Salam ‘alaik.
Salam Ramadan ke-18 buat semua pembaca yang saya kasihi.
(^_^)
Rakan-rakan ada terbaca tak entry saya yang bertajuk
Malam tadi, masa saya tengah blogwalking tiba-tiba
saya terjumpa satu artikel mengenai
aurat kaki wanita keringanan yang dibenarkan di blog syahirul.com
Lepas saya baca tu, saya pun flashback balik serba sedikit
mengenai aurat saya ketika di hadapan ipar-duai ni especially kaki la.
Astaghfirullahal'azim banyak la pulak perkara yang saya dah
pandang enteng mengenai aurat kaki ni. Saya jadi bertambah
serba salah bila saya dah pun share serba sedikit mengenai
aurat kaki dengan rakan-rakan di blog ni.
Maka, sebab tu la saya buat entry ni untuk memohon maaf
dan juga untuk memperbetulkan kesilapan tersebut.
Harap tiada kesilapan berulanglah ya. Insya Allah.
Dosa saya sahaja sudah banyak tak tertanggung dan
saya kalau boleh taknak lah ada yang menarik saya untuk
meminta pertanggungjawaban di atas dosa yang dilakukannya.
Saya share sedikit mengenai rukhsah aurat kaki bagi wanita ni.
Kalau ada yang rajin boleh klik terus kat link encik syahirul ni.
1. Wanita di mana adik iparnya tinggal bersama dengannya
dibenarkan untuk tidak menutup aurat kaki (pergelangan kaki)
di dalam rumahnya. Namun jika adik iparnya bukan tinggal tetap
bersamanya dan suami, maka tidak dibenarkan atas keringanan ini.
2. Wanita yang sibuk membuat kerja dapur dan tatkala itu ada
lelaki bukan mahram masuk ke dapur untuk sesuatu hajat.
3. Wanita yang telah sangat tua dan tidak mempunyai
langsung nafsu syahwat.
4. Darurat.
Apa yang saya faham dan dapat disimpulkan ialah,
jika ipar lelaki kita hanya sekali sekala sahaja pulang
ke kampung dan berhadapan dengan kita maka,
kita sebagai adik ipar ataupun kakak ipar tidak berhak untuk
menggunapakai rukhsah tersebut kerana ianya berlaku hanya sekali sekala.
Kita adalah diwajibkan untuk menutup aurat kaki kita
apatah lagi aurat yang lain, kan?
Sekali lagi, saya mohon maaf di atas kesilapan yang telah saya lakukan.
Marilah kita sama-sama memperbaiki diri kita.
Jangan memandang entang kepada perkara yang berat seperti aurat ini ya.
Memandangkan Allah masih memberikan kesempatan kepada kita
untuk memperbaiki diri, maka perbaikilah diri kita sedikit demi sedikit.
Wallahualam.
May Allah always be with us
May Allah bless.
Wassalam.
(^_^)
No comments:
Post a Comment