh hilang stress jugak..tp dlm mse yg sme boleh hilang duit..=)
Post a Comment