Hari ni hujan tak berhenti. Alhamdulillah, harap-harap hujan rahmat.
Bila hari hujan, suhu pun jadi lembap-lembap dan dingin
memang sedap la kalau tidur lebih-lebih lagi bila takde kerja nak buat.
Saya ambil satu buku yang saya belum habis baca.
Lepak atas sofa sambil bersantai dengan senang hatinya
Lepas tu gilir-gilir la mata ni buat kerja
kejap tidur kejap baca lepas tu tidur balik.
Walaupun saya tertidur masa baca
tapi, ada perkongsian yang menarik dalam
buku tu yang saya nak share.
sekadar hiasan |
Kenapa kita makan guna tangan?
Sebab jari-jari kita ada mengeluarkan enzim-enzim
yang dapat membantu proses penghadaman kan.
Rasanya semua tahu pasal ni.
Tapi, tahu tak yang tangan kiri kita sebenarnya lagi banyak
mengeluarkan enzim-enzim tersebut berbanding dengan tangan kanan?
Oh, saya bukan nak ajak kawan-kawan makan guna tangan kiri tapi,
saya nak kongsi sikit bagaimana nabi kita mengatasi kekurangan enzim tersebut.
ya, inilah jawapannya |
Seperti yang kita tahu, garam adalah sumber mineral
daripada tanah yang diperlukan oleh badan manusia.
Oleh kerana manusia berasal daripada tanah,
dan akan kembali ke tanah juga maka penawar yang
paling mujarab juga adalah daripada tanah iaitu garam.
Rasulullah S.A.W. sebelum baginda makan, baginda akan
mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya lalu
menghisap garam tersebut. Kemudian barulah baginda makan makanan tersebut.
Tapi, jangan lebih-lebih tau karang ada yang kena darah tinggi pulak.
Selain itu, tahukah anda bahawa bakteria dan
racun ada membuat perjanjian dengan Allah?
Perjanjian apa? Perjanjian bahawa apabila basmalah
dibaca sebelum kita menikmati makanan, bakteria dan racun
yang ada dalam makanan tersebut akan musnah.
Jadi, jangan lupa baca basmalah ya setiap kali sebelum makan!
Pasal minum air jangan bernafas tu saya rasa ramai dah tahu kan.
H2O + CO2 = H2CO3 (cuka)
Cuka adalah asid dan bila air yang kita minum dah jadi asid
ia boleh mendatangkan bahaya kepada badan kita.
Jadi, takde maknalah kalau kita pakai penapis air yang beribu riban
tapi still ada asid yang masuk dalam badan kita ni kan.
Kalau minum air panas pun sama.
Jangan ngengade nak tiup air tu.
Tunggulah air tu sejuk sikit.
Tak salah kalau kita bersabar sikit. Hikmahnya banyak.
Apa? Ada yang dah tahu?
Baguslah.Kira ni revise balik biar melekat kat otak
Kemudian boleh jadikan amalan.
Pasal garam dan bakteria tu, ni baru saya tahu.
Jadi sesapa yang baru tahu macam saya ni
harap-harap kita boleh jadikan amalan lepas ni ya. =)
Buat masa ni, ini sahaja lah yang saya ada.
Kalau ada yang lain akan saya kongsikan di entri akan datang ya.
[Sumber diperolehi dari sebuah buku terbitan PTS Islamika
bertajuk 'Amalan 24jam dalam kehidupan Rasulullah S.A.W.']
May Allah bless.
Wassalam.
(^_^)
ps: lepas ni balik kolej kena bawak bekal garam la.
takkan nak p mintak kat makcik cafe tu pulak kan hari-hari.
2 comments:
bawak bekal garam takpe..jangan bawak bekal ajinomoto sudahla :D
btw thnks atas infonya;)
ajinomoto xyah bawak pun takpe..dalam makanan tu memang dah tersedia ada..siap extra lagi..=)
most welcome. sekadar berkongsi.
Post a Comment