Master pieces

Aug 23, 2011

Bicara akhir ramadan

Salam 'alaik.

Alhamdulillah masih lagi diberikan kesempatan untuk
saya menaip entry pada malam ni.
Tadi, seorang kawan saya hantar message

Ey, malam tadi malam lailatul-qadr ke?


Saya pun reply

Kenapa? rasa mcam la. Entah. Nak kata ya pun tak yakin mana.

Saya ada terbaca wall post Ustaz Zaharudin berkenaan
malam lailatul-qadr ni. Beliau kata,

Tidak perlulah sibuk mencari-cari tanda lailatul-qadr
tetapi carilah keampunan dan rahmat Allah dengan ibadah yang ikhlas
dan tulus serta bersungguh-sungguh. Nescaya, kelebihan lailatul-qadr
bakal menjadi milikmu, sama ada disedari tandanya atau tidak.

Betul la tu kan. Jangan nak qiam time malam ganjil je.*terasa*

Ok, saya bukan nak cerita pasal ni sebenarnya.
Saya nak share satu perkara yang baru saya dapat pagi tadi.
Rasanya pasti ada yang dah mengetahui pasal ni juga.
Tak apa lah, saya tetap nak share.

Memandangkan pagi tadi saya berjaya tahan mata ni dari tidur
maka, saya berkesempatan menonton rancangan muqaddimah di TV9.
Rancangan ni adalah ceramah yang disampaikan oleh
Ustaz Zahazan Mohamed, adik ipar kepada bos saya ketika praktikal dulu.
Erk, tetiba pulak.

Ok, ok teruskan.
Beliau ada cerita satu kisah mengenai seorang sahabat Nabi s.a.w
Namanya Mu'az(saya tak ingat nama penuh)
Saidina Umar telah memberikan tugas kepada Mu'az
untuk menjaga Negeri Syam dan kemudian Negeri Syam
ini telah dilanda satu wabak. Saidina Umar r.a telah mengajak
Mu'az keluar dari Syam kerana bimbang beliau akan terkena
jangkitan wabak tersebut. Tetapi Mu'az enggan kerana beliau ingin
mengikuti pesanan Rasulullah iaitu

Sekiranya sesuatu tempat itu telah dilanda wabak, 
maka jauhilah tempat tersebut tetapi sekiranya kamu 
sudah berada di tempat itu, maka janganlah kamu keluar
dari tempat tersebut.

Rasulullah telah mengajarkan bagaimana kita mahu menjaga diri kita
daripada terkena jangkitan wabak yang sedang hebat melanda.
Baginda berpesan dan menyuruh mengamalkan membaca
ayat terakhir dari surah At-Taubah yang berbunyi

Hasbiallahu lailahaillahua 'alaihi tawakkaltu wahuarabbul 'arshil 'azim. 
*tolong semak balik sebutan ayat ya.*

Amalkan baca tujuh kali setiap hari
selepas subuh dan selepas asar. Insya Allah,
Allah akan protect diri kita dari ditimpa wabak.
Menurut Ustaz Zahazan, hadith ini adalah sahih.
Wallahualam.

Tapi harus diingat ya kawan-kawan,
ayat ini bukanlah ayat untuk ilmu kebal.
Kalau memang Allah dah tetapkan kita akan ditimpa penyakit
maka, kita akan sakit juga lah. Kalau ayat ni untuk
mendapatkan ilmu kebal, tidaklah Rasulullah s.a.w dan
para pejuang lain cedera ketika mereka berperang kan.

Ayat ini adalah satu amalan yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w.
sebagai salah satu usaha kita untuk prevent diri kita daripada terkena
jangkitan penyakit. Apapun, segalanya terletak pada takdir Allah.

Di kesempatan ini juga saya nak ucapkan
Selamat Hari Raya Eidul Fitri in advance ya.
Mohon ampun dan maaf jika ada mana-mana
entry saya yang telah mengecilkan hati mana-mana pihak.
Saya sekadar mahu berkongsi segala ilmu yang saya ada
juga segala pengalaman yang saya lalui. Memang takde niat
langsung untuk menyentuh hati mana-mana pihak.

Tinggal beberapa hari sahaja ramadan akan berakhir.
Adakah kita sudah sehabis usaha menjadikan ramadan kali ini
lebih baik dari tahun-tahun lepas? Tepuk dada, tanyalah hati.
Semoga kita akan bertemu lagi dengan bulan yang mulia ini di tahun hadapan.
Insya Allah.

May Allah always be with us and
may Allah bless.
Wassalam.
(^_^)

p/s: Entry terakhir di bulan ramadan ni. Selamat tinggal Encik Ramadan.
       Panjang umur, kita jumpa lagi tahun hadapan. I'll miss u. T_T

3 comments:

Shahir said...

nice sharing syafiqah. Allahu yubaarik feek :)

hikari said...

thanks..=)

Solihin Zubir said...

betul tu.. kang buat ibadat semata2 nk cari lailatul qadar, jadi tak ikhlas pulak.. kan..