Master pieces

Aug 21, 2011

Persoalan: adakah bawah dagu itu aurat?


Salam ‘alaik.

Ok, kali ni saya nak straight to the topic.

Persoalan ni dah lama bermain di fikiran saya dan 
saya juga pernah bertanya dengan kakak saya 
mengenai persoalan ini tapi sayangnya ia dibiar sepi. 
Mungkin dia terlupa dek kerana kesibukan yang melanda. 
Petang tadi, saya pun meng'gugel' berkaitan dengan 
perkara ini dan memang ternyata ada banyak pendapat 
dan pandangan yang dikeluarkan oleh pelbagai pihak.

Berpandukan apa yang saya baca di alam maya, 
jawapan kepada persoalan ini adalah berat ke YA. 
Ada juga yang menyatakan jika mengikut Mazhab Syafie, 
memang wajib tutup. Bahagian bawah dagu, 
iaini selepas tulang keras di dagu adalah dikategorikan 
sebagai anggota bagi leher. Ada juga yang menyebutnya sebagai lohong. 

Apa yang kita semua sedia tahu, aurat wanita yang 
boleh didedah hanyalah dua telapak tangan dan juga muka. 
Ada sesetengah pihak mengatakan tidak wajib tutup kerana 
lohong ini dikategorikan sebagai anggota muka, 
dan ada yang menyangkal dengan mengatakan kawasan muka 
adalah bermula dari tulang dagu, sideburn hingga anak rambut.

Saya pun tak nak lah meletakkan apa-apa hukum mengenai 
aurat di bahagian ini kerana saya sendiri masih dalam kesamaran. 
Ada satu blog ni yang saya baca, dia kata bahagian tersebut 
adalah dikira sebagai aurat. Jadi, dia pun telah menambah kekek 
di tudungnya seperti telekung. Kemudian apabila dia masuk 
ke universiti dia rasa terasing kerana tiada siapa pun 
yang menjahit tudung sepertinya. Dia rasa, mungkin malu. 
Tapi, dia teringat kembali satu hadith yang menyatakan :

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: bersabda Rasulullah s.a.w. 
“Islam mula tersebar dalam keadaan dagang(asing). 
Dan ia akan kembali asing pula. 
Maka beruntunglah orang-orang yang asing.” 

Wallahualam.

Ada juga yang memberikan konsep asas berkenaan aurat ni. 
Dia kata, lihat pada pakaian kita, sah atau tidak 
untuk dibuat solat jika tanpa telekung. Kalau sah, 
maka sempurnalah penutupan aurat kita dan kalau tak sah, 
perlulah kita perbaiki. Dan saya rasa ramai sedia maklum, 
apabila kita ingin bersolat, telekung yang kita pakai pasti akan 
menutup di bahagian bawah dagu ni(ada juga yang tak tutup sebenarnya).

Maka, segalanya terletak di tangan kita untuk memilih. 
Andai kita tidak mahu menutup, maka tundukkanlah kepala kita 
apabila bertentangan dengan lelaki yang bukan mahram agar 
dia tidak bisa mengintai bahagian bawah dagu kita yang terdedah tu. 
Ini pun saya dapat melalui pembacaan saya di alam maya ini. 

Kalau sesiapa yang rajin dan berminat untuk mengetahui lebih lanjut, 
bolehlah memulakan pencarian di google. 
Jika ada tempat yang boleh ditanya secara live, lagi bagus. 
Boleh juga ke ruang-ruang perbincangan mengenai 
hal ehwal agama seperti halaqah.net untuk bertanya secara online.

Di kesempatan ini, saya juga mintak sangat-sangat 
kalau ada sesiapa yang mempunyai info mengenai perihal ini 
dapatlah kiranya dikongsikan bersama saya.  
Saya juga masih lagi budak yang baru belajar.
(^_^)

Mohon diperbetul andai ada kesilapan.

May Allah always be with us and
may Allah bless.
Wassalam.

p/s: dalam kita sibuk menyediakan persiapan raya
      jangan lupa untuk meregangkan otot-otot kita untuk
      marathon di saat-saat terakhir ramadan ni.

p/p/s: dalam sibuk marathon pulak jangan sampai 
         mengabaikan tanggungjawab yang masih lagi 
         berada di atas nama kita. segalanya biar balance.

8 comments:

asnizaziz said...

sy pun pernah terpikirkan isu ni, sbb kalo pakai tudung biase mst nampak bwh dagu kann..:(

hikari said...

em, tu la..apepun pilihan kat tangan kita..live well or live hell?we choose..hu2

Solihin Zubir said...

hhhmmm... kalau tgok telekung mak, dia ada mcm lebih skit kain utk tutup bahagian dagu tu..

sy pun x sure gak ni.. heheh..

hikari said...

semua telekung mmg ada lebihan tu untuk tutup bahagian bawah dagu..

bila ada banyak pandangan dan pendapat memang menyebabkan kita jadi sure tak sure je dgn sesuatu tu..hu2

Anonymous said...

salam ziarah ukhti..

perkongsian yang bagus ni.;) pc pernah baca dekat blog seorang ustaz dulu, tak sure ustaz mana sebab dah lama dan pc berpegang dengannya hingga sekarang..bahwa bawah dagu bukan aurat. adapun kita sembahyang telekungnya menutup bahagian bawah dagu sebab untuk mengelakkan dari ternampak yang tidak sepatutnya iaitu leher apabila kita rukuk dan sujud nanti..wallahua'lam..pc share apa yang pc tahu je.salam ukhuwah;)

hikari said...

salam pc.
saya pun blm nk berapa jelas pasal ni..tp skrg perasan dh rmai juga wanita yg menutup bahagian bawah dagu mereka..thanks ntk perkongsian yg pc berikan ya..=)

Anonymous said...

belajar banyak

Norsyahidah Zulkarnain said...

Assalamualaikum ukhti. Salam ziarah. Good sharing, Alhamdulillah.Biarlah orang pandang pelik dkt kita, asalkan kita istimewa di mata Allah SWT. Bukan susah nak tutup aurat bawah dagu tu. Ambil.satu helai kain kecil selitkan sahaja di bawah dagu. Repair. done, siap :) Semoga Allah SWT merahmati perjuangan dan jihad kita.